Anda di halaman 1dari 31

Soalan 1: Pengenalan [5 Markah]

(a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara.


Perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air
daripada belenggu penjajahan. Contohnya penjajahan British di Tanah
Melayu.

Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang


apa sahaja bentuk penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong
oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Di Malaysia
penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat
tempatan sejak abad ke-19.

Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh


penjajah. Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh
beberapa pemimpin tempatan seperti Dol Said, Dato’ Maharajalela, Rentap
dan Mat Salleh. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula
pada awal abad ke-20.
Soalan 2: Memahami [15 markah]
Soalan 2a: Sebab-sebab / faktor-faktor penentangan

 Huraikan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan


terhadap British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada
abad ke-19.

Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah


Melayu ialah dasar penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh
masyarakat tempatan adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British di
daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak
dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar
ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan
terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol
Said terhadap British kerana mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini
kerana Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.

Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab


penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu.
Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai
ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan
melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan.
Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan
menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah .
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat
tempatan. British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang, dan
peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Peraturan British juga bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat
tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan
tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran
Barat kepada penduduk tempatan. Sebagai contoh, di Terengganu,
penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah
yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran
British dan tanah dikenakan cukai.

Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada
penentangan penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk
tempatan menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan
budaya masyarakat tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah
campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu, iaitu amalan
menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh
pemimpin dan masyarakat tempatan.

Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini


kerana British telah mengambil kawasan pentadbiran mereka. Sebelum
penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan
untuk mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk
kepada mereka untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal
pentadbiran, ekonomi dan sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga
mendorong mereka menentang British.

Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan


dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan
mereka. Mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin
tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut
mendorong penduduk tempatan memberikan kerjasama dalam menentang
British.

Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan / pencetus


semangat nasionalisme

(i) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme sehingga perang


dunia kedua

Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialan


tindakan Sir Andrew Clarke telah memperkenalkansistem politik barat. Ini
telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah
meletakkan seorang residen yang mengambil alih pentabdiran negeri
daripada pembesar tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan
tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan
perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga
menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian penduduk
tempatan terhadap British.

Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan


vernakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah
melahirkan golongan intelek melayu yang mampu berfikir tentang
kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan
fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah
menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan
British.

Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah


menggalakkan sesiapa sahaja yang datang untuk melabur, berniaga,
berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing
telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang
asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran dan
menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai
ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah,
perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan
pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.

Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat


pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-
kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti
perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan
pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup
di bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang
tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk di bandar.
Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu.
Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka menjadikannya
isu gerakan nasionalisme Melayu.

Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan


nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep kawasan
Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia
untuk menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep ini Jepun
menggalakkan orang tempatan berkerjasama dengannya dan berjanji akan
memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat
kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun
menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah Melayu membenci
penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua
penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan.

Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari


pada tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat menentang
penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh
itu, PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.
Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap
sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik
perkauman. Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar
oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di
Perak, Johor, dan Pahang.

Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran


ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara
ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain
idea menentang penjajah itu dapat disebarkan.

Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah


membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan
Pan Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk
membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk
menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan ini
didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam
yang dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-
Azhar Mesir telah tersebar luas. Dalam tulisannya beliau telah memberikan
kupasan bahawa islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan
dunia dan akhirat, disamping mendorong umatnya menuju kejayaan.
Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar.
Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak
matlamat sama.

Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di


sekitar Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan
nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah
Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran ini telah melahirkan ramai
golongan intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar
British.

Soalan 3: Memahami [30 markah]


Soalan 3a: Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan menentang
Pentadbiran British

 Tanah Melayu
 Penghulu Dol Said di Naning.

Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian


Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Pihak British telah mendakwa bahawa
Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka. Oleh itu, British
menganggap Naning berada dibawah kekuasaan mereka. Oleh itu, Naning
terpaksa membayar cukai ke Melaka iaitu 1/10 daripada hasil yang
terdapat di Naning. Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya
semua kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan
di Melaka kerana British menyalahkan tindakan Dol Said yang
menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada tahun 1828.

Faktor penentangan di oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila beliau


menolak dakwaan British yang mengatakan Naning berada di bawah
wilayah British. Beliau juga telah menolak tindakan British yang meletakkan
Naning didalam wilayah mereka dengan tidak membayar ufti 1/10 yang
dituntut British kepada Melaka.

Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan Penghulu Dol


Said yang menolak untuk membayar ufti kepada Melaka telah
menyebabkan British menghantar tentera ke Naning untuk menawan
Naning pada tahun 1831. Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan
serangan British yang membawa seramai 150 tentera British yang dipimpin
oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan Taboh.

Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini kerana Naning
telah mendapat bantuan daripada Yamtuan Ali, Syed Shaba, Penghulu
Remai dan Rchat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh.
Pada Jun 1832, British sekali lagi telah menghantar seramai 1200 orang
tentera untuk menawan Naning. British telah berjaya menewaskan
Penghulu Dol Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian
dengan tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada British telah
menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri kepada British
pada Febuari 1833.

1.2 Tok Janggut di Kelantan


Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok Janggut
berlaku apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British di
Kelantan. Selain itu, pihak British telah memaksa penduduk tempatan
untuk menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan oleh mereka.

Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau


telah membantah sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British.
Beliau enggan untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada
sistem cukai yang diperkenalkan oleh British namun tindakan beliau
tersebut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya British
telah mengarahkan pihak polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal.
Pada tahun1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram,
Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan
telah membuat pakatan untuk menyerang Pasir Puteh. Mereka telah
berjaya menawan daerah Pasir Puteh seterusnya membentuk sebuah
kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar
Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak
sebagai Pegawai Daerah.

Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama


sultan bagi menentang Tok Janggut. Oleh itu, British telah membawa
masuk pasukan tentera daripada Negeri-Negeri Selat dengan kapal perang
H.M.S.Cadmus yang telah mendarat di Tumpat Kelantan. British telah
memulakan serangan mereka pada Mei 1915 di Saring. Serangan British
yang tersusun dan penggunaan senjata yang moden telah berjaya
melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Selain itu, Tok
Janggut juga telah terkorban semasa serangan yang dilakukan oleh British.
Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung
di pasar dengan kepala di bawah sebagai amaran kepada masyarakat
tempatan supaya jangan berani menentang British.

1.3 Dato Maharajalela di Perak

Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharaja lela dengan dibantu


oleh semua pembesar dan sultan. Sebab-sebab penentangan ialah residen
J.W. W Birch memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang
terkandung dalam Perjanjian Pangkor 1874. Para pembesar menolak
system cukai yang menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak
pengguasaan British terhadap kawasan mereka Sebab yang ketiga para
pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal
tempatan. Contoh larangan menggunakan hamba. J.W.W. Birch tidak
menghormati sistem sosial tempatan dan tidak pandai berbahasa Melayu.

Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat


dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang-
undang British pada 21 Julai 1875. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor,
Pandak Anduk, Seputum telah membunuh J.W. W Birch pada 2 Nov 1875
di Sungai Perak, Pasir Salak. Pihak British dengan 500 orang tentera
melancarkana serangan terhadap Pasir Salak . Dato Maharaja lela dan
Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato
Maharaja lela, Dato Sagor dan Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut
dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah , Menteri Ngah Ibrahim ,
syahbandar dan laksamana telah dibung negeri ke Pulau Seychelles.

1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu

Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong


membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan
tanah British. Pada Mei 1925, kira-kira 300 penduduk kampong telah
berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan
Zainal Abidin III. Tindakan ini telah membimbangkan pihak British. Namun
dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat di suraikan.
Kemuncak kemarahan rakyat ialah pada Mei 1928, iaitu dengan melakukan
serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang.
Mereka telah berjaya menawan bangunan kerajaan tersebut.

Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong bersiap sedia


menunggu arahan untuk menentang British. Dengan menggunakan kuasa
dan nama sultan, British menghantar tiga pembesar untuk menawan
semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang
menghalangnya.Ini memudahkan British menghadapi penentangan rakyat
kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan
polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya
menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan membunuh
sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang
polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman Limbong berjaya di
tahan dan telah dibuang negeri ke Makkah.

1.5 Dato Bahaman di Pahang


Pada tahun 1888, Dato’ Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang yang
lain bangkit menentang Residen British pertama di Pahang, iaitu J.P.
Rodgers. Dato’ Bahaman menentang perlaksanaan undang-undang British
yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti
system kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan
pasukan polis luar.

Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato Bahaman


sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato Bahaman
dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu
menentang British selama lima tahun.

Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu menentang


pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, Pada 1891-menyerang British kerana
menangkap anak buahnya, pada 1892- menyerang dan menawan semula
Lubuk Terua, 1894- Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan
Jeram Ampai. Dan akhir sekali pada 1895- Akibat tekanan British, Dato’
Bahaman berundur ke Kelantan.
Dato Bahaman dan rakan- rakan mendapat pelindungan daripada
penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan Dato’ Bahaman
kemudiannya menetap di Hulu Kelantan. Manakala Tok Gajah dan
keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato
Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh
Raja Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan diberikan
wang sara hidup sebanyak 1000 baht. Dato’ Bahaman kemudiannya
meninggal di sana.

1.6 Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan


Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan British telah
dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai
Ujong, iaitu Abdullah Tunggal. Kedua-duanya telah menentang kemasukan
British di Sungai Ujong. Malah Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan
menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874. Dato’
Syahbandar juga menentang Dato’ Kelana Sungai Ujong, iaitu Syed Abdul
Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian
mereka.

Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk


mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat.
Dengan kerjasama British, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman berjaya
mengalahkan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai
Sungai Ujong. Dato’ Syahbandar Abdullah
Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau kembali
semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British
pada 10 November 1874. Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan
dan berhijrah ke Singapura. Dengan itu, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman
dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah
penguasaan British.

 Sarawak
 Rentap

Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana
bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap
sebagai lanun. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di kubu
Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di daerah
tersebut.
Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera
James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka.
Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun sekali lagi
mereka diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke berjaya
mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu
Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.

2.2 Linggir
Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan James
Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapalNemesis dekat Batang
Lupar. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James
Brooke dan kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai
Saribas. Bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam
pertempuran tersebut.

2.3 Syarif Masahor


Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datuk
Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James
Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini
disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh
terhadap penduduk tempatan. Pada tahun 1858, James Brooke telah
membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu
tersebut. Beliau dan Datuk Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang
James Brooke di Kuching. Bagaimanapun, tentangan mereka gagal. Syarif
Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan
Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan
diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan
kepada James Brooke.

 Sabah
 Mat Salleh

Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan


terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Bagaimanapun,
penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh. Beliau ialah
pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB
tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Bukan sahaja mereka
menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah mereka turut
melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Pegawai-pegawai
syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

Mat Salleh telah ke Sandakan berbincang dengan SBUB pada tahun 1895,
tetapi tidak dilayan. Sebaliknya, gabenor Beaufort telah menyerang dan
membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun
1897, beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut
terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah menawarkan
pelan damai pada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.
Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali
lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera
SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan
meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

Soalan 4a: Menganalisis [10 markah]


(i) Buktikan Kejayaan pemimpin tempatan menentang British pada
abad ke 19.

Penghulu Dol Said


Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya naning menghantar
1/10 hasil sebagai ufti kepada Melaka. Penghulu Dol Said Berjaya
mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie.

Dato’ Maharaja Lela


Sultan Abdullah dan Dato’ Maharaja Lela serta pembesar Perak telah
melakukan bantahan terbuka terhadap campur tangan British di Perak.
Dato’ Maharajalela juga berjaya membina kubu di Pasir Salak. Selain itu,
kejayaan lain yang lebih besar ialah berjaya membunuh residen British di
Perak iaitu J.W.W. Birch.

Dato’ Bahaman
Dato’ Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya.
Dato’Bahaman menyerang dan berjaya menawan semula Lubuk Terua.
Beliau juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

Tok Janggut
Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di
Pasir Puteh dan berjaya menawan daerah tersebut. Penawanan daerah
Pasir Puteh berjaya membentuk sebuah kerajaan di mana Engku Besar
Jeram telah di lantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri
dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Haji Abdul Rahman Limbong


Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di
Kuala Berang tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Beliau juga
bersama penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada
tahun 1928. Mereka telah menyerang dan berjaya menduduki bangunan
kerajaan di Kuala Berang.

Rentap
Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu
Nanga Skrang dan berjaya mengusir James Brooke dari kawasanya.

Mat Salleh
Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah,yang melakukan
serangan mengejut terhadap Kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini menyebabkan
SBUB terpaksa menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan
menyerahkan Tambunan kepadanya.

 Jelaskan keberkesanan penentangan pemimpin tempatan


terhadap British pada abad ke-19.

Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish pada


abad ke-19 ialah kejayaan Dato Maharajalela menyatukan pembesar dan
Dalam peristiwa ini, penduduk Melayu untuk sama-sama menentang
British. Dalam peristiwa ini Sepuntum berjaya membunuh J.W.W Birch dan
Kapten Innes menyebabkan British terpaksa meminta bantuan daripada
tentera SHTI di Hong Kong dan India.
Selain itu, keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat
dilihat melalui kejayaan Dol Said dalam mengalahkan British semasa
serangan ke atas Naning pada tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said
mendapatkan bantuan tentera dari Yam Tuan Ali Rembau, Syed Shahban
dan Penghulu Remai dapat mengalahkan tentera British seramai 150
orang.

Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan mengejut


terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya telah memaksa SBUB mengadakan
pelan damai kepada Mat Salleh dan berjanji akan menyerahkan
Tambunan.

Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut juga berjaya


mencabar British. Keberkesanan perjuangan Tok Janggut terbukti apabila
pihak polis yang diarahkan menangkap Tok Janggut gagal menangkapnya.
Malah beberapa pembesar tempatan juga telah menyerang Pasir Puteh
dan mereka Berjaya mendudukinya.

Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga


memperlihatkan keberkesanan pada tahap awal. Beliau bersama rakyat
Telemong telah beberapa kali mengingkari peraturan tanah yang
ditetapkan oleh British. Beliau mengetuai penduduk kampong membuka
tanah pada tahun 1922 dan 1925.

Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan


keberkesanannya kerana berjaya menyerang British dan menawan semula
Lubuk Terua yang telah dikuasai oleh British. Dato Bahaman dan pengikut
juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

(iii) Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan


British.
Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan
ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu
Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sungai Ujung serta Penghulu
Gemencheh telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera British.

Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal


Nemesis dekat Batang Lupar. Syarif Masahor telah menyerang kubu
James Brooke di Kanowit. Seterusnya, menyerang James Brooke di
Kuching bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Gapur.

Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak


dilayan oleh pihak SBUB. Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan
serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.

Dato’ Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan


British dan mengarahkan pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch di
Sungai Perak, Pasir Salak.

Dato’ Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian


menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Engku
Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan
rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.
Haji Abdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di Kuala
Telemong dan tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin
III. Haji Abdul Rahman Limbong menyerang bangunan kerajaan di Kuala
Berang dan telah berjaya mendudukinya.

(iv) Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan


Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah, di Naning
British telah menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun
1831 tetapi dikalahkan oleh penghulu Dol Said. Pada akhir tahun 1832,
seramai 1200 orang tentera telah dihantar oleh British sekali lagi
menyerang Naning dan berjaya mengalahkan penghulu Dol Said.
Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera
melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat.
Mereka yang terlibat seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak
Lam, Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung. Manakala Sultan
Ibrahim dibuang negeri ke Johor dan Sultan Abdullah dan yang lain
dibuang ke Pulau Seychelles.

Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi


membawa masuk pasukan tentera dari negeri selat dengan kapal Perang
H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat dan memulakan serangan pada
bulan Mei 1915 di Saring. Tok Janggut terkorban dan mayatnya di arak di
seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan
kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada penduduk
tempatan yang menentang British.

Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan


kuasa dan nama sultan Terengganu dan menghantar tiga orang pembesar
untuk menawan semula Kuala Berang dan menangkap serta memburu
sesiapa sahaja yang menghalang mereka. Selain itu, British juga
mengarahkan seramai 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan
berjaya mengorbankan seramai 11 orang penentang. Manakala Haji Abdul
Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Makkah.
Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak
membakar kampung Rentap dan menyerang sekali lagi apabila Rentap
berundur ke Bukit Sadok.

Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung


Mat Salleh apabila beliau membuat perundingan di Sandakan tentang
kedudukannya. Tindak balas di atas serangan Mat Salleh terhadap kubu
SBUB telah menamatkan penentangan terhadap British di Sabah.

Soalan 4b: Menganalisis [10 markah]


 Jelaskan keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan
dalam memupuk semangat nasionalisme di negara ini.

Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionaisme di


negara ini dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Singapura
(KMS) oleh Mohammad Eunos Abdullah. Tujuan penubuhan KMS ialah
menjaga kepentingn sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. Melalui
desakannya, beliau memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi
orang melayu di Singapura.

Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh


S.M Zainal Abidin B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan
menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat
bagi memajukan diri sendiri dan bangsa serta menggalakkan perpaduan
dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu.

Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor,


Pahang dan Negeri Sembilan. Persatuan-persatuan ini berjaya
menggabungkan tenaga intelektual Melayu untuk membincangkan nasib
orang melayu dalam soal ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan
perpaduan orang melayu.

Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu


Sarawak yang telah ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
pada tahun 1939. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan
Melayu. Selain itu untuk menggalakkan masyarakat memperolehi
pendidikan untuk kemajuan bangsa. Malahan persatuan ini turut menjaga
maruah bangsa dan menegakkan ajaran agama Islam.

Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhanKesatuan


Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji
Yaakob dan Mustapha Husein. KMM bertujuan menggalakkan perpaduan
di kalangan pemuda melayu, meningkatkan tahap pendidikan orang
melayu, bekerjasama dengan Jepun menghalau British, menjadi
propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat
propaganda anti-British dan menyediakan kader-kader yang dikenali
sebagai tentera semut untuk menentang British.
Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini
membincangkan kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan layanan
pilih kasih British terhadap anak negeri, Resolusi kongres dengan
menggambarkan perpaduan melayu untuk mengatasi permasalahan
sosioekonomi dan politik mereka yang lemah dan akhir sekali orang
melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka
selama ini.

 Terangkan kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa


kepada penyatuan orang Melayu dalam persatuan.

Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam


penyatuan orang Melayu. Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) antara
pertubuhan yang wujud hasil daripada gerakan nasionalisme. Ditubuhkan
pada 1934 yang dipimpin oleh S.M Zainal Abidin. Penubuhannnya
bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar
pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. Hal ini secara tidak langsung
telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan orang
Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu

Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu


Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan
(1938) dan Pahang (1938). Objektif utama penubuhan persatuan negeri ini
adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi
membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan
perkhidmatan kerajaan.

Disamping itu,kesan dari gerakan nasionalisme juga telah mewujudkan


sebuah persatuan separa politik yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu
Muda (KMM). Kesatuan ini dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya
untuk menggalakkan perpaduan dikalangan pemuda Melayu di seluruh
semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.

Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak


(1939) telah ditubuhkan Persatuan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang
Haji Abdillah. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan
Melayu, menggalakkan pendidikan, manjaga budaya dan maruah bangsa
serta menegakkan ajaran agama Islam.
Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi
masih terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di
Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau. Walaubagaimanapun,
kegiatannya mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung. Anggota-
anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan
guru sekolah Melayu.
Soalan 5a: Mengaplikasi [10 markah]

 Bagaimanakah kita memanfaatkan perjuangan pemimpin


tempatan pada abad ke 19 dalam memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam


memupuk semangat nasionalisme adalah menghayati perjuangan
pemimpin tempatan yang sanggup berjuang untuk kedaulatan negara.

Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam


memupuk semangat nasioanilsme dengan menghidupkan semula watak-
watak mereka melalui filem dan drama agar menjadi tatatpan rakyat
Malaysia hari ini.

Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan melalui


pameran yang menarik dan kreatif di muzium yang dilawati untuk
menimbulkan kesedaran tentang kehebatan perjuangan pemimpin
tempatan

Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan


perjuangan pemimpin tempatan juga mampu memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilakukan
sempena sambutan bulan kemerdekaan yang perlu dibuka penyertaan
untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk memupuk
semangat nasionalisme dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam
silibus pembelajaran bagi murid sekolah rendah dan menengah agar dapat
mencontohi keberanian dan kegigihan para pejuang lampau.

Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali


pejuang-pejuang terdahulu serta menghayati hasil perjuangan mereka
dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Seterusnya,
menghargai jasa-jasa dan pengorbanan para pejuang bangsa terutamanya
dalam kalangan generasi muda.

Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan
memelihara keamanan yang sudah sekian lama dikecapi untuk
meneruskan legasi pembangunan negara secara berterusan. Kita juga
wajar mencontohi sikap perjuangan pemimpin tempatan seperti berani
dalam mempertahankan hak walaupun mereka tidak mempunyai senjata
yang canggih. Malahan mereka juga tidak mudah putus asa kerana
sentiasa berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang


dikecapi sehingga kini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan
perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Justeru melalui penghayatan ini kita
dapat memupuk semangat cintakan negara.

(ii) Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu


mempertahankan kedaulatan negara. Berikan alasan anda.
Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya
mampu mempertahankan kedaulatan negara, ini kerana semangat
nasionalisme akan mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia seterusnya
mendorong kepada semangat setia negara yang tinggi dan semangat
sanggup berkorban untuk negara.

Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak mudah


terpengaruh dengan agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada
perkara-perkara negatif seperti rasuah, penyalahgunaan dadah dan
pemerdagangan orang.

Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat


bekerjasama antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersama-
sama menjaga maruah bangsa Malaysia yang berdaulat.
Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara
kaum. Perpaduan antara kaum akan dapat memastikan keamanan negara
dan kemajuan yang dirancang akan tercapai.
Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan
patuh kepada ajaran agama masing masing. Masyarakat yang patuh
kepada ajaran agama akan mematuhi undang-undang dan mudah
diuruskan.

Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan


melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna dan
menguasai pelbagai kemahiran seperti ilmu komputer, sains dan teknologi.
Masyarakat berpengetahuan amat diperlukan untuk merealisasikan
wawasan negara.
Soalan 5b: Mengaplikasi [10 markah]

 Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan keberkesanan yang


boleh dicapai oleh negara melalui media massa untuk
mengekalkan kedaulatan negara

Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara


mengekalkan kedaulatan negara. Buktinya, media massa dapat
menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada umum dengan lebih
cepat.Malahan maklumat berkaitan dengan dasar baru kerajaan dapat di
peroleh dan di akses dengan lebih mudah sama ada melalui media sosial,
internet mahupun melalui media penyiaran seperti berita dan hebahan
umum.

Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan


tepat kepada umum. Hampir 90% maklumat yang disampaikan melalui
media massa adalah sahih dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian,
kebanyakan rakyat Malaysia kebanyakkannya bergantung sepenuhnya
kepada media massa untuk mendapatkan berita terkini.

Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan


bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar di media massa. Hal ini dapat dilihat melalui
penyampaian berita, rancangan-rancangan ilmiah dan forum yang
kebanyakkannya disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal
ini sekaligus membantu ke arah perpaduan kaum di negara ini.

Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium
penting dalam mengekalkan keamanan negara. Buktinya, penyiaran berita
yang berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dapat
menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Mesej
berunsurkan semangat keberanian dan kerjasama juga jelas berjaya
disampaikan melalui program-program radio atau siaran rancangan
televisyen.

(ii) Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat


nasionalisme yang tinggi.
Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi adalah mempunyai semangat cintakan negara yang kental. Perasaan
sayangkan negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang
negara. Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia
melangkaui semangat perkauman dan kenegerian.

Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa


sebelum dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda
penghargaan kepada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati
dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi terutama kepada generasi
muda.
Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip
Rukun Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama
dan budaya perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat
Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin
dalam sebarang tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di
dalam dan di luar negara.

Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan


kedaulatan negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini
penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.

Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan


mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai
kaum untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara.Warga
Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan sebagai melambangkan penyatuan bangsa.

Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu


pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah
negara maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga Malaysia
seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai
sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.
Soalan 6 : Menilai [10 Markah]
(i) Adakah anda bersetuju bahawa perjuangan pemimpin tempatan
tidak berjaya. Berikan hujah anda.
Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi perjuangan
menentang penjajah itu gagal namun kesan yang ditinggalkan ekoran
penentangan tersebut telah menaikkan semangat patriotisme yang sangat
tinggi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu .Contohnya perjuangan
Dato’ Maharajalela, Pandak Lam, Pandak Indut, Dato, Sagor dan Seputum
sehingga titisan darah terakhir. Perjuangan mereka telah menunjukkan
semangat setia negara yang mendalam kerana sanggup berkorban untuk
bangsa dan tanahair tercinta. Akhirnya kemerdekaan mampu kita perolehi
pada 31 Ogos 1957

Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin
dengan pengikut dalam menentang penjajahan British telah
menyumbangkan ke arah kejayaan generasi hari ini. Contohnya
kemenangan Dol Said menentang British pada 1831 mendapat bantuan
ketenteraan dari Yam Tuan Ali, Syed Shaban, Penghulu Ramai dan
Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemenchah. Sifat inilah
yang akhirnya menjadikan Malaysia negara yang aman dan makmur
walaupun terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan.

Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah


putus asa. Buktinya perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir
yang ditunjukkan oleh pejuang tempatan seperti Tok Janggut, Mat Salleh
dan Rentap sebenarnya telah mampu mengugat kedudukan British di
Tanah Melayu. Sikap ini yang telah diaplikasi oleh generasi hari ini mampu
melahirkan ramai atlet sukan yang bertaraf antarbangsa seperti Dato Lee
Chong Wei, Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan ramai lagi.

Kesabaran perjuangan pemimpin tempatan yang lampau sebenarnya


mencetuskan kebimbangan pihak penjajah yang akhirnya mengakui
kehebatan para pemimpin dan kemudian akur untuk membebaskan Tanah
Melayu daripada belenggu penjajahan. Kesabaran ini juga yang diamalkan
oleh generasi hari ini yang akhirnya menjadikan negara Malaysia sebuah
negara industri yang akhirnya mampu menghasilkan kereta nasional yang
boleh dipasarkan di luar negara.

Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi


inspirasi dan mampu melahirkan ramai pemimpin negara yang mampu
bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam arena perbincangan
antarabangsa seperti Persidangan PBB. Buktinya keberanian Perdana
Menteri kita dalam membela nasib mangsa yang terlibat dengan
kemalangan kapal terbang MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri lantang untuk membawa mereka
yang bersalah ke muka pengadilan.

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh
penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada
hari ini?
Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar
bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini ialah hanya
menyiarkan berita yang benar atau sahih sahaja. Ini penting supaya rakyat
memahami perkembangan semasa politik tanah air yang sebenar.
Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang
menggalakkan kerjasama dalam masyarakat. Contohnya, menulis berita
mengenai aktviti gotong-royong dan aktiviti Rukun Tetangga yang
melibatkan pelbagai kaum di negara ini.

Di samping itu,penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk


memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini
bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum yang menjadi nadi kestabilan
politik sehingga hari ini. Contohnya, gambar sukan yang memupuk
perasaan muhibbah antara pelbagai kaum

Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif


yang boleh menyemarak api perkauman. Sebaliknya penulis boleh
membantu mengekalkan politik yang stabil melalui bahasa. Contohnya,
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perhubungan utama di negara
Malaysia. Ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan
alat penyatuan antara kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan
152.

Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk meningkatkan


perasaan cinta akan bangsa dan negara terutama dalam kalangan
generasi muda. Contohnya menyediakan ruangan Sejarah untuk
mengetahui tentang peristiwa penting negara seperti kemerdekaan dan
perjuangan pemimpin tempatan. Ini penting agar rakyat tidak melupakan
sejarah perjuangan negara demi mengekalkan politik yang stabil di
Malaysia pada hari ini.
(iii) Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar, majalah atau
novel pada hari ini, apakah tema penulisan yang akan anda pilih
untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat?
Berikan alasan anda.
Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada
hari ini, tema penulisan yang akan saya pilih untuk menaikkan semangat
nasionalisme kalangan rakyat ialah tema Perpaduan. Ini kerana Malaysia
terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai
kaum tetapi mampu hidup dengan aman dan makmur. Sebagai contoh,
tema perpaduan yang ditonjolkan melalui pengamalan Rumah Terbuka
oleh kaum-kaum yang menyambut perayaan masing-masing pada setiap
tahun dan diraikan secara bersama dengan rasa gembira. Hal ini pasti
akan berjaya menaikkan dan menyuburkan semangat nasionalisme
kalangan rakyat.

Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang


diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Slogan ini merupakan
ciptaan terulung yang berjaya mengikis persepsi orang luar bahawa
Malaysia adalah negara kampung. Pada asalnya, slogan ini dicipta untuk
menyuntik semangat atlet Malaysia dalam arena sukan tetapi slogan ini
akhirnya telah berkembang dan berjaya melakukan transformasi besar
dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh negara
luar. Contohnya, kejayaan dua orang pendaki negara iaitu Mohandas dan
Magendran yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest kerana
semangat Malaysia Boleh! Semangat ini tentunya akan terus menaikkan
semangat nasionalisme kalangan rakyat.

Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan
memaparkan keistimewaan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik
dan budaya etnik terutama di Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan
Sarawak mempunyai lebih 32 etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya,
makanan dan adat tradisi. Hal ini pasti menimbulkan semangat
kebanggaan kalangan rakyat Malaysia kerana mempunyai keunikan yang
tersendiri.

Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang


pernah dicipta oleh rakyat Malaysia akan dikumpulkan dalam ‘Malaysia
Boof Of Record’ untuk dijadikan inspirasi oleh generasi pada hari ini.
Contohnya, kejayaan Datuk Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama
negara dan Datuk Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia dalam
sukan Skuasy. Melalui penulisan ini, pastinya akan menyuntik semangat
generasi muda untuk terus melakar kejayaan dan seterusnya menaikkan
semangat nasionalisme kalangan rakyat.

Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-
tokoh yang sering dilupakan setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan
negara. Contohnya, perjuangan Tok Janggut di Kelantan, Rosli Dhobi di
Sarawak dan Mat Salleh di Sabah. Melalui tema ini adalah diharapkan
generasi pada hari ini akan sentiasa merasa bersyukur kerana hidup dalam
suasana aman damai dan berusaha untuk menjaga keamanan negara.
Untuk itu, semangat nasionalisme harus subur sentiasa dan mekar
mewangi setiap masa demi kedaulatan negara tercinta.
Soalan 7: Menjana Idea [10 markah]
7a. Cabaran dan langkah
7a (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha
memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat. [5 markah ]

Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme


adalah kesukaran mengukuhkan perpaduandi Malaysia
kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara.
Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan
budaya luar berbanding budaya sendiri,

Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya


semangat nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih
suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah
negara.

Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam


mengadakan program-program yang berunsur patriotisme menyebabkan
semanagat nasionalisme kurang dihayati.
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih
sekolah mengikut kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukar
untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.

7a (ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5


Markah)
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat
haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan konsep 1
Malaysia yang dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan
perpaduan.

Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis
pengaruh luar sebelum disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih
maklumat yang disampaikan.

Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya


anak-anak hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini
penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa
mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan
bertanggungjawab.

Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak


untuk menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme.
Contohnya, Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan.
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat
nasionalisme rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam
satu sekolah walaupun berlainan kaum.

7b. Sebab dan kesan


7b(i) Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme semakin luntur
dalam kalangan generasi muda pada hari ini.

Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda


hari ini adalah disebabkan generasi muda kinitidak mempunyai semangat
cinta akan tanah air . Mereka juga tidak memahami maksud
sebenarpatriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah terpengaruh
dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa ataupun internet.

Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang


menyeronokkan. Di samping itu,generasi muda turut terpengaruh
dengan budaya asing yang kini semakin berleluasa di negara kita.
Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga
menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi
muda.

Selain itu,sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya.


Tidak dapat dinafikan bahawa semangat nasionalisme juga semakin luntur
kerana generasi muda kini tidak memahami konsep Rukun Negara.

Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh


tempatan. Seterusnya,kurangnya ilmupengetahuan turut menyebabkan
kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi muda kini.

7b(ii) Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak
dibendung.

Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung


ialah generasi muda akan berpecah belah. Selain itu, keamanan dan
keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya
individu yangmementingkan diri sendiri.

Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya,
minda generasi muda akan mudah dijajahdan terpengaruh dengan
anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut
meningkat dan sukar dibendung.

Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan


wujud. Generasi muda juga tidak akanmenghormati Rukun
Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi
lemah.Wawasan 2020 turut tidak akan tercapai.
Soalan 8 : Iktibar / nilai / patriotisme [5 Markah]
Iktibar /Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang
dikaji.

Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan


kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain
itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga
perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita
setanding dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani
dan tabah menghadapi cabaran. Disamping itu, kita haruslah setia kepada
pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak
lagi dijajah semula.

Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat
kekitaan dan kesamarataan dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain
itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-
menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu
menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita
juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara
yang dilakukan.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu


bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa
untuk kearah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang
masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga,
kita perlu berbangga dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar
menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa
bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah
Soalan 9 : Kesimpulan [5 Markah]
Pengetahuan
Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha
masyarakat tempatan penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong
oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Abad ke-19
dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada
pelbagai latar belakangan bangkit menentang penjajah. Perubahan
pentadbiran penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk
tempatan. Penjajahan British telah meninggalkan pelbagai impak dalam
aspek politik, ekonomi dan sosial.

Nilai Murni
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental
dalam mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan
negara dengan memiliki sikap berani menentang musuh. Disamping itu,
memiliki jati diri yang tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar.
Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan semangat
setia negara yang tinggi. Akhirnya kesangupan bekorban demi agama,
bangsa dan negara dengan mengetepikan kepentingan diri.

Unsur Patriotik
Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan
negara yang tinggi dan berkorban nyawa. Contohnya penentangan Tok
Janggut. Selain itu, bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan bagi
mewujudkan keharmonian negara.

Harapan dan masa depan

Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat


nasionalisme yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat pertahan negara
daripada campur tangan kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan
kedaulatan negara. Akhir sekali semoga rakyat Malaysia saling
menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan keamanan.

Anda mungkin juga menyukai