Anda di halaman 1dari 32

TAMADUN ISLAM DI CHINA

BAHAGIAN PERTAMA

PENDAHULUAN
Tamadun China adalah sebuah tamadun yang lama
bertahan, iaitu sejak 4000 tahun yang lalu, walaupun
terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan halangan
disebabkan pencerobohan kuasa asing.

Sejarah Tamadun China bermula dengan lembah


sungai. Di utara bermula dengan Huang He (Sungai
Kuning) Sekitar 39501700SM). Sungai ini mengalir
dari pergunungan Kun Lun ke Timur, merentasi Utara
China sehingga ke Teluk Bo-Hai, sepanjang 3,395 batu.
Dibangunkan masyarakat tani semi tetap, pada era
Neolitik kebudayaan Yangshao. Tokoh terkenal Huang
Ti (Maharaja Kuning 2000SM).

Di Tengah dan Selatan China, bermula dengan Sungai


Yangtze, terpanjang di China (3915 batu), mengalir dari
Gunung Qinghai dan Tibet membelah ke bahagian
Timur China berakhir di Laut China Timur. Kesan
kehidupan Neolitik ditemui di wilayah Guangdong dan
kesan kebudayaan Peng-Keng turut dikenalpasti di
Taiwan (5000-3000SM.).

SEJARAH RINGKAS TAMADUN CHINA


Sejarah perkembang tamadun China boleh dilihat
dalam empat zaman:
- Zaman Pembinaan
- Zaman Keagungan
- Zaman Peralihan dan
- Zaman Moden

ZAMAN PEMBINAAN
Iaitu tahap awal pembinaan, muncul pelbagai dinasti
(Dinasti Hsia-Chou- Hin), muncul sistem politik
monarki dan era feudalisme. Zaman Dinasti Chou
timbul peperangan akibat kelonggaran sistem
pemerintahan yang memberi kuasa kepada tuan-tuan
tanah di wilayah masing-masing. Hasilnya muncul
pelbagai aliran seperti Konfusius, Taoisme dan
Legalisme yang memberi sumbangan besar kepada
Tamadun China. Kemunculan Shih Hwang Ti (221-
210SM.) China dapat disatukan.

ZAMAN KEAGUNGAN
Bermula dengan zaman Dinasti Han (206SM-23M di
Han-Barat dan 25-265M Han-Timur), menguasai
wilayah yang luas dan cekap mentadbir. Penduduk
seramai 60 juta. Dinasti ini berakhir dengan
pemberontakan dalaman diikuti zaman kekacauan
selama 350 tahun, berlanjutan hingga zaman Dinasti
Tang.

Dalam pada itu juga tamadun China turut menyaksikan


kehadiran Pengaruh Islam sebagaimanan direkodkan
dalam Chinese Annals mengenai kisah orang Arab
dalam Dinasti Tang sekitar (618-907M.). Pelbagai
bangsa yang beragama Islam mendiami negara China
seperti; Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar,
Tadjik, Uzbek, Tartar, dan Baoan. Rentetan daripada
itu muncullah masyarakat China Islam yang terdiri di
kalangan kaum Hui.

Zaman Maharaja Yong Hui (651M), Dinasti Tang


dicatatkan kehadiran utusan Khalifah Saidina `Uthman
bin `Affan ke Cangan/Xian. Hubungan diplomatik
yang dianggap paling menyerlah berlaku pada zaman
Dinasti Yuan (1271-1368).

Kemuncak keemasan berlaku pada zaman Dinasti Ming


(1368-1644). Menurut catatan rasmi orang-orang
China, hubungan antara Arab Parsi dengan China
melalui darat dan laut. Dikatakan kapal-kapal dagang
China telah sampai ke Teluk Parsi sejak abad ke-5
masehi lagi.

Saad bin Abi Waqas dikatakan pernah sampai ke China,


diperkuatkan lagi dengan kata-kata Saidina Umar r.a.:
Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China. Panglima
Islam Qutaybah bi Muslim dikatakan pernah
menguasai Singkiang dan mara ke Kansu. Pada tahun
713M. hubungan dengan Maharaja Hsuan turut
diadakan. Melihat kepada perkembangan sejarah
berkenaan, menunjukkan Islam datang ke China sejak
zaman Rasulullah s.a.w. Lagi.

