Anda di halaman 1dari 8

CARA MENGATASI DAN MEMBENDUNG JENAYAH

1. Pengenalan

Warga Malaysia semacam tidak lagi berasa selamat di negara ini.Jenayah negeri dan
tidak masuk akal dilaporkan setiap hari. Sudah tidak selamat lagi untuk beriadah, ke sekolah,
berada di tempat kerja dan berehat di kawasan Rehat dan Rawat di lebuh raya. Menurut
Laporan Kualiti Kehidupan , kadar jenayah setiap seribu penduduk meningkat 3.8 peratus
pada kepada 6.2 peratus pada 2002. Akibatnya, kapasiti muatan penjara sudah melebihi.
Mereka yang dihukum oleh sebab jenayah kini berada di penjara yang sudah padat. Malah,
nisbah warder dan banduan melebihi standard antarabangsa.

Dalam statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2004 pernah didedahkan setiap hari di
negara ini 1.5 orang dibunuh, 4.7 dirogol, 68.2 insiden pecah rumah, 23.6 kereta dicuri,
141.3 motosikal dicuri dan 41.9 insiden rompakan. Malah, jenayah membabitkan juvana juga
meningkat. Mereka yang terbabit nampaknya semakin muda termasuk yang terjebak dalam
jenayah dadah dan seksual. Pada 2006 ada 8,113 kes juvana dan 3,545 pelajar ditahan.
Pengaruh televisyen dan internet yang mengandungi unsur ganas dan seks dikenal pasti
mempengaruhi peningkatan jenayah di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Seramai 1,831 membabitkan remaja bersekolah. Dalam sesetengah kes ada yang
membabitkan kanak-kanak seawal umur 7 hingga 10 tahun. Pelbagai langkah dilaksanakan
untuk mencegah jenayah di negara ini. Kami berpendapat selagi tidak ada suatu ketegasan
dan kesungguhan untuk membanteras jenayah daripada puncanya, selagi itulah peningkatan
jenayah akan berterusan. Janganlah hendaknya kenyataan negara maju seperti di Amerika
Syarikat yang menjadi antara negara yang paling bahaya untuk diduduki menjadi realiti di
negara ini.

2. Konsep Jenayah

Keamanan dan kestabilan sesuatu tempat atau negara bergantung bukanlah sesuatu yang
semula jadi. Ia mesti diwujudkan dan dikekalkan . keamanan dan kestabilan tidak akan
wujud jika terdapat anasir-anasir yang menggugatnya seperti pengacau, pencuri, perosak,
pemera, perasuah dan sebagainya. Pengawalannya dan pembanterasan anasir-ansir
tersebut menjadi tugasundang-undang jenayah. Manakala perbuatan yang menggugat
tersebut dekenali sebagai jenayah.

Perbuatan yang diakatakan jenayah itu mestilah dihalang atau diambil tindakan seperti
menangkap pelakunya. Mahkamah diperlukan untuk menentukan pelaku jenayah itu
bersalah atau tidak. Selepas dihukum bersalah, maka perlu pula dikenakan hukuman
keseksaan supaya pesalah itu serik, orang lain selamat dan akhirnya masyarakat menjadi
selamat, tenteram dan stabil. Begitulah secara kasarnya konsep jenayah, dan daripada
konsep ini definisi jenayah dapat dibuat.

2.1.Definisi Jenayah

Daripada konsep undang-undang jenayah ciptaan tersebut maka definisi jenayah ialah
sebarang perbuatan (tinggalan) yang melanggar undang-undang yang boleh diambil
tindakan (seperti ditangkap) dan diadili (melalui mahkamah) dan apabila disabitkan bersalah
dikenakan hukuman keseksaan. Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang
boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang
bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan
jenayah.

Jenayah di Malaysia disabitkan dengan :

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A324 AKTA KANUN ACARA JENAYAH (PINDAAN DAN
PERLUASAN) 1976

Akta ini bolehlah dinamakan Kanun Keseksaan

Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia

Tiap tiap orang bolehlah dikenakan seksaan dibawah Kanun ini dan tidak dibawah mana
mana undang undang lain bagi tiap tiap perbuatan atau ketinggalan yang berlawan dengan
peruntukannya yang dilakukannya di dalam malaysia.

Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan diluar Malaysia tetapi boleh disisi undang
undang dibicarakan dalam Malaysia.

Seseorang yang disisi undang undang kena dibicarakan kerana suatu kesalahan yang
dilakukan di luar Malaysia hendaklah dibicarakan menurut peruntukan Kanun ini kerana apa
apa perbuatan yang dilakukan di luar Malaysia sama seolah olah perbuatan itu dilakukan
dalam Malaysia.

3. Senario Jenayah Kini

Kadar di Malaysia lebih tinggi daripada kadar yang boleh diterima di peringkat
antarabangsa iaitu 1:3. Penjara kita hanya boleh memuatkan 31,000 tahanan tetapi kini ada
39,000 tahanan. Kini ada 9,974 warder dan ini menjadikan kadar kita ialah 1:4.5. Dilaporkan
hampir semua penjara kita sudah melebihi muatan. Kita juga menerima laporan bahawa 16
penjara lagi akan dibina. Baru-baru ini kilang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang
terbiar dicadangkan juga akan diguna untuk ditukar menjadi penjara sementara.

Sebagai reaksi, kerajaan menambahkan anggota polis di bandar raya itu di samping
rondaan lebih kerap termasuk rondaan helikopter pada setiap malam. Apa yang lebih
mencemaskan kita ialah bukan saja kekerapan jenayah meningkatkan namun lebih
membimbangkan ialah jenis jenayah berat juga meningkat. Kadar kes bunuh, rompakan
bersenjata, ugut, rogol dan gangsterisme didapati meningkat Angka semakin merisaukan
kerana kini kadar jenayah dilaporkan meningkat lebih daripada 15 peratus di seluruh negara.
Hampir semua negeri mencatat kenaikan kadar jenayah

4. Punca Berlakunya Jenayah

4.1.Sistem dan Persekitaran Sosial yang Tidak Sihat

Jenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem dan persekitaran
sosial masyarakat. Jika sistem dan persekitaran sosial yang wujud tidak sihat, gejala sosial
akan mudah menular, dan akhirnya menjurus kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi
dalam masyarakat tersebut. Sistem sosial yang menjadi punca berlakunya kepincangan
masyarakat dewasa ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah
unsur-unsur asing atau budaya kuning merupakan pemangkin kepada kebejatan moral, dan
seterusnya memberi memberi impak yang negatif sehingga menyumbang kepada
peningkatan kadar jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang terbabit.
Struktur kelas sosial golongan bawahan yang luas memungkinkan gejala sosial semakin
berleluasa. Keadaan ini akan mengancam keselamatan rakyat di negara kita. Persekitaran
sosial yang buruk juga boleh menyebabkan berlakunya kemelut sosial yang menjadikan
sesuatu kawasan tidak dapat menarik minat golongan pengusaha untuk memajukannya bagi
kegiatan perniagaan, pelancongan, dan perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar
jenayah yang tinggi dianggap mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian dari segi
pelaburan.

4.2.Kelemahan Institusi Kekeluargaan

Bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah


kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial
lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk
bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua
muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan
pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja.
Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang
saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh
remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-
rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang
tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada
kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang
mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga
merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan
adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap
berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang
tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan
anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral

4.3.Pengaruh Rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam
kalangan belia dan remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya
mereka. Meeka lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang
dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat-tempat tertentu seperti pasar raya
sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani
mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan
mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih
rakan sudah pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya
remaja mudah terikut-ikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti
peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.
Memilih rakan-rakan yang tidak beriman dan tidak berakhlak mulia akan menjadikan remaja
lebih mudah tergelincir dan terperusuk ke lembah kemaksiatan. Pengaruh daripada rakan
sebaya adalah lebih kuat impaknya daripada pengaruh keluarga. Seseorang remaja yang
tidak kuat pegangan akidah Islam dan memiliki ilmu pengetahuan Islam yang cetek akan
berasa amat sukar dan tertekan untuk mematuhi perintah dan larangan Allah SWT. Mereka
akan merasa lebih selesa untuk berkompromi ataupun menyembunyikan keIslamannya di
hadapan rakan-rakan yang membenci ajaran Islam. Sebaliknya, mereka pula akan
menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang mengajak kepada Islam kerana perasaan khuatir
akan kelihatan tidak cool apabila bersama dikalangan rakan-rakan pilihan mereka.

