Anda di halaman 1dari 1

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) adalah politeknik ke lima ditubuhkan di bawah Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia. PKS menawarkan 13 program di peringkat diploma dengan diterajui
oleh Tn Haji Sahul Hamed Bin Hj Abdul Wahad sebagai Pengarah.

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ditubuhkan pada tahun 1988. Penubuhannya selaras dengan
objektif untuk menampung keperluan sumber tenaga kerja terlatih dalam memenuhi aspirasi
negara ke arah perindustrian, seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran dunia. Pada
peringkat awal penubuhannya, PKS beroperasi di sebuah bangunan rumah kedai di Simpang
Tiga, Kuching dengan teraju utamanya Encik Mustapa Bin Mohamed sebagai Pengetua pertama.
Perkembangannya diikuti pemilihan kampus tetap oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian
Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu di kawasan Lot 88
Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan tanah seluas 112 ekar.
Terletak kira-kira 23 kilometer dari pusat Bandaraya Kuching serta kedudukannya di Gunung
Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah memberikan satu persekitaran yang
sesuai dan kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran serta perkembangan sahsiah pelajar.

Pada peringkat awal pengambilan pertama pelajar iaitu pada Julai 1989, seramai 204 pelajar
telah ditawarkan tempat. Kursus-kursus yang ditawarkan pada ketika itu adalah seperti berikut :

Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan).


Sijil Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan).
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
Sijil Kejuruteraan Jentera (Am).
Sijil Penyimpanan Kira.
Diploma Akauntansi

Anda mungkin juga menyukai