ZAMAN PERALIHAN
Bermula dengan pencerobohan orang Gasar. Pada
pertengahan abad ke-13, bahagian Utara China
ditakluki oleh Monggol. Dinasti Song terpaksa
berpindah ke Selatan dan berakhir pada 1271M. Di
bawah pimpinan seorang petani Buddha Dinasti Ming
kembali berkuasa. Namun pada tahun 1644, orang
Manchu pula menguasai sehingga kedatangan ancaman
Barat pada abad ke-19.

ZAMAN MODEN
Tamadun China mengalami perubahan ketara sekitar
1839-1842, apabila China dikalahkan oleh Barat dalam
Perang Chandu. China diaibkan dengan syarat
perjanjian yang tidak adil menyentuh kedaulatan
China. Dalam pada itu pengaruh Barat mula meresap
dan menghambat keluar amalan dan nilai tradisi
tempatan. Para intelektual China mula mengkagumi
sistem demokrasi ala Barat dan ideologi Komunis.
Komunis berjaya menguasai China pada tahun 1949.
Ekoran daripada itu, cabaran terhadap nilai-nilai
tradisional mula dirasakan, pengaruh ideologi Barat
mula tersebar. Pengaruh Marxisme oleh parti Komunis
China pimpinan Mao Zedong (1949-1976) mula
membara. Implikasi daripada itu beberapa perubahan
mula berlaku

BAHAGIAN DUA

- Pengenalan
- Jatidiri masyarakat China
- Etnik-etnik China
- Budaya masyarakat China
- Sistem Sosial masyarakat China
- Nilai-nilai Dalam Bidang Pendidikan
- Kesimpulan.

PENGENALAN
Tamadun China wujud sejak 5,000 tahun dahulu.
Tamadun terawal dikesan di lembangan Sungai
Kuning. Budaya China terbentuk hasil daripada
percampuran berbagai elemen etnik

JATIDIRI MASYARAKAT CHINA


Kuat mempertahankan budaya nenek moyang.
Menganggap diri mereka lebih bertamadun daripada
bangsa lain. Amat menghargai hasil minda (idea) orang
lain. Amat mengambil berat tentang sejarah dan
budaya bangsa.

ETNIK-ETNIK CHINA
Terdapat lebih 54 kelompok etnik. Han adalah
kumpulan etnik paling dominan. Banyak etnik lain
terasimilasi dalam etnik Han. Nama keluarga
mengamabarkan asal-usul mereka.

BUDAYA MASYARAKAT CHINA


Budaya adalah identiti masyarakat China. Setiap
amalan mengambarkan maknanya yang tersendiri.
Amalan budaya dan pantang larang menjadi pengikat
persaudaraan orang China. Masyarakat China
mempercayai kewujudan dan peranan alam roh atau
dewa-dewa.

SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CHINA


Mementingkan hirarki sosial. Mengutamakan
hubungan kekeluargaan. Pematuhan dan
Pengaplikasian norma sosial menjadi asas kepada
kewujudan keharmonian sosial. Prinsil Lima
Hubungan (wu lun) adalah teras hubungan sosial.

NILAI-NILAI DALAM PENDIDIKAN


Upacara budaya seperti perayaan disambut semua
lapisan masyarakat. Perayaan berperanan sebagai
pengikat tali kekeluargaan. Amalan tradisi dianggap
sebagai jatidiri atau pengenalan orang China. Tanpa
amalan tradisi China mereka dianggap hilang nilai
kechinaannya. Pendidikan dianggap penting dalam
mengekalkan masyarakat berilmu, beradat dan
berperadapan.

KESIMPULAN
Negara dan bangsa China berjaya mengekalkan
kelangsungan tamadunnya dalam tempoh masa yang
panjang kerana mereka kuat mempertahankan nilai
budaya mereka. Walaupun mereka pernah dijajah oleh
bangsa bukan China, tetapi keutuhan budaya China
berjaya menchinakan bangsa yang menjajah mereka.

BAHAGIAN TIGA

1. KANDUNGAN:
- Kepercayaan dan falsafah
- Pandangan Semesta
- Nilai-nilai murni

2. HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mempelajari tajuk ini pelajar akan dapat
Menghuraikan kepercayaan dan falsafah, pandangan
semesta dan nilai-nilai murni tamadun China

3. PENDAHULUAN
Fokus perbincangan dalam tajuk ini ialah
membicarakan tentang sistem kepercayaan dan
kewujudan beberapa falsafah yang diamalkan oleh
masyarakat dalam kehidupan. Pandangan semesta
masyarakat Cina yang berkaitan dengan alam. Nilai-
nilai murni yang menjadi amalan masyarakat dan
kesannya dalam kehidupan.

4. KEPERCAYAAN
4.1 Kepercayaan Primitif/Animisme

- Menyembah unsur alam.


- Banjir dan kemarau merupakan gambaran
kemarahan dewa.
- Keharmonian alam terdapat dalam konsep Feng-Sui
@ angin, air, iaitu perlunya satu kehidupan harmoni
dalam persekitaran semula jadi kerana ia membawa
tuah.

4.2 KONFIUNISME
Diasaskan oleh Kong Fu Tze (nama sebenar Kung Chiu
). Ajaran beliau ditulis dalam Analects atau Lun Yu.
Kandungan ajaran;
- Mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga
hubungan antara manusia.
- Mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka
hadir di dunia ini.
- Merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar
manusia berakhlak mulia.

4.3 DAOISME @ TAOISME


Diasaskan oleh Lao-Tzi (Li Peh Yang) dan ajarannya
ditulis dalam buku I-Ching (The way and Virtue).
Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bererti
jalan atau cara dan kuasanya.
Konsep jalan merujuk kepada arah dan cara alam
semesta. konsep kuasa merujuk kepada kuasa yang
diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan
cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta.
Kandungan ajaran;
- Dunia manusia adalah buruk, kejahatan adalah usaha
manusia untuk mendapatkan sesuatu yang tidak dapat
diperolehi dengan baik (nafsu). Jika manusia tidak
mengejar denda-benda ini, maka dunia akan aman dan
tidak banyak undang-undang yang diperlukan.
- Tidak setuju konsep kepimpinan melalui tauladan
kerana mustahil sikap baik pemerintah boleh dicontohi
oleh rakyat dalam negara yang luas.
- Mengajak manusia bertapa di gua-gua untuk
menghapuskan dosa.

4.4 BUDDHA
Berasal dari India dan diasaskan oleh Gautama
Buddha. Ajaran Buddha sampai ke negara Cina pada
tahun 339M oleh Fa-Hsien. Ajaran Buddha diterima
oleh masyarakat Cina kerana:
- Bersifat terbuka dan senang difahami.
- Berlaku asimilasi dengan falsafah Daoisme dan
Konfisiunisme .
- Kekacauan dan peperangan yang berlaku dalam
negara. Beragama menenangkan masyarakat Cina yang
berada dalam kesusahan disebabkan berlaku
peperangan dan huru-hara.
- Terdapat persamaan dengan falsafah Daoisme

5.0 PANDANGAN SEMESTA

5.1 Tien
- Merujuk kepada langit (Heaven) secara fizikal.
- Menunjukkan Dewa tertinggi yang disamakan dengan
langit.
- Dikaitkan dengan pemerintah seluruh dunia.
- Dirujuk kepada teori metafizik China.
- Dirujuk sebagai prinsip moral seperti cintakan
keamanan, keadilan dan pemerintahan dan sebagainya.

5.2 Di @ Ti
- Merujuk kepada bumi
- Dewa yang memelihara di bumi
- Digunakan sejak zaman Dinasti Shang sebagai Shang
Di

5.3 Dao @ Tao


- Merujuk kepada lorong atau jalan
- Iaitu satu jalan atau cara kelakuan @ tabiat baik @
jahat
- Menurut Konfisius : konsep tatatertib moral yang
mesti dipatuhi oleh individu, ia sejenis pentadbiran
yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan
rakyat.
- Menurut Daoisme : secara metafizik, iaitu punca
utama kehidupan (Tuhan) & pencapaian ketahap
penyatuan dengan Dao (to become one with Dao)
merupakan pencapaian tertinggi dalam pembinaan diri
seseorang. Tien dan Di juga berasal dari Dao

5.4 Konsep Yin & Yang


- Percaya perkara yang wujud di alam ini hasil interaksi
antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin & Yang.
- Yin : perempuan, sejuk, pasif, gelap, basah, lembut,
dll.
- Yang : lelaki, panas, aktif, cerah, kering, dll.
- Membayangkan bahawa dunia ini adalah dunia
dualisme. Iaitu segala fenomena mempunyai dua yang
berbeza seperti besar dan kecil, kiri dan kanan, lelaki
dan perempuan dan sebagainya.
- Konsep ini dianjurkan oleh Daoisme

5.5 Konsep Zhung Yong (The Golden Mean)


- Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan
jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam
semesta.
- Tidak menyetujui kekerasan sebagai jalan
penyelesaian
- Konsep ini dianggap terbaik dan sesuai serta ideal
dalam semua tindakan, keadaan dan masa.

5.6 Konsep datung @ Ta Tung (The Grand Unity)


Pencapaian yang paling sempurna iaitu tahap
keharmonian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung.
Iaitu dunia boleh dikongsi oleh manusia sejagat secara
adil.

Kata Konfusius:- apabila Jalang agung ini diamalkan,


dunia ini akan dikongsi oleh semua pihak dengan adil
& saksama. Mereka yang berkebolehan & mulia
perlakuannya akan diletakkan pada jawatan yang
sesuai dengannya. Manusia akan melakukan sesuatu
dengan hati yang ikhlas dan duduk besama-sama
mereka dengan penuh kasih sayang .tidak
membezakan, tidak membazir, tiada maksiat, tiada
pembenrontakan, sehingga pintu luar dibiarkan tanpa
berkunci. )

6. NILAI-NILAI MURNI
6.1 Konsep Wu Lan (Lima Hubungan)
Lima hubungan asas manusia ialah:
- Hubungan antara suami dan isteri
- Hubungan antara bapa dan anak - Kekeluargaan
- Hubungan antara adik-beradik
- Hubungan antara sahabat (masyarakat)
- Hubungan antara pemerintah dan rakyat

6.2 KONSEP REN (Kemanusian)


- Nilai kasih/ cinta kepada manusia
- Naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan
kepada orang lain, rasa hormat kepada diri sendiri &
memandang tinggi martabat manusia
- Membezakan manusia dengan haiwan
- Kata Konfusius; Jangan melakukan sesuatu yang
anda sendiri tidak suka orang lain melakukan kepada
anda

Asas kepada Ren ialah;


- Konsep Zhong (ketaatan)
- Kata-kata Konfusius: Apa yang ingin kita lakukan
untuk diri kita, kita lakukan juga untuk orang lain, apa
yang kita ingin sempurnakan untuk diri kita, kita
sempurnakan juga untuk orang lain
- Konsep Shu (kemaafan)
- Konsep Xiao (berbakti)
- Konsep Di (hormat)

6.3 Konsep Li (Tatasusila)


- Merujuk kepada beberapa peraturan yang
membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya
dan miskin
- Merujuk kepada adat istiadat
- Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan
menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal
terhadap tindakan/tingkah laku manusia.

Konfusius mengemukakan 3 ciri-ciri Li


- Peraturan hubungan antara manusia dengan Tuhan,
iaitu mementingkan aspek perasaan dan naluri
- Peraturan hubungan antara manusia dengan
manusia, iaitu penghormatan kepada manusia.
- Peraturan hubungan dalam politik, iaitu akhlak
seiring dengan kepimpinan. Konfusius menekankan
kepimpinan melalui teladan.

