Anda di halaman 1dari 8

KRB 3033: PENGANTAR BAHASA MELAYU

2.1 PENGENALAN

Dasar Pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa tahap dan perkembangan. Sistem pendidikan di
zaman penjajahan telah berkembang maju tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan,
pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem pendidikan pada zaman penjajahan ini
lebih mengekalkan tumpuan dan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal.
Dalam tahun menuju kemerdekaan timbul kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang
bertapa pentingnya sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah. Oleh
itu langkah-langkah diambil bagi menggubal sistem pendidikan kebangsaan yang sesui untuk negara
merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

Melihat kepada belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri setiap tahun, pastinya
perbelanjaan untuk pendidikan menjadi keutamaan, dan sering mendapat dana yang besar. Belanjawan
bagi pendidikan sering menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat. Yang menjadi
persoalan hari ini, sistem pendidikan yang bagaimana yang harus dilaksanakan sebenarnya. Adakah
sistem pendidikan yang ada pada hari ini, berjaya atau perlu dirombak secara besar-besaran? Seringkali
kita mendengar betapa pelbagai pandangan diutarakan bagi memperbaiki dan memperhalusi sistem
pendidikan negara. Namun, sehingga kini, usaha untuk merealisasikan pandangan-pandangan itu masih
terlalu jauh apatah lagi untuk melihat hasilnya. Beberapa strategi digubal untuk mencapai matlamat dasar
pendidikan yang antarnya ialah menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Hubungan antara bahasa dengan sesuatu bangsa memang hal yang penting difahami dengan
mendalam agar kewujudan bahasa itu tidak dinilai sekadar sebagai alat komunikasi semata-mata. Apabila
bahasa dinilai daripada sudut yang sempit, iaitu sebagai alat komunikasi semata-mata, maka peranan
bahasa sebagai roh atau jiwa sesuatu bangsa tidak difahami atau tidak dianggap penting, sehingga orang
yang berkaitan dengan pandangan itu tidak menilai pentingnya bahasa milik bangsanya sebagai asas jati
diri.

2.2 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASAKAN BAHASA


INGGERIS

Sejak tahun 2003, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan polisi penggunaan bahasa Inggeris dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik pada hampir semua peringkat
persekolahan sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Pada 25 Januari 2010, satu pekeliling ikhtisas
Bil.2/2010 telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin
Haji Mohd. Dom mengenai perlaksanaan dasar ‘Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMMBI). Antara kandungan surat pekeliling tersebut ialah memansuhkan dasar Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan
menggantikan dengan dasar MBMMBI.

Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasa
MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010 setelah mesyuarat
memansuhkan PPSMI pada 8 Julai 2009. Selain itu juga penegasan diberikan dalam penyediaan soalan-
soalan peperiksaan awam dari segi penggunaan bahasa pengantar yakni bahasa Melayu dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dari dasar PPSMI ke dasar MBMMBI diberikan
secara terperinci.

Menurut kamus dewan edisi ketiga, martabat boleh didefinisikan sebagai kedudukan pada mata
masyarakat manakala memartabatkan bermaksud menjadikan sesuatu bermartabat. Kukuh pula menurut
kamus dewan ialah teguh (pendirian dan lain-lain) tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dan
lain-lain). Manakala memperkukuh boleh ditakrifkan sebagai menjadikan lebih kukuh. ‘Martabat bahasa’
bererti taraf bahasa itu sebagai alat kemajuan bangsa dan negara, iaitu setakat manakah bahasa itu
digunakan, bukan sahaja oleh pengguna aslinya, tetapi juga oleh orang lain yang mempunyai bahasa asli
(bahasa ibunda’nya) sendiri sebagai alat untuk memajukan dirinya, masyarakat dan negaranya dalam
bidang-bidang yang disebut (Sibayan Bonifacio, 1988). Menurut teori atau konsep perancangan bahasa
atau ‘language planning’, martabat bahasa atau istilah yang lebih kerap digunakan, ‘taraf bahasa
atau language status dapat dirancang melalui pelbagai cara. Cara yang paling biasa digunakan ialah
melalui dasar bahasa. Hampir semua negara di dunia ini mempunyai dasar bahasa.

2.2.2 MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS

Memperkasakan bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tujuan utama memperkasa bahasa Inggeris adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu
untuk bersaing diperingkat nasional dan global.

Sebagai bahasa kedua, bahasa Inggeris adalah satu mata pelajaran wajib diperingkat sekolah
rendah dan sekolah menengah. Walau bagaimanapun, pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris
secara formal diserapkan dalam sukatan pelajaran seawall pendidikan prasekolah. Perkembangan pesat
negara kea rah negara maju berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan bahasa
Inggeris sangat releven sekirangan kita ingin bersaing di pentas global (Julaihi Bujang,2010)

Dengan kualiti guru yang terlatih, kurikulum yang terkini, makmal bahasa yang bermutu, kaedah
penyampaian yang berkesan, pengenalan subjek English Literature, ia boleh meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris. Disamping melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik
dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan
bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai matlamat
ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi
pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya
tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini. Keupayaan negara untuk
melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di
bahu warga pendidik. Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan
penguasaan bahasa Malaysia.

Kepentingan Bahasa Inggeris

Kepentingan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan.

............Menjelang tahun 2003, bahasa Inggeris telah mula digunakan dalam pendidikan di Malaysia.
Sistem ini dimulakan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar untuk mata pelajaran sains dan
matematik. Pelaksanaannya dijalankan secara berperingkat-peringkat yang dimulakan kepada pelajar
tahun 1 serta pelajar tingkatan 1. Beberapa tahun kemudian, semua pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah telah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pendidikan sains dan matematik.
Biarpun program ini diliputi dengan pelbagai kontravesi namun tindakan kerajaan melaksanakan dasar
penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan memberi pelbagai kebaikan.

............Antara faedah menguasai bahasa Inggeris dalam pendidikan adalah bagi membolehkan pelajar
menguasai isi pelajaran yang kebanyakannya bersumberkan bahasa Inggeris. Sebagai contohnya,
memandangkan beberapa mata pelajaran penting seperti sains, matematik, teknologi maklumat dan
sebagainya menggunakan bahasa Inggeris maka kegagalan pelajar menguasai bahasa ini akan
melemahkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang disebutkan tadi. Pepatah Melayu pernah
menyebut, “kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya”. Begitulah juga halnya, jika
penggunaan bahasa Inggeris tidak dimulai dari sekarang, selagi itulah para pelajar akan ketinggalan dalam
mata pelajaran tersebut. Justeru, penggunaan bahasa Inggeris adalah amat perlu dikuasai agar para pelajar
dapat memperoleh ilmu npengetahuan yang kebanyakannya hanya dapat diperoleh melalui kemahiran
berbahasa Inggeris.

............Selain itu, bahasa Inggeris juga penting dalam pendidikan di negara kita selaras dengan objektif
pendidikan yang ingin melahirkan individu yang mampu bersaing dalam dunia global. Penguasaan bahasa
inggeris yang dimulakan dari sekolah mampu melahirkan individu yang dapat berkomunikasi dengan
berkesan dengan individu lain dari seluruh dunia. Sebagai contohnya, kemahiran berbahasa Inggeris amat
penting apabila seseorang individu ditugaskan di luar Negara atau membawa misi negara di luar negara.
Kegagalan berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris akan menjejaskan pelbagai
peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial. Jelasnya, pendidikan bahasa Inggeris di peringkat
sekolah mampu melahirkan individu yang “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan
masyarakat lain di seluruh dunia.

............Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga penting kerana dengan penguasaan bahasa
tersebut para pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan baik dapat berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran di luar Negara. Memandangkan bahasa Inggeris telah diterima sebagai bahasa antarabangsa,
kebanyakan universiti teragung di seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar. Jika seseorang pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik maka peluang mereka
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah lebih cerah. Sebagai contohnya, institusi pendidikan
swasta seperti kebanyakan institusi pendidikan swasta di negara kita juga telah mengimplementasi
penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar mereka di institusi pendidikan tinggi swasta. Oleh
yang demikian, para pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi
perlulah menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

............Pada masa yang sama, penggunaan bahasa Inggeris juga penting kepada para pelajar bagi tujuan
mendapatkan pekerjaan pada masa depan. Perlu diingat bahawa majikan akan lebih tertarik untuk
mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuklah berbahasa Inggeris.
Sebagai contohnya, pekerjaan dalam bidang telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat dan
sebagainya amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. Oleh itu, lepasan sekolah atau universiti yang
mahir berbahasa Inggeris lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding dengan mereka yang kurang
menguasai bahasa Inggeris. Tambahan pula, mereka yang mahir berbahasa Inggeris lebih diminati oleh
majikan dari syarikat-syarikat besar yang biasanya menawarkan pendapatan lebih lumayan. Jelasnya,
bahasa Inggeris amat penting dipelajari di sekolah demi memanfaatkan pelajar bagi tujuan membina
kerjaya pada masa yang akan datang.

______Sementara itu, kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan negara, mengakibatkan
Malaysia memerlukan penduduk yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik agar dapat bersaing
dengan mereka dari seluruh dunia. Pendidikan bahasa Inggeris amat penting bagi melahirkan masyarakat
yang dapat berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa. Sebagai contohnya, perkongsian dalam
bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris.
Umumnya, mereka yang gagal menguasai bahasa ini akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang dapat
mengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan peluang yang tersedia pada peringkat antara bangsa.
Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah berperanan membina masyarakat yang lebih berdaya saing
pada peringkat global suatu hari nanti.

______Intihanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua
pelajar. Seseorang yang dapat menguasai bahasa ini akan lebih berkeyakinan dan mampu merebut
peluang yang tersedia sama ada pada peringkat nasional atau pada peringkat antara bangsa. Namun
begitu, biar bagaimana penting sekalipun bahasa Inggeris ini digunakan oleh masyarakat antarabangsa
namun penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara amat perlu dipertahankan dan
dipertingkatkan martabatnya. Kita tidak mahu bahasa rasmi kita pupus akibat kelalaian kita
mengagungkan bahasa Inggeris umpama kata pepatah Melayu “yang dikejar tak dapat, yang dikendong
keciciran”.

