Anda di halaman 1dari 16

Sejarah & Perkembangan Permainan Tenis

Ada beberapa pendapat tentang asal usul tenis. Ada yang menyatakan ianya
berasal dari negara Perancis pada kurun ke 11 yang dikenali sebagai “jeu de paume”
yang bermakna “Main dengan tapak tangan.” Bola yang digunakan ialah kulit kambing
biri-biri yang digumpal dan bola mesti melepasi tali seperti jaring badminton. Ada
pula yang mengatakan ia berasal dari England pada kurun ke 19 dan dimainkan oleh
orang atasan yang dikenali sebagai ‘real tennis’ atau ‘Royal Tennis’.
Walau bagaimanapun Major WC Wingfield seorang pegawai tentera British
telah mengubahsuai dan mengasaskan permainan ini berdasarkan real tenis yang
dimainkan di gelanggang rumput, reket seperti reket badminton dan jaring setinggi
2.13m. Dari tarikh 1874 inilah tennis terus berkembang dan popular sehingga kini.

Antara perkembangan dan peristiwa penting tenis:

Tahun Peristiwa
1877 Kejohanan Tenis Wimbledon diadakan di atas gelanggang
rumput.
1878 Servis overhead diperkenalkan
1900 Pertandingan Piala Davis (antara negara) diperkenalkan
1913 Penubuhan International Lawn Tennis Federation
1926 Kejohanan Pertama Tenis Profesional di Madison Square
New York
1969 Rekod perlawanan paling lama iaitu 5 jam 12 minit di
antara P.Gonzales dari Amerika dan C.Pasarell di dalam
112 game
1970 Sistem kiraan ‘tie-break’ diperkenalkan untuk
mengehadkan perlawanan berlarutan
GRAND SLAM TENIS

Kejohanan tenis Grand Slam yang juga digelar sebagai ‘championships’ merupakan
kejohanan tenis tahunan yang sangat penting. Kejohanan major tenis adalah Terbuka
Australia, Terbuka French, Wimbledon dan Terbuka US. Kejohanan terbuka Australia
dan US akan dimainkan pada permukaan gelanggang keras, Terbuka French
dimainkan pada permukaan gelanggang tanah liat dan Wimbledon pula atas
permukaan gelanggang rumput. Wimbledon merupakan kejohanan major yang tertua
yang diadakan pada 1877, seterusnya US pada tahun 1881, kemudian French pada
tahun 1891 dan Australia pada tahun 1905.

Terbuka
US

Terbuka Grand
Terbuka
Wimble Slam French
don Tenis

Terbuka
Australia
Gelanggang

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan.
Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen atau
parguay. Ukuran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23
meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan
gelanggang. Semua garisan atau tanda di dalamnya hendaklah jelas dan sebaik-
baiknya dengan garisan putih.
Jenis Gelanggang

Terdapat 4 jenis gelanggang tenis yang biasa digunakan. Jenis-jenis gelanggang


ditentukan berdasarkan penggunaan bahan pada permukaan gelanggang tenis.

Gelanggang Gelanggang Gelanggang Gelanggang


Tanah Liat Rumput Keras indoor

GELANGGANG TANAH LIAT

Gelanggang Tanah liat diperbuat daripada besi dan batu bata yang kukuh. Tanah liat
merah kurang kukuh berbanding tanah liat hijau, atau dipanggil Tanah liat Har-Tru"
American". Kelebihan gelanggang tanah liat ialah gelanggang tanah liat
memperlahankan pergerakan bola dan menghasilkan pukulan yang kuat berbanding
gelanggang keras dan gelanggang rumput.
GELANGGANG RUMPUT

Gelanggang rumput adalah gelanggang yang paling cepat disiapkan dan selalunya
digunakan untuk kegunaan sendiri atau peribadi. Pemilihan gelanggang rumput
berdasarkan kekukuhan tanah rumput lebih kurang sama dengan gelanggang golf.
Pukulan bola juga bergantung kepada kekuatan rumput.

GELANGGANG KERAS

Gelanggang keras biasanya diperbuat daripada konkrit dang dikira gelanggang tenis
peringkat sederhana. Gelanggang tenis biasanya menyebabkan bola boleh bergerak
laju tetapi perlahan daripada gelanggang rumput. Gelanggang keras ini juga adalah
antara jenis gelanggang yang biasa digunakan.
GELANGGANG INDOOR

Permukaan yang istimewa hanya boleh digunakan indoor sahaja. Gelanggang indoor
yang biasa digunakan adalah jenis permaidani.

Jaring

Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang
dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih.
Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91
meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya.
Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.
Raket

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang
bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga
adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah di antara 282.7
hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah di antara 368
hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari
segi keselesaan pegangannya.

Bola

Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7
hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis
harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.
Pakaian Pemain

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan.
Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu
perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah
dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun
mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri
daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar,
stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan
digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

Pegawai Permainan

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan
berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang.
Biasanya tempat duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan
peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan
mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh
beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil
jaring dan beberapa orang penjaga garisan dan pengadil servis. Selain itu, terdapat
juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf
kebangsaan atau antarabangsa.
CARA BERMAIN

Cara memegang raket tenis

Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara
memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan,
seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi
menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah
diutamakan.

Tempoh permainan

Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga
set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua
set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan
mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan
bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu
daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukkan kepada pemain
untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

Cara mendapatkan mata

Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton.
Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan
sekurang-kurangnya ada empat kali servis.

Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya


memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0;
dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang
diperolehi oleh pemain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangan
kepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu.
Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini
memaksa dius. Untuk mencapai kemenangan salah seorang permainan harus
mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengan demikian, permulaan servis perlu
mendahului lawannya dengan satu mata.

Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis di sebelah kiri
gelanggangnya dan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi.
Seseorang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk sesuatu et.
Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah
seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan
terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah
set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga
set daripada lawannya.

Memulakan permainan

Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana
yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai
permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.

Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat
servis yang disediakan di sebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada di
bahagian kanan gelanggangnya.Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan
memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan
servis lawan ini, pembuat servis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis
kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada
pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan
berusaha mematikan ke kawasan lawannya.
Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan
akan membuat servis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu
kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang
daripada mereka mencapai kemenangan.

Semasa permainan dan Tamat permainan

Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati.
Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas
persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola
kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja
dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika
permainan ditamatkan.

Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan


yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua
set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri
dan dengan pengadil.
Roger Federer
Roger Federer merupakan seorang pemain tenis lelaki dari Switzerland. Beliau
menjadi pemain nombor satu di dunia sejak 2 Februari 2004. Beliau sering dianggap
sebagai antara pemain paling hebat di dunia.

Federer telah memenangi Grand Slam 15 kali, Piala Masters Tenis tiga kali,
serta ATP Masters Series 14 kali dalam kerjayanya. Kini, beliau memegang rekod
menang dalam tiga Grand Slam dalam setahun untuk tiga tahun (2004, 2006 dan
2007), mencapai perlawanan akhir dalam sepuluh Grand Slam berturut-turut, serta
rekod bersama memenangi Kejohanan Wimbledon lima kali berturut-turut dari 2003
hingga 2007.

Beliau merupakan satu-satunya pemain yang mencapai perlawanan akhir setiap


Grand Slam untuk dua tahun berturut-turut dari 2006 hingga 2007, serta memenangi
kedua-dua Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat empat tahun berturut-turut.
Rafael Nadal
Rafael Nadal merupakan seorang pemain tenis lelaki dari Sepanyol. Rafael
Nadal "Rafa" Parera (dilahirkan pada 3 Jun 1986) adalah seorang pemain tenis
Sepanyol profesional dan bekas dunia No 1. Pada 24 Oktober 2011, dia berada di
kedudukan No 2 oleh Persatuan Tenis Profesional (ATP). Beliau secara meluas
dianggap sebagai salah satu pemain terhebat sepanjang zaman; kejayaan di
gelanggang tanah liat telah memperoleh nama samaran "Raja Tanah Liat", dan telah
mendorong ramai pakar menganggap dia sebagai yang terbesar pemain tanah liat
sepanjang zaman.

Nadal telah memenangi sepuluh gelaran perseorangan Grand Slam, termasuk


enam gelaran Terbuka Perancis, 2008 pingat emas Olimpik dalam acara perseorangan,
rekod 19 ATP World Tour Masters 1000 kejohanan, dan juga merupakan sebahagian
daripada pasukan Sepanyol Piala Davis yang memenangi perlawanan akhir pada tahun
2004, 2008, 2009 dan 2011. Beliau menamatkan karier Grand Slam dengan
memenangi Terbuka Amerika Syarikat 2010, menjadi pemain ketujuh dalam sejarah,
dan yang termuda di era terbuka, untuk mencapai. Beliau adalah pemain kedua lelaki
untuk melengkapkan Kerjaya Golden Slam (pemenang grand empat Slam dan pingat
Emas Olimpik) selepas hanya Andre Agassi.

Nadal telah satu coretan 32-perlawanan yang memenangi pada tahun 2008,
bermula di yang 2008 Master Series Hamburg 2008 Barat & Selatan Kumpulan Sarjana
Kewangan dan, Terbuka Wanita, yang termasuk gelaran di Hamburg, Terbuka Perancis
(di mana dia tidak tidak menggugurkan satu set), Queen Kelab, tajuk pertama di
Wimbledon, dan Piala Rogers. Pada tahun 2011, dengan memenangi Monte Carlo
Masters, beliau menjadi satu-satunya pemain yang telah memenangi tujuh edisi
kejohanan berturut-turut di peringkat ATP. Nadal adalah ranking dunia No. 2, di
belakang Roger Federer, bagi rekod 160 minggu berturut-turut sebelum mendapat
tempat teratas, yang dia diadakan dari 18 Ogos 2008 hingga 5 Julai 2009. Dia kembali
ranking dunia no.1 pada 7 Jun 2010, selepas memenangi gelaran kelima Terbuka
Perancis. Beliau memegang sehingga 3 Julai 2011, apabila Novak
Djokovic menggantikan beliau sebagai dunia No 1.

Anda mungkin juga menyukai