Anda di halaman 1dari 15

TEKNIK GILA BUAT JUALAN

DIFACEBOOK
TANPA IKLAN FBADS

Abanglong Azmi
PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nama saya Azmi Ali namun ada yang kenali
saya dengan nama Abanglong Azmi ^_^

Kalau tak kenal lagi boleh la cari facebook saya


Azmi Ali (Abanglong Azmi) yang ada gambar dengan
background warna kuning sebab itu feveret
color saya :)

Terima kasih kerana susah payah komen dan


download ebook ni. Kenapa? Kerana ini adalah salah
satu proses yang akan saya terangkan nanti.
Walaupun ebook ni FREE tapi hasilnya luarbiasa
walaupun teknik ni biasa2 je sebenarnya. Takdelah
GILA sangat.

La...dah tak gila pulak..habis tu camne abanglong?


Lek dulu...gila tak gila...baca sampai habis dan
praktikkan. Itu yang penting.
Baca tak buat ke laut jugak jawapnya.

Ebook ni keluaran Masyook Media.


Rajin2lah tengok FB page Masyook :)

Silalah share, sebarkan, viralkan, cetak atau apa cara


sekalipun agar ramai yang dapat manfaat.
Moga membantu.

Abanglong Azmi
TEKNIK GILA BUAT JUALAN
DIFACEBOOK TANPA IKLAN
FBADS
Baiklah cara-caranya simple je sebab tu ramai yang
tak nampak sebab semua dok sibuk buat fbads yang
FREE2 ni mana nak pandang ye tak?

FREE ke bayar ke janji tujuannya sama untuk menjual


dan dapat order meletup. Tapi simple macam mana
pun takkan jadi jika anda tak praktikkan. Jadikan
buku ini sebagai rujukan asas.
Semoga ia bisa membantu anda.

So...kita teruskan :)
Step #1
Berapa Ramai Fesbuk Frens?
Sebelum anda nak buat apa2 posting menjual, cek
dulu fesbuk friends ada berapa orang? Ada sampai
4,000 orang tak? 1,000? 300? Ishh sikit sangat tu.
Kena dapatkan at least 1,000 targeted friends.
4,000 lebih baik. Lagi power genapkan 5,000 terus.
Baru mantap geng!

kalau tak sampai 4,000 camne Abanglong?

Nak buat macamana. Pos jelah apa2 dulu untuk


ramaikan kaum. Anda boleh je buat lawak, kuiz, bagi
motivasi atau bagi benda FREE macam ebook ni.
Paling cikai buat posting yang biasa orang
buat pagi2 - Assalamualikum....
kompem ada yg jawap :)

Lama2 sampai la 4,000 tu. asalkan lebih 2,000 dah


kira ok la. Tapi 1,000 targeted tau :) Jangan main add
je. Habis semua bangla, pakistan semua awak add...
adeyyy

Tips:
Kalau nak add fren jangan lelaju sangat. maksimum
50 org je sehari melainkan dia yang add kita takpe.
Kita accept je dgn rela hati. Tapi tgk dulu. Kalau tak
sesuai buat donno je :)
Step #2
Cari Group. Terbuka atau Tertutup.
Ini paling senang nak add friends yang targeted. Tak
payah pening dah. Cari je group yang sesuai dengan
produk yang anda nak promosikan. kalau produk
kosmetik carilah grup kecantikan. Kalau anda jual
servis, carilah grup bisnes, usahawan yang perlukan
bisnes anda.

Nak lagi simple? Cari je produk yang target


marketnya sama dengan produk yang anda nak jual.
Kalau jual kosmetik, cari grup jualan kosmetik lain.
Join. Kalau jual baju cari grup jual baju lain...
dan seterusnya...

Dah jumpa grup tu? Haa...ini masa lah nak jerit


Yeayyy.. ^_^

Dapat je masuk terus je add geng2 kat dalam tu. Tak


kisahlah dia fan ke tidak. Add je mereka yang like
atau komen dalam status2 dalam grup tu.
So dengan tak langsung anda terus dapat
targeted friends. faham ke faham?

Kalau grup open tak payah join pun takpe.


Add je fan yang komen2 tu.

Ini paling penting!


Jangan tag, spam atau promo kat dalam grup tu
tanpa minta izin admin (kecuali dia dah bagi) sebab
ia sama la macam anda pergi pancing kat kolam
orang...nak kena sepak? :)

Dah add tadi kan? Promo jelah kat wall sendiri.

Beres?
Step #3
Add Friends Follower Influencer
Yang saya maksudkan Influencer atau tokoh di sini
ialah seperti usahawan terkenal, artis, ahli politik
atau siapa je tokoh yang target marketnya sama mcm
bisnes anda.

Ini lagi senang nak dapat targeted. Contohnya bisnes


anda baru nak mula. Startup. Tapi target market anda
sama macam seorang tokoh, add je kawan2 dia atau
follower dia. Follow step #2 tadi.

Contoh anda buat produk kecantikan. Market anda


sama macam Dato Vida, add je follower yang komen,
like kat fb page bisnes dia. Cari posting yang paling
banyak like, share & komen. Add orang2 tu.

