Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t, selamat sejahtera, salam 1 Malaysia, dan salam Perak aman jaya.

Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan
tugasan berkumpulan yang telah diamanahkan oleh pensyarah kami. Kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung. Pertama sekali, ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr Husna
Binti Husain kerana banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak
memberi tunjuk ajar dan penerangan yang cemerlang berkaitan tugasan ini sekaligus kami
dapat menghasilkan tugasan kumpulan dengan baik.

Selain itu, kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan kami di
atas kerjasama yang sangat produktif dan efektif dalam menyiapkan tugasan ini. Di samping
itu, kami telah membuat perbincangan dan bertungkus-lumus untuk memastikan tugsan kami
siap dengan sempurna. Setiap ahli, memainkan peranan yang baik dengan memberi
komitmen yang padu dan drastik. Tanpa usaha daripada semua ahli kumpulan kami mustahil
tugasan ini dapat disiapkan dan dihasilkan dengan jayanya. Oleh itu, seperti yang sudah sedia
maklum, kerjasama antara ahli kumpulan memainkan peranan yang sangat penting sama ada
untuk meyiapkan sesuatu tugasan atau menghasilkan sesuatu kerja yang bermutu.

Sekian, terima kasih.


PENGENALAN

Geografi merupakan ilmu pengetahuan yang mempelajari tentang bumi dengan segenap
isinya. Dari kalimat yang singkat dan sederhana ini tentu sahaja dapat dijelaskan secara tepat
maksud geografi. Bidang geografi merupakan bidang yang sangat luas. Sebagai pengetahuan
tentang bumi, geografi sudah dikembangkan sejak zaman Yunani Kuno sehingga
pengetahuan umurnya sudah sangat tua. Tetapi pengetahuan tentang bumi pada saat itu belum
dapat disebut ilmu. Seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, maka
konsep-konsep geografi juga mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Hal ini
melibatkan cangkupan bidang kajiannya yang semakin luas, dan metod analisis yang semakin
meluas.

Permukaan bumi itu menunjukkan perbezaan keadaannya antara satu dengan yang
lain. Tanah, air, tumbuhan, masyarakat, budaya, dan perilakunya tidak menunjukkan
kesamaan malahan untuk daerah yang lebih luas. perbezaan ini akan mengakibatkan
terjadinya interaksi dan intergrasi serta interpendensi ruang dan bentuk aliran barang, orang
ataupun bangsa. Interaksi dan interpendensi antara tempat, wilayah, Negara, individu, dan
antara bangsa. Istilah geografi pertama kali dikemukakan oleh Erastothenes, pada 276-196
SM. Kata geografi sendiri berasal dari Bahasa Yunani iaitu ‘geo’ ( bumi) dan graphein (“
menulis” atau “menjelaskan”). Definisi geografi menurut para ahli dari berbagai sumber buku
yang saya temui. Manakala Erastothenes pula, geografi adalah penulisan tentang bumi.

Ferdinand Von Richthofen pula menyatakan geografi merupakan ilmu yang


mempelajari gejala dan sifat-sifat permukaan bumi dan penduduknya, disusun menurut
letaknya dan menerangkan baik tentang terdapatnya gejala-gejala dan sifat-sifat tersebut
secara bersama mahupun tentang hubungan timbal baliknya gejala-gejala dan sifat-sifat itu.
Lobeck pula memberi konsep geografi ini adalah suatu kajian tentang hubungan-hubungan
yang ada antara kehidupan dengan lingkungan fiziknya, manakala Claudius Ptolomaeus pula
berkata geografi adalah suatu penyajian melalui peta dari sebahagian dan seluruh permukaan
bumi. John Mackinder pula menyatakan bahawa geografi sebagai satu kajian mengenai
kaitan antara manusia dengan alam sekitarnya.

Ekblaw dan Mulkerne pula menyatakan geografi merupakan ilmu pengetahuan yang
mempelajari bumi dan kehidupannya, mempengaruhi pandangan hidup kita, makanan yang
kita konsumsi, pakaian yang kita gunakan, rumah yang kita huni dan tempat rekreasi yang
kita nikmati. Strabo pula geografi erat kaitannya dengan karakteristik tertentu mengenai suatu
tempat dengan memperhatikan juga hubungan antara berbagai tempat secara keseluruhan.
Geografi sejak perkembangannya, dimulai dari menceritakan tentang daerah lain, sudah lebih
di khususnya lagi dan sudah adanya konsep region iaitu daerah yang sudah mempunyai ciri
khas tersendiri dan adanya hubungan antara daerah tempat.

FALSAFAH TERDAHULU MENGENAI GEOGRAI FIZIKAL

Dalam buku Ibnu Khaldun geografi persekitaran ke atas ciri bangsa dibincangkan dalam satu
bab khas. Semua ini dibincangkan secara ilmiah dan falsafah, cemerlang dari segi gambaran
dan perbahasan. Kami dapati sebahagian perkara yang dibincangkan oleh Ibnu Khaldun
dalam prolegomenanya juga dibincangkan oleh al Farabi dan Ikhwan al Safa. Contohnya,
pernyataan al Farabi tentang keperluan manusia kepada masyarakat, da nasal usul kampung
dan pecan, dan pernyataan Ikhwan al Safa tentang bahagian ilmu dan perniagaan, dan kesan
persekitran geografi dan fizikal ke atas peribadi. Seperti mana yang kita lihat Ibnu Khaldun
telah mmebincangkan semua perkara ini dan menjadikannya pokok perbincangan ilmunya.

Berdasarkan penulisan Ibnu Khaldun, didapati beliau menjelaskan bahawa iklim dan
geografi yang berbeza turut mempengaruhi fizikal dan sikap masyarakat. Seabagai contoh,
beliau menyatakan bahawa pengaruh kedinginan dan kepanasan sesuatu lokasi telah
mempengaruhi jumlah penduduk yang menghuninya. Sesuatu lokasi beriklim sederhana iaitu
lokasi yang terletak diantara kawasan utara (dingin) dengan kawasan selatan (panas), maka
susuk tubuh penduduknya juga adalah sedrhana ataupun sedang, malah warna kulit dan
sikapnya yang sederhana. Masyarakat dikawasan tersebut juga memakai pakaiana mmpnyai
ciri2 sederhana atau sedang iaitu pakaian tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.

Di samping itu, sikap mereka sederhana dalam kegiatan harian di rumah termasuklah
dalam aktiviti makan dan minum serta aktviti pertukangan. Kesederhanaan bentuk fizikal
tersebut juga berlaku terhadap haiwan dan hidupan lain (Ibnu Khaldun, 1981,103). Misalnya,
haiwan yang beriklim sejuk seperti beruang kutub dan serigala yang mempunyai berbulu
tebal serta berwarna putih berbanding kedua-dua jenis haiwan tersebut yang terdapat
dikawasan beriklim sdrhana yg mmpinyai bulu dan lemak yang nipis serta berwarn agelap
atau keperang-perangan.

Menurut Ibnu Khaldun, faktor iklim dan keadaan kawasan yang didiami boleh
menyebabkan berlakunya kelainan warna kulit bagi hidupan. Sebagai contoh, masyarakat
seperti di Afrika memiliki fizikal kulit gelap atau hitam disebabkan oleh kekuatan bahang
kepanasan dalam sesuana cuaca yang dialami oleh fizikal mereka, bagi masyarakat yang
tinggal dikawasan yang amat sejuk sebagai mana di utara, didapati kulit mereka agak putih
kerana kurang menerima bahang kepanasan matahari dan mereka juga mempunyai sedikit
sahaja bulu roma, mata berwarna biru, rambut berwarna keperang-perangan, dan kulit yang
agak berbintik-bintik. ( Ibnu Khaldun, 1981, 105).

LATAR BELAKANG GEOGRAFI

“Geografi” berasal dari Bahasa Yunani, asal kata “geo” bererti “bumi” dan “graphein”
yang bererti “lukisan” atau tulisan. Menurut pengertian yang dikemukakan Eratosthenes,
“geographika” bererti “tulisan tentang bumi” (Sumaatmadja, 1988). Pengertian “bumi” dalam
geografi tersebut, bukan hanya berkenaan dengan fizik bumi sahaja, melainkan juga meliputi
segala dan proses kehidupannya. Oleh kerana itu, dalam hal gejala dan proses kehidupan di
dalamnya termasuk kehidupan tumbuh-tumbuhan, binatang, dan manusia sebagai penghuni
bumi tersebut.