Apabila situasi sebegini berlaku, maka seseorang itu akan terjebak ke lembah
kemaksiatan, di mana tidak ada beza hidupnya daripada rakannya yang tidak beriman.
Akibat memilih rakan yang salah, maka rosaklah kehidupan seseorang itu, hatinya menjadi
rosak dan akan kehilangan pegangan Deen Islam yang sepatutnya.

4.4.Kurang Penghayatan Agama dan Nilai Murni

Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana kemerosotan
nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap mementingkan diri sendiri dan
cemburu akan kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong berlakunya perbuatan
jenayah. Masyarakat semakin hilang kekuatan dan terdedah kepada pelbagai ancaman
jenayah kerana ketandusan nilai murni dan nilai moral. Jenayah yang berlaku dalam
masyarakat mempunyai kaitan dengan penyakit dan masalah

Natijah dari kehilangan Islam sebagai sebuah Sistem Pemerintahan yang diterapkan
keatas umat manusia pada hari ini, semakin ketara terlihat didalam seluruh aspek
kehidupan. Kepincangan sistem sosial yang tidak berlandaskan Islam didalam kehidupan
masyarakat dapat dirasai samada kita hidup di negara-negara yang dipimpin oleh penguasa
Islam mahupun bukan Islam. Sudah tentunya, tiada yang lebih menyedihkan apabila kita
terpaksa menyaksikan bagaimana hinanya anak-anak remaja kita dibesarkan didalam sistem
Sekular Kapitalis yang penuh dengan kekufuran, malahan lebih buruk apabila sebahagian
dari mereka seperti telah kehilangan nilai-nilai keperibadian Islam, tidak kurang juga yang
terpesong pegangan akidahnya.

5. Langkah-Langkah Mengatasi dan Membendung Masalah Jenayah

Setelah dibuat kajian dan diteliti, maka dapatlah kiranya kami lampirkan disini sedikit ulasan
kami sebagai pendekatan untuk membanteras jenayah daripada terus menular di dalam
negara kita. Langkah-langkah yang kami sediakan ini merupakan langkah-langkah yang
bersifat praktikal yang mampu dilakukan oleh individu atau organisasi yang terlibat. Semoga
ini akan dapat menjadikan negara kita lebih selamat pada masa akan datang. Antara
langkah-langkah tersebut ialah;

5.1. Penguatkuasaan Undang-Undang

Undang-undang adalah cetusan kuasa kenegaraan untuk memelihara keamanan,


kesejahteraan dan pada amnya kebaikan sejagat manusia. Organisasi yang terlibat dalam
menggubal undang-undang ialah pihak kerajaan. Justeru undang-undang yang digubal
mestilah menekankan aspek keselamatan secara lebih serius. Hal ini kerana natijah daripada
pelaksanaan undang-undang itu nanti ialah untuk menyedarkan masyarakat dan setiap
golongan individu agar saling menghormati nilai kemanusiaan yang ada pada individu lain.
Justeru mereka akan lebih menghargai dan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang
bentuk jenayah.

Setelah undang-undang digubal oleh pihak yang berwajib, maka undang-undang tersebut
akan dilaksanakan oleh pihak lain pula seperti Polis Diraja Malaysia, Badan Pencegah Rasuah
dan lain-lain. Namun begitu masih timbul keraguan dalam sistem perlaksanaan undang-
undang pada masa kini. Hal ini kerana badan-badan berwajib tersebut juga terdiri di
dalamnya segelintir individu yang pecah amanah dengan terlibat dalam kegiatan tidak
bermoral tersebut. Sebagai contoh, ada individu yang telah ditahan oleh pihak tertentu
tetapi dilepaskan atas alasan yang tidak munasabah dan dalam situasi lain ada yang
dilepaskan hanya kerana mereka terlibat dalam barisan kepimpinan negara. Pelu diingat
disini bahawa, setiap individu yang berada dibawah kawasan tanah Malaysia adalah
bernaung dibawah undang-undang yang sama.

