Anda di halaman 1dari 32

BAB 3: ISLAM DAN HUBUNGAN

ETNIK CTU553
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Seremban
HASIL PEMBELAJARAN 2
Selepas mengikuti bab ini, diharapkan pelajar dapat:

2. 3.
1. Mengaitkan asas-asas Mengetahui dan
Mengenalpasti perspektif dan prinsip-prinsip mengaplikasi nilai-nilai
Islam tentang hubungan hubungan etnik dari kemanusiaan dalam
etnik perspektif Islam dalam merapatkan hubungan
proses perpaduan di antara kaum
Malaysia
ISI KANDUNGAN
3.2
3.1 Prinsip-prinsip
Konsep Masyarakat Islam Berkaitan
Majmuk Menurut Dengan Nilai-nilai
Islam Kemanusiaan

3.6 ISI 3.3


Asas & Aplikasi
Aplikasi Hubungan KANDUNGAN Hubungan Etnik
Sosial
Menurut Islam

3.4
3.5 Aplikasi Maqasid
Konsep Wasatiyyah Syariah Dalam
Hubungan Etnik
3
PENGENALAN 4

Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam. (Al-Quran.
Surah Al-Baqarah:256)
Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat. (Al-Quran. Surah Al-
Hujurat:13)
Dalam Islam, soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik-baik,
bekerjasama dan saling membantu antara satu dengan yang lain.
Penghormatan kepada penganut agama lain telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW
semasa hayat baginda dan pendekatan tersebut merupakan ajaran penting dalam agama
Islam.
Islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif untuk berkenal-kenalan
dan bantu-membantu dalam perkara kebaikan.
Ini bersandarkan perisitiwa bila Nabi Muhammad SAW menegur Abu Zarr yang menggelar
Bilal dengan menjelaskan tiada keistimewaan seseorang yang berkulit putih dengan seorang
yang berkulit hitam kecuali ketakwaannya.
3.1 KONSEP MASYARAKAT MAJMUK MENURUT
ISLAM 5

Plurality adalah sifat sesuatu keadaan yang di dalam bahasa Melayu disebut kepelbagaian atau
kemajmukan. Misalnya masyarakat kita adalah masyarakat yang bersifat majmuk dengan pelbagai etnik,
kaum, agama, bahasa dan anutan agama.
Allah SWT telah memperingatkan kepada manusia seluruhnya supaya mempunyai perasaan saling mengerti
sesama mereka, hormat-menghormati serta hidup dalam keadaan aman & damai.

Islam telah menganjurkan konsep persaudaraan sejagat


tanpa membataskan bangsa & keturunan, warna kulit,
kedudukan sosial sesorang malah melampaui batas
sempadan geografi.
Oleh itu, ketika Nabi Muhammad SAW mengasaskan
negara Islam di Madinah, kehadiran masyarakat Yahudi &
Kristian telah diambilkira dalam penggubalan
Perlembagaan Madinah.
3.1 KONSEP MASYARAKAT MAJMUK MENURUT
ISLAM 6
MENURUT AL-QUR'AN

Islam menggariskan panduan hubungan kemasyarakatan.


Kesemua larangan tersebut adalah punca berlaku konflik
sesama dan antara etnik yang plural.
Allah mengiktiraf kepelbagaian kaum, bangsa, puak dan
etnik serta menggalakkan kesalingan dalam perkenalan.
Allah meletakkan matlamat pluraliti adalah perkongsian
yang sihat.
Nilai kemuliaan yang universal melampaui kaum, etnik,
dan bangsa.
Justeru sesuatu bangsa bukan mulia kerana warna kulit,
keturunan, ras, kabilah atau etniknya bahkan yang mulia
adalah yang paling kuat hubungannya dengan Allah
(takwa).
3.2 PRINSIP-PRINSIP ISLAM BERKAITAN
DENGAN NILAI-NILAI KEMANUSIAAN 7

AL- MASULIYYAH

AL- MUSAWAH

AL- HURRIYYAH

AL- ADALAH

AL- SYURA

AL- ILM
3.2 PRINSIP-PRINSIP ISLAM BERKAITAN
DENGAN NILAI-NILAI KEMANUSIAAN 8

Berdasarkan Surah al- Mujadalah: ayat 11


Ilmu merupakan sesuatu yang boleh mengangkat
martabat manusia.
Dalam Islam orang yang berilmu akan mendapat
kedudukan yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.
Dengan adanya ilmu sesebuah masyarakat itu
tegak, dan bersatupadu antara ilmu pengetahuan
dan keimanan.

