Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN MAJLIS HARI JADI PRASEKOLAH GEMILANG 2017

SJKC JERIK

Tarikh : 25 Mei 2017


Hari : Khamis
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Kelas Prasekolah Gemilang

Majlis harijadi telah berlansung dengan meriahnya bertempat di kelas Prasekolah


Gemilang. Majlis ini merupakan sambutan harijadi yang pertama diadakan
bertujuan untuk menyambut hari jadi bagi murid yang lahir pada bulan Januaro
hingga Jun dalam satu suasana majlis yang ceria dan meriah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu selamat hari lahir, meniup lilin dan
memotong kek hari lahir. Murid prasekolah kemudian menjamu selera dengan
makanan yang disediakan oleh para ibu bapa, minuman dan buah tembikai.

Majlis ini memberikan peluang kepada murid prasekolah berinteraksi dengan para
tetamu yang hadir dan secara tidak lansung meningkatkan perkembangan
kemahiran sosial dan emosi mereka. Selain itu ia turut memupuk kesedaran murid
bahawa diri mereka sangat berharga serta menanamkan semangat kasih sayang
dan nilai murni dalam diri mereka.

Majlis harijadi ini mencapai matlamatnya kerana berjaya memberikan pengalaman


yang menarik dan menggembirakan kepada murid prasekolah. Semua murid
pulang dengan riang dan tidak sabar untuk menceritakan pengalaman menarik
mereka kepada keluarga di rumah. Secara tidak lansung pengalaman bermakna
itu dapat membantu menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan
sosioemosi, menguasai kemahiran asas, memupuk keyakinan diri dan membentuk
personaliti yang positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

1
Kek Hari Jadi

Nyanyian Lagu Hari Jadi dan Sesi Memotong Kek.

2
Murid-murid menjamu selera.

Sesi Pengambilan Gambar dengan Guru Prasekolah.

Anda mungkin juga menyukai