Oleh itu sesiapa yang melakukan jenayah, maka dia perlu ditahan dan dikenakan tindakan,
walaupun dia mempunyai status atau kedudukan yang tinggi. Justeru pihakberwajib
haruslah mempunyai suatu mekanisme tambahan untuk membendung gejala pecah amanah
dalam institusi mereka terus bermaharajalela.

5.2.Mewujudkan Konsep Bandar dan Pekan Selamat

Definisi Bandar Selamat Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan
mental. Pernyataan ini merujuk kepada persekitarannyayang sentiasa berada dalam
keadaan paling terpelihara. Terpelihara di sini bermaksud mempunyai suatu struktur asas
pencegahan jenayah yang mampu untuk memelihara penduduknya atau orang awam
daripada terbabit dengan jenayah atau menjadi mangsa kepada penjenayah. Jika hal ini
dipandang dan diteliti dengan lebih jelas, usaha-usaha kerajaan dalam mewujudkan pecan
atau Bandar selamat memang wujud. Namun begitu, ada sesetengah tempat yang dilihat
berlakunya pengabaian keselamatan. Dengan ini si pelaku jenayah akan mempunyai peluang
yang cerah untuk meragut, merompak, rogol dan sebagainya. Seharusnya kerja-kerja
penambahbaikkan ini dipercepatkan lagi dan diteruskan pula ketempat tempat panas lain
yang mana menjadi sasaran penjenayah.

Antara usaha yang dilakukan ialah, membangunkan prasarana-prasarana keselamatan


seperti mengasingkan jalan untuk pejalan kaki dengan jalan raya, hal ini boleh mengelakkan
jenayah ragut. Seterusnya ialah mewujudkan pondok-pondok polis di kawasan tumpuan
umum. Usaha ini boleh membantu dalam mengawal dan memantau aktiviti-aktiviti yang
mencurigakan dikawasan terbabit.

Seterusnya ialah setiap masyarakat yang berada di kawasan-kawasan panas ini semestinya
wajib untuk sama-sama menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling mereka. Mereka
juga boleh sama-sama turun padang membantu pihak yang berwajib menjaga keamanan
setempat. Sebagai contoh mengadakan rondaan secara bergilir-gilir pada waktu malam.
Perkara ini jika dilakukan bukan sahaja akan membuatkan penjenayah berfikir dua kali
sebelum melakukan sebarang bentuk jenayah di kawasan terbabit, malah akan mengeratkan
lagi ukhwah antara mereka.

Pada masa kini ada kawasan yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan. Hal ini bagi
memastikan keselamatan penduduk terjamin. Ini juga bertujuan untuk membantu golongan
yang berkerjaya yang mana mereka ini sukar untuk memberikan komitmen dalam aktiviti
rondaan di sekitar kawasan perumahan mereka terutama pada waktu malam. Justeru
kaedah menggunakan pihak pengawal keselamatan juga dilihat sebagai suatu inisiatif
berkesan dalam membantu mengawal aktiviti jenayah di sesebuah kawasan.

5.3.Memperkasakan Ekonomi Negara

Antara faktor yang menjadikan seseorang itu berstatuskan penjenayah adalah akibat sistem
kewangan diri yang tidak stabil. Hal ini telah menyebabkan mereka mengambil jalan mudah
untuk keluar daripada masalah yang mereka hadapi iatu dengan cara melakukan jenayah
seperti meragut, merompak dan pecah rumah. Justeru dengan saranan agar ekonomi negara
diperkasakan, maka akan timbul banyak peluang pekerjaan bagi menampung lambakkan
golongan yang bergelut untuk hidup ini. Mereka yang terpaksa memilih bidang jenayah
sebagai alternatif untuk mereka menyara hidup mereka tidak boleh disalahkan secara
seratus peratus. Hal ini kerana desakkan hudup pada masa kini terutama mereka yang
tinggal diibu kota amat meruntun mereka untuk berjuang bagi mencari sesuap nasi.

Para penganalisis dan perintis ekonomi kerajaan boleh merangka suatu pendekatan yang
bersifat sistematik dalam menyediakan pekerjaan kepada mereka. Hal ini kerana, ada
dikalangan mereka yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi namun sukar
untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk menjana
ekonomi setempat. Antara cara untuk memperkasakan ekonomi ialah dengan menarik
masuk para pelabur luar untuk melabur dalam neagara kita atau dengan lebih spesifiknya
pada tempat-tempat yang mempunyai jumlah penggangguran yang tinggi. Justeru peluang
pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan.

Sistem ekonomi yang mampan dapat memastikan keberlangsungannya kemajuan


sesebuah negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun bolehlah
menjadikan negara-negara maju yang lain sebagai contoh dalam melaksanakan
pembangunan ekonomi mereka. Sebagai contoh di sini ialah negara Jepun, Jepun
merupakan sebuah negara yang sering kali berada dalam keadaan yang genting. Terbaru
negara tersebut telah mengalami kemusnahan yang teruk akibat daripada bencana alam
yang menimpa. Namun begitu, mereka yakni kerajaan Jepun telah merangka suatu strategi
susulan sekiranya mereka mengalami sebarang masalah akibat bencana alam. Seperti
menarik semula aset-aset mereka yang berada di luar negara masuk ke dalam negara
mereka semula. Ditambahkan lagi dengan kedudukan mereka sebagai salah sebuah negara
G7 yang berpengaruh dalam kuasa ekonomi dunia.

Namun yang paling ketara dan perlu untuk kita contohi ialah berkenaan penggunaan
sumber tenaga manusia. Jepun merupakan sebuah negara yang begitu menitik beratkan
masalah sumer tenaga manusia. Mereka amat prihati dengan masalah pekerja sehinggakan
mampu untuk menjadikan seseorang pekerja itu sanggup bertungkus lumus bekerja bagi
menjana ekonomi negara. Sikap dan langkah sebegini yang harus ditiru oleh negara-negara
lain seperti Malaysia untuk membangunkan kuasa ekonomi Malaysia. Justeru masalah
berkaitan jenayah ekonomi seperti pemerdagangan manusia, rasuah, penipuan duit syarikat
adalah sama sekali dapat dihapuskan kerena kesedaran yang timbul akibat penjanaan
ekonomi yang mampan.

5.4.Kempen-kempen Pencegahan Jenayah

kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para
remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana antara faktor yang
menyumbang dalam timbulnya minat untuk melakukan jenayah dalam kalangan pelajar
sekolah ialah kurangnya pendedahan berkenaan jenayah dan akibat mereka melanggar
undang-undang negara. Kempen yang dilakukan haruslah mempunyaimatlamat yang jelas
dimana para pelajar ini akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkenaan ancaman
jenayah. Mereka akan dibawa untuk mendekati dunia penjenayah. Di sana mereka akan
menilai sejauh mana kehebatan seseorang penjenayah kerana akhirnya mereka akan
dihukum juga dengan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka. Secara tidak langsung,
mereka akan menanamkan dalam diri mereka bahawa penjenayah dan jenayah itu
merupakan sesuatu yang buruk dan jijik.

Sebagai seorang manusia yang sihat mereka tidak akan menerima sesuatu yang
bertentangan dengan fitrah mereka yang sukakan kebaikkan dan keindahan. Justeru
pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya amat sesuailah dipraktiskan disini.
Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti
tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada
pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman
kepada pesalah.

Kempen-kempen pencegahan jenayah ini bukan sahaja perlu dilakukan di sekolah-sekolah,


malah boleh juga dilakukan ditempat-tempat awam atau tempat yang menjadi tumpuan
umum. Masyarakat yang berpontensi untuk terlibat dengan jenayah ini akan mendapat
input-input berguna untuk mereka ketahui bagi berdepan dengan masalah jenayah ini.
Antara tempat-tempat tumpuan orang awam ialah pusat-pusat membeli belah, pasar-pasar
malam dan taman permaianan. Diharapkan semua pihak yang mendengar atau mengikuti
kempen tersebut akan lebih berwaspada dengan kegiatan jenayah yang mungkin berlaku
dan seterusnya mengetahui langkah langkah yang berkesan sekiranya mereka berhadapan
dengan situasi tersebut.

Antara impak tambahan ialah dapat menyedarkan penjenayah yang berada dalam kawasan
berhampiran dengan kempen yang dijalankan. Si penjenayah pasti akan berfikir panjang
sebelum melakukan jenayah di kawasan terbabit kerana rata-rata pengunjung akan
mengambil langkah keselamatan seperti yang diajar dan hal ini akan meningkatkan risiko
mereka akan ditangkap atas jenayah yang dilakukan. Atau sekurang-kurangnya mereka akan
sedar bahawasanya tiada gunanya mereka melaksanakan aktiviti yang tidak bermoral
terbabit dan insaf serta kembali kepangkal jalan.

5.5.Pengenalan Semula Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dapat membentuk keperibadian para remaja
yang mulia dan juga dapat berperanan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap
remaja. Peribadi dan nilai-nilai murni merupakan sesuatu yang berkait rapat. Hal ini kerana
nadi kepada pembangunan negara pada masa akan datang adalah terletak kepada generasi
muda pada masa kini. Justeru itu individu ini perlulah dididik dengan didikan yang sempurna
untuk membantu mereka membesar dalam keadaan sihat dan berdaya saing. Perkara yang
paling mustahak ialah agar mereka terhindar daripada melakukan sebarang aktiviti yang
berkaitan dengan jenayah. Sekiranya mereka terjebak, amat sukar untuk kita membetulkan
semula diri mereka.

Justeru kata-kata mencegah lebih baik daripada menghormati perlulah dihayati oleh setiap
pihak. Saranan agar memberi penekanan kepada subjek Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan (PSK) merupakan suatu saranan agar kerajaan dan pihak sekolah melihat
subjek ini sebagai suatu mekanisme atau pendekatan yang efektif untuk menjadikan para
pelajar celik jenayah.

Antara isi kandungan yang perlu ada di dalam subjek tersebut ialah seseorang individu
berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan,
memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan
negara. Setiap individu perlulah memahami hak dan keadaan orang lain agar mereka tidak
mengambil kesempatan terhadap orang lain. Hasil positif yang akan wujud ialah apabila isi
kandungan ini dihayati sepenuhnya oleh para pelajar, maka mereka akan keluar ke dunia
sebenar kelak dalam keadaan penuh berpelingdung yang dapat menangkis sebarang godaan
untuk mereka terjebak dalam kancah jenayah. Seterusnya bukan sahaja dapat
mengurangkan peratus jenayah, malah mungkin dapat membasminya secara total.

6. Kesimpulan

Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden berhubung kait dengan etika dan
peraturan sosial. Dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang wajar ialah
kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika
mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai
bentuk jenayah. Jika tidak, lunas etika yang lemah boleh menyebabkan wujudnya krisis dan
dilema dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak tertentu untuk melakukan jenayah
pastilah sukar dibendung. Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih kritikal sekiranya
etika tidak menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara

Masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan negara tidak boleh dibanteras
tanpa kerjasama semua pihak. Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi
membanteras fenomena tersebut. Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berwajib
seperti polis dan pasukan keselamatan, untuk membantu dalam melindungi masyarakat dan
negara daripada ancaman sebarang bentuk jenayah. Undang-undang perlu memberi lebih
banyak kuasa kepada polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan
rakyat.

Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang berwajib ini bertindak dengan lebih tegas
bagi mengatasi masalah jenayah, khususnya jenayah yang melibatkan pihak yang
mempunyai pengaruh termasuk wang, kuasa, dan kedudukan yang tinggi. Kerjasama polis
dan masyarakat setempat merupakan konsep pemuafakatan bijak yang berkesan dan sesuai
dengan konsep membebaskan masyarakat dan negara daripada jenayah.

Anda mungkin juga menyukai