Anda di halaman 1dari 1

Dialog Utara - Selatan merupakan sebuah forum melibatkan negara-negara

perindustrian dengan negara-negara dunia ketiga tentang isu ekonomi. Dialog


Utara - Selatan merupakan sebahagian pertubuhan atau pelaksanan dan tindakan dari
gerakan NAM.

Matlamatnya adalah untuk membetulkan ketidaksamaan susunan ekonomi


antarabangsadan menghapuskan perbezaan ekonomi antara pihak selatan dan
pihak utara.

Forum-forum yang diadakan bawah nama Dialog Utara - Selatan ini


bertujuan menggalakkan perdagangan antarabangsa & untuk mengatasi masalah
perdagangan serta imbangan pembayaran negara membangun

Negara-negara membangun yang menjadi pengeluar komoditi utama menghadapi


masalah untuk memperdagangkan hasil komoditi utama seperti koko, bijih timah

dan getah asli kerana pembeli yakni negara maju mengawal harga hasil komditi ini
dengan cara yang lebih berpihak dan menguntungkan negara maju. Negara maju bukan
sahaja menyebabkan harga komoditi utama yang rendah dan
stabil malahan melakukan sekatan bagi import dari negara-negara dunia ketiga.

Forum ini mencapai beberapa kejayaan. Antara kejayaan Dialog Utara - Selatan

adalah berjaya menstabilkan harga komoditi getah asli, koko dan bijih timah
dengan mewujudkan Perjanjian Getah Asli Antarabangsa, Perjanjian Koko dan
Perjanjian Biji Timah Antarabangsa, berjayamewujudkan Skim Keistimewaan Am
(GSP) iaitu skim atau sistem pengecualian sekatan tarif atau sekatan duit bagi
negara membangun yang berdagang dengan negara maju, kejayaan penubuhan
UNCTAD dalam PBB dan penubuhan NIEO ( New International Economy
Order) pada persidangan khas ke - 6 PBB yang digubal pada tahun 1974. Penubuhan
NIEO membantu negara dunia ketiga dalam aspek ekonomi.

Namun begitu, forum ini akhirnya gagal kerana berlaku pertelingkahan kedua-dua
pihak iaitu negara maju dan negara membangun (negara dunia ketiga) berhubung
soal politik dan perdagangan. Forum ini juga gagal kerana terdapat hasrat
menubuhkan Kerjasama Selata-Selatan.

Anda mungkin juga menyukai