Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENDAHULUAN

Kemunculan web 2.0 sebagai salah satu perubahan hasil perkembangan di


teknologi, atau revolusi komunikasi ( Van Djik A.T, 2006). Sejak perkembangan era
revolusi bermula dari lisan, tulisan, percetakan dan komunikasi yang mempengaruhi
perkembangan masyarakat secara keseluruhannya. Brody (1990) menyatakan
komunikasi manusia telah memasuki fasa kelima yang menekankan kepada
komunikasi interaktif berasaskan komputer dan internet. Media ini menggabungkan
teknologi komputer dan maklumat, rangkaian komunikasi dan kandungan media
digital.

Pada zaman kemunculan web 2.0, media ini dilihat lebih berkesan berbanding
media tradisional dan lama seperti media cetak, media elektronik, media siaran dan
media interpersonal yang lain. Disebabkan pengaruh kemunculan web baharu ini,
komunikasi secara bersemuka bukan lagi merupakan pilihan utama dalam
menghasilkan serta mendapatkan maklumat kerana komunikasi dua hala berbentuk
digital lebih mudah dan interaktif. Komunikasi dalam talian atau perantara komputer
( computer mediated communication ) mempunyai ciri-ciri sesebuah media yang
baharu.

Media web 2.0 ini dilihat semakin mengambil tempat dalam sesebuah
komunikasi organisasi termasuk dalam sistem pendidikan di Malaysia pada masa
kini. Media seperti ini bukan sahaja digunakan dalam peringkat pendidikan yang
tinggi seperti institute pendidikan tinggi, tetapi juga telah dipilih sebagai salah satu
komunikasi di antara kanak-kanak seawal usia prasekolah sebagai satu media
pembelajaran yang interaktif dan lebih globalisasi. Penggunaan web baharu ini
dilihat tidak terhad kepada komunikasi secara sehala tetapi lebih kepada banyak
hala iaitu lebih daripada satu pihak.

1
2.0 APLIKASI-APLIKASI DALAM WEB 2.0

Kewujudan blog-blog yang ditadbir dan dikendalikan oleh individu-individu


untuk tujuan tertentu dengan memuatkan pelbagai ruangan seperti komen-
komen, gambar dan video serta keterangan yang boleh dimuatkan dimuatkan di
dalam blog. Kemandirian blog-blog ini bersifat pelbagai mengikut tujuan
seseorang membina blog dan aplikasi-aplikasi yang disediakan berbeza dengan
laman web statik. Interaksi antara blogger dan pengguna merupakan ciri-ciri
penting blog dibina oleh seseorang individu.

Wikipedia seperti yang diketahui bertindak sebagai mashup untuk


membolehkan pengguna mencipta dan mengubah seberapa banyak hubungan
melalui aplikasi teks WYSIWYG. Wiki boleh ditambah dan disunting oleh
pengguna namun wiki bersifat lebih formal dan boleh diubah pada bila-bila masa
mengikut maklumat yang terbaharu.

Podcast ialah satu persembahan radio atau audio yang boleh dimuat
turun oleh pengguna namun ianya berbentuk audio. Podcast biasanya berbentuk
episod dan bersiri yang membolehkan pengguna untuk melanggan. Podcast
bersifat mesra pengguna dan didapati dalam pelbagai format iaitu MP3, AAC dan
WAV.

Aplikasi yang paling popular ialah rangkaian sosial yang dijalankan atas
talian bertujuan untuk membina rangkaian sosial di kalangan pengguna internet
yang terdiri daripada lebih daripada dua individu sahaja. Profil-profil individu
diletakkan bertujuan untuk memperkenalkan pengguna rangkaian sosial tersebut
dan boleh diikuti dan dikenali oleh pengguna yang lain.

Aplikasi yang penting selain rangkaian sosial ialah slideshare iaitu laman
web yang menawarkan pengguna berkongsi dokumen,persembahan slide dan
video.

2
3.0 CIRI-CIRI

Aplikasi web 2.0 digunakan sebagai platform apabila aplikasi-aplikasi


dijalankan terus di atas talian dan bukannya menggunakan operasi tertentu
seperti Microsoft office dan perisian grafik. Aplikasi ini bertindak dengan
kemandirian sendiri tanpa perlu disimpan di mana-mana komputer dan di mana-
mana sahaja. Kombinasi antara teknologi baharu membezakan dengan web 1.0
kerana web lebih interaktif dan lebih had simpanan data.

Memanfaatkan kepandaian daripada orang ramai dan menterjemahkan ke


dalam web yang boleh digunapakai oleh ramai orang contohnya Wikipedia.
Kepandaian yang dikongsikan ini boleh ditambah dan disunting oleh orang ramai
tanpa melalui proses pengesahan daripada pentadbir wiki itu sendiri. Hasil
Wikipedia yang telah disunting melalui satu proses penambahbaikan sehingga
Wikipedia menjadi satu sumber yang lengkap dan boleh dirujuk oleh orang ramai
yang tidak mengetahui maklumat tersebut.

Salah satu ciri yang perlu ada sebagai web 2.0 ialah bagaimana ia
bertindak sebagai kumpulan data. Sesuatu aplikasi yang dibentuk dapat
membentuk satu jaringan kumpulan yang mempunyai minat yang sama.
Jaringan yang dibina berjaya mengumpulkan kumpulan yang mempunyai minat
yang sama dengan efektif dan membuktikan bahawa we 2.0 bertindak lebih baik
berbanding hanya sebagai pengkalan data contohnya facebook.

Perisian web 2.0 kini boleh dikemaskini tanpa mengira masa seperti
google yang boleh dikemaskini hampir setiap hari. Perisian ini bertindak sebagai
perkhidmatan bukan lagi sebagai produk. Disebabkan ciri ini, web 2.0 boleh
dijalankan untuk pelbagai tujuan antaranya mempromosikan sesuatu
perkhidmatan dan bertindak sebagai ruang iklan dan promosi.

3
Aplikasi web 2.0 menggunakan pengaturcaraan yang mudah dan boleh
diaplikasikan kepada perisian baharu yang mudah dibangunkan daripada
perisian sedia ada. Aplikasi ini dipanggil sebagai mashup dimana satu perisian
baharu digabungkan dengan perisian sedia ada. Contohnya, vlefrog.

Ciri-ciri yang paling penting dalam web 2.0 ialah perisian boleh diakses
dan tidak terhad kepada platform PC sahaja. Aplikasi ini boleh dicapai dan tidak
bergantung kepada satu peranti sahaja. Contohnya, iTunes yang boleh diakses
dengan menggunakan komputer. iTunes adalah satu aplikasi kedai muzik secara
atas talian dan dapat dimuat turun kepada peranti mudah alih sebagai ipod.

Web 2.0 memberikan kandungan aktif di dalam aplikasi sebagai satu cara
mudah untuk memberikan rich user experiences. Aplikasi ini memberikan
pengguna kelajuan yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan
tepat dan pada masa yang ditetapkan contohnya ketika pengguna menggunakan
akses Google Maps.

4.0 KONSEP

Seiring dengan pembelajaran abad ke 2, penggunaan web 2.0 yang


mesra alam membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain
dalam media sosial. Ciri ciri web yang boleh diakses dari pelbagai media seperti
telefon pintar, komputer dan tablet serta boleh diakses pada bila-bila masa tanpa
sempadan waktu merupakan cirri penting dalam penggunaan web 2.0 secara
khasnya. Beberapa aplikasi seperti youtube, mediashare, blog dan padlet antara
kemunculan aplikasi yang memudahkan perkongsian ilmu secara global. Selain
itu, akses kepada aplikasi ini yang berbentuk mesra pengguna dilihat
memudahkan pengguna daripada pelbagai peringkat umur untuk membantu
serta berkongsi mengenai ilmu dan ini dipanggil dunia tanpa sempadan.

