Anda di halaman 1dari 2

Cerpen: Talia dan Raksasa Qadqad

(Zaniffa Azura Abdullah)

Sinopsis:
Talia ialah seorang kanak-kanak daripada keturunan orang Asli yang tinggal di
hutan Bukit Ungu. Dia telah bertemu dengan raksasa Qadqad. Raksasa yang rupanya
seakan-akan katak tetapi bertanduk itu sebesar kepala Talia. Raksasa tersebut cedera.
Talia telah membantu merawatnya dengan pucuk daun dalat. Kemudian makhluk itu
melompat lalu hilang di hutan.
Pada mulanya ibu bapa Talia iaitu Dodo dan Misa tidak mempercayai cerita Talia
tentang raksasa tersebut, tetapi selepas beberapa ahi suku mereka sering terserempak
dengan makhluk itu, barulah ibu bapa Talia mempercayainya. Menurut mereka makhluk
itu sebesar dua kali kepala mereka. Makhluk itu dipanggil Qadqad kerana bunyi
istimewa yang dihasilkan oleh makhluk tersebut.
Tempat tinggal penduduk orang Asli yang sentiasa berpindah-randah kali ini
agak istimewa. Tanahnya berbau warna ungu amat subur dan menggemukkan padi
mereka. Suatu hari adik lelaki Talia iaitu Jini menghidap demam. Bapanya Dodo
membawa mereka sekeluarga ke hospital kerana demam Jini semakin teruk. Mereka
sekeluarga bercadang menumpang kereta api yang datang dan pergi untuk
mengangkut bijih ke bandar. Ketika hampir tiba di stesen kereta api, mereka telah
disergah oleh Tuan Binjah. Tuan Binjah telah memarahi mereka yang ingin
menumpang kereta api untuk ke bandar. Ketika itu Sidek, pemandu kereta api telah
melaporkan kepada Tuan Binjah bahawa kem-kem balak milik mereka di timur telah
diserang oleh raksasa Qadqad. Mereka diserang kerana sebatang pokok balak yang
ditebang telah menghempap sarang keluarga empat ekor raksasa Qadqad. Bukan itu
sahaja, mandur kem balak juga telah menetak mati kesemua raksasa yang cedera.
Tiba-tiba mereka telah diserbu oleh raksasa hijau kuning yang melompat tinggi
dari hutan. Mereka dan pekerja lombong yang berada di situ melarikan diri menuju ke
sebuah bangunan yang terletak di tepi lombong. Seekor raksasa Qadqad telah
mendarat di bahu Dodo yang belum sempat masuk ke dalam bangunan. Apabila
makhluk itu ternampak Talia, makhluk Qadqad itu mengeluarkan bunyi dan berbicara
dengan makhluk Qadqad yang lain. Talia mengenali makhluk Qadqad tersebut kerana
Talia pernah membantu makhluk itu. Dengan tidak disangka makhluk Qadqad yang
banyak itu telah beredar meninggalkan mereka. Tuan Binjah berasa pelik dengan
keistimewaan Talia yang menyebabkan makhluk raksasa yang menyerang mereka
beredar. Melihat sahaja benda berwarna ungu di atas kepala Talia, Tuan Binjah terus
bertanya hal tersebut kepada bapanya. Dodo memaklumkan kepada Tuan Binjah
bahawa benda itu merupakan tanah.
Selepas peristiwa tersebut, Dodo dan keluarganya dibenarkan menaiki kereta api
untuk ke hospital. Tiga hari kemudian, di hospital, Sidek telah memberitahu kepada
Dodo bahawa Tuan Binjah ingin melombong di Bukit Ungu. Sesiapa yang dapat
menguasai tanah di Bukit Ungu pasti akan menjadi kaya-raya. Tuan Binjah mahu
mengusir penduduk Asli dari tempat itu. Mereka telah melaporkan hal tersebut kepada
pihak polis. Mereka cuba menghalang Tuan Binjah. Namun Tuan Binjah telah
mengarahkan samseng-samseng upahannya untuk membakar kediaman-kediaman
penduduk Asli di situ. Talia telah memanggil makhluk Qadqad. Ratusan makhluk
Qadqad muncul dan kesemua penduduk Asli melarikan diri ke Bukit Ungu. Setelah
keadaan reda mereka kembali ke kawasan kediaman mereka dan melihat berpuluh-
puluh mayat manusia dan bangkai raksasa Qadqad bergelimpangan. Dalam pada itu
juga beberapa buah rumah musnah terbakar. Ketibaan pasukan polis agak lewat dan
tidak ada apa-papa yang boleh dilakukan. Sejak peristiwa itu raksasa Qadqad terus
hilang dan tidak muncul-muncul lagi seperti telah pupus.
Tema
Kerakusan manusia membawa kemusnahan
Contoh: Kerakusan Tuan Binjah yang tamak dan mahu menguasai Bukit Ungu untuk
melombong bijih telah mengakibatkan berlakunya serangan ganas raksasa Qadqad
sehingga Tuan Binjah dan pengikutnya mati terbunuh.
Persoalan:
1. Kehidupan orang Asli yang berpindah-randah
Contoh: Dodo dan penduduk orang Asli sering berpindah-randah dari suatu
tempat ke suatu tempat yang lain apabila tanah lereng bukit tidak subur.

2. Kepentingan bantu-membantu kepada golongan yang memerlukan pertolongan


Contoh: Talia telah membantu seekor makhluk Qadqad yang cedera akibat
dilibas gergaji. Talia merawat makluk tersebut dengan menggunakan pucuk daun
dalut.

3. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak.


Contoh: Dodo membawa anaknya Jini ke hospital untuk memdapatkan rawatan
setelah mengalami demam yang teruk.

4. Budi yang baik mendapat balasan.


Contoh: Kebaikan Talia merawat raksasa yang cedera telah menyelamatkan diri,
serta keluarganya daripada diserang oleh mahkluk tersebut.

Anda mungkin juga menyukai