Anda di halaman 1dari 6

PENYENGGARAAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN DI PTJ KAMPUS KEJURUTERAAN USM

1. Setiap PTJ mempunyai sistem pencegah kebakaran masing-masing. Sistem ini berfungsi untuk memastikan keselamatan ketika berlakunya hal-hal kecemasan atau kebakaran. Sistem ini lengkap bermula daripada sistem amaran, penggera, pencegahan dan pemadaman. Setiap daripada peralatan ini perlu diselenggara untuk memastikan ianya berada dalam keadaan baik. Peralatan pencegahan kebakaran yang berada dalam keadaan baik bukan sahaja bertujuan untuk menyelamatkan bangunan daripada mengalami kerosakan tetapi yang paling utama untuk menyelamat dan melindungi setiap individu di bangunan terbabit. 2. Universiti mensumberluarkan kontraktor bertauliah untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan berjadual sambil dipantau oleh staf teknikal Jabatan Pembangunan. Kontraktor yang dilantik ini, mempunyai pengetahuan dan kompetensi bagi melakukan kerja-kerja penyenggaraan sistem pencegah kebakaran. 3. Sistem pencegah kebakaran PTJ diselenggara setiap bulan secara berjadual. Jadual penyenggaraan bulanan dipamerkan pada laman web Jabatan Pembangunan. Pengguna atau staf PTJ boleh melihat jadual tersebut pada bahagian custodial info. Jadual dikemaskini setiap awal bulan. 4. Universiti sentiasa mengambil berat terhadap aspek-aspek keselamatan. Setiap peralatan pencegah kebakaran yang didapati tidak berfungsi akan dibaiki atau diganti baru. Ini bagi memastikan setiap PTJ berada dalam keadaan baik, selamat dan bersedia untuk menghadapi kejadian-kejadian yang tidak diingini. Justeru, penyelenggaraan yang dilakukan adalah amat penting bagi tujuan keselamatan. 5. Setiap peralatan yang dipasang dan ditukar ganti adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Peralatan sistem pencegah kebakaran di setiap PTJ ada yang berbeza. Ia berdasarkan rekabentuk, jenis dan pelan bangunan yang diluluskan oleh Jabatan Bomba. Sebagai contoh terdapat bangunan mempunyai sistem bantu mula - hose reel lengkap bagi memadam kebakaran manakala terdapat bangunan yang hanya mempunyai alat pemadam api mudah alih jenis serbuk kering (ABC). 6. Bagi kerja-kerja penyenggaraan yang telah selesai, buku laporan akan ditandatangani oleh staf PTJ terbabit sebagai memaklumkan kepada pelanggan atau wakil PTJ bahawa kerja telah dijalankan. PTJ bebas memberi sebarang komentar demi penambahbaikan atau pembetulan. Ia bukan suatu pengesahan teknikal kerana staf Jabatan Pembangunan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas integriti dan kualiti kerja serta perkhidmatan. Setiap bulan pula Jabatan Pembangunan akan mengeluarkan senarai servis bulan untuk penilaian pelanggan di PTJ.( Sila rujuk FAQ Sistem Maklumbalas Pelanggan pada Info Perkhidmatan di Laman Web Jabatan Pembangunan) 7. Semua bangunan di kampus mempunyai Sijil Layak Menduduki CF/ CCC serta semua bangunan dan fasiliti diluluskan, diperiksa dan diperakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 8. Bagaimana anda dapat membantu dan berperanan bagi memastikan integriti dan kelestarian sistem pencegahan kebakaran kampus?

i ) Melaporkan segera sebarang kerosakan atau kebimbangan tentang sistem dan peralatannya ii) Menyemaikan kesedaran dan keprihatinan bersama tentang keselamatan dan pencegahan kebakaran serta meningkatkan kefahaman asas-asas pengurusan kecemasan iii) Mencegah kegiatan pelaku-musnah - vandalisme iv) Memberi maklumbalas dan penilaian kepada servis bulanan penyenggaraan sistem pencegahan kebakaran

Sebagai pengantar awal pengetahuan tentang sistem dan peralatan pencegahan kebakaran serta kerja servis dan penyenggaraannya, berikut disenaraikan secara ringkas :

NO 1.

JENIS KERJA KETERANGAN

Pemeriksaan alat pemadam api jenis ABC dan CO2 Tabung alat pemadam api diperiksa tarikh luput, tekanan udara dan pin keselamatan. Ini bagi memastikan alat pemadam api boleh digunakan dan selamat ketika memadam kebakaran.
y y

ABC adalah alat pemadam api mudah alih jenis serbuk kering. Berat 9 kg. CO2 adalah alat pemadam api mudah alih jenis karbon dioksida. Berat 2.27 kg.

2. Pemeriksaan lampu kecemasan dan lampu tanda keluar Lampu tanda keluar dan lampu kecemasan diperiksa sama ada menyala atau rosak secara AC dan DC. Lampu yang rosak akan diganti baru. Ini penting ketika berlaku kebakaran di mana menjadi panduan dan pencahayaan kecemasan untuk laluan ketika menyelamatkan diri. 3. Pemeriksaan alat pengesan haba - heat detector Heat detector diperiksa sama ada ia berfungsi bagi mengesan haba panas . Loceng kecemasan akan berbunyi jika ia mengesan haba panas. Melepasi suhu?
y

Haba pada 57 Celsius dan ke atas.

4. Pemeriksaan alat pengesan asap - smoke detector Smoke detector diperiksa sama ada ia berfungsi untuk mengesan asap. Loceng kecemasan akan berbunyi sekiranya asap dari kebakaran terhasil. 5. Pemeriksaan sistem perenjis - sprinkler Sprinkler berfungsi mengeluarkan air yang dijana oleh pam bagi memadamkan kebakaran sesuatu tempat. Ia terdapat pada siling sesuatu tempat atau ruang. di mana di kampus. Bila ia berfungsi?
y

Apabila suhu sesuatu tempat mencapai 68 C glass bulb sprinkleryang mengandungi merkuri akan pecah serta injap akan terbuka dan mengeluarkan air.

6. Pemeriksaan jockey pam

Jockey

pam

adalah

pam

bagi sprinkler.

Ia

diperiksa

bagi memastikan berada dalam keadaan baik. Ia berfungsi untuk mengekalkan tekanan air di dalam sistem. 7. Pemeriksaan alat bantu mula - hose reel Hose reel diperiksa pada nozzle, check valve dan tekanan air. Ia adalah untuk memastikan hose reel sentiasa bersedia dalam keadaan baik untuk memadamkan kebakaran. Di mana tempat simpanan hose reel?
y y

Berada di dalam peti simpanan hose reel Terdapat kunci peti simpanan di dalam kotak kunci.

8. Pemeriksaan duty pam Duty pam berfungsi untuk menjana air daripada tangki simpanan air kepadahose reel. Apabila hose reel digunakan, duty pam akan beroperasi secara automatik. Pam diperiksa bagi ia berada dalam keadaan baik dan tiada berlaku kebocoran pada paip yang mana mungkin akan menyebabkan berlakunya tekanan air rendah pada hose reel 9. Pemeriksaan pam tunggu sedia - standby pump Standby pam merupakan pam sokongan bagi duty pam. Jika duty pam tidak dapat menampung penggunaan air yang banyak oleh hose reel, standby pam secara automatik akan beroperasi. Selain dari itu ia juga akan beroperasi seandainya berlaku bekalan elektrik terputus. Pam ini menggunakan minyak diesel. Ia diperiksa dan perlu berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk membantu duty pam beroperasi. 10. Pemeriksaan kotak kaca - break glass

Break glass diperiksa sama ada kaca tersebut berada dalam kedudukan yang betul dan bersentuhan dengan suis. Apabila kaca dipecahkan, ia akan menghantar isyarat kepada panel penggera - alarm dan seterusnya loceng akan berbunyi. CMS?
y y

Panel penggera alarm yang menerima isyarat dari break glass akan menghantar isyarat terus kepada panel penggera di Jabatan Keselamatan melalui CMS. Dengan ini Jabatan Keselamatan dapat mengetahui hal-hal kecemasan di satu-satu tempat

11. Pemeriksaan loceng kecemasan Loceng kecemasan berfungsi untuk memberi amaran jika berlaku kebakaran. Ia diperiksa bagi memastikan loceng berada dalam keadaan baik. 12. Pemeriksaan sistem CO2 Sistem CO2 terdapat didalam bilik suis transformer atau genset. Ia merupakan perlindungan kepada bilik tersebut dan peralatannya sekiranya berlaku kebakaran. Ia perlu sentiasa berada dalam keadaan baik. 13. Pemeriksaan sistem panel penggera - alarm Sistem panel alarm ini berfungsi untuk menerima isyarat daripada peralatan pencegah kebakaran lain seperti pengesan asap - smoke, haba- heat, kotak kaca - break glass dan sebagainya. Ia perlu diperiksa bagi berada dalam sentiasa berada dalam keadaan normal.

Tips Semasa Kebakaran


Menutup pintu
Pintu yang terbuka akan mempercepatkan api, asap dan haba merebak kedalam bilik-bilik tersebut sekiranya berlaku kebakaran. Oleh yang demikian adalah digalakkan supaya anda menutup pintu semua bilik agar anda mempunyai lebih masa untuk menyelamatkan diri.

Kepanasan Pintu Sebelum Dibuka Apabila hendak membuka pintu ruang yang terbakar, anda anda akan terdedah kepada bahaya daripada haba, asap dan lidah api yang boleh mendatangkan kecelakaan. Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu atau tombol tersebut terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan serbuan lidah api dan asap yang biasanya memenuhi bahagian bahagian atas ruang. Jika haba dan asap mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan tutup semua ruang atau lubang dibawah pintu dengan menggunakan tuala, cadar, selimut dan apa sahaja terdapat didalam bilik tersebut.

Anda mungkin juga menyukai