Anda di halaman 1dari 9

UJIAN PENCAPAIAN 1 (2018)

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TINGKATAN 4

NAMA :………………………………………………..

TINGKATAN : 4………………………………………

BAHAGIAN A

Pilih jawapan yang betul bagi soalan berikut.

1. Apakah maksud wawasan diri?


A Pencapaian terhadap diri, bangsa dan negara
B Disiplin diri untuk mencapai matlamat yang diingini
C Pandangan masa hadapan bagi mencapai matlamat diri
D Usaha yang gigih untuk mencapai kejayaan

2. Antara berikut merupakan tujuan seseorang itu memiliki wawasan diri, kecuali
A panduan bagi mendisiplinkan diri
B panduan untuk berbangga diri
C sebagai pendorong untuk mencapai cita-cita
D membantu merealisasikan wawasan negara

3. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai wawasan diri?


I Melakukan perancangan
II Mengharapkan bantuan
III Menetapkan matlamat
IV Melaksanakan tindakan dan usaha
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

4. Antara berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan wawasan diri?


A Wawasan diri boleh diubah dari semasa ke semasa
B Kekuatan dan kelemahan diri mesti dipertimbangkan dalam membina
wawasan diri
C Keupayaan mencapai wawasan diri akan memberi kebahagiaan
D Kita harus membuat penilaian dari semasa ke semasa terhadap tindakan
dalam mencapai wawasan diri

5. Perkembangan individu yang seimbang merangkumi aspek-aspek yang berikut,


kecuali
A jasmani
B nilai
C intelek
D emosi

1
UJIAN PENCAPAIAN 1 (2018)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4

6. Antara berikut merupakan kepentingan perkembangan diri individu yang seimbang,


kecuali
A melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang kuat
B melahirkan insan yang bersifat individualistik
C melahirkan insan yang berilmu, bermaruah, dan bertamadun
D melahirkan pemimpin yang baik dan berwibawa

7. Insan yang berilmu merupakan insan yang


A mempunyai pelbagai ilmu
B bijak menggunakan ilmu
C membiarkan ilmu tanpa dipraktikkan
D tidak menerima ilmu yang baru dipelajari

8.

 Merupakan pemain skuasy nombor satu dunia


 Mendapat gelaran “Datuk” daripada
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Datuk Lee Chong Wei
B Datuk Abdul Malik Mydin
C Datuk Nicol Ann David
D Datuk Dr. Jemilah Mahmood

9. Antara berikut, pihak manakah yang bertanggungjawab untuk melahirkan insan


yang seimbang dan bersepadu dalam pelbagai aspek?
I Sekolah III Diri sendiri
II Keluarga IV Masyarakat
A I, II, dan III
B I, III, dan IV
C II, III, dan IV
D I, II, III, dan IV

10. Antara berikut merupakan prinsip-prinsip untuk mencapai kejayaan, kecuali


A setiap individu haruslah berani mencuba
B setiap individu haruslah lari daripada masalah
C setiap individu haruslah mempunyai perancangan masa depan
D setiap individu haruslah percaya bahawa usaha yang gigih pasti membuahkan
kejayaan

2
UJIAN PENCAPAIAN 1 (2018)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4

BAHAGIAN B

1. Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan petikan yang diberi.

Malaysia telah mencatat nama dalam lipatan sejarah dunia apabila salah seorang
rakyatnya iaitu, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir telah berjaya menakluk
Kutub Selatan (Antartika) dan Kutub Utara (Artik). Beliau merupakan rakyat Malaysia
pertama dan wanita Asia pertama berjaya melakukan cabaran tersebut. Datin Paduka
Sharifah Mazlina bukan sahaja telah mengharumkan nama negara, tetapi juga telah
membakar semangat golongan dewasa dan kanak-kanak di Malaysia supaya jangan
berputus asa dalam mencapai cita-cita.
Datin Paduka Sharifah Mazlina dilahirkan pada 23 Mei 1965. Beliau telah
mendapat pendidikan tinggi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada bulan Julai 1990
dalam bidang Pengajian Fizikal. Beliau kemudiannya telah melanjutkan pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan ( Psikologi ) di Universiti McGill, Montreal, Kanada
pada tahun 1997. Setelah menamatkan pengajian, beliau telah memulakan tugas sebagai
pensyarah dalam bidang Psikologi Sukan di Universiti Teknologi Mara (UITM) sehingga
sekarang.
Idea beliau untuk menjadi rakyat Malaysia pertama dan wanita Asia pertama
mencatat rekod dunia apabila berjalan di Antartika timbul pada tahun 2003. Hasrat yang
pada mulanya ditentang oleh keluarga, akhirnya mendapat restu dan juga harapan daripada
seluruh rakyat Malaysia. Akhirnya, pada tahun 2004 impian beliau untuk merentasi benua
Antartika secara solo sejauh 1100 kilometer menjadi kenyataan. Ekspedisi yang dikenali
sebagai Ekspedisi Solo Antartika 2004 bermula dari South Pole dan berakhir di Hercules
Inlet dan kembali semula ke Base Camp di Patroits di benua Antartika. Berbekalkan
keazaman dan kecekalan, akhirnya Datin Paduka Sharifah Mazlina berjaya menyeberangi
Antartika dan dalam masa yang sama telah memecahkan rekod dunia dengan mengembara
selama 22 hari dan sekaligus memecahkan rekod yang sebelum ini dilakukan oleh seorang
lelaki warganegara Britain iaitu selama 24 hari.
Pada tahun 2007, sekali lagi Datin Paduka Sharifah Mazlina membawa harapan
negara dalam usahanya untuk menakluk Kutub Utara (Artik) pula bagi melengkapkan misi
kutub ke kutub. Cabaran kali ini jauh lebih sukar daripada sebelumnya kerana keadaan
cuaca yang tidak menentu serta kehadiran dan ancaman beruang kutub. Bagi tujuan
keselamatan, beliau telah dibekalkan dengan sepucuk pistol Revolver. Namun, beliau sekali
lagi melakarkan sejarah apabila berjaya menjejakkan kaki di paksi Kutub Utara pada 17
April 2007 pada jam 8.25 malam waktu Malaysia.
Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Datin Paduka Sharifah Mazlina untuk
menjayakan misinya. Misi kutub ke kutub ini berjaya memartabatkan kaum wanita di mata
dunia.

3
UJIAN PENCAPAIAN 1 (2018)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4

(a) Pada pendapat anda, adakah Datin Paduka Sharifah Mazlina seorang yang
mempunyai wawasan diri?
Jelaskan

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

…………...................................................................................................................

(b) Nyatakan dua cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh Datin Paduka Sharifah
Mazlina dalam usaha menjayakan misinya.

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

…………...................................................................................................................

(c) Nyatakan kejayaan terbesar yang telah dicapai oleh Datin Paduka Sharifah Mazlina.

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………..

..........................................................................................................................................

(d) Terangkan tindakan yang diambil oleh Datin Paduka Sharifah Mazlina untuk
mencapai wawasannya.

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………..

..........................................................................................................................................

(8 Markah)

4
UJIAN PENCAPAIAN 1 (2018)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4

2. Wawasan diri merupakan pandangan masa hadapan kita bagi mencapai sesuatu
matlamat utama. Nyatakan faktor- faktor yang menyebabkan seseorang gagal
mencapai wawasan diri yang dirancang.

(a) ……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

(b) ……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

(c) ……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

(d) ……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

(12 Markah)

5
UJIAN PENCAPAIAN 1 (2018)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4

3 Jawab soalan berikut berdasarkan pernyataan di bawah.


.

Impian Azlee ialah untuk mendapat keputusan cemerlang dalam


Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) pada tahun hadapan.

Nyatakan tindakan yang perlu diambil oleh Azlee untuk mencapai wawasan dirinya.

(a) ………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………................

(b) ………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………................

(c) ………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………................

(6 markah)

6
UJIAN PENCAPAIAN 1 (2018)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4

4. Isikan petak kosong dengan aspek perkembangan diri yang sesuai berdasarkan ciri-
ciri pelajar yang diberi.

Rohani Jasmani Intelek Emosi

Aspek Ciri–ciri pelajar

(a) • Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan


• Mempunyai pengetahuan luas dalam pelbagai bidang
• Sentiasa ingin menambahkan ilmu dan
memanfaatkan ilmu yang diperoleh

(b)
• Bersikap rendah diri
• Boleh memahami perasaan orang lain
• Boleh bertindak rasional dan membuat keputusan yang
wajar

(c)
• Mempunyai tingkah laku yang sopan dan beradab
• Menjalankan tanggungjawab dengan baik
• Sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan

(d)
• Sentiasa sihat dan cergas
• Mewakili sekolah dalam acara sukan
• Mengambil makanan yang berkhasiat

(8 markah)

7
UJIAN PENCAPAIAN 1 (2018)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4

5. Apakah sikap yang perlu dimiliki oleh seorang pelajar contoh? Tandakan (√) pada
pernyataan yang BETUL dan tandakan (X) pada pernyataan yang SALAH.

(a) Sentiasa mengerjakan sembahyang.

(b) Tidak melibatkan diri dalam acara sukan di sekolah.

(c) Sentiasa gagal dalam peperiksaan.

(d) Matlamat hidup disusun dan dirancang mengikut keutamaan.

(e) Aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.

(a) Bercakap sopan dengan guru dan rakan-rakan sekelas.

(6 Markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh: Disemak dan disahkan oleh:

.................................... .....................................
Norhaniza binti Ibrahim Pn Khairulnisah binti Samsuddin
(Guru mata pelajaran) Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Kemanusiaan

8
UJIAN PENCAPAIAN 1 (2018)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4

KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF (BAHAGIAN A)

1. A B C D

2. A B C D

3. A B C D

4. A B C D

A B C D
5.

6. A B C D

7. A B C D

8. A B C D

A B C D
9.

A B C D
10.

Anda mungkin juga menyukai