Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PEMBELAJARAN SLOT

(SLOT PENGAJARAN)

Kelas : Prasekolah SK TTDI (1)

Tarikh/Hari : 8 Mac 2018 / Khamis

Masa : 10.10 – 11.10 pagi (60 minit)

Bilangan Pelajar : 25 orang

Pendekatan : Bertema

Tema/Tajuk : Kejadian yang melibatkan air di dalam bilik darjah

Tunjang Utama : Tunjang Sains dan Teknologi – Sains Awal

Standard Kandungan : 1. SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian

2. PM 12.1 Berkerjasama semasa melaksanakan tugasan

Standard Pembelajaran : 1. SA 5.1.4 memerhati dan menceritakan keadaan cuaca yang berbeza

2. PM 12.1.3 mengamalkan kerjasama dengan rakan dalam melaksanakan sesuatu tugasan

Kesepaduan Tunjang : Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika – Kreativiti dan Estetika

KE 1.1.3 Menyanyikan lagu mengikut melodi

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Menyatakan sekurang-kurangnya dua jenis cuaca yang pernah dialami.


2. Melaksanakan eksperimen kejadian hujan bersama rakan kumpulan.
3. Menyatakan kejadian proses peleburan ais kepada air.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah melihat kejadian hujan.


Kemahiran Berfikir (KB) : Menjana idea, mengenal pasti, menghubungkait, meramal

Penerapan Nilai : Berani, bertoleransi, mengikut giliran, sabar, bersyukur

Bahan Bantu Belajar (BBB) : Bekas lut sinar, pewarna makanan, shaving cream, ais,air panas, air masak, sudu

Kecerdasan Pelbagai (MI) : Verbal linguistik, logik matematik, visual ruang, muzik

Kosa Kata : air, ais, hujan, lebur, cair,

LANGKAH/ ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN

MASA (BBB, KB, Nilai, MI)

Set Induksi Lakonan situasi semasa hujan 1. Murid duduk dalam keadaan yang tersusun. KB : Menjana idea,
2. Guru memainkan bunyi hujan. menghubungkait
(8 minit)
3. Murid menyatakan bahawa itu adalah bunyi
Nilai: Sabar, yakin,
hujan.
mengikut giliran
4. Guru berlakon menggunakan payung.
5. Guru berlakon menggunakan baju hujan. BBB : payung, baju hujan,
6. Guru menjana pemikiran murid dengan bersoal audio hujan
jawab mengenai situasi semasa waktu hujan
MI : Verbal linguistik
dan kenapa perlu menggunakan peralatan
seperti payung dan baju hujan.
7. Guru mengaitkan langkah set induksi dengan
isi pengajaran.
Perkembangan Eksperimen Air Berkurang 1. Murid menonton video mengenai kejadian KB : Menjana idea,
P&P hujan. mengenal pasti
Langkah 1 -Proses penyejatan 2. Murid menyanyikan lagu “Rain Rain Go Away” BBB : audio lagu Rain
dengan bimbingan guru. Rain Go Away,
(15 minit)
3. Guru menjelaskan tentang sumber air yang video kejadian
terdapat di persekitaran murid-murid. hujan, bekas lut
4. Murid mengaitkan kejadian hujan semasa sinar, air
lakonan guru sebagai sumber air.
Nilai : Sabar, yakin
5. Guru menerangkan mengenai proses
penyejatan secara ringkas kepada murid dan MI : Verbal linguistik,
tentang langkah eksperimen pertama iaitu kinestetik
proses penyejatan.
6. Murid mengambil alatan dan bahan untuk
eksperimen pertama.
7. Murid-murid meletakkan bekas yang berisi air
di luar prasekolah di kawasan yang panas.
8. Guru menyatakan bahawa bekas tersebut
akan diambil setelah dua eksperimen
seterusnya selesai.
9. Murid menyatakan ramalan mereka tentang air
di dalam bekas.
Langkah 2 Eksperimen proses peleburan 1. Guru menunjukkan bahan yang akan KB :Menjana idea,
digunakan dalam eksperimen proses meramal dan
(15 minit)
peleburan. menghubungkait
2. Murid menyatakan nama peralatan dan bahan
Nilai : Sabar, mengikut
yang akan digunakan dalam eksperimen iaitu
arahan
bekas lut sinar, air panas, dan ais.
3. Guru meminta murid supaya berhati-hati BBB : bekas lut sinar, air
semasa menjalankan eksperimen kerana perlu panas, ais
menggunakan air panas.
MI : Visual ruang, logikal
4. Guru mengedarkan peralatan dan bahan. matematik
5. Murid menjalankan eksperimen proses
peleburan ais kepada air bersama ahli
kumpulan.
6. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai
eksperimen dan apa yang terjadi semasa
proses peleburan yang telah mereka jalankan.
7. Beberapa murid dipilih untuk menceritakan
pemahaman mereka mengenai peleburan ais.
8. Guru memberikan motivasi dan bimbingan
kepada murid-murid yang memerlukan
bimbingan daripada guru.

