Anda di halaman 1dari 7

Memfaktorkan dan mengembangkan ungkapan algebra.

Mempermudahkan pecahan algebra yang melibatkan pemfaktoran mudah.

80 minit

Ungkapan Algebra, Faktor, Memfaktorkan, Kembangan, Perwakilan

Proses Matematik, model 5E (Engage (Penglibatan), Explore (Penerokaan), Explain


(Penerangan), Extend (Pengayaan), Evaluate (Penilaian)), inkuiri, aplikasi kehidupan
sebenar, kemahiran berfikir aras tinggi.

Operasi ungkapan algebra tidak akan lengkap sekiranya tidak diajar dengan konsep
kembangan dan pemfaktoran yang merupakan pengetahuan dan kemahiran penting
dalam melaksanakan operasi ke atas ungkapan algebra. Dalam silibus KBSM,
pemfaktoran dan kembangan diajar di Tingkatan 3. Oleh itu, konsep ini agak asing
bagi murid Tingkatan 2 dan mungkin perlu diajar dengan lebih terperinci. Gunakan
kebijaksanaan guru dalam mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan kebolehan murid dan juga persediaan menghadapi TIMSS dan PISA.

Di peringkat sekolah rendah, murid telah didedahkan kepada ungkapan numerik, iaitu
ungkapan yang melibatkan nombor dan operasi Matematik. Elemen yang melibatkan
ungkapan algebra tidak diperkenalkan secara eksplisit, tetapi didedahkan kepada murid
secara implisit melalui contoh-contoh yang melibatkan perwakilan tertentu. Justeru,
operasi terhadap ungkapan algebra adalah sesuatu yang baharu dan kompleks bagi
murid-murid di peringkat sekolah rendah.

OPERASI UNGKAPAN ALGEBRA 2


Pengetahuan dan kefahaman tentang konsep asas pemfaktoran dan kembangan perlu
diberi penekanan khusus memandangkan tajuk ini diajar di peringkat yang lebih tinggi
iaitu di Tingkatan 3. Guru mungkin perlu memberikan contoh-contoh lain bagi
mengukuhkan kefahaman murid.

OPERASI UNGKAPAN ALGEBRA 3


Pengajaran dimulakan dengan menggunakan perwakilan dalam bentuk rajah supaya
murid dapat membuat perkaitan antara perwakilan rajah dan perwakilan simbolik,
dan supaya kefahaman tentang perwakilan simbolik lebih mendalam dapat dibentuk
dalam kalangan murid.

Gunakan slaid yang mengandungi segi empat tepat yang digabungkan bagi
membentuk konsep kembangan dan pemfaktoran.

Minta murid menyatakan luas setiap segi empat yang diberi dan menulis luas
tersebut dalam bentuk ungkapan algebra.

Seterusnya, minta murid menulis ungkapan yang mewakili luas keseluruhan rajah.

Murid perlu membuat perkaitan dan seterusnya membuat kesimpulan berdasarkan


ungkapan bagi luas rajah tersebut.

Beri penekanan kepada istilah faktor. Gunakan contoh-contoh lain bagi memastikan
kefahaman murid.

Terangkan kepada murid bahawa proses menulis ungkapan algebra sebagai hasil
darab faktor dikenali sebagai pemfaktoran, iaitu proses yang sangat penting dalam
algbera. Proses yang sebaliknya dikenali sebagai kembangan.

OPERASI UNGKAPAN ALGEBRA 4


Minta murid meneliti contoh ungkapan yang diberi dan seterusnya menerangkan
kefahaman mereka tentang proses tersebut.

Berikan kepada murid beberapa soalan lain yang mudah dan hampir serupa. Minta
murid melakukan pemfaktoran dan kembangan bagi membiasakan mereka dengan
konsep ini.

Minta murid membentuk kumpulan berdua.

Murid perlu berbincang dan memfaktorkan ungkapan yang disenaraikan. Bagi


memudahkan murid, guru perlu mencetak slaid yang disediakan.

Pastikan murid dapat menerangkan setiap langkah yang mereka ambil.

Di akhir aktiviti, bincangkan setiap soalan dengan meminta murid secara rawak
menerangkan jawapan mereka.

Pastikan semua murid terlibat secara aktif.

Aktiviti seterusnya bertujuan mengukuhkan kefahaman murid tentang kembangan


dan pemfaktoran berdasarkan perwakilan rajah.

OPERASI UNGKAPAN ALGEBRA 5


Minta murid membincangkan perkaitan antara rajah dan ungkapan yang terdapat
pada slaid dan seterusnya membuat kesimpulan tentang kembangan dan
pemfaktoran.

Aktiviti seterusnya juga bertujuan mengukuhkan kefahaman murid tentang


kembangan dan pemfaktoran berdasarkan perwakilan rajah.

Minta murid menyelesaikan kedua-dua soalan yang diberi. Bimbing murid sekiranya
perlu.

Bincangkan jawapan dan libatkan murid secara aktif dalam perbincangan.

Slaid seterusnya membincangkan tentang pecahan algebra, iaitu satu lagi konsep
penting dalam ungkapan algebra dan sering menjadi kesukaran kepada murid.

Minta murid meneliti senarai pecahan algebra yang diberi dan menerangkan
kefahaman mereka tentang maksud pecahan algebra.

Minta murid mencadangkan kaedah untuk mempermudahkan ungkapan yang


diberikan.

OPERASI UNGKAPAN ALGEBRA 6


Bimbing murid sekiranya perlu terutama bagi ungkapan yang melibatkan
pemfaktoran.

Berikan contoh lain termasuk yang lebih kompleks sekiranya murid dapat memahami
dengan baik. Sekiranya tidak, berikan contoh-contoh lain yang hampir serupa bagi
mengukuhkan kefahaman mereka.

Konsep Matematik mempunyai pelbagai perwakilan seperti jadual, graf, pernyataan


simbol dan graf. Aktiviti seterusnya akan membolehkan murid membuat perkaitan
antara perwakilan yang pelbagai ini di samping mengukuhkan kefahaman tentang
pemfaktoran dan kembangan ungkapan algebra.

Murid perlu membentuk kumpulan bertiga.

Guru akan memberikan kertas yang mengandungi perwakilan bagi beberapa


ungkapan algebra seperti yang disediakan pada slaid.

Minta murid memotong mengikut garis yang terdapat pada kertas tersebut.

Galakkan murid berbincang dan mengumpulkan potongan kad-kad tersebut


mengikut kumpulan yang sama. Murid juga diminta melengkapkan bahagian yang
perlu dilengkapkan dan seterusnya membentangkan jawapan mereka.

OPERASI UNGKAPAN ALGEBRA 7

Anda mungkin juga menyukai