6.4 Zhong Yong (Kesederhanaan)


- Cara untuk pertahankan Li dan menjaga Ren
- Maksud : Zhong = tengah & Yong =biasa
- Asas untuk menjadi manusia yang baik,
membangunkan diri dan mengendalikan hubungan
antara manusia
- Konfusius menekankan keseimbangan, bertolak
ansur, ikhlas, Kata-kata Konfisius :- Membazir
berlebih-lebihan menampakkan kesombongan dan
berjimat cermat menampakkan kepapaan,
berbanding dengan kesombongan saya lebih rela
kelihatan papa.

PEMIKIRAN POLITIK KONFUSIUS


- REN nilai asas yang boleh membawa kepada
terbentuknya kerajaan yang berkebajikan
(RENZHENG). REN membawa sifat baik hati, baik
budi, kejituan, betul, perlindungan, kekuasaan, ihsan &
harga diri dari pemerintah kepada rakyat.
- TE Kekuatan @ Kekuasaan inti kekuatan manusia
terletak kepada kekuatan rohani (faculty of mind),
kekerasan tidak dapat selama-lamanya memaksa
rakyat untuk taat. Kekuasaan melalui nilai kejiwaan
akan dapat membentuk kesetiaan rakyat tanpa paksaan
- ZHENG MING peranan dan tanggungjawab
dilaksanakan mengikut nama/jawatan yang disandang.
Kata-kata Konfusius; Raja sebagai raja, Pembesar
sebagai pembesar, Ayah sebagai ayah, anak sebagai
anak
- LI pemerintahan bertatasusila, pembesar
berkhidmat berlandaskan ketaatan dan raja melayan
pembesar berdasarkan tatasusila (adat & adab)
7. PEMIKIRAN PENDIDIKAN KONFUSIUS
- Pendidikan sangat penting dan nilainya sama dengan
ekonomi dan politik.
- Tujuan Pendidikan
- Melahirkan JUN ZI (orang budiman) & SHI
(cendikiawan)

JUN ZI mempunyai 3 peranan :-


- Mempelajari ilmu
- Memperbaiki diri
- Mentadbir manusia

SHI adalah pembnatu JUN ZI & bakal menjadi JUN ZI

Terdapat 3 kategori SHI;


- Memegang tugas diplomatik & politik
- Mempunyai kualiti akhlak XIAO (taat) & DI (hormat)
- Mempunyai sifat amanah dan sanggup
melaksanakannya

Saranan Konfusius dalam Pengajaran & pembelajaran


terdapat 4 ciri yang mesti berlaku :-
- Banyak mendengar
- Banyak melihat
- Banyak Bertanya
- Banyak mengenali

Konfusius meletakkan etika kejujuran dalam


pembelajaran supaya tidak berlaku penipuan.

KESIMPULAN
Masyarakat Cina telah menginterpretasi banyak nilai-
nilai yang dianggap murni yang telah dikemukakan
oleh Konfusius untuk membina diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Nilai-nilai murni ini ada
persamaaan dengan ajaran Islam.

BAHAGIAN EMPAT
SUMBANGAN TAMADUN CHINA

PENGENALAN
Tamadun china merupakan salah satu tamadun tertua
di dunia. Sumbangan dan pencapaiannya adalah
setanding dengan tamadun dunia lain. Keunikan
Tamadun China ialah ketahananya sepanjang masa.
Tamadun ini memiliki sejarah yang panjang dan masih
kekal sehingga sekarang.

Pengaruh tamadun China amat ketara dan telah


dijadikan model bagi kerajaan-kerajaan seperti Jepun,
Korea dan Vietnam. Penyebarannya berlaku secara
tidak langsung ke seluruh dunia, kewujudan China
town di beberapa negara maju membuktikannya.
Budaya China dikagumi khususnya dalam bidang
perubatan, ilmu pengetahuan, penciptaan dan
perkembangan teknologi serta falsafahnya.

SENIBINA TEMBOK BESAR CHINA


Kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan
diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga
permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming. Ia dibina
untuk melindungi China daripada serangan puak
Mongol dan puak Turkic. Bahagian dalam tembok
berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan.

Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan


berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih
lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan
serangan puak-puak nomad dari utara. Panjang
tembok ini ialah 6,352 km, daripada Shanhai Pass
sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak
berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria,
sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.
BAHAN PERCETAKAN KERTAS
Penciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman
Dinasti Tang. Manakala kertas dicipta lebih awal
daripada penciptaan mesin cetak. Ia telah dicipta oleh
Cai Lun pada tahun 105. Ciptaan kertas dan mesin
cetak seterusnya membawa kepada perubahan kepada
tamadun Barat kerana bermulanya Zaman Reformasi
di Eropah.

Kertas pertama di dunia

BAHAN API / MERCUN


Orang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup.
Ia dimulai oleh pengikut-pengikut Tao yang
mencampurkan arang kayu dengan kalsium nitrat dan
sulfur. Perkara ini di sentuh dalam buku Taoisme yang
melarang mencampurkan bahan-bahan ini terutama
menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akan
membawa kebakaran. Namun demikian bahan letupan
yang mereka cipta hanya digunakan untuk bunga api.
Manakala hubungan China dengan kuasa asing
membawa kepada pengaruh penciptaan bahan peletup
sebagai satu senjata.

KOMPAS
Penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yang
menunjukkan arah utara-selatan yang diletakkan batu
lod. Sebenarnya, tujuan utama penciptaan tersebut
adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas pertama
dicipta oleh penduduk China diperbuat dari kayu dan
sebatang sudu magnet.

PEPERIKSAAN AWAM CHINA


Matlamat utama pendidikan di China ialah lulus
peperiksaan awam.
Sistem peperiksaan awam di China adalah yang tertua
di China.
Terdiri daripada 3 tahap
- Hsiu Tai Setaraf dengan ijazah pertama
- Chun-Jen Setaraf dengan sarjana
- Chin Shih Setaraf dengan doktor falsafah

PERTANIAN
Kerbau digunakan untuk aktiviti penanaman padi,
kuda sebagai binatang tunggangan dan ikan mas dan
anjing peking sebagai binatang belaan. Mereka juga
memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin
dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan
menggantungkan sarang semut pada pokok buah-
buahan.

KOLAR KUDA
Kolar kuda merupakan sumbangan tamadun China
yang direka untuk membolehkan kuda menarik
tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong berkuda dan
penyisir tanah.

SAINS DAN TEKNOLOGI


Sumbangan tamadun China dalam sains dan teknologi
(ilmu pengetahuan):
- Bidang Perubatan
- Bidang Matematik
- Bidang Astronomi
- Fizik
- Biology

BIDANG PERUBATAN
Bermula sejak kurun ke-2 masihi. Karya perubatan
yang terkenal. Inner Cannon Rekod teori-teori
perubatan China. Yellow Emperors Classic of Internal
Medicine Kelebihan akupunktur, herba, diet dan
senaman. Treaties on Disease Caused by Cold Factors
Ditulis oleh Chang Chung Ching. Material Madica
Ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensiklopedia yang
mengandungi hampir 2,000 jenis perubatan.

BIDANG MATEMATIK
Dua karya matematik yang terkenal
- Chou Pei Suan King Mengenai kelendar, cara
tentukan masa melalui ayunan.
- Chiu Chan Suan Shu Mengandungi 9 bab mengenai
ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik.
Ahli matematik China yang terkenal
- Liu Hiu
- Li Zhi
- Li Shanlan

BIDANG ASTRONOMI
Pada dinasti Chou, pembuatan katalog bintang,
kejadian gerhana, komet dan penggunaan genomon
serta clepsydra diaplikasikan.

KESIMPULAN
Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
dan agak unik serta kaya dengan penciptaan dan
penemuan sains. Ia banyak memberi sumbangan sains
dan teknologi dunia. Hasil interaksi antara tamadun
dan sikap keterbukaan terhadap tamadun lain
membawa keagongan kepada tamadun China.

Tamadun China tidak hanya menekankan aspek


ekonomi semata-mata tetapi juga pembinaan
masyarakat beretika dan pemeliharaan alam sekitar
seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara
lain. Relevensinya dapat dilihat dalam pelbagai aspek
saperti ekonomi, politik, sosial dan etika, pendidikan
dan kekeluargaan.Maka sewajarnya kita menuntut ilmu
sampai ke negeri China.

BAHAGIAN LIMA

ISLAM DI CHINA
- Sejarah Islam di China
o Teori Kedatangan Islam di China
o Perkembangan Islam di China
o Faktor Pemangkin Islamisasi
- Tokoh-tokoh Islam di China
- Sumbangan Islam di China

PENGENALAN
China adalah antara negara paling awal menerima
kedatangan Islam. Islam sampai ke negara itu melalui
perjuangan dan usaha gigih sahabat Rasulullah.
Sumbangan Islam kepada peradaban China sangat
besar dan tidak boleh dipadamkan dari catatan sejarah.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE CHINA


1. Berlaku sejak Rasulullah s.a.w lagi. Ini berdasarkan
catatan sejarah Dinasti Sui (605-618M) dan Dinasti
Tang (618-905M) bahawa telah ada kapal dagangan
China sampai di Teluk Parsi pada abad ke-5M dan telah
ada penempatan orang Arab di sekitar pelabuhan
utama di China.

2. Islam telah diperkenalkan sejak zaman Rasulullah


s.a.w. berdasarkan pendapat yang menyatakan Saad
bin Lubayd yang menyertai rombongan ke Habsyah
pada 619M telah berdakwah ke China pada 630/631M.

Beliau bersama sahabatnya yang dikenali sebagai Yusuf


telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan
Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid
Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se.

3. Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa


ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad bin
Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu
pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang
pada abad ke-7M.
4. Terdapat pendapat yang menyatakan Islam dibawa
ke China pada zaman Thai Sung (627-655M) dan orang
Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah
Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib,
sepupu Rasulullah s.a.w). Beliau bersama 3000 orang
Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di
kawasan San Gan Foo.

5. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M),


Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M)
apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh
Khalifah Othman b. Affan telah sampai ke Chang-an
(kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.

PERINGKAT PERKEMBANGAN

DINASTI SUNG (960-1279M)


Dinasti yang berjaya menyatukan kerajaan kecil di
China. Aktiviti perdagangan antara orang Arab dan
Cina semakin meluas. Pedagang asing diberikan
perlindungan oleh pemerintah, dibenarkan
berkampung dan bebas berdagang. Ramai pedagang
Islam datang dan ini meluaskan proses penyebaran
Islam.
DINASTI YUAN (1127-1368M)
Didirikan oleh orang Monggol (diketuai oleh Genghis
Khan). Zaman Kublai Khan, kawasan selatan China
pula tewas pada 1279M. Dinasti Yuan memerintah
seluruh China sehingga 1368M. Ramai ilmuwan dari
Asia Barat datang berkhidmat dengan kerajaan sebagai
pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan
matematik (mendapat kedudukan tinggi).
Mempengaruhi penduduk tempatan untuk masuk
Islam.

DINASTI MING (1368-1644M)


Dinasti Islam yang terbesar dan terkenal. Pentadbiran
oleh orang Cina Islam. Merupakan kejayaan besar
masyarakat Islam di China. Banyak masjid dibina.
Ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan. Ilmu sains
Islam bergiat cergas.

