Anda di halaman 1dari 7

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “MANFAATKAN CUTI PERSEKOLAHAN”


TARIKH: 17 NOVEMBER 2017M / 27 SAFAR 1439H

َ َّ ُ َ
:‫ل‬
ۡ ِ ‫ٱلۡحمد ِلل ِه الۡقا ِئ‬
           

    


(Surah al-‘Asr : 1-3)

ُ‫ َو َأشۡ َه ُد َأ ان ُم َح ام ًدا َعبۡ ُد ۡه‬، ‫يك ََ ُۡه‬ ُ ‫َأشۡ َه ُد َأن ّٓ ۡل ِ ََ ـۡ َه ِ ال‬


َ ‫هللا َوحۡ َد ُۡه َل َشر‬
‫و‬ ‫و‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ل ل‬
َ َ َ ََ ََ َ ‫ََ ُ ُ ُ اُ ا َ ّ َ َ ّ ََ َ ّ َ ُ َ ا‬
‫ اَلهم ص لل وس لۡلمۡ على س لي لدنا محم ٍد وعلى لآَ له وأصۡح لاب ل ۡهﮮ ومن‬.‫ورسوَ ۡهو‬
.‫ين‬ ّ ‫َتب َع ُهم بإحۡ َسان ِ َلى َي ۡوم‬
َ ‫اَد‬
‫ل ل‬ ‫ٍ ل‬ ‫لل‬ ‫ل‬
ُ ََ ‫ََ َ ُ ُ ا ا‬ َُ ‫َ َ ا‬ ُ ‫ا‬ َ َ َ َ ُ َ ‫َا‬
ۡ

‫ ول تموتن لِل وأنتم‬،‫ لاتقوا هللا حق تقا لت ل ۡهﮮ‬،‫ فيا لعباد هللا‬،‫أما بعۡد‬
َ
.‫ُّمسۡ لل ُمون‬

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,


Marilah kita bertaqwa kepada Allah  dengan ketaqwaan yang

sebenar, iaitu melakukan segala perintah Allah  dan menjauhi segala

1
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
larangan-Nya. Peliharalah diri daripada melakukan perkara-perkara
yang dikhuatiri boleh merosakkan aqidah dan ibadah kita. Kehidupan
yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan
meningkatkan amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita
dengan Allah  serta mengeratkan hubungan kita sesama manusia.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan mereka yang
memperolehi keredhaan Allah , kesejahteraan dan kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat.

Firman Allah  di dalam Surah Ali ‘Imran ayat 103:

      

Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada agama


Allah, dan janganlah berpecah belah.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk


“MANFAATKAN CUTI PERSEKOLAHAN”.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Cuti persekolahan merupakan antara waktu yang ditunggu-tunggu oleh
para pelajar. Mereka berasa seronok berada di rumah kerana dapat
melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga serta rakan-rakan. Musim
cuti persekolahan ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk
memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak dengan merancang
aktiviti yang berfaedah.

2
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
Pada kebiasaannya pelbagai aktiviti dirancang untuk mengisi cuti
persekolahan seperti kem motivasi, kelas kemahiran, lawatan sambil
belajar dan sebagainya. Malah ada di antara ibu bapa yang mengambil
peluang membawa anak-anak bercuti di kampung halaman sambil
menziarahi sanak saudara. Bagi mereka yang berkemampuan, peluang
bercuti di dalam dan luar negara menjadi pilihan. Segala aktiviti yang
dirancang hendaklah bertepatan dengan syariat tanpa berlaku sebarang
pembaziran dan perbuatan yang sia-sia.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Pada musim cuti persekolahan, ibu bapa hendaklah memainkan peranan


seperti:
1. Perancang aktiviti:
Ibu bapa perlu merancang dan menyediakan jadual sepanjang cuti
persekolahan. Ini penting untuk memastikan anak-anak tidak terlibat
dengan aktiviti yang sia-sia seperti berterusan melayari internet, leka
bermain gajet, berfoya-foya dan membuang masa. Ibu bapa adalah guru
kepada anak-anak semasa mereka berada di rumah.

Daripada Abbas , Nabi  bersabda:


ُ ْ ُ ّ ‫ن ْع َم َتان َم ْغ ُبو ٌن فيه َما َكث ٌير م ْن ا‬
ۡ‫اَص احة َواَ َف َراغ‬
‫ل ل‬‫اس‬‫اَن‬ ‫ل ل‬ ‫لل‬ ‫ل‬ ‫ل‬
Maksudnya: Dua nikmat yang sering memperdaya manusia; kesihatan
dan kelapangan masa.
(Hadith riwayat Bukhari)

3
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
2. Mendampingi anak-anak:
Ibu bapa hendaklah mendampingi anak-anak supaya dapat berkongsi
masalah dan menyelami perasaan mereka. Anak-anak di peringkat
remaja khususnya akan mencari seseorang yang dapat mendengar dan
memberi tunjuk ajar kepada mereka. Jika kita gagal menjadi pendengar
yang baik, mereka akan mencari pihak luar ataupun rakan sebaya yang
lebih memahami diri mereka. Ini berkemungkinan menimbulkan pelbagai
masalah jika orang yang dicari tidak membawa ke arah kebaikan.

3. Memberi didikan agama:


Anak-anak perlu diberikan didikan agama yang secukupnya sejak usia
kecil agar mereka mempunyai jati diri dan kefahaman agama yang
mantap dan kukuh. Doronglah anak-anak untuk hadir solat berjemaah
dan majlis-majlis ilmu di masjid, mengikuti kelas pengajian al-Quran dan
sebagainya. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah memberi dorongan agar
mereka melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong
royong, khidmat komuniti dan sebagainya.

4. Penghubung silaturahim:
Musim cuti persekolahan ini adalah masa terbaik untuk memberi
peluang anak-anak merapatkan silaturahim dengan sanak saudara.
Bawalah mereka menziarahi ahli keluarga, saudara mara dan sahabat-
sahabat lama.

5. Pembuka minda:
Jika berkemampuan bawalah anak meneroka pengalaman dan
pengetahuan yang baru seperti melancong, bersiar-siar, berkelah,

4
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
kembara dan sebagainya. Akitiviti ini dapat merehatkan minda di
samping memperluaskan ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Allah  berfirman dalam Surah al- ‘Ankabut ayat 20:

              

      

Maksudnya: Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta


lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk
dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula
(pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Generasi hari ini adalah cermin kepimpinan akan datang. Mimbar


mengambil kesempatan berbicara terus kepada semua anak-anak
pelajar, rebutlah peluang di masa cuti persekolahan ini untuk:

1. Mendekatkan diri ke masjid.


Hadirlah ke masjid untuk mendirikan solat secara berjemaah, mengikuti
kelas-kelas pengajian, kem ibadah, motivasi atau apa-apa aktiviti yang
dianjurkan oleh masjid.

2. Melakukan aktiviti berfaedah.


Manfaatkan cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah. Hindarkan diri
daripada perkara-perkara negatif dan memudharatkan diri sendiri.

5
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
Contohnya menonton televisyen berlebihan, bermain permainan video
dan gajet tanpa had masa, membuang masa dengan melepak di siber
kafe atau pusat membeli belah dan lain-lain lagi. Semua perkara ini
boleh memberi kesan buruk dari sudut kesihatan rohani, jasmani dan
emosi.

3. Menghargai masa.
Remaja diberi kelebihan dari sudut masa dan tenaga. Oleh itu
manfaatkan waktu lapang dan memastikan mematuhi jadual yang
disediakan oleh ibu bapa. Elakkan bertangguh dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan.

4. Membantu ibu bapa.


Gunakanlah cuti sekolah ini untuk membantu meringankan tugasan ibu
bapa di rumah seperti mengemas rumah, membuang sampah,
membersihkan persekitaran rumah, membantu tugasan di dapur dan
sebagainya.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mari kita menghayati dan mengambil
pengisian yang telah disampaikan agar dapat diterjemahkan dalam
kehidupan kita.

1. Cuti pesekolahan bukanlah untuk melepaskan keseronokan, tetapi


manfaatkannya dengan aktiviti yang berfaedah.
2. Ibu bapa adalah pendidik dan pendorong utama bagi melahirkan
anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat.

6
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
3. Anak-anak hari ini adalah pewaris kepimpinan akan datang,
asuhlah mereka untuk menghargai masa dan mendalami ilmu
agama agar mereka menjadi manusia yang berpegang kepada
syariat.
4. Dekatkanlah anak-anak dengan masjid agar mereka lebih
menghargai nilai kemasyarakatan dan kesatuan ummah.

Allah  berfirman dalam Surah al-Hasyr ayat 18:

               

   

Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada


Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-
Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang
dia sediakan (daripada amalannya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan
(sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.

َ‫ َو َن َف َعني َوإ َّي ُاكمۡ ب َما فيه من‬،‫هللا لي َو َل ُكمۡ في الۡ ُقرۡ َءان الۡ َعظيم‬ ُ ‫َۡبا َر َك‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ
َّ ‫نكمۡ تال َو َت ُه إ َّن ُه ُه َو‬ ُ َ ‫َ َ َ َّ َ ك‬ ‫َ َ ك‬
َ ۡ‫الِّكۡر ال‬
‫الس ِم ُيع‬ ِ ِ ‫م‬‫و‬
ِ ِِ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ب‬ ‫ق‬ ‫ت‬ ‫و‬ ،‫يم‬
ِ ‫ك‬ِ ‫ح‬ ِ ِ ‫اِ و‬ِ ‫الي‬ۡ
ۤ َ َ ُ ََ َ َ َ ُ َ ََ َ َ َ ُ َُ ُ َ
‫ و ِلسا ِئ ِر‬،ۡ‫ظيم ِلي ولكم‬ ۡ ِ ‫ أقول ق ۡو ِلي هِّا وأسۡتغۡ ِفر هللا الۡع‬،‫الۡع ِليم‬
َ َ ََ ُ ُ َ َ َ ُ َ َ ُ َ َ ُ َ َ ُ
‫ فاسۡتغۡ ِفروه فيا ف ۡوز‬،ِ‫ا‬ ِ ‫ال ۡؤ ِمن‬ۡ ‫ال ۡؤ ِم ِنين و‬ ۡ ‫ و‬،ِ‫ا‬ ِ ‫السۡ ِلم‬ ۡ ‫السۡ ِل ِمين و‬ۡ
َ ۤ َّ َ َ َ َ َ َ َ ُ
.‫السۡتغۡ ِف ِرين ويا نجاة الت ۡا ِئ ِبين‬ ۡ

7
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬

Anda mungkin juga menyukai