Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)

LADANG VICTORIA,

09400 PADANG SERAI,

KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS CADANGAN

KARNIVAL BAHASA TAMIL 2013

ANJURAN :
Persatuan Bahasa Tamil,
SJK (T) Ladang Victoria,
KERTAS CADANGAN
KARNIVAL BAHASA TAMIL 2013
SJK (T) LADANG VICTORIA,
09400 PADANG SERAI, KEDAH.

1.0 PENDAHULUAN :
Karnival Bahasa Tamil 2013 merupakan salah satu program dalam Perancangan
Tahunan Persatuan Bahasa Tamil SJK (T) Ladang Victoria. Karnival Bahasa
Tamil 2013 ini dilaksanakan oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Abdul Halim sebagai salah satu projek bagi memenuhi syarat fasa
praktikum kedua. Karnival ini memartabatkan lagi minda pelajar secara tidak
langsung dalam aspek Bahasa Tamil. Pertandingan Menyanyi, Kuiz Sastera dan
Tatabahasa Bahasa Tamil dan Pertandingan Syarahan adalah antara tiga aktiviti
yang akan dijalankan sepanjang program ini. Unsur perpaduan juga diterapkan
dalam program ini kerana dapat merapatkan hubungan sesama para pelajar
tanpa mengira kelab dan persatuan kokurikulum. Hasilnya, ia memupuk
semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan para pelajar serta
mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

2.0 BUTIRAN PROGRAM :


2.1 Tajuk : Karnival Bahasa Tamil 2013
2.2 Tarikh : 31 Julai 2013, Rabu ( Pertandingan Menyanyi )
: 28 Ogos 2013, Rabu ( Kuiz Sastera dan Tatabahasa )
: 11 September 2013, Rabu ( Pertandingan Syarahan )
2.3 Masa : 1.30 petang 3.00 petang
2.4 Lokasi : SJK (T) Ladang Victoria
2.5 Kumpulan Sasaran : Semua pelajar dari kelab dan persatuan

3.0 MATLAMAT :

Program ini dijalankan dengan matlamat untuk memartabatkan dan


mengekalkan penggunaan Bahasa Tamil dalam kalangan para pelajar.
4.0 OBJEKTIF :

4.1 Mencungkil bakat para murid dalam aspek Bahasa Tamil.


4.2 Mencungkil bakat menyanyi peserta.
4.3 Menghayati lagu motivasi yang terdapat di dalam karya Bahasa Tamil.
4.4 Meningkatkan keyakinan dalam diri untuk melaksanakan aktiviti yang
dirancang.
4.5 Mengukuhkan lagi kefahaman murid mengenai sastera dan tatabahasa.
4.6 Menilai tahap penguasaan minda para pelajar dalam sastera dan
tatabahasa Bahasa Tamil.
4.7 Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam mengutarakan hujah-hujah
yang bernas dengan teratur.
4.8 Melahirkan pelajar yang bertatasusila semasa berhujah.
4.9 Mengeratkan hubungan silaturrahim serta semangat kerjasama antara
murid.

5.0 ORGANISASI :

Bagi menjayakan program ini, sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada guru
Persatuan Bahasa Tamil bersama guru pelatih IPSAH telah dibentuk.

5.1 URUSETIA PROGRAM

Penaung : Kamalavalli A/P Varathan ( Guru Besar )

Penasihat : Pn. Aru. Tamilmathi

( Ketua Persatuan Bahasa Tamil )

Penolong : 1. Pn. S. Kaliani

2. Pn. V. Nirmala

Penyelaras Program : 1. Parames A/P Mariappan

( Guru Praktikum IPSAH) 2. Mathavi A/P Muniandy


6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL PERKARA KUANTITI HARGA

Hadiah

- Pertandingan Menyanyi
1. RM 7 x 9 RM 63.00
- Kuiz Sastera dan
Tatabahasa
- Pertandingan Syarahan
Sijil
2. RM 0.50 x 30 RM 6.00
- Penyertaan
- Penghargaan
Bahan Fotostat

3. - Kuiz Sastera dan RM 0.05 x 500 RM 25.00


Tatabahasa
- Pertandingan Syarahan
Makanan
4. RM 100.00
RM 2 x 50

JUMLAH RM 204.00

7.0 PENUTUP :

Program ini sewajarnya perlu mendapatkan kerjasama daripada semua pihak

bagi menjayakan karnival ini. Karnival ini penting untuk melahirkan para pelajar yang

cemerlang dari segi semua aspek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Oleh itu, kami amat berharap bahawa pihak tuan akan memberikan pertimbangan yang

sewajarnya dengan meluluskan permohonan ini serta memberikan peruntukan bagi

melaksanakan program ini dengan jayanya. Kerjasama daripada tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


Disediakan Oleh,

( PARAMES A/P MARIAPPAN )

Penyelaras Program,

Karnival Bahasa Tamil 2013.

Disemak oleh,

( PN. ARU. TAMILMATHI )

Ketua Persatuan Bahasa Tamil,


SJK (T) Ladang Victoria.

Disahkan oleh,

( PN. SARATHAMANI A/P SUBRAMANIAM )

Penolong Kanan Kokurikulum,


SJK (T) Ladang Victoria.

Anda mungkin juga menyukai