Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG )

SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 16


PETI SURAT 60875, 91117 LAHAD DATU
TEL / FAX : 089-811228
__________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : XBA 3141/PIBG/10/12( 5 )
Tarikh : 18 April 2012

PENGURUS
PRODATA SDN BHD,
CENDERAWASIH,
LAHAD DATU,SABAH.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sahabat 16
kekurangan sumber kewangan untuk menampung pembelian komputer bagi tujuan menjalankan tugas-
tugas berkaitan persatuan.

3. Sehubungan dengan itu, Saya selaku Yang Dipertua Persatuan memohon jasa baik tuan untuk
menyumbangkan komputer kepada persatuan kami. Kami juga berharap komputer tersebut dilengkapi
mesin pencetak untuk memudahkan kami melakukan kerja-kerja seperti penerbitan.

4. Semoga permohonan kami ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya dan sumbangan yang
diberikan amatlah kami hargai. Kerjasama dan keperihatinan yang diberikan diucapkan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERTEKAD GEMILANG , PRESTASI DIUTAMAKAN ”

Saya yang menurut perintah,

_________________________
( JELAS BIN SATONG )
Yang Dipertua ,
Persatuan Ibubapa Dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Sahabat 16,
Lahad Datu, Sabah.

Sk fail – PPG L/D


PIBG
Sekolah

SB/sb
J 09.00am
18042012
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG )
SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 16
PETI SURAT 60875, 91117 LAHAD DATU
TEL / FAX : 089-811228
__________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : XBA 3141/PIBG/10/12( 6 )
Tarikh : 18 April 2012

PENGURUS
RANCANGAN FELDA SAHABAT 4&5
DESA KENCANA

Tuan,
MENERIMA SUMBANGAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2012/2013
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sumbangan yang diberikan
sempena Mesyuarat Agung PIBG yang lepas. Dengan adanya Sumbangan dari pihak tuan dapatlah
membantu kami dalam menampung kos perbelanjaan mesyuarat tersebut.

3. Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan dan
amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERTEKAD GEMILANG , PRESTASI DIUTAMAKAN ”

Saya yang menurut perintah,

_________________________
( JELAS BIN SATONG )
Yang Dipertua ,
Persatuan Ibubapa Dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Sahabat 16,
Lahad Datu, Sabah.

Sk fail – PPG L/D


PIBG
Sekolah

SB/sb
J 09.00am
18042012

Anda mungkin juga menyukai