4
Rangkaian sosial yang dilihat semakin pesat dan mudah digunakan seperti
facebook, wechat, whats up dan facetime adalah salah satu media yang
digunapakai dalam sistem pendidikan pada abad ke 21. Melalui rangkaian aplikasi
ini, sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat daripada pengajar dan rakan-
rakan tanpa had masa dan ruang. Jika murid mengetahui maklumat yang
ditanyakan oleh murid lain secara khususnya, komunikasi dua hala ini boleh
dilaksanakan pada bila-bila waktu dan tanpa perlu melibatkan kos secara amnya
sewaktu proses penghantaran maklumat. Apa yang perlu ada, setiap orang yang
melakukan jaringan komunikasi web 2.0 ini harus mengetahui bagaimana
menguruskan aplikasi ini dengan bersesuaian. Pembangunan web 2.0 yang
mengandungi ruang untuk memuat naik dan memuat turun apa-apa bentuk fail
samada gambar dan video, profil pengguna dan komponen yang lain lebih
memudahkan penghantaran ilmu tanpa melalui tempoh masa yang lama.

Selain itu, penyimpanan awan atau cloud storage seperti Dropbox, Google Drive
dan Vlefrog juga disediakan di dalam teknologi web 2.0 untuk memudahkan
pengguna secara keseluruhannya. Pengguna hanyalah perlu mengikuti langkah-
langkah yang betul untuk mengakses penyimpanan awan. Selepas mengikut
langkah-langkah yang betul, pengguna boleh menghantar sebarang tugasan kepada
pengajar tanpa melalui proses komunikasi secara bersemuka. Ini dapat
menjimatkan masa dan tenaga kerana penyimpanan awan boleh dilaksanakan pada
bila-bila masa walaupun ketika pengguna lain tidak aktif dalam penyimpanan awan
ketika itu. Ini juga memudahkan pihak lain untuk mendapatkan maklumat yang sama
tanpa keciciran maklumat.

Impak penggunaan media baharu ini berbeza dengan impak penggunaan media
seperti email dan laman sesawang. Levinson,2009. peer to peer dalam media web
2.0 bersifat bukan lagi sebagai penghubung dalam jaringan maklumat dan
komunikasi tetapi juga sebagai satu bentuk satu platform sosial media yang dipilih
sebagai papan maklumat yang diterimapakai pada masa ini. Secara tidak langsung,
komunikasi dalam talian yang semakin berkembang dan pelbagai mengurangkan

5
masalah komunikasi tanpa semula. Adanya teknologi seperti faceapp dan snapchat
secara tidak langsung menyebabkan peer to peer lebih berkesan dengan
kewujudan mimik muka dalam komunikasi dalam talian.

5.0 PERUBAHAN CORAK PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Umar Al- Khattab telah menyatakan bahawa ajarlah anak-anakmu dengan ilmu
kontemporari, kerana mereka dilahirkan pada era yang berbeza. Pada zaman anak-
anak yang dilahirkan sebagai gen alpha yang telah dilahirkan melalui gen y dan gen
z iaitu ibu bapa mendapat pendidikan formal yang terbaik dan mampu menjadi guru
di rumah kepada anak-anak. Kanak-kanak ini mewarisi keperluan hidup dengan
teknologi berkuasa tinggi dan medium yang baharu pada setiap hari. Kewujudan
medium web 2.0 yang semakin canggih dari sehari ke sehari membantu
melengkapkan kemahiran-kemahiran murid pada masa ini. Antara kemahiran yang
dititikberatkan dalam pembelajaran abad ke 21 ialah kemahiran berfikir secara
kritikal dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan membuat pilihan
serta keputusan. Web 2.0 yang dbina membantu perkembangan pendidikan abad ke
21 sesuai dengan pengetahuan dan tahap eksplorasi murid.

B GURU

I
K
O KAEDAH DAN STRATEGI
L M SET INDUKSI
U
S
I N E
I PENGAJARAN BERASARKAN AKTIVITI
K K
K K
A O
S
D I PENGUKUHAN B L
A
A K
A
O
PENILAIAN H
R L
A T
B
J O KESIMPULAN
R
BBM
A A
T
H I
F

6
Rajah 1 : Reka Bentuk Pembelajaran Abad 21

Berdasarkan taksonomi Bloom, penggunaan web 2.0 sangat sesuai


dilaksanakan dalam proses menganalisis, menilai dan membina idea baharu.
Pengajaran berasaskan aktiviti meningkatkan kemahiran interaksi, berkomunikasi
dan menyampaikan maklumat. Murid-murid belajar secara kolaboratif apabila murid
telah mempunyai kemahiran sosial dan dapat menguruskan usaha sendiri. Aktiviti
berkolaboratif ini tidak memerlukan pantauan guru. Bimbingan guru hanya
diperlukan apabila perlu sahaja. Murid menilai prestasi kerja ahli kumpulan tanpa
perlu dibimbing oleh guru. Semasa aktiviti ini dlaksanakan,murid boleh
melaksanakan pembelajaran secara berterusan walaupun telah tamat waktu
persekolahan dan ketika telah berada di rumah. Penggunaan web 2.0 ini sangat
perlu jika murid masih mempunyai aktiviti yang lain dan hanya dapat menyalurkan
maklumat pada waktu yang diingini oleh murid itu sendiri.

Selain itu, guru boleh menyediakan aktiviti susulan seperti aktiviti pengayaan
selepas sesuatu pembelajaran telah diajar. Penggunaan vlefrog dilihat sangat
sesuai dengan pengajaran berasaskan aktiviti. Guru boleh memuat naik tugasan
yang baharu sebagai ujian formatif melalui aplikasi ini. Secara tidak langsung dapat
membantu murid melakukan ulang kaji selepas tamat sesuatu topik yang
dibincangkan. Contoh yang lain dalam pembelajaran berasaskan aktiviti ialah
dengan menggunakan kolaborasi perkakasan berteknologi seperti LCD, murid dapat
membentangkan hasil daripada kerja mereka di dalam kelas secara tidak langsung
menjimatkan pengagihan kertas dan menjimatkan masa.

Pelaksanaan web 2.0 pada sesi pengajaran dan pembelajaran meningkatkan


peranan dan tangggungjawab setiap murid dalam penghasilan hasil kerja kerana
murid akan terlibat dalam hasil projek bermula dari awal proses sehingga ke akhir
proses iaitu penghantaran tugasan. Hasil kerja murid juga dapat dikongsi bersama
rakan-rakan yang lain apabila murid memuat naik ke dalam web yang disediakan.

7
Penghasilan hasil kerja akan meningkatkan inkuiri penemuan dalam menyelesaikan
apa-apa permasalah yang timbul.

Proses persembahan hasil kerja murid adalah lebih meluas dan pelbagai. Murid
bebas memilih jenis persembahan mereka untuk mendapatkan hasil yang lebih
memuaskan dan kreatif. Contohnya, murid mendapat idea daripada youtube dan
menggunakan video yang terdapat di dalam youtube untuk dikaitkan dengan
pembentangan pada hari tersebut.

Aplikasi ini yang telah diperkenalkan oleh Tim O Relly,2005 dalam What Is Web
telah merubah sistem pendidikan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia
pada masa kini.

6.0 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan web 2.0 ini dilihat mengubah pengubah pendekatan pembelajaran


pada abad ke21 secara tidak langsung iaitu pengajar untuk mengajar dan
pendekatan pelajar untuk belajar. Kolaborasi unik ini meningkatkan kreativiti guru
untuk megubahsuai pendekatan pembelajaran dari semasa ke semasa. Pendekatan
yang berbeza menarik minat murid untuk sentiasa ingin tahu dalam pembelajaran
mereka.