AL-'ILM
3.2 PRINSIP-PRINSIP ISLAM BERKAITAN
DENGAN NILAI-NILAI KEMANUSIAAN 9

Surah al-Syura: ayat 38 menerangkan tentang perintah


melaksanakan syura diletakkan seiringan dengan
perintah mendirikan solat dan melaksanakan infaq di
jalan Allah SWT.
Bermaksud perbincangan yang menjadi nilai
kemanusiaan yang utama dalam agama Islam
Mampu menyelesaikan banyak perkara dalam
peradaban manusia

AL- SYURA
3.2 PRINSIP-PRINSIP ISLAM BERKAITAN
DENGAN NILAI-NILAI KEMANUSIAAN 10

Musyawarah dengan orang yang dapat


Syura dalam
dipercayai pendapatnya, pengalaman,
kehidupan individu
nasihat dan keikhlasannya.

Wajib bagi suami isteri untuk


Syura dalam kehidupan saling memahami dan saling
berkeluarga bermusyawarah dalam hal yang
membawa kepentingan bersama

Syura dalam kehidupan Al Qur'an dijadikan asas


sebagai penyelesaian dan
bermasyarakat dan bernegara musyawarah.

AL- SYURA
3.2 PRINSIP-PRINSIP ISLAM BERKAITAN
DENGAN NILAI-NILAI KEMANUSIAAN 11
Bermaksud keadilan.

UNDANG-UNDANG PEMERINTAHAN SOSIAL


Membela nasib mereka yang Orang bukan Islam yang
Semua etnik bebas untuk
kurang upaya seperti yatim bermastautin diNegara Islam
menganut agama dan
piatu, ibu tunggal dan golongan wajib dipelihara darah dan
kepercayaan masing-masing
miskin hartanya

AL-ADALAH
3.2 PRINSIP-PRINSIP ISLAM BERKAITAN
DENGAN NILAI-NILAI KEMANUSIAAN 12

MAKSUD: kebebasan
Keupayaan memilih, melakukan sesuatu perkara di samping
mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

AL- HURRIYYAH
Ia merangkumi kebebasan beragama, kebebasan
berfikir, kebebasan politik, kebebasan sivil dan
semua kebebasan hakiki.
KEBEBASAN BERAGAMA bermaksud kebebasan
beriktikad dan kebebasan melakukan ibadat.
Islam tidak menerima tindakan memaksa seseorang
menganut agama tanpa kerelaan individu tersebut.
3.2 PRINSIP-PRINSIP ISLAM BERKAITAN
DENGAN NILAI-NILAI KEMANUSIAAN 13

MAKSUD: sama rata


Kesamarataan manusia adalah berlandaskan konsep
kesejagatan Islam.

AL- MUSAWAH

Islam mengajar semua manusia adalah sama dan setarafdari


sudut pandangan Allah dan faktor yang membezakan mereka
adalah ketakwaan di sisi Allah.
Kepelbagaian bangsa, bahasa dan warna kulit tidak
menjejaskan taraf kemanusiaan seseorang dari perspektif
Islam.
3.2 PRINSIP-PRINSIP ISLAM BERKAITAN
DENGAN NILAI-NILAI KEMANUSIAAN 14

AL- MASULIYYAH

MAKSUD: tanggungjawab
Allah s.w.t. menganugerahkan kepada manusia dengan
akal dan ilmu yang membolehkan mereka melaksanakan
tugas dan tanggungjawab pengimarahan bumi.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepada kita di dalam
hadisnya unsur-unsur penting bagi tanggung jawab
manusia di dunia, iaitu: Masa, kerja, harta dan ilmu.
Tanggungjawab itu akan dipersoalkan di hadapan Allah
s.w.t. pada hari kiamat kelak.
3.3 ASAS DAN APLIKASI
MENURUT ISLAM
HUBUNGAN ETNIK
TAARUF
AL- TADHAMUN

AL- UKHUWWAH
AL-TAFAHUM

AL- MAHABBAH 15
AL- TAAWUN
3.3 ASAS DAN APLIKASI HUBUNGAN ETNIK
MENURUT ISLAM 16

MAKSUD: saling kenal mengenal di antara satu sama


lain
Tidak termasuk makna ta'aruf dalam konteks membangga
diri dengan keturunan, pangkat dan hartanya kerana ia
bukanlah ukuran yang tepat untuk mengenal manusia.
Ukuran yang benar mengenal manusia adalah berasaskan
kepada amal salih dan ketakwaan kepada Allah.
Tidak terbatas kepada mengenali seseorang dari segi
namanya tetapi melangkaui lebih dari itu seperti
mengetahui latar belakang kehidupannya, keluarga,
keturunan, pendidikan, hobi, budaya, adat dan
sebagainya.
3.3 ASAS DAN APLIKASI HUBUNGAN ETNIK
MENURUT ISLAM 17

MAKSUD: saling memahami antara satu sama lain


Dalam konteks masyarakat plural, saling faham-
memahami antara satu sama lainbertujuan untuk
mencapai kehidupanyang harmoni dan sejahtera.
Persefahaman dalam hubungan etnik boleh dicapai
melalui:
Perasaan saling mengenali antara satu sama lain
Berpegang teguh pada ajaran agama serta
mengamalkan nilai-nilai hidup murni
Contoh: Gotong-royong, Hari keluarga, rumah terbuka
dan sebagainya
3.3 ASAS DAN APLIKASI HUBUNGAN ETNIK
MENURUT ISLAM 18

MAKSUD: Kerjasama/ Tolong-menolong/ bantu-


membantu antara satu sama lain.
Bertujuan ke arah kebaikan untuk mengelakkan musibah
demi mencapai kepentingan bersama dalam konteks
masyarakat plural di samping menolak segala keburukan.
Contoh: Bantuan dari segi kewangan. Jika tiada harta
boleh memberi bantuan seperti kepakaran, idea dan
sebagainya.
3.3 ASAS DAN APLIKASI HUBUNGAN ETNIK
MENURUT ISLAM 19

MAKSUD: Jamin-menjamin.
Sentiasa bersedia untuk saling melindungi antara
satu sama lain di kalangan anggota masyarakat
plural yang pelbagai etnik.
Akan melahirkan rasa tanggungjawab untuk
membantu anggota masyarakat lain yang
memerlukan bantuan dan pertolongan.
3.3 ASAS DAN APLIKASI HUBUNGAN ETNIK
MENURUT ISLAM 20

MAKSUD: Persaudaraan. Perhubungan yang rapat


seperti mempunyai ikatan tali persaudaraan atau
hubungan akrab seperti ibarat isi dengan kuku.
Bertepatan dengan tuntutan Islam dan akan mencapai
kejayaan dalam usaha menyatupadukan masyarakat
plural berbanding dengan pendekatan persaudaraan
yang bersandarkan kepada material, pertalian darah,
kesukuan dan sebagainya.
Persaudaraan yang diasaskan kepada iman dan taqwa
akan melahirkan perasaan yang ikhlas dan jujurdan
akanmengasihi sesama manusia yang terdiri daripada
pelbagai etnik seperti saudaranya sendiri
3.3 ASAS DAN APLIKASI HUBUNGAN ETNIK
MENURUT ISLAM 21

MAKSUD: berkasih sayang.


Kesan daripada sifat kasih sayang akan
melahirkan rasa cinta bukan sahaja terhadap diri
sendiri dan anggota keluarga terdekat, tetapi
juga kepada seluruh anggota masyarakat plural
walaupun berlainan agama dan budaya.
Dapat mengikat hubungan kemesraan dan
dengan ini akan menghilangkan perasaan benci-
membenci dan permusuhan antara satu sama
lain
3.4 APLIKASI MAQASID SYARIAH DALAM
HUBUNGAN ETNIK 22
MENJAGA JIWA
MENJAGA HARTA

MENJAGA AGAMA MENJAGA KETURUNAN


MENJAGA AKAL
3.4 APLIKASI MAQASID SYARIAH DALAM
HUBUNGAN ETNIK 23

Tujuan utama syariah Islam kerana agama merupakan pedoman hidup dan di dalam
agama Islam terkandung 3 komponen utama: Akidah, Syariah & Akhlak.

