Anda di halaman 1dari 3

Jawapan UP1/2018 BM Tahun 4

Pemahaman

1. C 11. A
2. A 12. D
3. A 13. D
4. B 14. B
5. C 15. C
6. B 16. C
7. D 17. C
8. B 18. C
9. A 19. A
10. A 20. C
Bahagian B

Soalan 21.

a.

Ayat penyata Ayah sudah tentu ada nama pilihan untuk adik.

Ayat tanya Tolong bagikan datuk pula cucu baharu ini.

Ayat perintah Siapakah nama adik?


Ayat seruan Amboi, comel sungguh adik saya!

[4 markah]

b. Mereka disambut oleh pengurus Rumah Kanak-kanak Seri Intan dengan senyuman dan tangan terbuka.
[2 markah]

c.

1. angkuh seperti merak [1m]

2. lambat seperti kura-kura [1m]

3. rajin seperti semut [1m]

4. licin seperti belut [1m]

Soalan 22

lulusan; perubatan; kejuruteraan; sambilan; menjadikan [5 markah]

Soalan 23

a. Ibu dan ayah [1 m]


b. Penulis mengucapkan tahmiah kepada ibu dan ayah mereka kerana ibu selamat melahirkan
adik/mendapat ahli keluarga baharu. [2m]
c. Penulis berharap agar adik kesayangan mereka sentiasa sihat dan sejahtera. [2m]
Soalan 24

a. Encik Lee mengarahkan anaknya untuk mencipta serangkap pantun. [2m]


b. Encik Lee menjemput tetamu ke rumahnya menggunakan khidmat pesanan ringkas. [2m]
c. Melayu. [1m]

Soalan 25

a. Encik Dharmaraj yang dipilh sebagai tokoh bekas murid. [1m]


b. Pengalaman bersekolah di SJK(C) Taman Melati yang menyebabkan tokoh bekas murid tersebut
menghargai pelajaran. [2m]
c. Harapan tokoh bekas murid ini ialah kejayaan yang dikecapinya dapat menjadi teladan kepada
murid.murid. [2m]
Penulisan
Bahagian A
1. Guru Kelas mengadakan majlis hari jadi untuk meraikan murid-murid yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-
10.
2. Murid-murid yang menyambut hari jadi meniup lilin yang dipasang di atas kek yang dihidangkan.
3. Rakan-rakan yang lain menyanyikan lagu hari jadi kepada mereka yang diraikan.
4. Semua orang bertepuk tangan dan mendoakan kebahagiaan rakan-rakan yang diraikan.
5. Banyak makanan terhidang di atas meja sebagai jamuan Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran.

[mana-mana jawapan yang sesuai diterima] [10 markah]

Bahagian B

Gambar di atas menunjukkan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai. Mula-mula, penduduk kampong berkumpul
dan membawa alatan seperti cangkul, pongkes dan sebagainya. Seterusnya, mereka mengutip sampah yang bertaburan
lalu memasukkannya ke dalam tong sampah.

Selain itu, mereka menebas rumput yang panjang dengan menggunakan sabit. Di samping itu, mereka juga
mengeluarkan sampah dari sungai dengan menggunakan pencedok dan mengumpulkan sampah itu. Akhirnya, kampung
mereka bersih selepas menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan sungai.

[15 markah]

Bahagian C

Soalan 1

Guru yang saya sayangi ialah Cikgu Chai. Cikgu Chai ialah guru kelas saya. Beliau seorang guru yang sangat tegas dan
bertanggungjawab.

Cikgu Chai menjadi guru kelas saya semenjak saya Tahun Satu lagi. Beliau sangat mengambil berat tentang kami.
Beliau juga sering menasihati kami supaya rajin belajar.

Pada waktu petang, Cikgu Chai mengajar kami dalam Kelas Bimbingan. Beliau tekun membimbing kami. Kami
sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar dengan baik.

Cikgu Chai selalu memastikan kami memahami pelajaran yang diajarkan oleh beliau. Beliau akan meminta kami
menyiapkan kerja rumah yang telah diberikannya. Beliau akan memeriksa tugasan kami dengan teliti.

Saya amat sayang akan Cikgu Chai. Saya berharap agar Cikgu Chai akan dapat terus mengajar dan membimbing
kami sehingga Tahun Enam. Saya juga berdoa agar Cikgu Chai sentiasa sihat dan sejahtera.

Soalan 2

Nama saya Kai Chun. Saya berumur 10 tahun dan bersekolah di SJK(C) Chung Hua Paku. Sekolah saya sangat besar dan luas.
Selain besar dan luas, kawasan sekolah saya juga sangat bersih dan indah. Kawasan sekolah saya dihiasi pokok yang
menghijau dan bunga yang berwarna-warni. Kami sering mengadakan aktiviti gotong-royong bagi menjaga menjaga
kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah kami.

Saya sangat gembira kerana dapat belajar di sekolah ini. Hal ini demikian kerana sekolah ini mempunyai tenaga
pengajar yang cemerlang dan profesional. Guru-guru di sekolah ini pandai mengambil hati murid-murid dengan cara
mengajar yang menarik dan menyeronokkan. Mereka juga mengajar kami dengan mesra dan sabar. Oleh sebab itu, saya
dan kawan-kawan berasa seronok untuk belajar di sekolah ini.

Selain itu, pihak pengurusan sekolah juga sangat mengambil berat akan keperluan murid-muridnya. Hal ini dapat
saya gambarkan ketika kami atau ahli keluarga kami ditimpa musibah, pihak sekolah akan memungut derma kilat bagi
meringankan beban keluarga yang berkenaan. Justeru, saya berasa bangga dapat menjadi salah seorang murid SJK(C)
Chung Hua Paku. Saya selalu merasakan sekolah ini seperti rumah saya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai