Anda di halaman 1dari 12

KOS DAN KEUNTUNGAN

PROJEK
DEFINISI KOS

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2002), kos didefinisikan


sebagai harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan
dan menyenggara sesuatu. Biasanya berupa wang, masa dan tenaga
serta perbelanjaan.

Menurut Abdul Hakim Mohammed (1995) pula, kos boleh didefinisikan


sebagai sumber input dalam bentuk kewangan yang perlu
dibelanjakan untuk menghasilkan output.
OVERHEAD COST
(KOS OVERHEAD)
• Overhed adalah merupakan perbelanjaan tetap yang perlu dibelanjakan untuk menguruskan syarikat
pembinaan kontraktor. Ia adalah kos yang tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan mana-mana
projek pembinaan.
• Kos ini diambil kira dalam pengiraan kadar harga kerja dan hendaklah diambil balik sepenuhnya.
Pengiraan kod overhed perlu dibuat secepat mungkin, jika tidak, semua usaha kontraktor akan menjadi
sia-sia kerana tidak dapat menghasilkan kadar harga yang tepat. Kos overhed termasuklah gaji staf,
pembelian alat tulis, bil air dan sebagainya (Prabir Das, 1992).
• Overhed hendaklah diagihkan kepada semua projek yang dilaksanakan mengikut saiz setiap projek
tersebut. Kos overhed boleh dikira berdasarkan akaun kewangan tahun sebelumnya dan dinyatakan dalam
bentuk peratusan ke atas jumlah
(a) Perolehan Loji
(b) Pemilikan Penyewaan
(c) Pemilikan Dan Penyewaan
• Kos projek tahun tersebut, iaitu amaun pusing ganti tahunan. Peratusan ini boleh digunakan untuk mengira
anggaran kos overhed untuk anggaran kos yang disediakan bagi kontrak masa depan (Ahamad Abdullah,
2006)
KOS PENGURUSAN

Merupakan kos tidak langsung yang wujud dari kontrak pembinaan.


Merupakan kos yang perlu dikeluarkan oleh kontraktor walaupun tidak
dinilaikan dalam kontrak.
Antara kos pengurusan adalah gaji pekerja pejabat, bil-bil, kos luar jangka,
minyak kenderaan, road tax, tax pengurusan dsb.
Kos pengurusan perlu dikawal dengan baik agar tidak melampaui kerja-kerja
pembinaan.
Pihak kontraktor biasanya memperolehi kos pengurusan daripada profit margin,
mark-up kos peminaan dan keuntungan dari mengelakkan pembaziran.
KADAR KEUNTUNGAN
Kadar keuntungan yang tinggi merupakan impian semua
kontraktor.
Kadar keuntungan bagi kerja-kerja biasanya diperolehi daripada
profit margin projek.
Pihak pelanggan atau majikan telah menetapkan sebahagian dari
kos pembinaan kepada keuntungan kepada syarikat, tetapi pihak
kontraktor perlu menguruskannya dengan baik bagi memperolehi
keuntungan yang optimum.
Kadar keuntungan yang biasa diperolehi adalah antara 15% hingga
25%
KAEDAH PENGAWALAN KOS PROJEK PEMBINAAN
Menurut Ken (1986), terdapat lima pilihan kaedah pengawalan kos yang boleh
dipraktiskan semasa peringkat pembinaan sesuatu projek iaitu :

i. Untung atau rugi keseluruhan;


ii. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap peringkat;
iii. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap elemen;
iv. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap bulan;
v. Untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap aktiviti kerja
UNTUNG ATAU RUGI KESELURUHAN
• Kaedah ini adalah berasakan kepada perbandingan antara jumlah
kos keseluruhan yang telah dibelanjakan dengan jumlah peruntukan
belanjawan asal (perancangan kos) di akhir sesuatu projek.
• Kaedah ini digunakan apabila sesuatu projek binaan telah disiapkan
dengan berpandukan kepada penyata kira-kira akhir. Oleh yang
demikian, pendekatan kaedah ini hanya sesuai dipraktiskan pada
projek yang bersaiz kecil dan melibatkan tempoh masa pembinaan
yang singkat.
• Melalui pendekatan kaedah ini, kesilapan dan pengalaman yang
dialami boleh digunakan sebagai panduan bagi projek-projek yang
akan datang (Ken, 1986).
UNTUNG ATAU RUGI BERASAKAN KEPADA BAYARAN PADA
SETIAP PERINGKAT