DINASTI CHING (1644- 1912M)


Ditadbir oleh orang Manchu. Kedudukan orang Islam
tergugat. Diskriminasi terhadap orang Islam, terutama
yang bukan Cina. Berlaku reformasi yang dilakukan
oleh orang Islam menyebabkan berjuta rakyat Islam
terbunuh
KERAJAAN REPUBLIK (1911 M)

1911M- Sun Yat Sen menubuhkan sebuah kerajaan


republik.
Kerajaan ini membahagikan rakyat kepada 5 jenis
- Han (China)
- Man ( Manchu)
- Meng (Monggol)
- Hui (Islam)
- Tzang (Tibet)
Ini telah memperbaiki hubungan dan peluang
penyebaran Islam.
Banyak sekolah dan organisasi Islam ditubuhkan,
seperti:
- The Chinese Muslim Promotion Club
- Chinese Muslim Federation

REVOLUSI KEBUDAYAAN (1949- 1976 M)

- 1949M- China jatuh ke tangan komunis (pemimpin-


Mao Zedong).
- Penduduk diseksa dan tertindas.
- Ideology Karl Marx dan Mao wajib dipelajari.
- Melarang semua bentuk agama dan fahaman.
- Masjid- masjid dikerahkan tutup dan dijadikan
ladang babi.
- Imam dan guru- dipaksa menjadi penyelia kandang
babi.
- 1976M- revolusi kebudayaan tamat (Mao Zedong
mati).
- Islam bergiat kembali.

FAKTOR PEMANGKIN ISLAMISASI DI CHINA

TOKOH-TOKOH ISLAM DI CHINA

LAKSAMANA CHENG HO
Ma San Pao (nama asal). Keturunan Sino Arab dari
Yunnan. Menjadi laksamana selama 30 tahun.
Misi- misi:
- 7 pelayaran- singgah di 30 negara Asia (termasuk
Melaka) dan Afrika.
- Misi haji.
Sumbangan kepada kebudayaan Islam:
- Meletak batu asas pertukaran budaya di bumi Melayu.
- Memperluaskan budaya berdagang dan berlayar.
- Mencatat arah layar, mata angin, jarak perjalanan &
tempat- tempat perhentian.

YUSOF MA ZHU (1640- 1711)


Dilahirkan di Yunnan.
Bergaul dengan ulama Islam (belajar sastera Arab dan
Parsi).
Mengajar di Akademi Maharaja.
Membuat penyelidikan mengenai Islam.
Karya agung: Arah Islam (berkaitan sejarah, falsafah,
Islamic law)

LIU ZHI (1665- 1745)


Dilahirkan di Nanjing.
Dikagumi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam
kerana pengetahuan Islam yang luas.
Karya agung- Tian Fang Jian Li (Etika dalam Islam).
Kejayaan- berjaya memahami manusia dari perspektif
Islam.

YUSOF MA DEXING (1794-1874)


Dikenali sebagai Ma Fuchu di Yunnan.
Tinggal di Arab- 8 tahun.
Terlibat dalam Pemberontakan Orang Islam (1862-
1872- Yunnan).
Dibunuh oleh rejim Ching.
Terkenal kerana pengetahuan Islam dan kefasihan
(bahasa Arab dan Parsi).
Karya agung:
Kitab Ajaran Suci (terjemahan Al-Quran, Nahu, Sarf)
Sumbangan kepada Kebudayaan Islam:
Menterjemahkan Al-Quran
Menulis buku- buku Islam (bahasa Arab dan Parsi)

SUMBANGAN ISLAM DI CHINA

ASTRONOMI
Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan).
Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin
(Jamaludin).
Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca
serta kalendar (takwim Wan-nien-li). Dijadikan takwim
rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.

MATEMATIK
Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam
memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu),
kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan
trigonometri.

PELAYARAN
Orang Islam membantu perkembangan pembinaan
kapal dan menggerakkan usaha pelayaran.
Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China.
Turut majukan bidang pelayaran terutama soal
peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi,
kompas dan kaedah ukuran air.

PERUBATAN
Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan
digabungkan dengan ilmu perubatan China.
Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan.
Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman
Dinasti Tang dan Dinasti Sung.

PEMBINAAN
Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam
bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh:
Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid
Huaje Lane di Sian (Xian).

KESIMPULAN
Kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci
ini bersifat sejagat. Perdagangan dan politik
merupakan faktor utama kemasukan Islam di China.
Masyarakat Islam China berjaya membuktikan
sumbangan Islam kepada kemajuan peradaban China.
http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/5-tamadun-islam-di-china.html

Anda mungkin juga menyukai