Anda di halaman 1dari 2

Rabu ASAS PERTOLONGAN CEMAS 21/2/2018

 DEFINISI

Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat
kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan
yang sempurna.

 TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS

Membantu menyelamatkan nyawa mangsa

Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang mengancam nyawa seperti
pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar, melecur dan lain lain lagi.

Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.

Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau
keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa

Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-katasemangat untuk memberikan kelegaan kepada


pesakit.

 PRINSIP PENGURUSAN SITUASI KECEMASAN

Prinsip-prinsip pertolongan cemas

1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.


2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar –menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu.
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja
dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan memerhatikan pergerakan
pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Rabu ASAS PERTOLONGAN CEMAS 21/2/2018

 PENGENDALIAN MANGSA KEMALANGAN

a) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan.

b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.

c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera.

d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.

Jawab soalan-soalan berikut.

1) Senaraikan tiga tujuan utama pertolongan cemas?

a. _____________________________________________________________________
b. _____________________________________________________________________
c. _____________________________________________________________________

2) Nyatakan dua prinsip pertolongan cemas semasa mengendalikan situasi kecemasan.

1. ________________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________________

3) Bagaimanakah cara anda menenangkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________.

Anda mungkin juga menyukai