• Pembayaran kepada kontraktor lazimnya dibuat apabila sesuatu kerja


disiapkan dan tuntutan dikemukan kepada klien. Oleh itu, keuntungan atau
kerugian pada setiap peringkat kerja boleh diketahui dengan membuat
perbandingan antara jumlah sebenar yang dibayar dengan jumlah kos asal yang
telah diperuntukan bagi kerja berkenaan.
• Dengan cara ini, pihak pengurusan projek yang bertindak bagi pihak kontraktor
akan dapat membuat analisis terperinci berkaitan dengan masalah yang wujud
sama ada berpunca daripada peringkat perancangan yang tidak teliti seperti
penyiasatan tapak, penyediaan rekabentuk, kesilapan dalam membuat
anggaran belanjawan ataupun disebabkan oleh perubahan harga bahan-bahan
binaan(Ken, 1986).
UNTUNG ATAU RUGI BERASASKAN
KEPADA BAYARAN PADA SETIAP
AKTIVITI KERJA
• Dalam kaedah ini, kos bagi setiap butiran kerja seperti kerja korekan, kerja
konkrit dan lain-lain dicatatkan secara berasingan. Jumlah kos bagi setiap
butiran kerja ini dibahagikan dengan jumlah kuantiti sebaik sahaja kerja
tersebut disiapkan.
• Melalui perbandingan antara kadar unit sebenar yang diperolehi dengan kadar
unit yang dianggarkan, pihak pengurusan projek dapat mengetahui sama ada
wujud atau pun tidak perbezaan antara jumlah kos sebenar yang terlibat
dengan perancangan kos.
• Sekiranya mengalami kerugian, maka jumlah kerugian tersebut akan diagihkan
dengan seimbang kepada aktiviti-aktiviti selanjutnya. Walaubagaimana pun
pengagihan ini perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati kerana bukan semua
aktiviti boleh dipotong peruntukannya. Ini bagi menjaga kualiti sesuatu kerja
berdasarkan kepada spesifikasi yang di tetapkan(Ken, 1986).
UNTUNG ATAU RUGI BERASASKAN
KEPADA BAYARAN PADA SETIAP
ELEMEN
Kaedah ini adalah berdasarkan perbandingan jumlah kos yang
dibelanjakan pada setiap elemen dengan jumlah bajet yang
diperuntukan pada setiap elemen (dinding, lantai, pintu, tingkap dan
sebagainya).
Melalui kaedah ini, kontraktor dapat mengawal setiap kos yang
terlibat dengan lebih berkesan.
Mereka juga dapat mengetahui dengan lebih terperinci pada elemen
kerja mana yang telah mendatangkan kerugian dan keuntungan
kepada mereka
UNTUNG ATAU RUGI BERASASKAN
KEPADA BAYARAN PADA SETIAP BULAN

Pembayaran bagi setiap aktiviti yang telah disiapkan selalunya dibuat secara
bulanan kepada kontraktor.
Oleh itu, setiap untung atau rugi untuk setiap aktiviti boleh ditentukan
berdasarkan kepada perbandingan diantara jumlah bayaran yang telah dibayar
pada bulan tersebut kepada kontraktor dengan jumlah kos sebenar yang
digunakan oleh kontraktor pada bulan tersebut.
Sekiranya kontraktor mendapati ia telah mengalami kerugian, maka jumlah
kerugian tersebut boleh diagihkan dengan seimbang kepada aktiviti-aktiviti
selanjutnya.
Walaubagaimana kontraktor perlu berhati-hati kerana tidak semua aktiviti boleh
dipotong atau dikurangkan peruntukannya.
TENIK-TEKNIK PENGURUSAN KOS PROJEK
PEMBINAAN

• Menurut Abdul Hakim Bin Mohammed (1995), tujuan utama pengurusan kos
dilaksanakan di awal perlaksaan projek pembinaan ialah untuk memastikan
jumlah kos yang terlibat adalah selaras dan menepati perancangan kos yang
telah dibentuk.
• Antara teknik-teknik pengurusan kos projek pembinaan yang boleh digunakan
adalah seperti :
1. Carta Gantt ;
2. Milestone Chart ;
3. Kaedah Laluan Genting (CPM);
4. Penggunaan Perisian

Anda mungkin juga menyukai