Anda di halaman 1dari 2

SJK(T) METHODIST 42200 KAPAR,KLANG,SELANGOR.

LAPORAN TAHUNAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2013

DEFINISI

Pada tahun 2013 unit Bimbingan & Kaunseling telah merancang dan telah menjalankan banyak aktiviti-
aktivti berfaedah untuk para pelajar sekolah. Seramai 1200 pelajar telah mendapat manfaat dari
perkhidmatan bimbingan & kaunseling yang disediakan oleh kami. Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling
sentiasa bersedia membantu para pelajar untuk menyelesaikan masalah dan keperluan mereka secara
emosi dan fizikal. Pihak unit bimbingan & kaunseling mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ahli jawatankuasa B&K dan para guru SJK(T) Methodist kapar kerana membantu
unit kami menjayakan banyak program yang kami rancang.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Memberi perkhidmatan dan pengayaan seboleh-bolehnya meliputi aspek perkembangan pelajar


dengan menyediakan peluang-peluang,kemudahan-kemudahan dan pengalaman-pengalaman
yang selaras dengan kemampuan serta potensi pelajar.
Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindari pelajar dari terlibat dalam perbuatan
salahlaku,tidak berdisiplin,merokok,penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Memberikan perkhidmatan yang bersifat pemulihan atau mengorientasikan pelajar bermasalah
peribadi,pelajaran,kerjaya,kesihatan dan social supaya mampu untuk menghadapi atau
mengatasi masalah-masalah mereka.
Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar ,guru, staf sokongan yang memerlukan.

PROGRAM-PROGRAN YANG DIJALANKAN

Bil Aktiviti /Program Tarikh/Bulan


01. Hari Orientasi tahun satu January
02. PMD tahun 2 hingga 6 Januari
03. Transisi tahun satu Januari
04. Kaunseling individu dan kelompok Sepanjang tahun
05. Bimbingan kelompok Sepanjang tahun
06. Program mentor mentee Feb September
07. Program motivasi Mei
08. Program Teknik Menjawab kertas UPSR Mei Ogos
09. Program Halus tahun 6 Julai
10. Taklimat tingkatan satu Oktober
11. Ceramah disiplin kearah tingkatan satu- En.Ponnusamy Oktober
12. Pertandingan melukis poster penyalahgunaan dadah Julai
13. Program penyayang Feb-Oktober
14. Perjumpaan dengan ibubapa pelajar tahun enam Feb
15. Kursus kepimpinan pengawas March
16. Ceramah awak remaja Oktober
17. Program lawatan ke Pusat sains negara Oktober
18. Kem Akademik Sekolah Julai dan Ogos

LAPORAN KEWANGAN 2012 SETAKAT 7.11.2012

BIL KETERANGAN RM
01. Baki tahun lepas 2012 729.70
02. Peruntukan tahun ini 4422.50
03. Jumlah besar peruntukkan 5152.20
04. Jumlah perbelanjaan 4586.00
05. Baki setakat 31.12.2013 566.20
KEKUATAN

1. Sumber kewangan yang mencukupi.


2. Kerjasama dari pihak pentadbir dan PIBG amat menggalakkan.
3. Kerjasama para guru amat dihargai.

KELEMAHAN

1. Kurang sumber /bahan untuk bimbingan


2. Tiada ruang untuk mengadakan taklimat kerana dewan sedang diperbaiki.

PENUTUP

Secara amnya program yang dirancang oleh unit Bimbingan & Kaunseling telah dapat dijalankan
sebanyak 90 %. Walaupun terdapat bebarapa gangguan atau kelemahan tetapi kami dapat mengatasi
dengan sedikit sebanyak.

Disediakan oleh Disahkan oleh

Anda mungkin juga menyukai