Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN MAJLIS HARI JADI MURID PRASEKOLAH

UNTUK BULAN FEBRUARI 2019

Tarikh dan Hari : 4 ( Isnin ) , 14( Khamis ) dan 25 ( Isnin ) Februari 2019

Masa : 10:00 pagi hingga 10:30pagi

Tempat : Dewan Makan Prasekolah SJK (C) Tanjong Sepat

Majlis hari jadi telah berlangsung dengan meriahnya bertempat di


Dewan Makan Prasekolah SJK(C) Tanjong Sepat. Majlis ini bertujuan untuk
memberi penghargaan kepada murid prasekolah dalam satu suasana majlis
yang ceria dan meriah. Murid yang menyambut pada hari seperti yang
tercatat di atas adalah Chia Boon Keat ( Pra A ) yang dilahir pada 4 Februari
Fateha Ellyska Binti Muhamed Zul Fahmy ( Pra B) yang dilahir pada 14
Februari dan Rayden Lim Hong Xuan ( Pra B ) yang dilahir pada 25 Februari.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu selamat hari lahir, meniup lilin
dan memotong kek hari lahir. Murid-murid prasekolah berinteraksi dengan
ibubapa yang turut hadir dan secara tidak langsung meningkatkan
perkembangan kemahiran sosial dan emosi mereka. Selain itu ia turut
memupuk kesedaran murid bahawa diri mereka sangat berharga serta
menanamkan semangat kasih sayang dan nilai murni dalam diri mereka.
Majlis hari jadi ini mencapai matlamatnya kerana berjaya memberikan
pengalaman yang menggembirakan kepada murid prasekolah. Sebelum
pulang ke rumah, ibubapa murid juga menyediakan satu goodies kecil kepada
semua murid di prasekolah sebagai satu tanda penghargaan dan perkongsian
kegembiraan kepada semua murid. Dipercayai bahawa pengalaman
bermakna itu dapat membantu menyuburkan potensi murid dalam aspek
perkembangan sosioemosi dan memupuk keyakinan diri dan membentuk
personaliti yang positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

__________________ __________________

Cik Chua Hooi Ling Puan Tiong Siok Khim

Guru Prasekolah SJK(C) Guru Besar SJK(C)

Tanjong Sepat Tanjong Sepat


Lampiran

Gambar-gambar Aktiviti

Hari Jadi Chia Boon Keat Hari Jadi Rayden

Hari Jadi Chia Boon Keat Hari Jadi Rayden

Hari Jadi Fateha


Hari Jadi Fateha

Anda mungkin juga menyukai