Web 2.0 juga bertindak sebagai tutor siber yang boleh dikawal selia oleh murid-
murid melalui perisian khusus yang dibina contohnya e-learning. Subjek matematik
dan sains ditambah dengan kesan multimedia untuk menambah kefahaman murid
dengan pembelajaran interaktif.

Melalui pembelajaran melalui web 2.0 ini,murid akan mendapat maklumat yang
diperlukan daripada pelagai sumber. Murid tidak perlu lagi melayari laman web
secara berasingan tetapi maklumat ini saling berdekatan jika dilayari dengan kata
kunci yang sama tanpa perlu membuat jaringan web secara berasingan. Aplikasi ini

8
menyediakan platform yang lengkap untuk satu kata kunci yang ingin dicari oleh
murid tanpa keciciran maklumat.

Namun, penggunaan laman web 2.0 ini juga dilihat member kesan negatif guru
dan murid itu sendiri. Pada aspek guru, penggunaan web 2.0 dilihat tidak lagi
sebagai sumber kedua tetapi telah berjaya menggantikan guru sebagai pemudah
cara dalam pembelajaran. Murid tidak lagi memberi fokus kepada pengajaran guru
semata-mata tetapi web 2.0 berjaya menggantikan tempat guru tersebut. Ini kerana
jika maklumat tidak diterima dari guru tersebut, murid mendapatkan maklumat
tersebut dari laman web yang berkaitan.

Apabila disebut dunia tanpa sempadan, ini bermakna segalanya boleh didapati
dengan mudah tanpa mengambil kira sumber kepada maklumat. Rujukan kepada
laman web 2.0 tanpa pantauan bakal mengundang risiko ketelusan ilmu. Jika
maklumat-maklumat yang telah diperolehi murid tidak ditapis dan dipantau oleh
guru, kemungkinan maklumat yang didapati tidak menepati sasaran pencarian
maklumat malahan sumber tidak sah. Ini bakal mengundang masalah yang lain iaitu
interaksi tanpa had dan melalaikan.

Aplikasi web 2.0 yang dilaksanakan di Malaysia juga mengundang permasalahan


kepada sekolah dan murid-murid yang berada di kawasan pedalaman terutamanya
di Sabah dan Sarawak kerana capaian kepada internet yang lemah. Objektif
pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya jika murid tidak dapat akses kepada
kemudahan yang disediakan kerana faktor geografi dan tiada rangkaian di kawasan
tersebut. Ini tidak menepati sasaran pembelajaran abad ke21 ke semua sekolah di
Malaysia.

Salah satu isu yang timbul dalam penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran di
Malaysia ialah kebergantungan kepada sistem dalam talian menyebabkan murid
menjadi kurang aktif dalam pergerakan psikomotor dan murid bersifat kurang yakin
dengan interaksi sebenar. Murid memilih untuk melakukan interaksi sosial di dalam

9
talian tanpa perlu bersemuka dengan guru dan rakan-rakan yang lain. Penggunaan
blog memotivasikan murid untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran melalui
penulisan dan komunikasi secara maya namun secara tidak langsung murid
mempunyai kekangan dalam komunikasi sebenar bersama guru dan rakan-rakan.

Educause (2009) menerangkan penggunaan alat anotasi seperti iaitu


menambahkan refleksi daripada maklumat yang pasif kepada pembaca yang aktif
dalam pembincangan ilmiah. Proses ini mengambil masa yang panjang untuk murid
meneliti, menilai dan memberikan sumbangan sehingga membentuk satu arkib atau
koleksi catatan. Sehubungan itu, murid akan mengambil masa yang lama dalam
dalam talian sehingga pembahagian masa untuk tugasan lain akan terganggu jika
tanpa pengawasan guru dan ibu bapa. Ini jelas menunjukkan bahawa, penggunaan
alat atonasi secara dalam talian juga memberikan kesan kepada tempoh masa
murid dan pembahagiaan tugasan berbanding masa murid.

