Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MENGKUANG TAHUN 2018

Rasional:

Suasana bilik darjah yang bersih dan ceria dapat mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Matlamat:

Pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten

Objektif:

 Mewujudkan bilik darjah yang bersih , ceria serta bermaklumat.


 Membina kreativiti murid dalam melahirkan idea untuk menjadikan
kelas bersih dan ceria.
 Memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama,
tolong-menolong, hormat-menghormati dan menghargai.

Sasaran:

Semua Kelas Tahun 1 hingga 6

Jangka masa:

Mac 2018 hingga November 2018. Penilaian bermula Mac 2018.

Anggaran kos:

Tempat pertama mingguan ( Piala pusingan) (RM 25)

Hadiah bulanan (Hamper) Tempat pertama RM30

RM30 X 5 = RM150

RM150+ RM25 = RM175

Sumber Kewangan: SUWA dan PIBG

Sumber Tenaga: Guru, Pekerja Sokongan, Pelajar

Panel Penilai : Guru bertugas mingguan

Minggu Pertama

MInggu Kedua
Minggu Ketiga

Minggu Keempat

Syarat-Syarat Pertandingan:

I. Melibatkan semua kelas


II. Penilaian dibuat oleh panel sepanjang minggu.
III. Anugerah piala pusingan setiap minggu yang akan diumumkan pada
minggu berikutnya dan akan mengembalikan piala tersebut pada hari
akhir persekolahan dalam minggu tersebut. ( Jumaat)
IV. Hadiah bulanan berupa hamper untuk markah terkumpul terbanyak
pada setiap minggu.
V. Kelas yang mendapat markah 50 ke bawah perlu membuat kerja
amal atau denda.
VI. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut
Kebersihan lantai, tingkap, siling dan dinding.
Papan Kenyataan hadapan mengandungi maklumat kelas dan
maklumat sekolah seperti visi dan misi sekolah, jadual bertugas, jadual
waktu, pelan kebakaran, carta organisasi kelas, senarai nama murid,
senarai inventori, matlamat atau slogan.
Papan Kenyataan di belakang mengandungi maklumat mata
pelajaran dan sudut pengiktirafan hasil kerja murid.
Hiasan dan kata-kata motivasi.
Susun atur perabot, termasuk selepas waktu sekolah.
Disiplin murid ( Bonus)
Kedatangan penuh ( Bonus)
Jadual Pelaksanaan

AKTIVITI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV


I S R K J I S R K J I S R K J I S R K J I S R K J I S R K J
Keceriaan

Penilaian

Penyampaian
hadiah

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………… …………………………

IRMA HARYATI MOHD ZAKRIA PAZIAH BT SINGAH

Setiausaha Keceriaan Guru Penolong Kanan HEM

Bilik Darjah SK (FELDA) JENGKA 16

Anda mungkin juga menyukai