Anda di halaman 1dari 16

TAJUK KAJIAN :

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKITAN i-THINK MEMBERI KESAN


TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR

BAGI TEMA BUMI DAN ALAM SEMESTA TAHUN 5

1.0 PENGENALAN :
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar
berfikir secara kritis dan kreatif dan ianya adalah selari dengan penggubalan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Penghasilan idea-idea
baru oleh pelajar dapat dilakukan apabila pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif dengan
mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang diterapkan oleh guru
di dalam proses pengajaran mereka. Proses ini dapat dijalankan dengan menerapkan kepada
pelajar-pelajar melalui soalan-soalan beraras tinggi dan kaedah penyelesaian masalah serta
kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan.

Jenis-jenis kemahiran berfikir terdapat dalam pelbagai aliran pemikiran dan pandangan.
Kemahiran berfikir ini dapat dibahagikan kepada dua jenis secara amnya iaitu KBKK. Di dalam
mata pelajaran Sains Sekolah Rendah, terdapat banyak kemahiran-kemahiran berfikir yang telah
disenaraikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
dilaksanakan di dalam proses pengajaran guru di dalam atau luar kelas bagi meningkatkan
kemahiran berfikir pelajar.

Untuk mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh sistematik, para pelajar memerlukan
kemahiran asas secara teori dan praktikal yang diperturunkan oleh para guru mata pelajaran sains.
Proses pengajaran guru mengikut huraian sukatan mata pelajaran sains hendaklah dilakukan dalam
pelbagai bentuk aktiviti dan kerja amali seperti membuat projek, tunjuk cara, lawatan, main
peranan dan sebagainya. Namun, adakah kesemua guru telah diberikan latihan yang secukupnya
dari segi penerapan pengaplikasian KBKK di dalam proses pengajaran mereka.

Sains merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara mencapai status negara
maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan dengan berteraskan masyarakat

1
berilmu, saintifik dan progresif serta mampu melahirkan pengurus alam yang dapat menjamin
keharmonian hidup secara optimum dalam membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan
berketrampilan dengan mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berkualiti
adalah insan yang mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, gigih dan bersikap objektif
dalam segala usaha dengan tidak meminggirkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Peta minda merupakan suatu lakaran grafik pemikiran individu yang membolehkan kita
merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat
sesuatu persembahan dan sebagainya. Ia adalah alat berkesan yang mendorongkan pemikiran
kreatif. Selain itu, bentuk peta minda juga berbagai-bagai bergantung kepada kreativiti seseorang
individu tersebut.

Tiga elemen di dalam bidang sains iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai
murni perlu diintegrasikan bagi meningkatkan mutu pendidikan sains. Sains adalah satu bidang
ilmu pengetahuan yang menyediakan rangka konsep bagi menyediakan pelajar memahami
keadaan di sekeliling mereka. Pengajaran sains adalah bertujuan mengembangkan pengetahuan
dan kemahiran sains dengan memupuk daya pemikiran saintifik dan nilai-nilai murni yang
diterima di persekitaran budaya Malaysia. Penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu
mereka dalam mengharungi arus kehidupan yang berkesan dan bermakna seiring dengan
perkembangan dunia sains dan teknologi. Oleh itu, pelajar harus membina pemahaman yang
bermakna terhadap alam sekeliling mereka.

2.0 PENYATAAN MASALAH :

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan yang
bersesuaian untuk digunakan. Namun, kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan
berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah
menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang terjadi
adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman
pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun tidak. Adakalanya setiap konsep yang
disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar.
Ingatan dan kefahaman konsep memainkan peranan yang utama di dalam pendidikan
sains bagi meningkatkan prestasi diri pelajar. Kaedah pengajaran tradisional chalk and

2
talk adalah jauh ketinggalan dalam menjelaskan konsep-konsep yang abstrak . Oleh itu,
kajian yang dijalankan adalah amat penting dalam menentukan tahap keberkesanan
pembelajaran menggunakan peta pemikiran i THINK bagi subjek sains yang bertajuk
Bumi dan Alam Semesta dalam Sains Tahun 5 KBSR. Kajian ini menekankan kepada
langkah-langkah untuk membuktikan bahawa strategi menggunakan peta pemikiran
i THINK ini dapat digunakan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dan
menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran
dapat memperbaiki amalan pengajaran guru.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN :

Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai tiga objektif iaitu:

a) Untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran menggunakan peta pemikiran i-THINK


berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar.
b) Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran peta pemikiran i-THINK dalam memupuk
nilai dan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran
tradisional.
c) Untuk melihat perbandingan kesan kaedah pembelajaran melalui peta pemikiran i-THINK
terhadap peningkatan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah
pembelajaran tradisional.

3
4.0 PERSOALAN KAJIAN

a) Adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik i-THINK lebih berkesan berbanding


pembelajaran bercorak tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar?
b) Adakah pembelajaran menggunakan teknik i-THINK dapat memupuk sikap dan nilai
positif terhadap sains kepada pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?
c) Adakah pembelajaran menggunakan i-THINK dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk
belajar sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?

5.0 HIPOTESIS KAJIAN:

Hipotesis Penyelidikan :

Terdapat perbezaan pencapaian ujian sebelum dan selepas penggunaan Peta Pemikiran
iTHINKbagi topik Bumi dan Alam Semesta Tahun 5.

Hipotesis Nul :

Tidak terdapat perbezaan pencapaian ujian sebelum dan selepas penggunaan Peta
Pemikiran i-THINK bagi topik Bumi dan Alam Semesta Tahun 5.

Terdapat perbezaan pencapaian ujian sebelum dan selepas penggunaan Peta Pemikiran
i-THINK bagi topik Bumi dan Alam Semesta Tahun 5.

6.0 LATAR BELAKANG INSTRUMEN

4
Di dalam kajian ini didapati pembolehubah bersandar adalah penggunaan Peta Pemikiran
iTHINKbagi topik Bumi dan Alam Semesta Tahun 5 dan pembolehubah yang tidak bersandar
ialah perbezaan pencapaian ujian. Berdasarkan pembolehubah tidak bersandar iaitu pencapaian
ujian bagi murid tahun 5 di dalam tema bumi dan alam semesta, maka satu set ujian mengikut tema
dibina. Tema bumi dan alam semesta mengandungi empat unit yang berbeza merangkumi buruj,
peredaran bumi dan bulan, siang dan malam dan fasa-fasa bulan. Setiap tema mempunyai
pemberatan yang berbeza. Unit peredaran bumi dan bulan dan fasa-fasa bulan merupakan dua unit
yang perlu diberi lebih pemberatan. Ini kerana konsep kedua-dua unit ini agak sukar diterapkan
ke dalam minda pelajar dan ia memerlukan fakta-fakta yang lengkap. Teknik pengajaran unit ini
juga perlu diberi penekanan kepada aktiviti stimulasi supaya pengukuhan pembinaan konsep di
minda pelajar dapat dibina.

6.1 Jadual Penentu Ujian


Jadual Penentu Ujian adalah satu matrik yang menemukan paksi kandungan atau
konteks dengan paksi aras kemahiran dan konstruk. Kandungan dan konteks pula perlu merujuk
kepada tajuk-tajuk dalam huraian sukatan pelajaran. Aras kemahiran atau konstruk pula perlu
merujuk kepada taksonomi bloom. Paksi menegak mengukur kandungan tajuk dan paksi
melintang pula mengukur aras kandungan kognitif atau konstruk. Jadual Penentu Ujian ini
mempunyai kepentingan tersendiri. Dibawah ini disenaraikan kepentingan jadual Penentu Ujian;

a. Menjamin ujian dibina secara tersusun dan berobjektif


b. Menjamin kualiti kertas ujian
c. Menimbulkan rasa pentingnya setiap tajuk kepada guru yang mengajar mengikut
penekanan yang diberi dalam peperiksaan awam.
d. Memastikan terdapatnya keseimbangan di antara tajuk-tajuk dengan aras
kemahiran.
e. Membiasakan pelajar dengan membentuk dan penekanan tajuk dalam
peperiksaan
f. awam.
g. Menjadi panduan membentuk soalan
h. Membolehkan ujian dibina oleh guru lain

5
i. Memudahkan guru membuat analisis jawapan pelajar bagi tujuan pemulihan
setiap
j. kali selepas ujian.
k. Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa.
l. Soalan dibina berasaskan objektif pengajaran dan pembelajaran.

