Anda di halaman 1dari 24

KELAB ROBOTIK

SMK SEAFIELD
JALAN USJ 2/5,
SUBANG JAYA

0
KANDUNGAN
BIL M/S
PERKARA
1. PENGENALAN 2

2. VISI 2

3. MISI 2

4. OBJEKTIF 2

5. CARTA ORGANISASI AKTIVITI KOKURIKULUM 3

6. CARTA ORGANISASI AJK KELAB ROBOTIK 4-5

7. TAKWIM KEGIATAN KOKURIKULUM 6

8. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 7

9. PELAKSANAAN PERTANDINGAN SERTA 8-17


KEPUTUSAN
10. PROGRAM/AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN 18-21

11. KESIMPULAN 22

1
1. PENGENALAN
Melalui pemberian set robotik Lego Mindstorm NXT oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
pada tahun 2007 maka tertubuhnya Kelab Robotik SMK Seafield.

2. VISI

Menjadi kelab Robotik utama yang inovatif,kreatif dan menerajui ke arah kecemerlangan
kokurikulum sekolah.

3. MISI
Memupuk minat dan mencungkil bakat pelajar kepada kemahiran rekacipta dan penyelidikan sains
dalam bidang robotik yang menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif.

4. OBJEKTIF

i. Menggalakkan pelajar untuk membuat explorarisasi dan penyelidikan dalam rekacipta teknologi
robotik,program kecerdasan buatan dan bidang yang berkaitan.

ii. Membantu pelajar membina asas yang kukuh dalam matematik, sains, teknologi rekabentuk dan
ICT melalui kemahiran hands on atau penyelidikan.

iii. Untuk melatih pelajar mengamalkan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah yang
mencabar.

iv. Untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam bidang sains dan teknologi

v. Melibatkan pelajar dalam satu program ‘mentor based’ yang menggalakkan pemikiran inovatif
“out-of-the-box”

2
5. CARTA ORGANISASI AKTIVITI KOKURIKULUM 2009

PENGERUSI
Pn. Teh Seok Im

NAIB PENGERUSI I NAIB PENGERUSI II


En Abdul Rahim Khalid En Musawir Jamshad

SETIAUSAHA
Pn. Norsalawaty Muhammad (Pagi)
Pn. Heng Sok Tiang (Petang)

PENYELARAS

UNIT BERUNIFORM PERSATUAN KELAB BKN PERMAINAN PERMAINAN


Pn.Zaini Pn.Fong W.C. Pn.Phung K.C. Pn.Chuah LS

AHLI JAWATANKUASA
Guru-guru Kanan/ Guru Kanan Penasihat
Persatuan/ Kelab/ Akademik/ Pelbagai

3
6. CARTA ORGANISASI KELAB ROBOTIK 2009

SESI PAGI

GURU PENASIHAT
(PN. GRACE ONG HOOI CHEAN)

PENGERUSI
(M. SUMADRAN) 5C

NAIB PENGERUSI
(DARSHNAN KUMAR)3G

SETIAUSAHA
(DHARSAN A/L
ANNAMALAY)3G

NAIB SETIAUSAHA
(MAGDALENE ROSE) 3G

BENDAHARI
(TAN XING KAI) 3G

NAIB BENDAHARI
(MUHAMMAD IDLAN) 3G

AJK TING 4 AJK TING 3


(PRAGASH)4A (FATIN NADIA) 3G
(CHRISTOPHER) 4G (LIEW JOON KEONG) 3H

4
SESI PETANG

GURU PENASIHAT
(EN. AZAHAR)