Isu yang timbul dalam pembelajaran dalam web 2.0 menyediakan ruang
komunikasi bertaraf dunia namun pembelajaran ini membuat murid merasa terasing
dan tidak bersemangat untuk belajar kerana terasing dan terhad bersama guru.
Misalnya penggunaan Elluminate Live yang diakses oleh murid daripada pelbagai
negara,murid akan membina jaringan tanpa sepadan dan peranan guru sebagai
pemudah cara di dalam bilik darjah tidak lagi diperlukan. Guru tidak akan dihormati
dan ilmu yang disampaikan dianggap tidak bermanfaat berbanding ilmu yang
didapati di Elluminate Live.

Sistem pembelajaran abad ke 21 juga memberikan kesan positif kepada guru-


guru juga. Penggunaan web 2.0 membantu memudahkan kerja guru yang perlu
dinilai secara mendalam dan terperinci. Contohnya, penggunaan Evernote
memudahkan guru merakam hasil tugasan murid dan menyusun semula di dalam
bentuk yang tersusun. Hasil ini boleh dinilai oleh guru secara terperinci dan
penyimpanan nota di tempat yang mudah dicapai oleh guru. Guru boleh merancang
dan merangka tugasan baharu dengan menggunakan template dan pembelajaran

10
boleh diteruskan walaupun guru tidak hadir dan hasil akhir murid dikumpulkan dalam
bentuk gambar dan video.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan yang diberikan merangkumi kesemua pihak. Cadangan ini akan


meningkatkan keberkesanan web 2.0 dalam pembelajaran abad ke 21. Modul
lengkap harus disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia supaya tempoh
masa untuk menjalankan pembelajaran atas talian lebih tersusun dan sesuai
mengikut masa yang optimum.

Guru haruslah meningkatkan kecekapan individu dalam penguasaan web 2.0


kerana perkembangan pendidikan secara atas talian yang semakin maju dan
pelbagai. Latihan dalam perkhidmatan (LDP) diusulkan dan dihadiri oleh guru-guru
supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran abad ini. Melalui LDP yang pelbagai,
guru dapat membina kecekapan sebagai tutor kepada murid-murid di dalam bilik
darjah sekaligus guru sebagai pemudah cara pembelajaran.

Peranan ibu bapa dan masyarakat juga perlu dalam penggunaan web 2.0 dalam
pembelajaran abad ke 21. Ibu bapa harus memantau setiap tindakan dan sesi
pembelajaran anak-anak supaya tidak terpesong dan terpengaruh kepada anasir-
anasir yang tidak baik. Pemantauan secara berterusan juga membantu ibu bapa
mengetahui tahap penguasaan pembelajaran anak-anak sekaligus mendedahkan
ibu bapa kepada pembelajaran abad ke 21 dalam gelombang ketiga Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

11
8.0 RUMUSAN

Web 2.0 adalah satu laman web untuk menggantikan web lama yang bersifat
statik iaitu web 1.0. web 2.0 membawa pelbagai manfaat walaupun terdapat pihak
yang menyalahgunakan perisian ini untuk tujuan tertentu. Pembelajaran abad ke 21
dilihat menggunakan pelbagai web 2.0 untuk membantu perkembangan pendidikan
di Malaysia. Kesedaran penggunaan web 2.0 harus diperkenalkan dan dirujuk
kepada guru sebagai pemudah cara dalam sistem pendidikan di Malaysia.

12
Rujukan

Educause.2009. the ECAR Study of Undergraduate Students and Information


Technology. Educause Cnter for Analysis and Research.

Mohamad Amin Embi. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Pusat Kembangan Akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Van Djik A.T. 2006. Discourse, Context And Cognition. Sage Publications.

13

Anda mungkin juga menyukai