6
JADUAL PENENTUAN UJIAN

BIL TOPIK PERUNTUKAN MASA (JAM)

1 Buruj 1 Jam

2 Pergerakanbumidanbulan 2. 5 Jam

3 Kejadiansiangdanmalam 1 Jam

4 Fasa fasabulan 2.5 Jam

JUMLAH MASA 7 jam

Aras Rendah Aras Sederhana Aras Tinggi Bil Wajaran


Topik Item Topik
Pengetahu Kefahama Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
an n
Buruj Q1, Q2 Q3,Q4 Q5,Q6 6 1 Jam
(14 %)
Pergerakanbumidanbulan Q7,Q8,Q9 Q10,Q11 Q29,Q14 Q17 Q19 Q22,Q23 18 2.5 Jam
,Q12 Q15,Q30 Q18 Q20,Q21 Q24 (36 %I)
Kejadiansiangdanmalam Q25, Q26 Q27 Q28 4 1 Jam
( 14 %)
Fasa-fasabulan Q13,Q16 Q31,Q32 Q33 Q34 Q35 7 2.5 Jam

7
(36 % )

JUMLAH ITEM 8 8 8 3 4 4 35 7 JAM

Wajaran (%) 23 % 23% 23% 9% 11 % 11 % 100

8
7.0 KANDUNGAN INSTRUMEN

Kandungan instrument ini terdiri daripada 35 soalan aneka pilihan yang meliputi tema
bumi dan alam semesta bagi tahun 5. Di dalam tema ini, dibahagikan kepada 4 unit yang
berasingan iaitu buruj, pergerakan bumi dan bulan, siang dan malam dan fasa-fasa bualn. Item
yang dibina mengikut konstruk utama iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Bagi konstruk
utama pengetahuan dipecahkan kepada fakta, istilah, kaedah, urutan, pengelasan dan prinsip.
Kostruk utama kefahaman pula dipecahkan kepada terjemahan dan tafsiran. Konstruk aplikasi
dibahagikan kepada ekstrapolasi dan aplikasi. Soalan-soalan dibina mengikut konstruk yang
dinyatakan dimana 23 soalan di dalam konstruk pengetahuan. Konstruk kefahaman pula
mengandungi 4 soalan dan 7 soalan konstruk aplikasi. Item ini juga dibina berdasarkan aras KBAT
iaiu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Item mengandungi tiga aras mengikut KBAT iaitu senang,
sederhana dan sukar. Pilihan jawapan yang disediakan adalah empat iaitu a,b,c dan d. Setiap
soalan hanya mengandungi satu jawapan. Format item dirumuskan dengan singkat dan jelas.

8.0 KAJIAN RINTIS

Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis hendaklah dijalankan. Kajian rintis
ini dijalankan bertujuan untuk menentukan ciri-ciri soalan yang perlu diubah suai atau dikekalkan
(Mohamad Najib, 1999).
Kajian rintis dijalankan untuk memenuhi beberapa tujuan iaitu menguji kefahaman
responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soal selidik ini di samping meninjau
masalah yang akan timbul sebelum kajian sebenar dijalankan. Kesahan didefinisikan sebagai
ketepatan (appropriateness), kebenaran (truthfulness), bermakna (meaningfulness) dan
kebolehgunaan (usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Biasanya bagi
instrumen soal selidik, seseorang penyelidik akan menggunakan teknik Criterion Related
Evidence untuk mengumpulkan bukti (collecting evidence) terhadap kesahan instrumen melalui
sekumpulan pakar rujuk (expert judgment). Dengan itu penyelidik akan melantik beberapa orang
pakar untuk mengesahkan instrumen kajian.
8.1 Kesahan Item Instrumen Melalui Sekumpulan Pakar Rujuk

9
Bil Konstruk Item Panel Pakar Rujuk / Expert Judgment
1 Pengetahuan 1. Juriah Binti Abdul Wahid
Guru Cemerlang Sains
SK Ayer Putih
Pengalaman mengajar 16 tahun
Jawatan disandang:
a. Panel penggubal buku teks tahun 3
dan tahun 5
b. Jurulatih Utama Negeri KSSR tahun
1-3.
c. SISC Negeri Perak

2. Muhammad Amin Bin Harun.


SK Beng, Lenggong.
Pengalaman mengajar 12 tahun
Jawatan disandang :
a. Jurulatih Utama KSSR Tahun 4

2 Kefahaman 1. Asmawi Bin Alias


SK Pahit, Hulu Perak
Pengalaman mengajar 17 tahun
Jawatan disandang :
a. Ketua Pasukan Pemeriksa Kertas
UPSR Sains
b. Jurulatih utama Pedagogi 2012
2. Zaitul Hasanah Binti Zainal
SK Sahom, Kampar
Pengalaman mengajar 4 tahun
Jawatan disandar:
a. Ketua Panitia Sains

10
3 Aplikasi 1. Norbahiyah Binti Abul Ghani,
SK Lawin Selatan, Hulu Perak
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Pengalaman mengajar subjek sains 18
Tahun.
Jawatan disandang :
a. Penanda kertas sains UPSR (1998-
2005)
b. Ketua Pasukan penandaan kertas
UPSR sains
c. JU Sains negeri (2012)

2. Khamariah Binti Malek


SK Tan Sri Ghazali Jawi, Hulu Perak
Pengalaman mengajar 20 tahun
Jawatan disandang :
a. Penanda kertas UPSR Sains
(1998-2013)
4 Bahasa 1. Puan Hajah Zaiton Binti Haji Ahmad
Zahari
SMK SACS Kampar
Pengalaman mengajar 25 tahun
Jawatan disandang:
a. Guru Cemerlang Bahasa Melayu
GC54
2. Hajah Zainon Binti Haji Ahmad Zahari
SMK Gopeng
Pengalaman mengajar 25 tahun
Jawatan disandang
Guru pengajian STPM

11
Dapatan daripada hasil penilaian panel pakar didapati kebanyakan soalan mempunyai
julat 0.6 dimana ia telah memenuhi kontruk yang ditetapkan. Terdapat satu soalan yang
mempunyai nilai kesahan yang tertinggi iaitu 0.78. Soalan ini dari kontruk aplikasi yang
merupakan soalan aras tinggi. Satu soalan yang mendapat nilai kesahan terendah iaitu 0.48
merupakan soalan kontruk pengetahuan dan berada di aras rendah bagi Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi. Soalan ini perlu dikeluarkan dari instrument kerana kurang diminati dari panel pakar dan
ia kurang sesuai untuk dijawab oleh pelajar.

Menurut Mohd. Majid (1998) dalam Siti Noorshahliza (2002), tiada batasan khusus yang
boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur
tetapi kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan.

Bagi menjalankan kajian rintis, soal selidik ini diedarkan kepada 30 orang pelajar sebelum
soal selidik sebenar diedarkan kepada subjek kajian. Pelajar-pelajar bagi kajian rintis ini terdiri
daripada 12 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan daripada tiga buah sekolah rendah
di sekitar negeri Perak. Set soal selidik diedarkan secara rawak di mana semua pelajar mempunyai
peluang untuk dipilih bagi menjawab set soalan kajian rintis ini. Hasil daripada kajian rintis yang
dijalankan, didapati nilai pekali Cronbach Alpha adalah 0.905 (> 0.60) selepas item 4 dan 19
disingkir yang pada asal nilai pekali alpha adalah 0.898. Nilai item yang sesuai digunakan adalah
33 soalan daripada 35 soalan. Ini menunjukkan item bagi soal selidik ini mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan dalam kajian yang ingin dijalankan.

9.0 PENSKORAN UJIAN

Penskoran merupakan langkah pertama dalam proses pengolahan hasi lujian. Penskoran adalah
suatu proses perubahan jawapan ujian menjadi angka .Angka hasil penskoran itu kemudian diubah
menjadi nilai melalui proses pengolahan tertentu. Penggunaan symbol untuk menyatakan nilai itu
ada yang dengan angka, sperti angka rentangan 0-10, 0-100 atau 0-4 danada pula yang
menggunakan huruf A,B,C,D dan E. Cara menskor hasil ujian bias any setiap jawapan betul di beri
skor 1 ( satu) dan setiap jawapan yang salah diberi skor 0 ( nule): jumlah skor diperoleh dengan
menjumlahkan skor yang diperoleh dar isemua soalan.

12
Untuk penskoran ujian, nilai skor diberikan mengikut bilangan item. Sekiranya murid menjawab
dengan pilihan jawapan yang betul, skor 1 akan diberikan dan sekiranya murid memilih jawapan
yang salah skor 0 akan diberikan.

Sebagai contoh :

Bentuk soalan Jumlah soalan Nombor soalan Skor maksimum Jumlah skor
yang diperoleh
Aneka Pilihan 35 1 -35 35 30
(Objektif)
JUMLAH 35 30

Cara memperolehi skor :

= Jumlahskordiperolehi x 100 % = Skormaksimum

Maksimum:

= 30 X 100 % = 86 %
35

Minimum:
= 10 X 100 % = 29 %
35

Julat : 86 % - 29 % = 57 %

13
Apabila kebanyakan murid menghampiri skor maksimum, ini bermakna objektif pembelajaran
tercapai kerana murid dapat menguasai isi pembelajaran dan penggayaan dan pengukuhan perlu
diberi. Manakala, jika kebanyakan murid menghampiri skor minimum ini bermakna objektif
pembelajaran tidak tercapai dan proses pengajaran dan pembelajaran harus diulang untuk
meningkatkan penguasaan murid terhadap isi kandungan pembelajaran.

9.1 Rumusan Frekuensi Item


Berdasarkan nilai frekuensi nilai soalan yang dijawab betul oleh murid adalah
soalan no 10 dengan 70 % ,soalan 19 dengan 73.3% dansoalan 34 dengan 76.7%.

Soalan 10
Adalah konstruk umum pengetahuan dan secara khususnya adalah konstruk
pengelasan. Konstruk ini meminta murid mengenalpasti dan mengumpul dua atau
lebih cirri tertentu mengikut ciri yang serupadinyatakan.

Soalan 19
Adalah konstruk umum pengetahuan dan secara khususnya adalah konstruk prinsip.
Konstruk ini berdasarkan prinsip asas yang terlibat di dalam sesuatu kejadian dan
fenomena atau peristiwa.
Soalan34
Adalah konstruk umum Pengetahuan dan secara khususnya adalah konstruk
prinsip. Konstruk ini berdasarkan prinsip asas yang terlibat di dalam sesuatu
kejadian dan fenomena atau peristiwa.
Hal ini demikian adalah soalan yang dikemukakan adalah konstruk pengetahuan
yang boleh dijawab oleh murid dengan senang.

Manakala soalan yang dijawab salah oleh murid adalah soalan 12 dengan 70%,
soalan 16 dengan 73.3% ,soalan 22 dengan 70%,soalan 23 dengan 70%.

14
Soalan 12

Adalah konstruk aplikasi dan secara khususnya adalah konstruk aplikasi tentang
penggunaan pengetahuan atau fakta sains untuk menyelesaikan satu masalah yang
dinyatakan.

Soalan 16

Adalah konstruk pengetahuan dan secara khususnya adalah konstruk prinsip.


Konstruk ini berdasarkan prinsip asas yang terlibat di dalam sesuatu kejadian,
fenomena atau peristiwa.

Soalan 22

Adalah konstruk kefahaman dan secara khususnya adalah kontruk terjemahan.


Konstruk ini tentang pemindahan satu bentuk penerangan kepada bentuk yang lain
dengan mengekalkan maksud dan pengertian iaitu dari bentuk pernyataan atau
jadual kepada bentuk carta bar, gambar atau sebaliknya.

Soalan 23

Adalah konstruk kefahaman dan secara khususnya adalah konstruk tafsiran tentang
kesimpulan atau rumusan daripada gambar.

Secarakeseluruhannya, murid mengalami masalah dalam menjawab soalan aplikasi. Soalan ini
adalah soalan aras sederhana dan tinggi yang mengharapkan murid dapat menggunakan
kebolehan berfikir aras tinggi (KBAT). Oleh itu, soalan ini masih relevan untuk diguna dalam
ujian.

15
10.0 RUMUSAN KAJIAN RINTIS

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen
daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan
kajian yang lebik baik dan berkualiti. Bagi kesahan muka beberapa panel bahasa menilai setiap
item instrumen dan memberi pandangan tentang penggunaan bahasa yang betul dan memperbaiki
struktur ayat yang dibina. Kesahan kandungan dinilai oleh pakar-pakar dalam bidang sains
sekolah rendah. Didapati satu soalan yang mendapat nilai kesahan yang terendah iaitu 0.48 adalah
tidak sesuai diteruskan kerana ia merupakan soalan yang sering dijumpai di set-set soalan lain dan
ia menjadi terlalu mudah bagi pelajar. Oleh itu, dengan mengambil kira pendapat guru-guru pakar,
item no. 6 dari instrument tersebut digugurkan. Item-item yang lain mendapat nilai kesahan
melebih 0.5 bermakna ia memenuhi konstruk item dan mengikut Taksonomi Bloom. Instrument
kajian bagi penilaian kebolehpercayaan pula diedarkan kepada 30 orang pelajar. Pelajar-pelajar
bagi kajian rintis ini terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan
daripada tiga buah sekolah rendah di sekitar negeri Perak. Didapati nilai pekali Cronbach Alpha
adalah 0.905 (> 0.60) selepas item 4 dan 19 disingkir yang pada asal nilai pekali alpha adalah
0.898. Soalan item 4 dan 19 layak disingkirkan kerana ia merupakan soalan kontruk pengetahuan
dan item tersebut menilai konsep yang sama iaitu panjang bayang-bayang pada waktu tengahari.
Nilai item yang sesuai digunakan di dalam instrument kajian ini ialah 32 soalan daripada 35
soalan. Ini menunjukkan instrumen bagi penilaian pencapaian pelajar mempunyai tahap kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan dalam kajian yang ingin dijalankan
setelah menjalani kajian rintis.

16

Anda mungkin juga menyukai