PENGERUSI
(LEE LOONG YI) 2B

NAIB PENGERUSI
(LEE LOONG KUAN)1F

SETIAUSAHA
(CHONG JIA CHENG)2D

NAIB SETIAUSAHA
(TANG KAR CHUIN) 1F

BENDAHARI
(KEANUE GOH WEI CHIEN) 1B

NAIB BENDAHARI
(COLIN CHAN) 1E

AJK TING 1 AJK TING 2


(JOSHUA CHUA)1A (BRANDON CHOO) 2J
(MUHAMMAD FARHAN)1A (TAN HOONG CHAU) 2B

5
7. TAKWIM KEGIATAN KOKURIKULUM

JADUAL PELAKSANAAN LATIHAN DAN AKTIVITI KELAB ROBOTIK


BULAN TARIKH JENIS LATIHAN/TEKNIK NAMA JENIS TEMPAT CATATAN
GURU/JURULATIH PERTANDINGAN
JAN 9/1/09 Pendaftaran PN. GRACE ONG Tapak
perhimpunan
Kokurikulum
16/1/09 Mesyuarat Agung (AGM) “ Makmal
Komputer
& Pengenalan kepada
Robotik8
23/1/09 Latihan Robotik 1 “ Makmal
Komputer
FEB 6/2/09 Latihan Robotik 2 “ Makmal
Komputer
27/2/09 Latihan Robotik 3 “ Makmal
Komputer
MAC 13/3/09 Latihan Robotik 4 “/ En Khong Makmal
Komputer
APR 24/4/09 Latihan Robotk 5 “/ En Khong Makmal
Komputer
MEI 6/5/09 Lawatan rombongan ke “ ROBOCON - Shah Alam
ROBOFEST
Pertandingan Robocon
Peringkat Kebangsaan
2009
8/5/09 Latihan Robotik 6 “/ En Khong Makmal
Komputer
22/5/09 Latihan Robotik 7 “/ En Khong Makmal
Komputer
JUN 18/6/09 Pertandingan Robotik “ NRC- Negeri Sepang
Selangpr
Peringkat Kebangsaan Robot Planting
Robot Energizing
Robot Artist
19/6/09 Latihan Robotik 8 “ Makmal
Komputer
26/6/09 Latihan Robotik 9 “ Makmal
Komputer
JUL 10/7/09 Latihan Robotik 10 “ Makmal
Komputer
24/7/09 Pertandingan Robotik “ “Tug Of War” Makmal
Komputer
(Peringkat sekolah)
sempena minggu ICT.

6
8. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

Tempat: Makmal Komputer SMK Seafield

Sesi Masa Guru Penasihat


Pagi 3.00- 4.30 petang Pn. Grace Ong Hooi Chean
Petang 9.00- 10.30 pagi En. Mohd Azahar Abd Manap

Bil Tarikh Aktiviti Catatan


1 9/1/09 Pendaftaran Kokurikulum
2 16/1/09 Mesyuarat Agung (AGM) &
Pengenalan kepada Robotik8
3 23/1/09 Latihan Robotik 1
4 6/2/09 Latihan Robotik 2
5 27/2/09 Latihan Robotik 3
6 13/3/09 Latihan Robotik 4
7 24/4/09 Latihan Robotk 5
8 6/5/09 Lawatan rombongan ke
Pertandingan Robocon Peringkat
Kebangsaan 2009
9 8/5/09 Latihan Robotik 6
10 22/5/09 (ganti Hari Latihan Robotik 7
guru – 29/5/09)
18/6/09 Pertandingan Robotik Peringkat
Kebangsaan
11 19/6/09 Latihan Robotik 8
12 26/6/09 Latihan Robotik 9
13 10/7/09 Latihan Robotik 10
14 24/7/09 Pertandingan Robotik (Peringkat
sekolah) sempena minggu ICT.

7
9. PELAKSANAAN PERTANDINGAN SERTA KEPUTUSAN

9.1 Kejohanan/ Pertandingan : Pertandingan Robotik Kebangsaan (National

Robotic Competition) (Peringkat Negeri Selangor)

Tarikh : 15 Jun hingga 18 Jun 2009

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Dewan Bandar Baru Salak, Sepang, Selangor D.E.

Peringkat : Negeri Selangor

Guru Pengurus : Pn. Grace Ong Hooi Chean

Guru Pengiring : En. Ardi

Pertandingan Robotik Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Pusat

Sains Negara dan Sasbadi Sdn. Bhd peringkat negeri Selangor telah diadakan di Dewan Bandar Baru

Salak, Sepang , Selangor Darul Ehsan pada 15 hb Jun hingga 18 hb Jun 2009. Kelab Robotik SMK

Seafield iaitu “Seafield Robotic” telah menghantar 5 pasukan untuk acara kategori biasa bawah 15

tahun, 1 pasukan kategori biasa bawah 18 tahun dan 1 pasukan untuk kategori terbuka. Pelajar-

pelajar yang terlibat adalah seperti dalam senarai di bawah:

Kategori Biasa ( bawah 15 tahun) Pasukan 1 Chong Jia Cheng, Colin Chan, Khor Hoa Xiang
ROBOT PLANTING
Pasukan 2 Khoo Ken G, Mohd Fazly bin Azaha, Mohd Farhan bin
Mohd Fadhillah

Pasukan 3 Keanue Goh Wei Chien, Joshua Chua, Low Wei Hsien

Pasukan 4 Tan Hoong Chau, Tan Hoong Jie, Brandon Choo

Pasukan 5 Darshnan A/L Annamalay, Terrence Lee Yoong


Foong,
Niroshen A/L Manni

Kategori Biasa (bawah 18 tahun) Pasukan 1 M. Sumadran, Kenneth , Ashwin


ROBOT ENERGIZING
Kategori Terbuka ( bawah 15 Pasukan 1 Lee Loong Yi, Tang Kar Chuin, Lee Loong Kuan
tahun) (I-Cyberfield)
ROBOT ARTIST

8
Pada peringkat pusingan pertama, pertandingan ini diadakan mengikut zon seperti di bawah:

ZON 1 (Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat)

ZON 2 (Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling Perdana, Kuala Langat)

ZON 3 (Klang, Petaling Utama, Sepang)

SMK Seafield tergolong dalam Zon 2 iaitu Petaling Perdana. Dalam pertandingan pusingan
pertama ini peserta untuk kategori Biasa “Robot Planting” ( bawah 15 tahun ) SMK Seafield telah
berjaya mendapat tempat pertama, kedua, kelima dan keenam. Hanya pasukan 5 tertinggi untuk
setiap zon yang akan layak ke pusingan akhir menjadikan hanya 15 pasukan terbaik sahaja dalam
negeri Selangor.

Oleh yang demikian daripada 5 pasukan yang menyertai pertandingan kategori “Robot

Planting”, sebanyak 3 pasukan telah dipilih untuk bertanding dalam pusingan akhir iaitu mewakili

Zon 2 peringkat negeri yang diadakan pada 18 hb Jun 2009. Pada pertandingan peringkat negeri,

pasukan 3 telah berjaya mendapat tempat kelima dan pasukan 1 , tempat ke 9.

Pasukan bawah 15 tahun untuk kategori terbuka “Robot Artist” yang mempersembahkan

permainan Kompang di mana sebanyak 4 robot telah dibina untuk memainkan alat tradisional

Melayu itu kompang dan digelar “KOMPANGBOT” telah berjaya mendapat tempat kedua untuk

pertandingan peringkat negeri Selangor kategori terbuka ( bawah 15 tahun).

Senarai di bawah menunjukkan senarai peserta ke peringkat akhir dan pencapaian mereka di

pusingan akhir.

Kategori Biasa ( bawah Pasukan Peringkat Peringkat Nama Peserta


15 tahun) Zon Negeri
ROBOT PLANTING

Chong Jia Cheng, Colin Chan, Khor


Pasukan 1 Tempat ke 2 Tempat ke 9 Hoa Xiang

Pasukan 2 Tempat ke 6 - Khoo Ken G, Mohd Fazly bin Azaha,


Mohd Farhan bin Mohd Fadhillah

Pasukan 3 Tempat ke 5 Tempat ke 5 Keanue Goh Wei Chien, Joshua Chua,


Low Wei Hsien

9
Pasukan 4 - - Tan Hoong Chau, Tan Hoong Jie,
Brandon Choo

Darshnan A/L Annamalay, Terrence


Pasukan 5 Tempat ke 1 - Lee Yoong Foong,
Niroshen A/L Manni

Kategori Biasa (bawah Pasukan 1 - = M. Sumadran, Kenneth , Ashwin


18 tahun)
ROBOT ENERGIZING

Kategori Terbuka Pasukan 1 - Lee Loong Yi, Tang Kar Chuin, Lee
( bawah 15 tahun) (I- Tempat ke 2 Loong Kuan
ROBOT ARTIST Cyberfield)

“Best Mentor Award” Guru: Pn. Grace Ong Hooi Chean


Pertandingan Robotik Kebangsaan
(Negeri Selangor)

Selain daripada pencapaian yang cemerlang daripada ahli kelab robotic dalam pertandingan

robotic NRC, guru penasihat kelab iaitu Pn. Grace Ong telah berjaya mendapat “Best Mentor Award”

peringkat negeri Selangor atas usaha beliau yang gigih untuk memantapkan pencapaian kelab sejak

ia dibuka 2 tahun yang lalu. Sokongan dan usaha beliau sepanjang cuti pertengahan tahun selama 2

minggu untuk membimbing dan membuat persediaan bersama ahli kelab robotik amat dihargai.

Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Ardi yang sanggup menjadi guru

pengiring sepanjang pertandingan ini untuk menggantikan En. Azahar. Sokongan beliau juga amat

kami hargai.

Untuk masa hadapan, Kelab Robotik Seafield pasti akan berusaha lebih gigih supaya dapat

mewakili Selangor dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Juga kami berharap dapat menambah

lagi bilangan robot supaya dapat membudayakan sekolah ke arah bidang robotik.