Menurut Richoffen (Hartshorne, 1960) bahawa “ Geography is the study of the earth
surface according to its differences, or the study of different areas of the earth surface…, in
term of total characteristics”. Bagi Richoffen bahawa bidang kajian geografi tidak hanya
mengumpulkan bahan-bahan yang kemudian disusun secara sistematik, tetapi hanya
melakukan penghubungan bahan-bahan tersebut untuk dikaji sebab akibatnya dari fenomena-
fenomena di permukaan bumi yang memberikan sifat individu sesuatu wilayah.

Definisi Geografi Menurut Para Ahli

Pembatasan geografi yang dikemukakan oleh para ahli sesuai dengan masa serta
perkembangannya dan juga tekanan yang terjadi pada saat itu. Sehingga pengertian geografi
tidak akan mudah didapatkan hanya berdasarkan kepada definisi semata-mata, seperti
menurut Frank Debnham (dalam geografi sebuah pengantar, Iwan Hermawan) jarang
seseorang menjadi seorang ahligeografi dan memahami geografi pada usia muda. Kenyataan
tersebut terjadi kerana, geografi merupakan kumpulan dari sejumlah pemahaman mengenai
tata ruang yang berkaitan hubungannya dengan kehidupan manusia dalam keseimbangan
konteks dan reaksi manusia. Sebagai gambaran awal dalam mengenal dan memahami
geografi, berikut ada beberapa pengertian geografi yang dikemukakan oleh para tokoh
geografi antaranya berkaitan dengan apa yang dilihat diluar Horizon (permukaan bumi).

1.Frank Debnham “Geography is The Philosophy of Place”.

Pada pendapat ini, pengertian Geografi lebih mendalam lagi maknanya kerana telah
dihubungkan dengan tanggapan manusia terhadap cara memandang linkungan tempat
tinggalnya dan diberi erti philosophy yang memerlukan tanggapan tersendiri.

2.Erastothenes (270-194 SM)

Menurut Erastothenes Geografi adalah penulisan tentang bumi ( writing about the earth). Jika
diperhatikan batasan mengenai Geografi tersebut masih belum jelas ertinya kerana penulisan
ataupun penceritaan yang dimaksudkan terutamanya iaitu perbezaan dalam hubungan
keruangan yang telah mengumpulkan fenomena alam di permukaan bumi.

3.R Hartshorne

Pada bukunya yang berjudul “Perspectives on the Nature of Geography, Hartshorne


mengungkapkan “Geography is a study of dwelling place of man” (1959). Definisi ini sudah
lebih mengarahkan pandangannya pada tempat tinggal manusia, jadi sudah mempunyai
prinsip hubungan antara manusia dengan tempat tinggalnya. Pada buku yang sama ia juga
mengemukakan bahawa “Geography is conscerned to provide an accurate, orderly, and
rational descrption of the variable character of the earth surface” (Geografi berkepentingan
untuk memberikan penjelasan yang teliti, beraturan dan rasional tentang sifat permukaan
bumi).

4. Elsworth Huntington

Geografi adalah pembelelajaran tentang alam dan persebarannya serta hubungan antara
lingkungan alam dengan kualiti atau aktiviti manusia. Kajian ini lebih menekankangeografi
sebagai ilmu tentang ruang yang merupakan hasil pelbagai faktor alam dan sosial serta
hubungan antara faktor-faktor tersebut.
FALSAFAH KAMI

Hubungan Alam Dengan Tuhan

Falsafah alam sekitar adalah ilmu yang memberi tumpuan kepada alam sekitar dan manusia.
Perkara ini menuntut agar manusia mengunakan kebijaksanaan mereka semasa bertindak ke
atas alam. Alam mestilah dihormati oleh manusia yang merupakan pengguna sumber alam
terbesar. Falsafah alam sekitar juga merupakan salah satu cabang ilmu falsafah etika Etika
alam sekitar amat penting kerana ia merujuk dan menekankan hubungan , niai dan status
moral manusia terhadap persekitaran mereka termasuklah benda-benda bernyawa dan yang
tidak bernyawa.

Selain itu, dalam islam pembicaraan mengenai alam bukanlah perkara biasa ataupun
remeh. Hal ini kerana, jika merujuk kepada kandungan al-Quran sendiri, didapati isu alam
telah dijadikan asas untuk mengenali dan mendekati Tuhan. Dalam masa yang sama, al-
Quran juga menjelaskan telah banyak kerosakan alam yang sebenarnya adalah berpunca
daripada perbuatan manusia. Perkara ini boleh dilihat dalam suarah al-Rum (30:41) yang
bermaksud,

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab
apa yang telah dilakukan oleh tangan manusi; kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat).

Oleh demikian, walau dalam soal penggunaan sumber air sekalipun, ia tidak boleh
dipisahkan dari rangkuman agama iaitu merujuk kepada nilai ketuhanan. Islam menuntut
umatnya agar sentiasa memastikan sumber air dipelihara dengan baik termasuklah tidak
mencemarinya, malah Allah s.w.t mengkehendaki umat islam sentiasa berada dalam keadaan
bersih kerana kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Namun kini, keadaan begitu
berlainan. kita dapati begitu banyak sampah dan bahan berminyak yang memenuhi ruangan
sungai dan tebing laut, hutan semakin berkurangan, malah air hujan yang turun pada hari ini
dikatakan tidak selamat digunakan kerana proses yang dihasilkan adalah melibatkan unsur-
unsur bahan tercemar. Keadaan sebegini disebabkan oleh sikap manusia yang tidak
memahami alam dari sudut agama secara mendalam bahawa alam adalah milik dan ciptaan
Tuhan yang dianugerahkan kepada manusia dalam keadaan baik dan perlu dipulangkan
kepada-Nya juga dalam keadaan yang baik. dalam keadaan baik dan perlu dipulangkan
kepada-Nya dalam keadaan yang baik juga.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, banyak rahsia alam yang perlu kita tahu terutamanya yang
melibatkan geografi alam sekitar fizikal. Geografi alam sekitar fizikal merupakan perkara
zahir yang boleh kita lihat melalui pancaindera. Menurut Hamka (2002: 11-12), banyak
rahsia alam ini yang kita tidak tahu seperti langit lazuardi yang indah berwarna biru, bintang-
bintang cakrawala, dengan matahari dan bulannya, dan lain-lain lagi. Ungkapan Hamka
menunjukkan bagaimana beliau mampu mengaitkan aktiviti mengkaji rahsia alam selalunya
merujuk kepada ahli falsafah iaitu golongan yang sering menggunakan akal fikiran dalam
mencari persoalan dan mendapatkan jawapan. Perkara ini menjelaskan bahawa masyarakat
terdahulu lebih banyak mengetahui berkaitan alam tetapi mereka tidak berupaya untuk
memanfaatkannya dengan baik.

Alam mempunyai nilai falsafah ketuhanan kerana ia bukanlah dijadikan secara sia-sia.
Meskipun begitu, walaupun alam diperakui memberikan manfaat yang banyak kepada umat
manusia tetapi adakah mereka memahami bahawa alam perlu dikekalkan kewujudaannya.
Oleh itu, kita kita perlulah memanfaatkan alam sekitar yang berada di sekeliling kita supaya
ia memberikan kebaikan kepada kita pada masa akan datang bab kata pepatah “ Alam Masih
Berbicara”.
RUJUKAN

Mohammad Abdullah Enan. 2014. Ibnu Khaldun: Riwayat Hidup & Karyanya. Institut

Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Malaysia.

Ahmad Sunawari Long. 2015. Falsafah Ibnu Khaldun. Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Berhad. Malaysia.

Sumaatmadja, Nursid. 1998. Study Geografi: Suatu Pendekatan dan Analisa Keruangan.

Bandung.

Hartshorne, R. 1960. Perspective on the nature of geography. Rend McNally & Company.

Chicago.

Hamka, 2002. Falsafah Hidup: Pustaka Dini Sdn, Bhd. Shah Alam.

Anda mungkin juga menyukai