Anda di halaman 1dari 11

Keganasan Dalam Sukan

KEGANASAN DALAM SUKAN


i) PENGENALAN
Sifat dan sikap agresif memang sinonim dengan sukan terutamanya sukan yang
berbentuk kontak seperti ragbi,hoki,bola sepak,bola jaring dan beberapa jenis sukan
yang lain.Terdapat beberapa contoh insiden yang melibatkan keagresifan dalam sukan
khususnya tindakan sesetengah pemain yang melakukan kekasaran yang melampau
terhadap lawannya.Sebagai contoh,tindakan beberapa orang pemain pasukan Kelantan
yang melakukan tindakan kasar terhadap pemain Negeri Sembilan di peringkay suku
akhir pertandingan Piala Malaysia pada tahun 2000 yang lalu.
Keganasan dalam sukan merupakan satu fenomena tingkah laku.Ianya merupakan
satu fenomena tingkahlaku yang sentiasa berlaku dalam sukan.Ianya juga dikenali
sebagai suatu perlakuan yang bermatlamat atau mempunyai niat sehingga
boleh menyebabkan dan mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal dan
psikologikal.
i) DEFINISI
Menurut Baron dan Richardson (1994), keagresifan merupakan apa saja bentuk
tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas
benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari
dicederakan.Manakala menurut Wann (1997) pula,keganasan dalam sukan adalah
satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecerderaan secara fizikal,
verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari
di cerderakan dan atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan kepada harta benda
yang berpunca dari kemarahan.Silva (1981) pula menyatakan bahawa keagresifan
sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal,
serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut.
Berdasarkan definisi ini, terdapat sedikit persamaan dengan definisi yang diutarakan
oleh Baron dan Richardson sebelumnya. Kedua-duanya memasukkan unsur niat,
perlakuan secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi untuk
mengelakkan diri dari dicederakan. Perbezaan ketara di antara kedua-duanya adalah
elemen kerosakan harta benda. Baron dan Richardson tidak mengambil kira kerosakan
harta benda sebagai hasil dari tindakan yang agresif. Sikap agresif kadangkala
diperlukan dalam sukan untuk menyerang pihak lawan.Keagresifan yang
terlalu melampau akan menyebabkan tumpuan menjadi semakin
kecil.Kesannya, pemain akan melakukan kesilapan sewaktu pertandingan.Setiap jenis
sukan memerlukan tahap kebangkitan yang sesuai serta berbeza-beza.
ii) TEORI KEGANASAN
a) Teori Naluri (Instinct Theory)
Teori Naluri diasaskan berdasarkan kepada penulisan psikologis tersohor Sigmund
Freud dan seorang ethologis,Konrad Lorenz.Freud (1950) melihat keagresifan sebagai
naluri dalaman atau sesuatu yang tertanam dalam diri manusia sama seperti
lapar,dahaga serta nafsu seks.Oleh kerana ia merupakan naluri semulajadi manusia
sifat agresif ini tidak boleh dikikis dari dalam diri manusia tetapi ia boleh dikawal serta
diluahkan dengan pelbagai cara.Antaranya dengan menggunakan aktiviti sukan
sebagai salah satu cara untuk meluahkan tekanan keagesifan dengan cara yang
dibenarkan dalam konteks masyarakat kita hari ini
Menurut pendekatan Teori Naluri ini keagresifan perlu diluahkan secara terus untuk
menghilangkan tekanan yang terpendam dalam diri seseorang individu.Proses
meluahkan keagresifan ini disebut sebagai katarsi.Segala bentuk perlakuan yang lasak
dan kasar dianggap sebagai proses meluahkan keagresifan yang terpendam ataupun
katarsis.Sukan merupakan wadah yang sesuai untuk melepaskan keagresifan yang
terpendam kerana ia dianggap sebagai tempat untuk melepaskan tekanan yang
dibenarkan.Contohnys,seorang pentinju boleh meluahkan keagresifannya di
gelanggang tinju manakala seorang pemain ragbi boleh melepaskan geram dengan
membuat tackle terhadap pemain lawan di padang permainan.

b) Teori Frustration-Aggression
Teori ini berkaitan dengan sikap agresif yang berlaku disebabkan oleh perasaan
kecewa pada diri seseorang ekoran daripada berlakunya kegagalan.Kenyataan ini telah
dikemukan oleh perasaan kecewa pada diri seseorang ekoran daripada berlakunya
kegagalan.Kenyataan ini telah dikemukakan oleh Dollard,Doob,Miller dan Mower
(1939).Namun pada hari ini,kenyataan ini tidak diterima sepenuhnya kerana tidak
semestinya orang kecewa akan menyebabkan berlakunya sikap agresif dalam sesuatu
aktiviti sukan atau senaman.Kajian dan pengalaman telah menunjukkan bahawa
seseorang yang kecewa tidak akan melepaskan sikap agresif sewenang-wenangnya
Malah,menurut Gill (1986),sikap agresif tidak selalunya ditonjolkan dalam sesuatu
aktiviti sukan atau senaman kerana ia boleh disalurkan dalam pertandingan
sukan.Contohnya,terdapat bukti bahawa ahli sukan kontak yang kecewa dalam sesuatu
pertandingan dapat mengawal dan merendahkan tahap agresif dalam diri mereka di
samping menggunakan pengalaman-pengalaman lampau.
c) Teori Pembelajaran Sosial
Teori ini menerangkan agresif sebagai sikap seseorang yang belajar melalui penelitian
orang lain yang mempunyai sikap ganjil.Sebagai contoh,ahli psikologi Bandura (1977)
telah mendapati bahawa kanak-kanak yang melihat orang dewas melakukan sesuatu
yang ganas akan meniru perbuatan tersebut lebih banyak berbanding dengan kanak-
kanak yang tidak terdedah dengan perbuatan yang ganas.Malah,menurut kajian yang
dilakukan oleh Smith (1988) terhadap sukan hoki ais,yang mana terdapat pergaduhan
sukan tersebut dan tindakan yang agresfi itu telah dilakukan oleh pemain-pemain yang
lebih professional di mana tindakan yang agresif itu merupakan sesuatu yang normal
dalam permainan sukan hoki ais.Kajian Pembelajaran Sosial dalam sukan juga
menunjukkan bahawa kebanyakan atlet tidak diajar untuk bertindak ganas tetapi sikap
agresif ini datang dengan sendirinya dengan melihat orang lain melakukannya dalam
permainan-permainan yang lepas.Bandura (1977),Thirer (1993) telah menekankan
bahawa peranan penting orang lain banyak membantu dalam mengawal atau
menyebabkan sikap agresif,memandangkan model pembelajaran adalah orang yang
bersikap agresif.
iii) JENIS-JENIS KEAGRESIFAN
a) Keagresifan Ketara
Silva (1984), menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang
berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain
(ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan
dan ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan
kesakitan yang dialaminya.
Contoh:
Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain
pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar
tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah
menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa
perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan).
Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh
penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain
pertahanan.Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan
tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut
menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.
b) Keagresifan Intrumental
Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan individu lain,
bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan,
hadiah atau prestij. Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut
sebagai instrumental ( perlu dilakukan ) untuk mencapai matlamatnya.

Contoh:
Tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang pasukan lawan
dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi
dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang
lain.Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya
memenangi perlawanan tersebut.Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan
(penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan
tersebut ialah untuk memenangi perlawanan.
c) Keagresifan Asertif
Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang
dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat
(kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak
timbul sama sekali.
Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan
yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan
permainan dan tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan.
Contoh:
Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain
lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan
selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlaku
kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak
dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan bersih serta
mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.

iv) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGANASAN DALAM SUKAN


1. Kebangkitan Fisiologi.
Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu suhu di
persekitaran dan bunyi bisisng penoton.Suhu persekitaran berkait rapat dengan
kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain
berasa kurang selesa,rimas serta mudah marah.Justeru itu,kesilapan yang
sedikit atau tindakan yang dianggap keterlaluan yang dilakukan oleh orang lain
ke atas pemain ini akan menjadi pencetus kepada pemain tersebut untuk
bertindak secara agresif.Ini telah dibuktikan oleh Reifman,Larrick dan Fein
(1991) yang mendapati wujudnya perkaitan secara linear di antara suhu dan
bilangan pemukul bola yang terkena bola yang dibaling oleh pembaling
(pitcher).Dalam konteks ini, semakin tinggi suhu semakin agresif pembaling
membaling bola sehingga ramai pemukul bola yang terkena balingan pembaling
tersebut.
Satu lagi factor yang berkait rapat dengan kebangkitan fisiologi dalam sukan
adalah kebisingan.Kebisingan penonton di stadium atau gelanggang boleh
meningkatkan kebangkitan pemain sehingga ia boleh menggugat prestasi
pemain tersebut.kajian yang telah dijalankan oleh Donnerstein dan Wilson
(1976),Green (1978) dan Glass dan Singer (1972) mendapati kebisingan yang
tinggi tahap desibelnya merangsang respon agresif individu terbabit.Justeru
itu,kebisingan penonton stadium menjadi pemangkin kepada tindakan agresif
para pemain (Wann,1997)
2. Persepsi Individu Yang Dikasari
Keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan (berdasarkan
persepsi) bahawa beliau akan dikasari oleh oihak lawan.Dalam konteks
ini,persepsi tentang niat pemain lawan untuk mengasari seseorang individu
adalah lebih kukuh dari kekalahan atau suasana pertandingan dalam
mencetuskan tindakan yang agresif di kalangan pemain.Justeru itu,pemain yang
menjangkakan bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang
sama ke atas pihak lawan.
3. Takut Kepada Tindak Balas Yang Bakal Diterima
Takutkan tindak balas yang bakal diterima dari pemain pasukan lawan lazimnya
akan mengurangkan perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan
sukan.Dengan kata lain,setiap pemain menghormati pemain pasukan lawannya
dan masing-masing cuba untuk mengatasi lawannya tanpa bertindak secara
agresif.Bagaimanapun akan sampai satu tahap di mana setiap pemain mula
mencabar lawannya dan tindakan itu menjadilkan suasana perlawanan menjadi
lebih sengit.Kesannya tindakan atau perlakuan yang agresif akan meningkat
kerana setiap tindakan yang agresif akan dibalas dengan tindakan yang sama
ataupun lebih,untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat.Akhirnya,perlakuan
agresif akan sampai ke kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal dengan baik.

4. Perbezaan Mata Dan Jaringan.


Kajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin
besar perbezaan mata atau jaringan ,maka semakin banyak kekasaran yang
dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan
(Cox,1999).Bagaimanapun jika kedudukan adalah seri ataupun perbezaan
jumlah mata kecil,kurang perlakuan agresif dilakukan oleh pihak yang terlibat
iaitu pemain dan jurulatih khususnya bimbangkan risiko yang bakal dihadapi jika
pemain melakukan tindakan yang kasar dan agresif.

5. Lokasi Perlawanan
Biasanya,pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak lebih agresif
kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga
maruah pasukan sebagai tuan rumah.Bagaimanapun,menurut Russell (1981),ia
bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang
dipertandingkan.Bagi sukan bola sepak,pasukan yang bermain di tempat lawan
biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan kedudukan
mereka,manakala bagi hoki ais,ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri
ataupun di tempat lawan (Cullen & Cullen,1975).

6. Keputusan Pertandingan
Pemain pasukan yang tewas atau merasakan bahawa pasukannya tidak
berpeluang untuk menang lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan
pemain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut.Ini mungkin kerana rasa
kecewa berdasarkan Teori Frustrasi-Agresif (Cullen & Cullen,1975).

7. Kedudukan Pasukan Dalam Liga


Pasukan yang berkedudukan di tempat teratas liga lazimnya kurang agresif
(kurang melakukan kekasaran) jika dibandingkan dengan pasukan yang
kedudukannya di bawah.Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif,pasukan
yang Berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan pasukan
yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan.Justeru
itu,mereka bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.

8. Jangka Masa Dalam Permainan


Umumnya,perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan lazimnya akan
meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan.Bagaimanapun,
kenyataan ini juga bergantung kepada jenis permainan.Yang jelas,keagresifan
jarang berlaku di awal masa permainan.

9. Penggunaan Steroid
Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan adalah kerana
kesan sampingannya.Antara kesan sampingan steroid adalah peningkatan
keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan steroid.Justeru itu
sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan,kita perlu memastikan
agar pemain tidak mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan terlarang sebelum
mereka mengikuti pertandingan.

v) CARA-CARA MENGATASI KEGANASAN DALAM SUKAN


1. Mendisiplinkan Atlet Dengan Sikap Yang Betul
Jurulatih perlu mendisiplinkan atlet dengan mengajar mereka untuk bersikap
dengan baik dan menerapkan kemahiran mengawal tekanan sewaktu bermain
dalam sesebuah pertandingan.Jurulatih juga perlu mendisiplinkan atlet untuk
mengawal keagresifan mereka bukan sahaja sewaktu bermain malah selepas
tamatnya sesebuah pertandingan terutama sekali jika mereka terpaksa
berhadapan dengan kekalahan. Jurulatih juga perlu mengkaji perwatakan
seseorang atlet tersebut.Misalannya,mendapatkan biodata atlet yang
merangkumi latar belakang keluarga,rakan-rakan terdekat,pengambilan
makanan,sejarah penyakit serta segala maklumat yang penting berkaitan
dengan atlet tanpa mengganggu privasi atlet.
Dalam mengajar sikap yang betul kepada atlet,jurulatih juga sepatutnya tahu
bagaimana hendak menyelesaikan masalah di samping menunjukkan tindakan
yang tidak ganas.Cmtohnya, menurut Miller (1993),di sebuah sekolah di
Maryland terdapat satu program yang menawarkan latihan untuk memperbaiki
suasana sekolah.Program ini dimulakan dengan mengenalpasti pelajar yang
berketrampilan dan berkemahiran berkomunikasi yang baik akan bertindak
sebagai perantara dalam menyelesaikan konflik dengan pelajar yang
bermasalah.Ketua rakan sebaya ini akan mengajar cara-cara menyelesaikan
masalah tanpa tidakan yang ganas.Walaupun contoh ini bukan satu-satunya
model penyelesaian masalah,namun ia jelas menunjukkan kepentingan
mengajar kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan ganas.
2. Ceramah Motivasi
Menyampaikan ceramah-ceramah motivasi yang pada kebiasaannya
disampaikan oleh pakar-pakar sukan (psikologi) sebelum sesuatu kejohanan
sukan perlu menerapkan unsur-unsur fair-play kepasa atlet.Dengan cara
itu,mereka bukan sahaja diberikan semangat untuk meningkatkan keyakinan
diri,konsentrasi dan motivasi malah telah diberikan suntikan tentang perlunya
semangat kesukanan semasa bertanding.Dengan cara tersebut,ia boleh
membantu mengelakkan sikap agresif.

3. Membuat Pemeriksaan Terhadap Penonton Sebelum Memasuki Stadium.


Manakala cara yang terakhir untuk mengawal sikap ini adalah dengan mengawal
tindakan ganas yang dilakukan oleh penonton.Di sini terdapat beberapa strategi
umum bagi mengawal tindakan agresif penonton.Antaranya,mengharamkan
pengambilan alcohol kepada penonton dalam sebarang pertandingan
sukan.Pemeriksaan perlu dilakukan di pintu masuk penonton bagi mengelakkan
mereka daripada membawa masuk barang-barang yang membahayakan seperti
mercun,kayu,benda-benda tajam serta minuman memabukkan.

4. Memisahkan Penyokong Pasukan


Penyokong kedua-dua pasukan perlu dipisahkan agar tidak berlakunya
pergaduhan atau perkara yang tidak diingini di dalam stadium.Perkara tragis
perlu dielakkan seperti yang berlaku di beberapa Negara Eropah di mana ramai
penonton mati akibat pergaduhan antara penyokong.

5. Mempromosikan Acara Sukan Sebagai Aktiviti Keluarga


Apabila aktiviti sukan menjadi aktiviti keluarga,maka kita akan menjaga
kesopanan serta perlakuan agar aktiviti tersebut dapat dinikmati dalam suasana
yang selamat.

6. Media Tidak Menyalahgunakan Peranannya Sebagai Penyampai Informasi


Maklumat.
Pihak media perlu memastikan agar laporan atau publisiti yang diberikan
terhadap perlawanan tersebut tidak ada sentiment yang negatif.Ini adalah kerana
kewujudan sentimen yang negatif di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja
akan membakar api dendam di antara pemain,malahan di antara paa
penyokong.Ini akan menyebabkan suasana perlawanan menjadi tegang dan
merbahaya seperti yang berlaku dalam pertandingan separuh akhir Piala Eropah
di antara Kelab Leeds United dan Kelab Galatasary dari Turki.

vi) RUMUSAN
Kesimpulannya,keagresifan dalam sukan tidak mustahil untuk diatasi jika mereka yang
terlibat mempunyai niat yang positif untuk bersama-sama mengatasi keadaan
ini.Pengiat sukan sebenarnya bertanggungjawab untuk memastikan atlet-atlet muda di
bawah didikan masing-masing dapat bertanding dalam suasana yang selamat dan
kondusif.

BIBLIOGRAFI
Nota Psikologi Sukan
http://sainssukan.forumotion.com/t87-psikologi-sukannota (diakses pada 10 Februari
2012)
Keganasan Dalam Sukan
http://www.scribd.com/doc/58352554/KEGANASAN-DALAM-SUKAN (diakses pada 15
Februari 2012)
Keganasan dan Keagresifan dalam
Sukanhttp://azharpjpk.blogspot.com/2009/08/keganasan-keagresifan-dalam-
sukan.html(diakses pada 20 Februari 2012)
http://www.lmsipda.net/lms/course/info.php?id=123 (diakses pada 24 Februari 2012)

Mohd Sofian Omar Fauzee, (2002). Psikologi Sukan; Daya Tahan Mental Dan Emosi Di

Kalangan Atlet. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mohd Sofian Omar Fauzee, (2001). Psikologi Sukan; Aplikasi Teori dan PraktikalKuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mohd Sofian Omar Fauzee, (2003). Penyelesaian Masalah Atlet Melalui Pendekatan

Psikologi, Kuala Lumpur: Utusan Publications.


Shaharudin Abd.Aziz (2001), Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan,Kuala Lumpur :

Utusan Publication & Distributors.

Anda mungkin juga menyukai