Tak faham lagi? Contoh target anda jual ebook dan


online marketing macam saya, add je semua friends
saya...oppsss bocor pulak rahsia huhu..

tak takut client kena curi ke Abanglong?

Lekk...jangan gabra. kalau semua fikir macam tu


mmg otak sempitlah tu.
Takut sangat rezeki orang ambik. Tak tido la kalau
dok pikiaq lagu tuu...
Lagipun saya yakin rezeki kat dunia ni luas. The more
you give, the more you get back....haa senyum la tu :)

Ok teruskan...

Dah jumpa tadi...add terus follower dia

TAPIII....

lek lu...

Pastikan anda add orang yang komen dan


ike posting je...bukan semua ye.

Kenapa? Sebab selalunya yang like & komen ni dia


aktif dan kemungkinan besar mereka minat dengan
produk yang dipost tu
Jadi tak mustahil kalau anda post produk yang lebih
kurang sama mcm tokoh tadi punya, dia pun akan ter-
tarik.

Dah add dah ni Abanglong...nak buat camne ni?


Promo terus produk boleh?

Adeyyy...

Sabar kak...sabar...jangan la gelojoh sangat :)


Jangan main semborono serbu je...

Mentang2 dah add nak menjual je kejenya..


promo x habis2 :)
Lek dulu..slow2...man man org kata hehe..

Dah add kan friends tadi? Tengok la wall dorang. At


least tekan LIKE kat 5 posting atau gambar mereka.

Apesal 5 like pulak?

Bagi mereka syok sikit dengan anda sebab nampak


anda dah bom wall dorang. lebih dari 5 pun boleh tapi
nanti fesbuk marah pulak.
Buat pun kena jarak2 masa nanti fesbuk ingat kita
spam. Tau2 kena blok :)

Bila dah boom mesti orang tu tengok..eh sapa yang


boom wall aku ni. Dia pun terus tgk wall anda. Bu-
kak2...sekali dia nampak da...posting pasal produk
anda.
BAM! terus jatuh cinta :) sebab produk kita
ada USP yang best.

Tak mustahil bila kita like dia akan like kita balik. Itu
normal sebab mereka orang...
bukan kambing hukhuk :)

Tak pasal2 dapat 1 like. Silap2 terus order...

LUMAYANNNN...
Step #4
Pastikan Anda Ada Posting
Yang Menarik

Lupa pulak kan...saje je buat2 lupa sebenarnya ^_^


(bukan promo loh ya. Tetapi posting inspirasi, strategi
jualan, bagi benda FREE atau apapun
yang bermanfaat).

Yang paling bagus buat post sendiri bukan yang


copy paste. Kalau tak pandai lagi boleh la copy paste.
Share apa2 post saya pun boleh :)

kalau dia lihat posting anda dan ia beri manfaat


atau sesutu pada dia mesti dia akan komen yang
best2 dan siap share lagi. Tak pasal2 viral
Step #5
Selalu LIKE dan Komen
Posting Orang Lain
Ini juga latihan untuk kita selalu like dan komen
posting orang. jangan kedekut. Like je pun :)

Macam ada setengah org, dah baca benda tu berman-


faat utk org lain, susahnya nak share, komen. like pun
x nak...adeyyy

Jangan macam tu ya...

OK macamana? GILA tak teknik ni?


memang GILA la kan. GILA SENANG! :)

Benda simple dan bila masa anda nak buat promosi


nanti mesti ramai yg komen, like & share dan
inshaAllah - BELI.
Bagi dulu...baru boleh redeem kan :)

Jadi rasanya membantu tak ebook ni? kalau berguna


takkan anda nak jadi mcm 90% yang lain. Baca dan
simpan sendiri manfaatnya.

Sebab itu saya bagi FREE supaya anda boleh share


dengan orang lain :)
Nak tau strategi lain? nanti saya kongsikan.
Buat ni dulu bagi jadi.

Dah ada saya bagi. Itupun kalau nak laa..:)

Terima kasih baca ebook ni. Kalau anda rasa teruja


dan seronot baca ebook ni, tolong berikan testimoni
perasaan anda baca buku ni di group wasap ni

https://chat.whatsapp.com/Jc29M4HQvueIKcO-
NE2iAKz

Boleh juga bagi cadangan buku apa yang


anda nak saya buat ya...

Kenapa masuk grup? Sebab senang saya nak baca.


kalau tak bersepah nanti susah saya nak tengok :)

Ikhlas
Abanglong Azmi
ps: Saya sedang siapkan buku Case Study - Rahsia
Sales 4 Angka Hanya Guna Wasap & Copywriting.
Kalau minat boleh booking dulu untuk dapat harga
Burung Awal kat sini http://bit.ly/2lcrHsq

pss: Semasa saya buat posting Teknik GILA ni, buku


yang anda baca ni saya belum tulis pun. Dah ramai
yang komen baru saya tulis :)

Teknik ni ada saya masukkan dalam


ebook case study tu nanti.
So pastikan anda booking awal2
Boleh add saya kat sini
https://www.facebook.com/abglongazmi

Mohon LIKE FB kami


https://www.facebook.com/masyookmedia

Mohon baca blog kami


http://masyookmedia.my/blog

Anda mungkin juga menyukai