Anda di halaman 1dari 3

Laporan Program Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir Semester Bagi Semester 3,

2015/2016

1.0 Pengenalan

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan


program ini bagi melengkapkan agenda tahunan persatuan ini dan juga bersempena dengan
peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang. Tujuan program ini diadakan adalah
untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli Persatuan Bahasa Melayu dan komuniti UIAM,
meraikan para peserta yang berpuasa sunat dan menambah pengisian sahsiah dan rohani
para hadirin.

2.0 Tujuan laporan ini ditulis:


2.1. Untuk memaklumkan perjalanan program
2.2. Untuk menyatakan masalah yang berlaku sepanjang program
2.3. Untuk mencadangkan penambahbaikan dan penyelesaian untuk masa akan datang
2.4. Untuk menyatakan faedah-faedah yang diperoleh sepanjang program ini

3.0 Butiran Program

3.1. Program ini telah diadakan pada 1 Ogos 2016 di Musolla Mahallah Asiah dan telah
disertai oleh 50 orang para jemaah yang terdiri daripada ahli Persatuan Bahasa
Melayu UIAM serta pelajar UIAM, dan 10 orang VIP telah dijemput.
4.0 Aktiviti
4.1. Ketibaan para Jemaah di Musolla Mahallah Asiah (7.00 p.m.)
Kebanyakan para jemaah tiba lewat pada waktu yang ditetapkan kerana hujan.

4.2. Ketibaan VIP (7.15 p.m.)


Para VIP telah tiba tepat pada waktu yang ditetapkan.
4.3. Sesi Iftar (7.30 p.m.)
Para hadirin berkumpul di dalam surau dan telah diberikan makanan untuk
berbuka puasa. Walau bagaimanapun, makanan yang disediakan tidak
mencukupi kerana para jemaah melebihi target.
4.4. Solat Maghrib berjemaah (7.50 p.m.)
Para jemaah telah solat Maghrib berjemaah dan telah diimamkan oleh Ustaz
Solihin al-Ghazali dan disusuli oleh sesi bacaan Yassin beramai-ramai.

4.5. Tazkirah oleh Uztaz Solihin al-Ghazali (8.30 p.m.)

Ketika sesi ini berlangsung, petir telah sabung-menyabung dan menyebabkan


alat siar raya mengalami kerosakan dan hal ini telah menyebabkan kesulitan
dalam kelancaran sesi tazkirah.

4.6. Solat Isya’ dan Solat Hajat berjemaah (8.45 p.m.)

Sesi Solat Isya’ dan Solat Hajat telah berjalan dengan lancar.

4.7. Ucapan penutup oleh Pengarah Program (9.15 p.m.)

Pengarah Program memberi ucapan penutup dan seterusnya menyampaikan


cenderahati kepada para VIP dan diikuti dengan pemberian air Yassin oleh
ahli jawatankuasa.

4.8. Bersurai (10.00 p.m.)

Para hadirin bersurai dan ahli jawatankuasa mengadakan sesi ‘Post-mortem’.


5.0 Masalah yang dihadapi

5.1 Hujan lebat menyebabkan kelewatan para Jemaah ke Musolla Mahallah Asiah

5.2 Kerosakan alat siar raya kerana disambar petir

5.3 Kekurangan makanan akibat para jemaah melebihi target yang ditetapkan

6.0 Penambahbaikan

6.1. Menyediakan alat siar raya tambahan sebagai pelan sandaran

6.2. Menambahkan kuota makanan melebihi daripada jumlah peserta sasaran

7.0 Faedah program

7.1. Dapat mengeratkan ukhuwwah sesama ahli Persatuan Bahasa Melayu dan komuniti
UIAM

7.2. Dapat meraikan para peserta yang berpuasa sunat

7.3. Dapat menambah pengisian sahsiah dan rohani para hadirin

8.0 Penutup

Program ini dapat dijalankan dengan jayanya meskipun banyak halangan yang terpaksa
ditempuh. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

DISEDIAKAN OLEH,

Afina
(NOR AFINA BINTI ZULKFALY)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu
2 Ogos 2016

Anda mungkin juga menyukai