10
Gambarfoto pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC 2009)

Dewan Serbaguna, Bandar Baru Salak Tinggi

Para peserta sedang mengisi borang maklumat peserta di luar dewan

11
Pasukan 5 iaitu Terrence, Darshnan dan Niroshen sedang membina robot

Pasukan 2 iaitu Ken G, Fadzly dan Farhan sedang memprogram robot.

12
Para peserta sedang menunggu arahan dari penganjur.

Pasukan 1 iaitu Jia Cheng, Colin dan Hoa Xiang sedang bersedia untuk pertandingan

13
Pasukan 3 iaitu Kaenue, Joshua Chua dan Wei Shen sedang memprogram robot

Con

Pas ukan

14
Contoh-contoh Robot planting yang dibina oleh para peserta

Pasukan I-cyberfield dengan KOMPANGBOT yang dibina oleh Loong Yi, Kar Chuin dan
Loong Kuan

15
Persembahan Kompang oleh KOMPANGBOT SMK Seafield yang terdiri daripada

Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi dan Hang Lekir

Penyampaian hadiah oleh Pen. Pengarah Pelajaran – Naib Johan bagi kategori terbuka

Bawah 15 tahun “Robot Artis” Kompangbot oleh Lee Loong Yi, Tang Kar Chuin dan Lee
Loong Kuan.

16
Para Pemenang kategori terbuka Robot Artist

Penyampaian hadiah “Best Mentor Award” negeri Selangor kepada

Guru SMK Seafield, Pn. Grace Ong Hooi Chean.

17
10 . PROGRAM/AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
Sesi pagi dan petang

1. Perjumpaan Kelab seperti yang dijadualkan mengikut takwim

2. Pelaksanaan Bengkel oleh Jurulatih dari Creative Robotic bagi melatih pelajar

dalam pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) anjuran KPM dan Sasbadi

3. Pelaksanaan Pertandingan Robotik “ Tug Of War” sempena minggu ICT.

4. Lawatan Sambil Belajar- Pertandingan Robocon Kebangsaan di Stadium Melawati

Shah Alam

18
Latihan robotik telah dijalankan sepanjang 2 minggu berturut-turut iaitu Kategori Terbuka dari
pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang manakala Kategori biasa dari pukul 2.00 hingga 4.30 petang dari
1/6 hingga 6/6 dan 8/6 hingga 12/6/2009.
Juru latih robotik khas yang diundang dari Creative Robotik telah datang untuk melatih pelajar
pada hari Khamis (4/6 dan 5/6) untuk kategori biasa dan 1/6 dan 2/6 untuk kategori terbuka.
Latihan “Robot Planting” telah diajar bagi 5 pasukan bawah 15 tahun dan 1 pasukan lebih 15
tahun “Robot Energizing”. Manakala 1 pasukan kategori terbuka bawah umur 15 tahun telah
membina Robot Artist = Pemain Kompang telah mendapat bimbingan dari jurulatih tentang cara
pembinaan tangan yang sesuai sahaja. Pelajar sendiri telah berjaya membina scanner dan
memprogram sendiri agar robot berfungsi.
Perhiasan robot iaitu pakaian dan pembinaan badan pemain kompang dibimbing oleh guru
penasihat Pn. Grace Ong.

HARI : 5 HB MEI 2009

MASA : 7.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI

GURU PENGIRING: PN. GRACE ONG H.C


EN. MOHAMAD AZAHAR

Pada 5 hb mei 2009, Kelab Robotik SMK Seafield telah mengadakan satu rombongan
lawatan ke Stadium Melawati, Shah Alam untuk menyaksikan Pertandingan Robocon peringkat
Kebangsaan , Malaysia. Lawatan ini merupakan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Petaling (PPD
Perdana).
Seramai 38 orang pelajar yang terdiri daripada ahli kelab Robotik SMK Seafield sesi petang
dan pagi telah berkumpul di kantin dan mendaftarkan diri mulai 7.30 pagi. Pada pukul 8.00 pagi
tepat, bas rombongan yang dihantar oleh PPD telah memulakan perjalanan ke stadum melawati ,
Shah Alam diiringi oleh dua orang guru penasihat kelab robotik iaitu Pn. Grace Ong (sesi pagi) dan
En. Azahar ( sesi petang).

19
Perjalanan ke stadium mengambil masa selama setengah jam kerana berlaku kesesakan
jalanraya sepanjang perjalanan pada awal pagi . Pada pukul 8.30 pagi tepat rombongan pelajar
sampai ke stadium. Terdapat ramai peserta daripada universiti awam dan swasta serta kolej-kolej
bersiap sedia untuk pertandingan yang akan bermula sekejap lagi di kaunter masing-masing. Tajuk
atau tema untuk pertandingan robocon tahun ini adalah “ Travel Together For The Victory Drums’
yang akan berlangsung mulai 5 hingga 10 Mei 2009. Pertandingan ini merupakan anjuran
Kementerian Pengajian tinggi dengan kerjasama Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi,
Radio dan Televisyen Malaysia dan SIRIM berhad. Tujuan pertandingan tersebut adalah untuk
mempertingkatan pengetahuan teknologi robot di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di
samping memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan kemahiran, inovasi dan daya
kreativiti mereka dalam bidang penciptaan robot.
Sebanyak 64 pasukan mengambil bahagian yang melibatkan pelajar-pelajar dari institusi
pengajian tinggi awam, swasta, politeknik dan juga pusat-pusat latihan. Pasukan yang berjaya akan
mewakili Malaysia ke peringkat dunia yang akan berlangsung di Tokyo pada 22 Ogos 2009.
Para ahli kelab robotik sekolah telah memberi sokongan moral kepada pasukan yang
bertanding. Semua ahli juga dihidangkan jamua ringan iaitu nasi ayam dan minuman. Sepanjang
pertandingan yang dijalankan, ahli kelab robotik berasa seronok dan dapat menimba ilmu
pengetahuan tentang pembinaan robot bukan sahaja menggunakan Lego Mindstorm yang sedia ada
tetapi boleh membina robot dengan menggunakan cips mikrokontroller dan bahan-bahan lain.
Mereka juga sedar bahawa dalam pertandingan yang sebegini, kerjasama semua ahli pasukan yang
erat amat penting untuk menang .
Pada pukul 12.00 tengah hari semua pelajar telah bersurai dan menaiki bas yang sama untuk
balik ke Subang Jaya. Rombongan ini sampai ke SMK Seafield pada pukul 12.30 tengah hari.
Pelajar sesi petang diminta rehat dan makan dan bersedia untuk menghadiri kelas seperti biasa.
Manakala para pelajar sesi pagi balik ke rumah masing-masing selepas tamat persekolahan pada
pukul 1.10 petang.
Akhir kata lawatan ini telah memberikan banyak faedah kepada para ahli kelab robotik.
Selain menimba pengetahuan tentang teknologi robotik, lawatan ini juga menyemai minat tentang
robotik di kalangan pelajar.

20
Pertandingan Robotik peringkat sekolah sempena minggu ICT yang berlangsung dari 20 Julai
hingga 24 julai 2009. Pertandingan Robotik “Tug Of War” telah berlangsung pada hari Khamis
bermula jam 9.00 pagi. Sebanyak 4 pasukan telah mengambil bahagian. Pertandingan ini dimulakan
oleh pengerusi dan penolong pengerusi kelab.
Pn. Grace Ong dan En. Gan (pemangku Ketua Bidang Teknik dan Vokasional) telah dijemput
untuk menghakimi pertandingan ini. Pasukan yang diketuai oleh Chong Jia Cheng telah memenangi
pertandingan ini. Ahli kelab bersurai pada pukul 11.00 pagi

Pelajar menekan suis untuk mengaktifkan robot

Robot “Tug OF War” di kawasan pertandingan

21
11. KESIMPULAN

Secara keseluruhan, kelab Robotik (Seafield Robotic) ini telah bertambah aktif dibandingkan
dengan tahun sebelumnya. Pencapaian yang begitu meransangkan dan cemerlang di peringkat negari
amat dihargai di mana kumpulan Robot Artist telah berjaya merangkul pingat perak (naib johan)
sementara guru penasihat Pn.Grace Ong telah dianugerah sebagai “Best Mentor” peringkat negeri
Selangor.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT ahli
kelab komputer dan juga melibatkan ahli bukan kelab. Walau bagaimanapun, diharapkan kehadiran
ahli kelab ke perjumpaan kelab dapat dipertingkatkan lagi dan mempunyai komitmen yang lebih
tinggi dalam kalangan ahli jawatankuasa kelab komputer.
Diharapkan, perancangan tahun hadapan dapat meningkatkan kemahiran Robotik ahli kelab
dalam kemahiran teknikal dan programming yang telah dipelajari kepada tahap yang lebih tinggi.
Kerjasama dan sokongan daripada para pentadbir kokurikulum amat dihargai dengan ucapan ribuan
terima kasih atas kejayaan pelaksanaan aktiviti kelab sepanjang tahun 2009.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Darshnan) (Pn. Grace Ong Hooi Chean)


Setiausaha Kelab Robotik Guru Penasihat Kelab Robotik

22
23

Anda mungkin juga menyukai