Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan tugasan Persatuan Alam


Sekitar yang telah diberikan. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan bagi menjayakan
Persatuan Alam sekitar seperti penanaman pokok di perkarangan Astaka Institut
Perguruan Tun Hussein Onn Batu Pahat.

Dalam menjalankan aktivit penanaman pokok ini, saya telah bertindak sebagai
naib setiausaha persatuan telah membantu setiausaha persatuan dalam membuat
kertas kerja untuk projek penanaman pokok ini. Dangan ini, saya sedikit sebanyak
dapat menimba pegalaman dalam menyediakan kertas kerja serta membuat minit
mesyuarat dan pengalaman pengalaman ini dapat saya aplikasikan pada masa
hadapan kelak.

Sepanjang menjalankan projek ini, terdapat banyak kekuatan yang saya


perolehi. Antaranya ialah kesemua ahli persatuan telah memberi kerjasama yang baik
dan ini mengakibatkan segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar
dan teratur . Manakala kelemahan yang saya dapati ialah masa yang pendek semasa
menjalankan projek ini. Hal ini menyebabkan kerja kerja penanaman pokok tidak
dapat diselenggarakan dengan baik. Namun harus diberi pujian kepada kesemua ahli
persatuan kerana bertungkus lumus dalam melaksanakan segala yang dirancang.
Dalam menjalankan aktiviti ini, banyak perkara yang dapat saya pelajari.
Contohnya ialah kita seharusnya berusaha dalam menjaga alam sekitar ciptaan tuhan
ini kerana sekiranya keadaan alam sekitar bersih, kita akan hidup dalam harmonis dan
aman. Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak
mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan
tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut.

Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di
sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya
dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan
digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat


mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat
mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam
sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan
lebih baik pada masa hadapan. Kita sebagai guru haruslah mendidik murid murid kita
agar senentiasa mencintai bumi kita. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari
rebungnya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai