Anda di halaman 1dari 2

(a) Apakah maksud Revolusi Perindustrian ?

[2 markah]

(b) Terangkan faktor yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian di Britain.


[8 markah]

(c) (i) Nyatakan kesan Revolusi Perindustrian terhadap ekonomi dan sosial Britain.
[6 markah]

(ii) Apakah kebaikan daripada Revolusi Perindustrian di Eropah yang dapat kita contohi dalam memajukan
ekonomi negara ?
[4 markah]

JAWAPAN ESEI

(a) Apakah maksud Revolusi Perindustrian ?

Pengeluaran barang yang dihasilkan secara besar-besaran.


Pengeluaran barang melebih paras keperluan pengusaha.
Dihasilkan dengan perantaraan mesin.
Hasil keluaran dikomersilkan.
[2 markah]

(b) Terangkan faktor yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian di Britain.

Sumbangan Revolusi Pertanian.


Menyediakan modal untuk kegiatan industri.
Peladang kaya melabur modal dalam perindustrian.
Semangat keusahawanan peladang kaya.
Mereka sanggup melabur dalam bidang baru yang belum pasti mendatangkan keuntungan.
Bekalan makanan yang mencukupi
Makanan cukup untuk menampung pekerja kilang.
Revolusi pertanian menambahkan bekalan makanan.
Britain tidak perlu import bahan makanan dari luar.
Dana dapat dilaburkan dalam industri.
Penggunaan teknologi.
Penggunaan mesin menggantikan manusia atau binantang.
Pelbagai mesin direka untuk tingkatkan pengeluaran.
Barangan dapat dikeluarkan dengan banyak.
Kos pengeluaran barangan menjadi murah.
Barangan mudah dipasarkan kepada umum.
Skala pengeluaran yang besar
Lebihan produk ini dapat dikomersilkan.
Wujudnya pengkhususan kerja.
Pengkhususan kerja dapat mengurangkan kos.
Pengkhususan kerja meningkatkan kualiti produk.
Produk berkualiti dipasarkan di peringkat antarabangsa.
Penggunaan mesin berkuasa wap.
Penggunaan enjin berkuasa wap meningkatkan perlombongan arang batu.
Penggunaan kapal wap meningkatkan sistem perhubungan dan pengangkutan.
[8 markah]

(c) (i) Nyatakan kesan Revolusi Perindustrian terhadap ekonomi dan sosial Britain.

Kegiatan pengilangan telah menggantikan kegiatan pertanian.


Bidang pembuatan menjadi sumber utama ekonomi negara.
Ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja industri
Bidang perindustrian menjadi punca ekonomi masyarakat.
Perindustrian membekalkan banyak peluang pekerjaan.
Perindustrian menjadi punca pendapatan masyarakat.
Ramai rakyat Britain menjadi pekerja industri.
Wujudnya golongan majikan dan buruh dalam masyarakat
[6 markah]

(ii) Apakah kebaikan daripada Revolusi Perindustrian di Eropah yang dapat kita contohi dalam
memajukan ekonomi negara ?

Memberi tumpuan kepada perindustrian


Pengeluaran dijalankan secara berskala besar
Meningkatkan produktiviti pengeluaran
Menggunakan teknologi moden
Menjaga kebajikan pekerja
Meningkatkan sistem pengangkutan dan perhubungan
Memberi tumpuan kepada pertanian seiring dengan perindustrian
Menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai