Anda di halaman 1dari 2

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

Pembelajaran Akses Kendiri adalah pendekatan yang memberi akses kepada sumber
pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara
berdikari. Pembelajaran Akses Kendiri membolehkan murid belajar mengikut minat,
keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Murid juga memndapat
maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka melalui pembelajaran akses
kendiri.

Pada amnya diakui bahawa murid perlu proaktif dalam proses pembelajaran. Murid tidak
seharusnya pasif dan hanya memberi respons kepada rangsangan guru. Sebaliknya, murid
sendiri harus menjana idea dan memberi peluang belajar. Pemikiran baru dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran mendapati bahwa murid boleh bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka sendiri. Hal ini telah mengakibatkan peranjakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada pembelajaran kendiri.

Murid yang berautonomi ialah murid yang berinisiati untuk merancang dan
melaksanakan program pemebelajaran sendiri. Mereka berupaya menentukan matlamat
pembelajaran mereka sendiri. Mereka berupaya menentukan matlamat pembelajaran
mereka sendiri, dan mencapai matlamat ini dengan menggunakan peluang yang terdapat
di dalam dan di luar bilik darjah. Guru pula berfungsi sebagai fasilitator, jurulatih dan
kaunselor. Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid memperoleh
kemahiran yang diperlukan dan teknik belajar untuk belajar.

Pembelajaran Akses Kendiri dibentuk untuk menggalakan pembelajaran kendiri agar


murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan
menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan, gaya
dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pembelajaran Akses Kendiri melatih murid
belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan
individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif.

Pendekatan murid berdikari ini adalah berasaskan persepsi bahawa hanya murid itu
sendiri yang boleh melakukan pembelajaran secara optimum. Guru, walau bagaimana
cemerlang pun, tidak mungkin dapat melakukannya untuk murid. Ini dikukuhkan lagi
melalui pemerhatian bahawa murid berbeza antara satu sama lain dari segi gaya,
keperluan dan kadar pembelajaran. Adalah sangat penting bagi murid menentukan
strategi pembelajaran yang terbaik yang sesuai dengan diri mereka. Ini akan
menghasilkan individu yang boleh berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran
mereka.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid telah semakin diterima dan
dipraktikan dalam bidang pendidikan. Peranan guru yang secara tradisinya lebih
cenderung kepada peranan sebagai penyampai maklumat sahaja telah berubah dan
peranan mereka sebagai fasilitator, jurulatih dan kauselor semakin diterima. Program
Pembelajaran Akses Kendiri memerlukan guru yang sedemikian adalah untuk:
i. Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri dalam kelas;
ii. Mewujudkan environmen pembelajaran yang memberi peluang murid menguji
kemampuan mereka;
iii. Membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran;
iv. Melatih murid untuk belajar secara kendiri; dan
v. Membimbing dan membantu murid di mana perlu.

Dalam program Pembelajaran Akses Kendiri, murid menetapkan matlamat pembelajaran


mereka sendiri. Muridlah yang menyediakan rancangan pembelajaran mereka dan
bertanggungjawab menyempurnakannya. Bagi tujuan itu murid hendaklah:

i. Mengenal pasti keperluan mereka;


ii. Mengenal pasti tahap kebolehan mereka sendiri;
iii. Menetapkan matlamat pembelajaran sendiri;
iv. Mengenal pasti masa pembelajaran yang ada; dan
v. Menyediakan pelan pembelajaran ayng realistik.

Dengan mengikuti program Pembelajaran Akses Kendiri murid akan:

i. Memperoleh kemahiran belajar untuk belajar;


ii. Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari;
iii. Belajar mengikut keperluan dan gaya pemebelajaran sendiri;
iv. Mentaksir sendiri pencapaian mereka; dan
v. Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pemeblajaran sendiri.

Program Pembelajaran Akses Kendiri mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

i. Enviromen pembelajaran fleksibel, selelsa dan tnapa tekanan;


ii. Bahan Pembelajaran Akses Kendiri dan bantuan fasililator mudah di akses;
iii. Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas;
iv. Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendirian atau dalam
kumpulan;
v. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid; dan
vi. Membolehkan murid mentaksir pencapaian sendiri.

Anda mungkin juga menyukai