Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN TAHUNAN KELAB PERMAINAN BADMINTON SEK KEB 2 TAMAN SELAYANG 2017

1. PENGENALAN
Kelab Badminton tahun 2017 diuruskan oleh Hj Abd Manaf bin Jusoh selaku guru penasihat
Kelab Permainan Badminton SKTS2. Aktiviti atau rancangan tahunan adalah seperti yang
dirancangkan berdasarkan takwim kokurikulum SKTS2 2017.

2. AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN


Kesemua aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan bagi Kelab Permainan
Badminton ini adalah bertujuan untuk mencapai matlamatnya iaitu;
(i) Mendedahkan pelajar tentang asas, teknik dan peraturan permainan badminton.
(ii) Melahirkan pemain yang berpotensi dan berkualiti utk mewakili sekolah.
(iii) Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai semangat kesukanan.

Pertama sekali, kesemua ahli telah diberikan latihan teori mengenai badminton yang
menyediakan pengetahuan tentang permainan ini seperti sejarah permainan badminton,
saiz serta jenis gelanggang dan peraturan permainan. Kemudian, ahli-ahli diberikan latihan
fizikal bagi menyediakan murid-murid untuk mempelajari kemahiran asas permainan ini.
Latihan fizikal yang dimaksudkan ialah latihan ketangkasan. Guru melatih murid pergerakan
yang digunakan dalam permainan ini.

Setelah murid-murid bersedia dari segi mental dan fizikal, semua ahli diberi latihan
kemahiran asas bermula dengan cara memegang raket sehinggalah cara cara membuat
servis.
Kemahiran asas yang telah diajar adalah seperti berikut:
1. Memegang Raket
 3 cara pegangan asas iaitu :
1. pegangan depan(forehand grip)
2. pegangan kilas (backhand grip)
3. pegangan rata (flatgrip)
2.Membuat Servis
 2 jenis servis iaitu :
1. Sevis rendah
- Servis rendah depan
- Servis rendah kilas
2. Servis tinggi
- Pukulan hadapan
- Pukulan kilas
- Pukulan lob
- Pukulan smesy

Latihan-latihan kemahiran asas ini disertakan dengan amali latihan secara


perseorangan, berpasangan dan berkumpulan. Bagi murid tahun 5 dan 6 yang telah
mahir dengan kemahiran permainan, murid dibenarkan untuk bermain dalam
bentuk pertandingan.
Setelah segala kemahiran diajar, pertandingan antara ahli dilaksanakan.
Terdapat 2 acara iaitu acara perseorangan dan beregu. Murid bermain bersama
rakan sealiran dahulu dan pemenang akan bertanding dengan ahli bagi aliran yang
lain.

3. PENILAIAN
Penilaian bagi kesemua ahli dilakukan sepanjang aktiviti latihan kemahiran dan juga
pertandingan. Guru menilai prestasi murid dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh,

………………………………..
( )

Anda mungkin juga menyukai