Anda di halaman 1dari 8

Keganasan Dalam Sukan

KEGANASAN DALAM SUKAN

i) PENGENALAN

Sifat dan sikap agresif memang sinonim dengan sukan terutamanya sukan yang berbentuk kontak
seperti ragbi,hoki,bola sepak,bola jaring dan beberapa jenis sukan yang lain.Terdapat beberapa
contoh insiden yang melibatkan keagresifan dalam sukan khususnya tindakan sesetengah pemain
yang melakukan kekasaran yang melampau terhadap lawannya.Sebagai contoh,tindakan beberapa
orang pemain pasukan Kelantan yang melakukan tindakan kasar terhadap pemain Negeri Sembilan
di peringkay suku akhir pertandingan Piala Malaysia pada tahun 2000 yang lalu.

Keganasan dalam sukan merupakan satu fenomena tingkah laku.Ianya merupakan satu fenomena
tingkahlaku yang sentiasa berlaku dalam sukan.Ianya juga dikenali sebagai suatu perlakuan yang
bermatlamat atau mempunyai niat sehingga boleh menyebabkan dan mendatangkan kecederaan
dan kesakitan secara fizikal dan psikologikal.

i) DEFINISI

Menurut Baron dan Richardson (1994), keagresifan merupakan apa saja bentuk tindakan dan
perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan
bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan.Manakala menurut Wann (1997)
pula,keganasan dalam sukan adalah satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan
kecerderaan secara fizikal, verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk
mengelakkan diri dari di cerderakan dan atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan kepada
harta benda yang berpunca dari kemarahan.Silva (1981) pula menyatakan bahawa keagresifan
sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental
kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut.

Berdasarkan definisi ini, terdapat sedikit persamaan dengan definisi yang diutarakan oleh Baron dan
Richardson sebelumnya. Kedua-duanya memasukkan unsur niat, perlakuan secara verbal dan
psikologikal serta mangsanya bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Perbezaan
ketara di antara kedua-duanya adalah elemen kerosakan harta benda. Baron dan Richardson tidak
mengambil kira kerosakan harta benda sebagai hasil dari tindakan yang agresif. Sikap agresif
kadangkala diperlukan dalam sukan untuk menyerang pihak lawan.Keagresifan yang terlalu
melampau akan menyebabkan tumpuan menjadi semakin kecil.Kesannya, pemain akan melakukan
kesilapan sewaktu pertandingan.Setiap jenis sukan memerlukan tahap kebangkitan yang sesuai serta
berbeza-beza.

ii) TEORI KEGANASAN

a) Teori Naluri (Instinct Theory)

Teori Naluri diasaskan berdasarkan kepada penulisan psikologis tersohor Sigmund Freud dan
seorang ethologis,Konrad Lorenz.Freud (1950) melihat keagresifan sebagai naluri dalaman atau
sesuatu yang tertanam dalam diri manusia sama seperti lapar,dahaga serta nafsu seks.Oleh kerana ia
merupakan naluri semulajadi manusia sifat agresif ini tidak boleh dikikis dari dalam diri manusia
tetapi ia boleh dikawal serta diluahkan dengan pelbagai cara.Antaranya dengan menggunakan
aktiviti sukan sebagai salah satu cara untuk meluahkan tekanan keagesifan dengan cara yang
dibenarkan dalam konteks masyarakat kita hari ini
Menurut pendekatan Teori Naluri ini keagresifan perlu diluahkan secara terus untuk menghilangkan
tekanan yang terpendam dalam diri seseorang individu.Proses meluahkan keagresifan ini disebut
sebagai katarsi.Segala bentuk perlakuan yang lasak dan kasar dianggap sebagai proses meluahkan
keagresifan yang terpendam ataupun katarsis.Sukan merupakan wadah yang sesuai untuk
melepaskan keagresifan yang terpendam kerana ia dianggap sebagai tempat untuk melepaskan
tekanan yang dibenarkan.Contohnys,seorang pentinju boleh meluahkan keagresifannya di
gelanggang tinju manakala seorang pemain ragbi boleh melepaskan “geram” dengan membuat
tackle terhadap pemain lawan di padang permainan.

b) Teori Frustration-Aggression

Teori ini berkaitan dengan sikap agresif yang berlaku disebabkan oleh perasaan kecewa pada diri
seseorang ekoran daripada berlakunya kegagalan.Kenyataan ini telah dikemukan oleh perasaan
kecewa pada diri seseorang ekoran daripada berlakunya kegagalan.Kenyataan ini telah dikemukakan
oleh Dollard,Doob,Miller dan Mower (1939).Namun pada hari ini,kenyataan ini tidak diterima
sepenuhnya kerana tidak semestinya orang kecewa akan menyebabkan berlakunya sikap agresif
dalam sesuatu aktiviti sukan atau senaman.Kajian dan pengalaman telah menunjukkan bahawa
seseorang yang kecewa tidak akan melepaskan sikap agresif sewenang-wenangnya Malah,menurut
Gill (1986),sikap agresif tidak selalunya ditonjolkan dalam sesuatu aktiviti sukan atau senaman
kerana ia boleh disalurkan dalam pertandingan sukan.Contohnya,terdapat bukti bahawa ahli sukan
kontak yang kecewa dalam sesuatu pertandingan dapat mengawal dan merendahkan tahap agresif
dalam diri mereka di samping menggunakan pengalaman-pengalaman lampau.

c) Teori Pembelajaran Sosial

Teori ini menerangkan agresif sebagai sikap seseorang yang belajar melalui penelitian orang lain
yang mempunyai sikap ganjil.Sebagai contoh,ahli psikologi Bandura (1977) telah mendapati bahawa
kanak-kanak yang melihat orang dewas melakukan sesuatu yang ganas akan meniru perbuatan
tersebut lebih banyak berbanding dengan kanak-kanak yang tidak terdedah dengan perbuatan yang
ganas.Malah,menurut kajian yang dilakukan oleh Smith (1988) terhadap sukan hoki ais,yang mana
terdapat pergaduhan sukan tersebut dan tindakan yang agresfi itu telah dilakukan oleh pemain-
pemain yang lebih professional di mana tindakan yang agresif itu merupakan sesuatu yang normal
dalam permainan sukan hoki ais.Kajian Pembelajaran Sosial dalam sukan juga menunjukkan bahawa
kebanyakan atlet tidak diajar untuk bertindak ganas tetapi sikap agresif ini datang dengan sendirinya
dengan melihat orang lain melakukannya dalam permainan-permainan yang lepas.Bandura
(1977),Thirer (1993) telah menekankan bahawa peranan penting orang lain banyak membantu
dalam mengawal atau menyebabkan sikap agresif,memandangkan model pembelajaran adalah
orang yang bersikap agresif.

iii) JENIS-JENIS KEAGRESIFAN

a) Keagresifan Ketara

Silva (1984), menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca
daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta
dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula ( kepuasan )
apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.

Contoh:
Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain pertahanan
pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh
pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan
tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam
(mengakibatkan kesakitan).

Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang
tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan.Niatnya
pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya (
kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.

b) Keagresifan Intrumental

Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan individu lain, bermatlamat
untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij. Individu
yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut sebagai ”instrumental” ( perlu dilakukan )
untuk mencapai matlamatnya.

Contoh:

Tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat
untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik seperti
menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain.Matlamat utama pemain
pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut.Dalam contoh
ini, niat untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain
pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan.

c) Keagresifan Asertif

Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut
peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat
untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali.

Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif
kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan permainan dan tiadanya niat
untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan.

Contoh:

Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam
permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan selagi tackle tadi
dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemain lawan
akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia
dilakukan dengan “bersih” serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain
lawan.
iv) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGANASAN DALAM SUKAN

1. Kebangkitan Fisiologi.

Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu suhu di persekitaran dan bunyi bisisng
penoton.Suhu persekitaran berkait rapat dengan kecenderungan untuk bertindak secara agresif
kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang selesa,rimas serta mudah marah.Justeru itu,kesilapan
yang sedikit atau tindakan yang dianggap keterlaluan yang dilakukan oleh orang lain ke atas pemain
ini akan menjadi pencetus kepada pemain tersebut untuk bertindak secara agresif.Ini telah
dibuktikan oleh Reifman,Larrick dan Fein (1991) yang mendapati wujudnya perkaitan secara linear di
antara suhu dan bilangan pemukul bola yang terkena bola yang dibaling oleh pembaling
(pitcher).Dalam konteks ini, semakin tinggi suhu semakin agresif pembaling membaling bola
sehingga ramai pemukul bola yang terkena balingan pembaling tersebut.

Satu lagi factor yang berkait rapat dengan kebangkitan fisiologi dalam sukan adalah
kebisingan.Kebisingan penonton di stadium atau gelanggang boleh meningkatkan kebangkitan
pemain sehingga ia boleh menggugat prestasi pemain tersebut.kajian yang telah dijalankan oleh
Donnerstein dan Wilson (1976),Green (1978) dan Glass dan Singer (1972) mendapati kebisingan
yang tinggi tahap desibelnya merangsang respon agresif individu terbabit.Justeru itu,kebisingan
penonton stadium menjadi pemangkin kepada tindakan agresif para pemain (Wann,1997)

2. Persepsi Individu Yang Dikasari

Keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan (berdasarkan persepsi) bahawa beliau
akan dikasari oleh oihak lawan.Dalam konteks ini,persepsi tentang niat pemain lawan untuk
mengasari seseorang individu adalah lebih “kukuh” dari kekalahan atau suasana pertandingan dalam
mencetuskan tindakan yang agresif di kalangan pemain.Justeru itu,pemain yang menjangkakan
bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.

3. Takut Kepada Tindak Balas Yang Bakal Diterima

Takutkan tindak balas yang bakal diterima dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan
perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan sukan.Dengan kata lain,setiap pemain menghormati
pemain pasukan lawannya dan masing-masing cuba untuk mengatasi lawannya tanpa bertindak
secara agresif.Bagaimanapun akan sampai satu tahap di mana setiap pemain mula mencabar
lawannya dan tindakan itu menjadilkan suasana perlawanan menjadi lebih sengit.Kesannya tindakan
atau perlakuan yang agresif akan meningkat kerana setiap tindakan yang agresif akan dibalas dengan
tindakan yang sama ataupun lebih,untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat.Akhirnya,perlakuan
agresif akan sampai ke kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal dengan baik.

4. Perbezaan Mata Dan Jaringan.

Kajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar perbezaan
mata atau jaringan ,maka semakin banyak kekasaran yang dilakukan oleh pemain pasukan yang
sedang ketinggalan (Cox,1999).Bagaimanapun jika kedudukan adalah seri ataupun perbezaan jumlah
mata kecil,kurang perlakuan agresif dilakukan oleh pihak yang terlibat iaitu pemain dan jurulatih
khususnya bimbangkan risiko yang bakal dihadapi jika pemain melakukan tindakan yang kasar dan
agresif.

5. Lokasi Perlawanan

Biasanya,pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka
mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan
rumah.Bagaimanapun,menurut Russell (1981),ia bergantung kepada corak keagresifan yang
ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan.Bagi sukan bola sepak,pasukan yang bermain di
tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan kedudukan
mereka,manakala bagi hoki ais,ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat
lawan (Cullen & Cullen,1975).

6. Keputusan Pertandingan

Pemain pasukan yang tewas atau merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk menang
lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi perlawanan
tersebut.Ini mungkin kerana rasa kecewa berdasarkan Teori Frustrasi-Agresif (Cullen & Cullen,1975).

7. Kedudukan Pasukan Dalam Liga

Pasukan yang berkedudukan di tempat teratas liga lazimnya kurang agresif (kurang melakukan
kekasaran) jika dibandingkan dengan pasukan yang kedudukannya di bawah.Jika dilihat dari sudut
Teori Frustrasi-Agresif,pasukan yang Berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan
pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan.Justeru itu,mereka
bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.

8. Jangka Masa Dalam Permainan

Umumnya,perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar dengan
peningkatan masa permainan.Bagaimanapun, kenyataan ini juga bergantung kepada jenis
permainan.Yang jelas,keagresifan jarang berlaku di awal masa permainan.

9. Penggunaan Steroid

Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan adalah kerana kesan
sampingannya.Antara kesan sampingan steroid adalah peningkatan keagresifan individu yang
mengambil atau menggunakan steroid.Justeru itu sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam
sukan,kita perlu memastikan agar pemain tidak mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan terlarang
sebelum mereka mengikuti pertandingan.
v) CARA-CARA MENGATASI KEGANASAN DALAM SUKAN

1. Mendisiplinkan Atlet Dengan Sikap Yang Betul

Jurulatih perlu mendisiplinkan atlet dengan mengajar mereka untuk bersikap dengan baik dan
menerapkan kemahiran mengawal tekanan sewaktu bermain dalam sesebuah
pertandingan.Jurulatih juga perlu mendisiplinkan atlet untuk mengawal keagresifan mereka bukan
sahaja sewaktu bermain malah selepas tamatnya sesebuah pertandingan terutama sekali jika
mereka terpaksa berhadapan dengan kekalahan. Jurulatih juga perlu mengkaji perwatakan
seseorang atlet tersebut.Misalannya,mendapatkan biodata atlet yang merangkumi latar belakang
keluarga,rakan-rakan terdekat,pengambilan makanan,sejarah penyakit serta segala maklumat yang
penting berkaitan dengan atlet tanpa mengganggu privasi atlet.

Dalam mengajar sikap yang betul kepada atlet,jurulatih juga sepatutnya tahu bagaimana hendak
menyelesaikan masalah di samping menunjukkan tindakan yang tidak ganas.Cmtohnya, menurut
Miller (1993),di sebuah sekolah di Maryland terdapat satu program yang menawarkan latihan untuk
memperbaiki suasana sekolah.Program ini dimulakan dengan mengenalpasti pelajar yang
berketrampilan dan berkemahiran berkomunikasi yang baik akan bertindak sebagai perantara dalam
menyelesaikan konflik dengan pelajar yang bermasalah.Ketua rakan sebaya ini akan mengajar cara-
cara menyelesaikan masalah tanpa tidakan yang ganas.Walaupun contoh ini bukan satu-satunya
model penyelesaian masalah,namun ia jelas menunjukkan kepentingan mengajar kanak-kanak dapat
menyelesaikan masalah tanpa tindakan ganas.

2. Ceramah Motivasi

Menyampaikan ceramah-ceramah motivasi yang pada kebiasaannya disampaikan oleh pakar-pakar


sukan (psikologi) sebelum sesuatu kejohanan sukan perlu menerapkan unsur-unsur fair-play kepasa
atlet.Dengan cara itu,mereka bukan sahaja diberikan semangat untuk meningkatkan keyakinan
diri,konsentrasi dan motivasi malah telah diberikan suntikan tentang perlunya “ semangat
kesukanan” semasa bertanding.Dengan cara tersebut,ia boleh membantu mengelakkan sikap
agresif.

3. Membuat Pemeriksaan Terhadap Penonton Sebelum Memasuki Stadium.

Manakala cara yang terakhir untuk mengawal sikap ini adalah dengan mengawal tindakan ganas
yang dilakukan oleh penonton.Di sini terdapat beberapa strategi umum bagi mengawal tindakan
agresif penonton.Antaranya,mengharamkan pengambilan alcohol kepada penonton dalam sebarang
pertandingan sukan.Pemeriksaan perlu dilakukan di pintu masuk penonton bagi mengelakkan
mereka daripada membawa masuk barang-barang yang membahayakan seperti mercun,kayu,benda-
benda tajam serta minuman memabukkan.

4. Memisahkan Penyokong Pasukan

Penyokong kedua-dua pasukan perlu dipisahkan agar tidak berlakunya pergaduhan atau perkara
yang tidak diingini di dalam stadium.Perkara tragis perlu dielakkan seperti yang berlaku di beberapa
Negara Eropah di mana ramai penonton mati akibat pergaduhan antara penyokong.
5. Mempromosikan Acara Sukan Sebagai Aktiviti Keluarga

Apabila aktiviti sukan menjadi aktiviti keluarga,maka kita akan menjaga kesopanan serta perlakuan
agar aktiviti tersebut dapat dinikmati dalam suasana yang selamat.

6. Media Tidak Menyalahgunakan Peranannya Sebagai Penyampai Informasi Maklumat.

Pihak media perlu memastikan agar laporan atau publisiti yang diberikan terhadap perlawanan
tersebut tidak ada sentiment yang negatif.Ini adalah kerana kewujudan sentimen yang negatif di
antara kedua-dua pasukan bukan sahaja akan membakar api dendam di antara pemain,malahan di
antara paa penyokong.Ini akan menyebabkan suasana perlawanan menjadi tegang dan merbahaya
seperti yang berlaku dalam pertandingan separuh akhir Piala Eropah di antara Kelab Leeds United
dan Kelab Galatasary dari Turki.

vi) RUMUSAN

Kesimpulannya,keagresifan dalam sukan tidak mustahil untuk diatasi jika mereka yang terlibat
mempunyai niat yang positif untuk bersama-sama mengatasi keadaan ini.Pengiat sukan sebenarnya
bertanggungjawab untuk memastikan atlet-atlet muda di bawah didikan masing-masing dapat
bertanding dalam suasana yang selamat dan kondusif.

BIBLIOGRAFI

Nota Psikologi Sukan

http://sainssukan.forumotion.com/t87-psikologi-sukannota (diakses pada 10 Februari 2012)

Keganasan Dalam Sukan

http://www.scribd.com/doc/58352554/KEGANASAN-DALAM-SUKAN (diakses pada 15 Februari


2012)

Keganasan dan Keagresifan dalam Sukan http://azharpjpk.blogspot.com/2009/08/keganasan-


keagresifan-dalam-sukan.html (diakses pada 20 Februari 2012)

http://www.lmsipda.net/lms/course/info.php?id=123 (diakses pada 24 Februari 2012)

Mohd Sofian Omar Fauzee, (2002). Psikologi Sukan; Daya Tahan Mental Dan Emosi Di Kalangan Atlet.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mohd Sofian Omar Fauzee, (2001). Psikologi Sukan; Aplikasi Teori dan Praktikal Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.

Mohd Sofian Omar Fauzee, (2003). Penyelesaian Masalah Atlet Melalui Pendekatan Psikologi, Kuala
Lumpur: Utusan Publications.
Shaharudin Abd.Aziz (2001), Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan,Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors.

Anda mungkin juga menyukai