Anda di halaman 1dari 19

Pengenalan

Dewasa ini,terdapat pelbagai jenis permainan yang menggunakan raket yang dimainkan dan tenis merupakan salah satu permainan yang paling disukai. Menurut beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak sebelum Masihi, iaitu di Mesir dan Yunani.

Sejarah Tenis
Pada abad ke-11,sejenis permainan yang disebut jeu de paume, yang menyerupai permainan tenis telah dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu sedangkan pemukulnya adalah tangan.Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Italia dan Inggeris pada abad ke-13 dan mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat.Peminatnya terdiri daripada rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak itu perkembangan tenis terus meningkat ke negara-negara Eropah yang lain. Raket yang sebenar diperkenalkan kali pertama pada abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang pastur berbangsa Italia. Ia menulis aturan umum tentang semua permainan yang menggunakan bola, termasuk tenis. Majalah Inggris "Sporting Magazine" menamakan permainan ini sebagai 'tenis lapangan' (lawn tennis). Dalam buku "Book of Games And Sports", yang diterbitkan dalam tahun 1801, disebut sebagai "tenis panjang". Tenis pada mulanya merupakan permainan masyarakat kelas atas. Tenis lapangan rumput yang terkenal di zaman Ratu Victoria lalu ditiru oleh golongan menengah, dan menjadikannya sebagai permainan biasa.

Kelab tenis pertama yang didirikan adalah Leamington di Perancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis disebut sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874 permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Serikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pun telah didirikan pada tahun 1868. Dua tahun setelah itu dibukalah kantornya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, klub ini juga bersedia memperuntukkan sebagian dari lahannya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, peraturan permainan tenis lapangan rumput ditulis. Amerika Serikat mendirikan klub tenis yang pertama di Staten Island. Bermula dari situlah, permainan tenis di Amerika Serikat berkembang dengan pesat sekali. Dari sana lahir banyak pemain tenis tangguh yang menguasai percaturan tenis tingkat dunia.Kejuaraan tenis pertama bermula tahun 1877.

Gelanggang Tenis
SAIZ GELANGGANG TENIS:

GELANGGANG
Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

JENIS GELANGGANG
Terdapat 4 jenis gelanggang tenis yang biasa digunakan. Jenis-jenis gelanggang ditentukan berdasarkan penggunaan bahan pada permukaan gelanggang tenis. a) Gelanggang Tanah Liat b) Gelanggang Rumput c) Gelanggang Keras d) Gelanggang INDOOR (permaidani, getah dan kayu)

GELANGGANG TANAH LIAT

Gelanggang Tanah liat diperbuat daripada besi dan batu bata yang kukuh. Tanah liat merah kurang kukuh berbanding tanah liat hijau, atau dipanggil Tanah liat Har-Tru "American". Kelebihan gelanggang tanah liat ialah gelanggang tanah liat

memperlahankan pergerakan bola dan menghasilkan pukulan yang kuat berbanding gelanggang keras dan gelanggang rumput.

GELANGGANG RUMPUT

Gelanggang rumput adalah gelanggang yang paling cepat disiapkan dan selalunya digunakan untuk kegunaan sendiri atau peribadi. Pemilihan gelanggang rumput berdasarkan kekukuhan tanah rumput lebih kurang sama dengan gelanggang golf. Pukulan bola juga bergantung kepada kekuatan rumput.

GELANGGANG KERAS

Gelanggang keras biasanya diperbuat daripada konkrit dang dikira gelanggang tenis peringkat sederhana. Gelanggang tenis biasanya menyebabkan bola boleh bergerak laju tetapi perlahan daripada gelanggang rumput. Gelanngang keras ini juga adalah antara jenis gelanggang yang biasa digunakan.

GELANGGANG INDOOR

Permukaan yang istimewa hanya boleh digunakan indoor sahaja. Gelanggang indoor yang biasa digunakan adalah jenis permaidani.

Bilangan Pemain
Bilangan pemain bergantung kepada jenis perlawanan : 1. Perseorangan seorang setiap pasukan 2. Beregu 2 orang setiap pasukan (sama jantina) 3. Beregu Campuran 2 orang setiap pasukan (seorang lelaki dan seorang perempuan )

Kiraan Mata

Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set terdapat sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Setiap pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya akan dikira 15-0,manakala mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pemain berkenaan akan menamatkan permainan dan memberi kemenangan kepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata yang sama, matanya dikira 40-40. Untuk mencapai kemenangan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya.Oleh itu, pemula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua,pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya dan pungutan mata akan dikira seperti yang sebelumnya. Seseorang pemain haruslah memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan akan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain akan dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

Memulakan permainan
Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.

Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

Dalam permainan dan Tamat permainan


Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan. Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.

RAKET
Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.

Memilih raket
Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :

Saiz gengaman tangan Saiz dan berat raket

Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru atau mula bermain tenis.