AKIDAH SYARIAH AKHLAK


Merupakan jalan hidup
seorang Muslim baik
dalam perhubungan Merupakan bimbingan
Merupakan pegangan bagi
dengan tuhannya sikap dan tingkahlaku
setiap Muslim
mahupun dengan manusia seorang Muslim
lain dan benda dalam
MENJAGA AGAMA masyarakat

3 komponen itu terjalin erat dan kerana itulah hukum syariat Islam wajib melindungi
agama Islam dan menjamin kemerdekaan setiap orang untuk beribadat menurut
keyakinan agamanya.
3.4 APLIKASI MAQASID SYARIAH DALAM
HUBUNGAN ETNIK 24

Syariat Islam wajib memelihara hak manusia untuk hidup dan


mempertahankan kehidupannya.
Hukum manusia melarang pembunuhan sebagai untuk menghilangkan
jiwa manusia untuk dipergunakan oleh manusia lain bagi
mempertahankan kemaslahatan hidupnya.
MENJAGA JIWA

Hukum Islam melindungi hak manusia memperolah harta dengan


cara-cara yang halal dan sah serta melindungi harta seseorang.
Pencerobohan terhadap harta seseorang akan dikenakan
hukuman keras.
Contohnya: potong tangan.
MENJAGA HARTA
3.4 APLIKASI MAQASID SYARIAH DALAM
HUBUNGAN ETNIK 25
Tujuan agar kemurnian darah dapat dijaga dan kelanjutan umat manusia dapat
diteruskan.
Hal ini tercermin dalam hubungan darah yang menjadi syarat untuk dapat saling
mewarisi dan larangan perkahwinan yang disebutkan secara terperinci di dalam
Al-Qur'an serta larangan berzina.
Hukum kekeluargaan bertujuan untuk memelihara dan menjaga kemurnian atau
MENJAGA KETURUNAN kemaslatahan keturunan umat manusia.

Sangat dituntut dalam syariat Islam kerana dengan akalnya manusia


akan dapat berfikir tentang Allah, alam semesta dan dirinya.
Akal yang sihat sejahtera menjadi asas pembangunan modal insan,
pembangunan mental, fizikal, spiritual dan material.
MENJAGA AKAL
3.5 KONSEP WASATIYYAH (DEFINISI) 26

BAHASA: berasal daripada perkataan Arab (wasat) Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat
yang bermaksud tengah atau pertengahan. Islam); umat pertengahan (yang adil dan pilihan) agar
kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar
MENURUT AL-QARADAWI Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan)
kamu. Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu
Sesuatu yang memerlukan hak yang sepatutnya,
berkiblat kepadanya melainkan agar Kami mengetahui
iaitu dengan memberikan hak yang sewajarnya
siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke
dengan mengambil jalan tengah agar tidak belakang. Sungguh, (pemindahan kiblat) itu sangat
melampaui batas-batas syariat Islam. berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk
oleh Allah, dan Allah tidak akan menyia-nyiakan
KAMUS DEWAN (2005) imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha
Kesederhanaan. Nama terbitan yang berasal dari Penyayang kepada manusia
kata akar sederhana yang bermaksud tidak lebih,
tidak kurang, biasa, pertengahan atau sedang SURAH AL-BAQARAH:143
dalam pelbagai perkara atau tindak-tanduk.
3.5 KONSEP WASATIYYAH (ASPEK-ASPEK) 27
3.5 KONSEP WASATIYYAH (POLITIK) 28

Nilai yang terdapat dalam ruang lingkup sistem


politik adalah adil, amanah, bertanggungjawab
dan berusaha.
Seorang pemimpin perlulah yang berwibawa,
berlaku adil kepada semua pihak tanpa
mengabaikan yang miskin, lemah, melindungi
CONTOH
hak-hak rakyat dan bertanggungjawab Perlembagaan Madinah berjaya memberi
menyediakan undang-undang yang bertepatan keadilan dan hak yang sama kepada setiap
dengan syarak dengan mengambil apa jua rakyat yang mendiami negara tersebut.
bentuk mekanisme yang perlu untuk mencapai
objektif.
Keadaan ini menjamin persekitaran hidup dan
pembangunan yang lebih baik.
3.5 KONSEP WASATIYYAH (EKONOMI) 29

Islam menggariskan bahawa sesiapa yang


menjalankan kegiatan perdagangan mestilah
mengelakkan daripada melakukan penipuan,
monopoli, rasuah dan berhutang.
CONTOH
Ekonomi yang berbentuk kapitalis dan sosialis
hanya akan membawa berlakunya krisis dalam Rasulullah SAW adalah seorang peniaga yang
masyarakat dan tidak mungkin dapat diselesaikan jujur dan amanah dalam menjalankan
kecuali dengan praktikal ekonomi Islam. perniagaan sehingga menjadi seorang
Sistem ekonomi Islam adalah sistem terbaik dan peniaga yang Berjaya.
adil bagi semua manusia yang mana dapat
memacu negara Islam setanding dengan negara-
negara lain.
3.5 KONSEP WASATIYYAH (SOSIAL) 30

Sebagai sebuah agama yang mempunyai 2 Dalam KONTEKS MALAYSIA kini, walaupun
komponen penting: terdiri daripada agama & budaya yang berbeza,
HABLUN MINALLAH (hubungan dengan tetapi masyarakatnya dapat hidup dalam
pencipta) suasana yang harmoni tanpa sebarang
HABLUN MINANNAS (hubungan dengan peperangan & penindasan.
makhluk)
Rasulullah SAW sendiri pernah meminta khidmat
Islam berjaya memaku sistemnya dengan al-Khindi iaitu salah seorang penduduk Madinah
jelas. yang bukan beragama Islam yang mempunyai
Hubungan antara kedua-duanya perlu kepakaran dalam bidang perubatan bagi
diseimbangkan agar mendapat kebaikan merawat beberapa sahabatnya antaranya ialah
didunia akhirat. Sa'ad bin Abu Waqqas.
Dalam hubungan antara makhluk, Islam Perkara ini dapat mewujudkan akomodasi dalam
menekankan hubungan hubungan sesama masyarakat iaitu menghormati antara satu sama
manusia. lain dalam norma-norma sosial.
3.6 APLIKASI HUBUNGAN SOSIAL 31

KEMESRAAN KOMUNIKASI MENGAMBIL BERAT


Penggunaan bahasa yang baik dan bersopan
Bersifat prihatin dan mengambil berat terhadap
santun menjadi asas dalam menghasilkan
keadaan yang berlaku di sekeliling hidup kita.
komunikasi yang baik dan berkesan serta
Setiap etnik yang bersikap mengambil berat boleh
mengelakkan sikap sombong dan memandang
menangani masalah jenayah yang berlaku.
rendah.

BERSAMA DALAM MEMBUAT


MENJAGA HAK-HAK JIRAN
Hormat menghormati antara satu sama lain
KEPUTUSAN
walaupun berlainan pegangan agama, Bermesyuarat dan mengambil kira pandangan semua
budaya dan pandangan pihak sebelum membuat sesuatu keputusan berkaitan
kehidupan masyarakat

BUDAYA ZIARAH-MENZIARAHI SALING HORMAT- MENGHORMATI


Islam sangat menggalakkan umatnya untuk Menghormati serta berinteraksi dengan baik
memperbaiki hubungan silaturrahim dan kepada jiran tetangga serta masyarakat di
persaudaraan. sekeliling.
KESIMPULAN 32

Islam merupakan agama yang mengiktiraf dan menganggap bahawa


seluruh umat manusia sebagai satu keluarga.

Perlaksanaan syariat dalam konteks pemeliharaan perkara asas dapat


memastikan matlamat syariah dari aspek pemeliharaan agama, jiwa,
kehormatan diri, akal dan keselamatan harta terjamin.

Konsep wasatiyyah yang di anjurkan Islam adalah satu konsep yang


telah di amalkan sejak dahulu lagi bagi melahirkan individu Muslim dan
juga masyarakat Islam yang cemerlang dalam semua aspek sama ada
duniawi dan ukhrawi.

Anda mungkin juga menyukai