Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Makan Malam

‫ والصالة والسالم على سيد األنام بلغ الرسالة ونصح األمة وكشف‬، ‫الحمد هلل الذي هدانا لهذا وماكنا لنهتدي لوال أن هدانا هللا‬
‫ الغمة‬.
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah Kebangsaan ST PAUL
2017 pada malam ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya


barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang
kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan
kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah
untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan
juga demi membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana
kecemerlangan pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik , kakitangan sekolah dan
ibu bapa pelajar di sekolah ini, agar menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-
anak didik kami sebagai matlamat kami yang utama dan bersama .
Amin Ya Rabbal’alamin

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi
menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup
alaf baru .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara
melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar
kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila
mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan
dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار والحمد هلل رب العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai