Anda di halaman 1dari 2

21

Panduan Dalam Penulisan Objektif Tingkah Laku


Dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), para pelajar harus menyenaraikan hasil
pembelajaran berasaskan tiga domain psikomotor, kognitif dan afektif.

Objektif Psikomotor
Penulisan objektif psikomotor memerlukan penekanan dari aspek:
(i) apa yang perlu dilakukan oleh murid
(ii) situasi perlakuan tersebut
(iii) syarat menandakan murid berjaya

Bil Apa yang perlu dilakukan Situasi perlakuan tersebut Syarat menandakan murid berjaya
oleh murid
1. Melakukan hantaran paras tepat kepada rakan sejauh 5 meter sebanyak 8 percubaan
dada
2. Melambung dan menyambut dengan menggunakan sebelah tangan sebanyak 4 daripada 5 percubaan
gelung rotan setinggi 3 m dan menyambut dengan
tangan yang lain
3. Mengaplikasikan kemahiran dalam situasi permainan kecil setiap kali menghantar bola kepada rakan
lob

Contoh Penulisan:
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
(i) melakukan hantara paras dada tepat kepada rakan sejauh 5 meter sebanyak 8 percubaan
(ii) melambung gelung rotan dengan satu tangan setinggi 3 meter dan menyambutnya dengan tangan
yang lain sebanyak 4 daripada 5 percubaan
(iii) mengaplikasikan kemahiran hantaran lob dalam situasi permainan kecil setiap kali menghantar
bola kepada rakan

Objektif Kognitif
Pentafsiran berbentuk lisan atau tulisan oleh murid-murid terhadap elemen yang disampaikan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Kata kerja yang membantu dalam menyenaraikan pernyataan objektif kognitif adalah:
Menyenaraikan
Menjelaskan Yang boleh diukur

Menyatakan
Mencipta
Contoh Penulisan:
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
(i) menyatakan dua anggota badan yang terlibat sewaktu melakukan.......
(ii) menjelaskan tiga langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil sewaktu berada di
padang.
(iii) menyenaraikan tujuh warna pelangi mengikut urutan.

Penyediaan Rancangan Kerja Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. MM/IPIK/PEDA/2012


22

Objektif Afektif
Dalam penulisan objektif afektif, tiga perkara perlu diberi perhatian iaitu:
(i) nilai atau sikap yang hendak dipupuk
(ii) tingkahlaku yang mencerminkan nilai
(iii) situasi di mana tingkah laku boleh wujud

Bil Nilai atau sikap yang Tingkahlaku yang mencerminkan Situasi di mana tingkah laku boleh wujud
hendak dipupuk nilai atau sikap tersebut
1. Bertanggungjawab menutup semua suiz lampu dan kipas apabila meninggalkan kelas pada waktu rihat
2. Semangat kesukanan dengan memberi tepukan dalam permainan kecil
3. Kerjasama menyuarakan pandangan masing- semasa perbincangan kumpulan
masing

Contoh Penulisan:
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
(i) menunjukkan sikap kerjasama dengan menyuarakan pendapat masing-masing semasa
perbincangan kumpulan.
(ii) menunjukkan semangat kesukanan dengan memberi tepukan kepada pasukan yang menjuarai
permainan kecil.
(iii) menunjukkan keyakinan dengan mengangkat tangan semasa sesi perbincangan.

Penyediaan Rancangan Kerja Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. MM/IPIK/PEDA/2012

Anda mungkin juga menyukai