Anda di halaman 1dari 2

Lirik Dikir Anak Tupai

Ado sekor anok tupai atah julai mokte (Ada seekor anak tupai atas ranting rambutan)

Kudung ekor perut lapar jalan cari makan (putus ekor perut lapar tengah cari makanan)

Kejadian tuhan dipanggil nama tupai (Kejadian tuhan diberi nama tupai)

Asalnya dale hutan sejenis mamalia (asalnya dalam hutan sejenis mamalia)

Kalu pasal jakit kok dehe dialah yg paling pandai (sangat pandai lompat dahan ke dahan)

Jatuh jare jare kerana dia tak sobar (terkadang jatuh kerana tak sabar)

Pandai pandai tupai melompat jatuh tanah jugok (sepandai-pandai tupai melompat jatuh ketanah
jua)

Nok wi gambar ore jahat jange telajok mangok (nak bagi gambaran orang jahat jangan terlalu
bongkak)

Ore jame ritu pakat hambat tupai (orang zaman dulu berpakat halau tupai)

Bimbe ko woh kayu takuk tokdan besar (bimbang buah-buahan tak sempat besar/masak)

Nyor durian duku kalu dan nye kerit tupai (kelapa,durian, duku kena gigit/makan/dirosakkan oleh
tupai)

Pendek tahun tu nyor durian takdan nak jual (pendek kata tahun itu tak boleh jual hasil kelapa dan
durian)

Ore sekapung tupai sekor berambat hari hari (orang sekampung tupai seekor halau tiap hari)

Nya pakat likung nya pakat pekong tupai takleh lari (dia berpakat kepung dan lontar tupai tak boleh
lari)

Sakat bedil ado tupai habih mati (semenjak senapang ada tupai habis mati)

Hok ni lah saya raso kita sangat rugi (yang inilah saya rasa kita tersangat rugi )

Kita manusio tinggi mana pun kita ngaji (sebagai manusia setinggi manapun kita belajar)
Nak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi (nak buat/reka seekor tupai tentu takkan tercipta)

Loni kapung atau bandar jare buleh tgk (zaman sekarang dikampung atau dibandar susah nak
tengok)

Bapok tupai ibu tupai jale bawak anok (ibubapa tupai bersama anaknya)

Rasa kesian sungguh tgk sekor ke anok tupai (terasa sangat kasihan tengok seekor anak tupai)

Kerana telajok kurus sapa tokleh nak niti pagar (kerana terlampau kurus tak mampu meniti atas
pagar)

Bulu bulu pun habih luruh air mato bederai derai (bulu badannya byk yg gugur airmata terus menitis
)

Mari dale baruh bekali kena racun tebaka (datang dari dusun mungkin terkena racun tembakau)

Ado sekor anok tupai atah julai mokte (Ada seekor anak tupai atas ranting rambutan)

Kudung ekor perut lapar jalan cari makan (putus ekor perut lapar tengah cari makanan)

Anda mungkin juga menyukai