Langkah 3 Eksperimen kejadian hujan 1. Guru menerangkan mengenai kejadian hujan KB : Menjana idea dan
dan mengaitkan dengan eksperimen yang menghubungkait
(15 minit)
ketiga iaitu proses kejadian hujan.
Nilai : Sabar, mengikut
2. Murid membuat ramalan mengenai eksperimen
arahan
yang akan dilaksanakan.
3. Guru menunjukkan peralatan dan bahan yang BBB : bekas lut sinar, air,
akan digunakan untuk eksperimen kejadian shaving cream,
hujan. pewarna makanan,
4. Murid menyatakan peralatan dan bahan yang sudu
akan digunakan dalam eksperimen.
MI : Visual ruang, logik
5. Guru mengedarkan bekas lut sinar dan wakil
matematik,
setiap kumpulan mengisi air di dalam bekas
interpersonal
tersebut.
6. Murid-murid memasukkan shaving cream ke
dalam bekas berisi air kumpulan mereka
mengikut giliran masing-masing.
7. Guru memberi bimbingan kepada murid cara
untuk melaksanakan eksperimen kejadian
hujan.
8. Murid-murid menitiskan pewarna makanan ke
dalam bekas yang berisi air dan shaving
cream.
9. Murid-murid membuat pemerhatian terhadap
eksperimen kejadian hujan.
10. Guru memberi penerangan kepada murid-
murid bahawa apabila shaving cream yang
mewakili awan tidak dapat menampung berat
air iaitu titisan pewarna makanan, maka
berlaku la titisan hujan yang dapat dilihat
melalui titisan pada air di dalam bekas lut
sinar.
11. Guru bersoal jawab dengan murid-murid
mengenai hasil pemerhatian yang mereka
lakukan ke atas eksperimen kejadian hujan.
12. Murid-murid membersihkan ruang aktiviti
eksperimen.
Penutup/ Refleksi dan rumusan 1. Murid mengambil semula bekas yang KB : Menjana idea dan
Refleksi diletakkan di luar bilik darjah. menghubungkait
2. Murid-murid membuat pemerhatian ke atas
(7 minit) Nilai : berani, dan sabar
bekas tersebut.
3. Murid-murid menyatakan sama ada air di BBB : bekas eksperimen
dalam bekas telah berkurang atau bertambah
pertama
dari paras asal air yang telah ditanda.
4. Murid menceritakan tentang aktiviti yang telah MI : Verbal linguistik
dijalankan dalam slot pengajaran ini.
5. Guru memberikan penerangan kepada murid-
murid mengenai aktiviti yang telah dijalankan
iaitu kejadian semula jadi yang melibatkan air
seperti penyejatan, peleburan dan hujan.
6. Guru merumuskan isi pengajaran dan
menamatkan sesi pengajaran dan
pembelajaran.

REFLEKSI

KELEBIHAN :

KEKURANGAN :

ULASAN PENSYARAH:

Anda mungkin juga menyukai