Kepentingan Memperkasakan Bahasa Inggeris

KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA INGGERIS

Sebelum ini, mutu pencapaian bahasa Inggeris di negara kita menampakkan kemerosotan yang ketara.
Sejak pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsan yang menghapuskan aliran bahasa Inggeris, penguasaan
para pelajar dalam bahasa Inggeris amat rendah. Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan-keputusan
peperiksaan pada tahun-tahun yang lepas. Oleh hal yang demikian, mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr.
Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk mewajibkan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran
dalam bidang Sains dan Matematik Tahun Satu dan Tingkatan Satu mulai tahun 2003. Dalam pada itu,
ada pihak yang mengangguk kepala bahawa bahasa Inggeris banyak mempunyai kelebihan tetapi ada
pihak yang menggeleng kepala bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa penjajah. Walau bagaimanapun,
bahasa Inggeris haruslah dijadikan sebagai bahasa kedua penting tidak kira sama ada di sekolah rendah
mahupun di sekolah menengah demi kebaikan semua. Jadi, bahasa Inggeris memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan rakyat jelata.
Antara kepentingan bahasa Inggeris termasuklah bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dalam
komunikasi antarabangsa. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah penutur bahasa Inggeris di seantero
dunia mengatasi jumlah penutur bahasa utama lain seperti bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, dan Rusia.
Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa utama yang digunakan semasa seseorang berkomunikasi dengan
bangsa negara lain ialah bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja memudahkan kita
berhubung dengan dunia luar malah bahasa ini menjamin kelancaran urusan yang melibatkan bangsa
negara lain. Misalnya, urusan seseorang dengan bangsa lain akan berjalan dengan lancar sekiranya
seseorang itu menguasai bahasa Inggeris dengan sepenuhnya. Sebaliknya, urusan seseorang akan
menempuh pelbagai dugaan sekiranya seseorang itu tidak petah dalam bahasa Inggeris. Hal ini jelas
menampilkan kepentingan bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan. Walaupun bahasa
rasmi negara ialah bahasa Malaysia namun dalam bidang perniagaan bahasa yang kerap digunakan ialah
bahasa Inggeris. Contohnya, bahasa Inggeris digunakan semasa sesuatu perniagaan sedang dijalankan.
Menurut kajian, bahasa Malaysia jarang-jarang digunakan semasa urusan perniagaan dijalankan. Hal ini
berlaku demikian kerana bahasa Malaysia kekurangan istilah yang tepat untuk mengungkapkan maksud
dalam perniagaan. Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk menjamin peluang kejayaan
kerjaya malah juga penting untuk menjamin hubungan yang mantap dalam bidang perniagaan. Jikalau
bahasa Inggeris tidak dikuasai, maka perniagaan individu, syarikat, dan negara akan terbatas. Apabila
peluang perniagaan terbatas, hal ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara malah juga menjejaskan
hubungan diplomatik dan nama baik negara. Oleh itu, bahasa Inggeris amat penting dalam bidang
perniagaan.

Di samping itu, kepentingan bahasa Inggeris yang lain ialah bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu
pengetahuan. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam era globalisasi dan modenisasi ini, bahasa Inggeris
merupakan bahasa sumber yang penting. Misalnya, kebanyakan buku ensiklopedia, buku rujukan,
maklumat, penyelidikan dan khazanah ilmu yang lain terungkap dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak
menjadi masalah bagi golongan yang dapat menguasai bahasa Inggeris untuk memahami isi-isi yang
tercatat dalam bahan bacaan tersebut. Persoalannya, adakah anda faham akan isi-isi yang ingin
disampaikan sedangkan tahap penguasaan bahasa Ingeris berada pada paras yang menyedihkan?
Jawapannya semestinya tidak. Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan
itu memerlukan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang optimum. Dengan ini, tampaklah bahawa
penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam menimba ilmu yang tidak terhingga.

Bukan itu sahaja, bahasa Inggeris penting kerana bahasa ini merupakan bahasa telekomunikasi ataupun
bahasa internet. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat dapat memperoleh maklumat-maklumat
yang terkini supaya masyarakat tidak menjadikatak di bawah tempurung dengan syarat masyarakat dapat
menguasai bahasa Inggeris. Malahan, mereka juga dapat memahami isi-isi tersurat yang dipaparkan
dalam maklumat antarabangsa yang disalurkan melalui satelit ataupun media massa seperti radio,
televisyen, dan surat khabar. Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maklumat ini, banyak alat teknologi
yang canggih telah dicipta untuk memudahkan perhubungan masyarakat dengan dunia luar seperti
internet tambahan pula, bahasa Inggerislah yang terungkap dalam laman web. Jadi, bahasa Inggeris
haruslah dipandang berat kerana bahasa ini ialah bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet.

Kesimpulannya, bahasa Inggeris ialah bahasa antarabnagsa yang sangat mustahak untuk berhubung
dengan bangsa lain, baik dengan masyarakat tempatan mahupun dengan masyarakat dunia luar. Walaupun
bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara namun bahasa Inggeris amat penting
untuk kemajuan negara. Penggunaan bahasa Inggeris membolehkan masyarakat dan negara mempunyai
hubungan yang lebih luas dan mudah menerima maklumat antarabangsa. Hal ini secara tidak langsungnya
mempercepat pembangunan negara. Di samping itu, kemajuan hanya dicapai dengan lebih cepat
sekiranya komunikasi dalam bahasa Inggeris berjalan dengan lancar dengan negara-negara maju. Dengan
ini, kecemerlangan seseorang individu bergantung pada tahap penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu,
bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting dalam menimba ilmu pengetahuan, komunikasi
antarabangsa, bidang teknologi, dan bidang perniagaan

ARKIB : 04/09/2014

WajiblulusBahasaInggeris langkah terbaik


KUALA LUMPUR 3 Sept.- Polisi baharu yang mewajibkan setiap pelajar di institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) lulus kursus Bahasa Inggeris sebelum menamatkan pengajian masing-masing diyakini
mampu merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan siswazah yang berdaya saing terutama di
peringkat antarabangsa.
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata,
langkah itu bukan sahaja mampu memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar,
malah memberi lebih keyakinan kepada golongan tersebut.
"Kita tidak boleh bertolak ansur dalam isu penguasaan bahasa Inggeris ini, pelajar harus menguasai
bahasa antarabangsa ini dengan baik dalam menghadapi pasaran global yang semakin mencabar.
"Saya juga yakin langkah ini mampu memastikan semua pelajar bersungguh-sungguh mempelajari bahasa
Inggeris kerana jika kita masih tidak melaksanakan polisi tersebut, pelajar tidak akan memandang serius
dalam isu penguasaannya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan setiap pelajar di IPTA
wajib lulus kursus Bahasa Inggeris sebelum menamatkan pengajian di universiti masing-masing.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, polisi baharu yang akan dilaksanakan itu telah
dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak demi melahirkan graduan yang bertaraf
antarabangsa dan mampu berkomunikasi secara berkesan.
Dalam masa sama, Mohamed Mustafa berpendapat, untuk memastikan penguasaan bahasa Inggeris yang
berkesan, penekanan tidak hanya kepada pelajar universiti tetapi harus bermula daripada peringkat
sekolah rendah.
"Pihak universiti boleh menyediakan program untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris tetapi
agenda memperkasa penguasaannya haruslah bermula daripada peringkat sekolah agar mereka terdedah
dengan kepentingan menguasai bahasa tersebut sedari awal lagi.
"Kita lihat sesetengah pelajar yang cemerlang dalam beberapa subjek lain tetapi lemah dalam subjek
Bahasa Inggeris. Ini berpunca daripada kelemahan pihak sekolah dalam memastikan pelajar-pelajar
tersebut mahir dan memahaminya dengan baik," katanya.
Selain itu, kata beliau, masih ada universiti yang belum melaksanakan pembelajaran dan pengajaran
dalam bahasa Inggeris disebabkan beberapa kekangan yang wajar diberi perhatian.
"Masalahnya bukan berpunca daripada pihak universiti tetapi pelajar itu sendiri. Kita harus melihat
kepada tahap kesediaan pelajar sebelum melaksanakan polisi ini.
"Oleh sebab itu, saya menyarankan polisi ini segera dilaksanakan bermula daripada bangku persekolahan
agar pelajar dapat bersedia menempuhi cabaran pengajian yang lebih tinggi," ujar beliau.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr.
Mohamed Fadzil Che Din menyifatkan kerajaan sangat konsisten dalam memperkasakan bahasa Inggeris
sejajar dengan permintaan pasaran pekerjaan.
"Kerajaan sememangnya cukup komited dalam melaksanakan pelbagai dasar supaya pelajar dapat
menguasai bahasa Inggeris bermula daripada peringkat persekolahan sehingga ke peringkat pengajian
tinggi.
"Penguasaan bahasa Inggeris harus diberi penekanan agar graduan dapat menembusi pasaran yang
semakin lama semakin sukar dan hebat persaingannya," kata beliau.
Menurut Mohamed Fadzil, polisi baharu yang diperkenalkan menggambarkan penegasan yang diambil
oleh kerajaan dalam menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menguasai bahasa antarabangsa
tersebut.
"Masyarakat khususnya para pelajar dilihat masih memandang remeh dalam isu penguasaan bahasa
Inggeris. Sesetengah mereka masih menganggap bahasa Inggeris sebagai ancaman kepada kedaulatan
bahasa Malaysia.
"Namun mereka harus sedar, dalam kerajaan memperkasakan bahasa Inggeris, kerajaan tetap
mendaulatkan bahasa kebangsaan kita. Kita harus melihat perkara ini secara positif dan memahami
kepentingannya dalam usaha kita menembusi pasaran dunia," katanya.

TPM: Graduan universiti lemah bertutur bahasa Inggeris


Mohamad Fadli

| October 15, 2014

Selain meningkatkan penguasaan pelajar, kerajaan juga akan meningkatkan penguasaan guru
di peringkat sekolah dan universiti.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kebanyakan graduan
lepasan universiti yang sudah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lemah
berkomunikasi dan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Menurutnya, berdasarkan kelemahan yang dikenalpasti ini, kerajaan telah mengambil insentif untuk
meningkatkan lagi tahap penguasaan bahasa Inggeris di peringkat IPTA.

“Usaha ini juga telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan Bajet
2015 iaitu bermula sesi akademik 2015/2016 untuk Program Ijazah Sarjana Muda, tahap minimum Band
Muet bagi kemasukan ke IPTA akan ditingkatkan kepada Pengajian Sastera dan Sains Sosial- Band 3.

“Selain itu, Pengajian Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) – Band 4 dan Pengajian
Undang-undang dan Perubatan- Band 5,” katanya di Parlimen hari ini.
Sementara itu Ahli Parlimen UMNO Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad mencadangkan pelaksanaan di
IPTA tesebut dilakukan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi menyeragamkan
pelaksanaan untuk meningkatkan bahasa Inggeris dalam kalangan graduan universiti.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menjawab telah ada perancangan untuk melaksanakan di
peringkat IPTS, namun perlu ada perancangan yang rapi dan persetujuan oleh pihak IPTS dalam
pelaksanaan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

“Saya bersetuju dengan cadangan MP Parit Sulong, namun kita perlu perancangan yang rapi. Kita tidak
boleh tentukan sahaja syarat kerana banyak proses perlu dilalui untuk berbincang dengan IPTS.

“Sementara ini, kita akan laksanakan diperingkat IPTA dahulu dan tidak perlu dikhuatiri sekiranya lambat
setahun, masih relevan untuk IPTS mengikut pelaksaaan meningkatkan bahasa Inggeris,” jelasnya.

Katanya, selain meningkatkan penguasaan pelajar, kerajaan juga akan meningkatkan penguasaan guru di
peringkat sekolah dan universiti.

“Antara usaha yang telah dijalankan kita telah mengadakan ujian kepada guru bagi meningkatkan
penguasaan dalam mengajar pelajar.

“Seramai 60,000 guru mengajar bahasa Inggeris di Malaysia dan 460,00 tenaga pelajar mencapai tahap
yang memberangsangkan.

“Sebanyak 37 peratus guru yang mencapau tahap C1 dan C2 dalam ujian yang dilakukan oleh pihak
Kementerian Pendidikan,” ujarnya.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan juga telah mengambil langkah insentif bagi meningkatkan tahap
penguasaan pelajar di luar bandar.

“Kita akan membantu pelajar dengan menyediakan langkah alternatif seperti menyediakan tuisyen
tambahan dan akan menetapkan bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia wajib lulus bermula
pada tahun 2016.

“Perkara ini telah kita umumkan pada tahun lepas dan diharap dengan langkah ini dapat menyedarkan
pelajar betapa pentingnya meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Anda mungkin juga menyukai