Anda di halaman 1dari 2

WACANA DAN PENANDA WACANA

Wacana
1 Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat.
2 Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, dan sebagainya yang
memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap.
3 Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan yang utuh.

Penanda Wacana
1 Penanda wacana digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu
wacana.

2 Terdapat lima jenis penanda wacana sekurang-kurangnya dalam bahasa Malaysia, iaitu:
(a) penanda penghubung
(b) penanda rujukan
(c) penanda penggantian
(d) penanda leksikal
(e) penanda pengguguran

3 Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan
maklumat yang lain dalam wacana, dan dapat dibahagikan kepada empat jenis:
(a) penghubung tambahan dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping,
selanjutnya
(b) penghubung tentangan tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun,
(c) penghubung musabah kerana, oleh sebab itu, oleh itu, dengan itu, maka itu, mungkin
(d) penghubung tempoh pertama, kedua, seterusnya, kemudian, selepas itu, selanjutnya, maka,
akhirnya

Contoh penggunaannya dalam ayat:


(a) Setelah berusaha dengan sungguh-sungguh, akhirnya Badaruddin berjaya menyiapkan projek itu.
(b) Rama telah ponteng kerja selama hampir tiga minggu tanpa sebarang sebab. Oleh itu, majikannya
telah mengambil keputusan untuk memberhentikannya.
(c) Adnan pergi ke Subang pada sebelah pagi. Kemudian, dia pergi ke Kelang pada sebelah
petangnya.
(d) Hassan sakit perut. Oleh sebab itu, dia tidak pergi ke sekolah.
(e) Karim tidak dapat memenuhi amanat arwah ayah. Mungkin dia ada sebab tertentu yang tidak
diketahui orang lain.
(f) Awie suka tidur pada waktu petang, lebih-lebih lagi kalau cuaca sejuk atau dingin.
(g) Kah Tit menghadapi persaingan yang hebat. Namun begitu, dia mahu meneruskan perniagaannya.

4 Penanda rujukan ialah kata ganti nama diri orang (pertama, kedua, dan ketiga) dan kata ganti nama
tunjuk (ini, itu, sini, sana, dan situ) yang digunakan bagi merujuk kepada perkataan atau frasa lain.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Ayat Penanda rujukan untuk menggantikan
(a) Saya, Ramli, dan Johar pergi ke bandar. Kami Saya, Ramli, dan Johar
Kami menaiki bas ke sana. sana bandar
(b) Kita tidak harus mengamalkan perbuatan
mengambil rasuah kerana perbuatan itu itu mengambil rasuah
adalah salah dari segi undang-undang.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009 1 Ideal Bahasa Malaysia Tahun 6


5 Penanda penggantian ialah frasa nama, frasa kerja, atau klausa yang menggantikan perkataan atau
frasa lain dalam wacana yang sama.
Contoh penggunaannya dalam ayat:

Ayat Penanda penggantiann untuk menggantikan


(a) Pembuangan bayi semakin menjadi-jadi
di bandar besar. Pihak berkuasa harus gejala ini(frasa nama) Pembuangan bayi
bertindak untuk mengatasi gejala ini.
(b) Mereka berkata bahawa saya tidak akan Mereka berkata
lulus dalam ujian itu. Bahawa mereka mereka beranggapan bahawa saya tidak
beranggapan demikian tidaklah demikian (klausa) akan lulus dalam
menghairankan saya. ujian itu.

6 Penanda leksikal melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata, iaitu
pengulangan kata yang sama, pengulangan sinonim, pengulangan hiponim, dan pengulangan perkataan
yang kehadirannya saling berkait (kolokasi).
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Jenis pengulangan Ayat contoh
kata yang sama Saya berjabat tangan dengan pegawai itu. Adik saya juga berjabat tangan
dengan pegawai itu.
sinonim Saya mendapati peragawan itu sangat kacak. Kawan-kawan saya juga
bersetuju bahawa peragawan itu amat tampan.
hiponim Penjaja itu menjual pelbagai jenis makanan ringan; ada keropok, kerepek,
kacang, dan biskut.
kolokasi Perhijrahan penduduk dari desa ke bandar disebabkan oleh faktor tarikan dan
faktor tolakan.

7 Penanda pengguguran melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan dalam
ayat sebelumnya.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(a) Pekerja tetap akan mendapat bonus dua bulan. Begitu juga pekerja kontrak.
(b) Kawan-kawan saya menyertai Persatuan Sains. Saya juga turut serta.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009 2 Ideal Bahasa Malaysia Tahun 6

Anda mungkin juga menyukai