GRIP
Grip ( Pegangan Raket )
Pegangan raket bulu tangkis cenderung berada di tengah gagang , sedangkan tenis cenderung berada di ujung dari gagang raket . Contohnya bisa dilihat pada gambar berikut :

Perbezaan ini dapat diertikan dari kinetik ayunan dalam memukul bola atau kok dalam bulutangkis. Tenis cenderung menggunakan ayunan tangan dan pergerakan badan serta putaran bahu untuk memukul bola, sehingga raket dapat dianggap sebagai perpanjangan tangan dan merupakan satu kesatuan dengan badan. Ketika pegangan raket berada di titik tengah, maka akan merosak kestabilan raket dan kekuatan ayunan lengan itu sendiri. Lain halnya dengan bulutangkis yang memiliki raket dengan berat yang lebih ringan dari tenis. Bulutangkis lebih banyak menggunakan gerakan pergelangan tangan daripada keseluruhan lengan hinga bahu itu sendiri, sehingga pegangan di tengah gagang justeru lebih memperkuat cengkeraman.

BOLA TENIS

Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

PAKAIAN
Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai.Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

PEGAWAI PERMAINAN
Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu,

terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

BEBERAPA PERLAWANAN TENIS TERKENAL :


Piala Davis Wimbledon (atau All-England) Perancis Terbuka (atau Roland Garros) AS Terbuka Australia Terbuka

Pukulan Asas
Pukul Depan (Forehand)
Sebuah pukulan di mana telapak tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.

Pukul Kilas (Backhand)


Sebuah pukulan di mana punggung tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.

Groundstroke
Sebuah pukulan forehand atau backhand yang dilakukan setelah bola memantul sekali di lapanganmu.

Slice
Sebuah pukulan pada permainan tenis

Dropshot

Sebuah pukulan yang mengenai net lalu jatuh di daerah lawan.

Smesy
Sebuah pukulan keras yang menghantam sebuah bola tanpa menyentuh tanah di atas kepala dan diarahkan ke lapangan sang lawan.

Lob
Sebuah pukulan dimana bola dipukul tinggi ke jurusan sebelah belakang lawan.

Passing shot
Sebuah pukulan dimana bola melalui (bukan melintas di atas) musuh yang berada di dekat net (lihat lob).

Voli
Pukulan forehand atau backhand sebelum bola memantul di lapanganmu.

Contoh pukulan forehand oleh Federer

Contoh pukulan backhand slice

Contoh pukulan backhand oleh Agassi.

Rafael Nadal

Rafael "Rafa" Nadal Parera (IPA: [rafa'el na'al]) (lahir di Manacor, Mallorca, Spanyol, 3 Juni 1986; umur 23 tahun) adalah pemain tenis profesional yang berasal Spanyol. Setelah menempati peringkat dua dunia selama 158 minggu, pada 18 Agustus 2008 ia menjadi pemain tenis pada rangking pertama dunia menggantikan Roger Federer. Peringkat tersebut bertahan hingga 6 Juli 2009 saat Federer menjuarai Wimbledon dan kembali menjadi pemain tenis nombor satu dunia. Nadal merupakan juara Grand Slam sebanyak lima kali, telah memenangi gelar tunggal putra Perancis Terbuka (2005-08) empat kali secara berturut-turut. Setelah mencetak rekor 31 kemenangan berturut-turut di Perancis Terbuka, Nadal kalah untuk pertama kalinya di turnamen tersebut pada pertandingan babak keempat melawan Robin Soderling pada tahun 2009. Ia meraih gelar Wimbledon pada tahun 2008 dengan mengalahkan Federer setelah kalah pada tahun 2006 dan 2007 dari Federer. Nadal memegang rekor kemenangan berturut-turut pada satu permukaan tertentu di antara para pemain pria di era terbuka. Dari April 2005 hingga Mei 2007, ia telah memenangi 81 pertandingan di permukaan tanah liat secara berturut-turut. Rekor ini dimulai sejak Nadal dikalahkan oleh Igor Andreev di

Valencia, dan kemudian dihentikan Federer di Hamburg dalam pertandingan final tiga set.

RUJUKAN
http://teknikbermaintennis.blogspot.com/2009_04_01 _archive.html http://bobezani.tripod.com/tenis.htm www.scribd.com www.wikipedia.com

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR


FOLIO PERMAINAN TENIS SEMESTER SATU

NAMA:ANIS NUR FAKHRIAH BT M.ANERA MATRIC NO.:MS1116517733 PRACTICUM:MT 4 LECTURER:EN.SALIM B.

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN SEJARAH TENIS GELANGGANG TENIS BILANGAN PEMAIN KIRAAN MATA ASAS PERMAINAN & PERALATAN PUKULAN ASAS LAMPIRAN

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai