Anda di halaman 1dari 4

Program Intervensi Murid Ponteng

SK LAYANG-LAYANGAN
WP LABUAN 2017

1. Program Zoom In Murid Hati Ke Hati

Sasaran:
Murid yang pernah menerima surat amaran ponteng sekolah

Aktiviti yang dijalankan:


a Intervensi kelompok bersama kaunselor

b Soal selidik masalah ketidakhadiran murid

c Sesi bersama Inspektor Polis Perhubungan Sekolah

d Pelaksanaan program 2 kali setahun

2. ProgramZoom In Murid - Cakna

Sasaran:
Murid yang tidak dapat dihubungi ibu bapa melalui telefon

Aktiviti yang dijalankan:

a Lawatan ke rumah untuk berbincang masalah anak

b Perlaksanaan: Minimum 3 kes sebulan

3. Program Zoom In Mentor

Sasaran:
Semua guru di sekolah

Aktiviti yang dijalankan:

a Melantik mentor bagi setiap kelas bagi membantu guru kelas dalam pengurusan
kehadiran murid

b Kelas yang mendapat peratus kehadiran murid yang cemerlang 90%, guru kelas dan
mentor akan diberikan sijil penghargaan secara individu.

c Kelas yang dapat meningkatkan kehadiran selama 3 bulan berturut walaupun tidak
mencapai 90% akan dianugerahkan sijil harapan. Guru kelas dan mentor kelas tersebut
akan memperolehi sijil penghargaan individu.
d Pelaksanaan setiap bulan

4. Program Zoom In Kelas

Sasaran :
Semua murid

Aktiviti yang dijalankan:


a Kelas yang mendapat peratus kehadiran murid yang cemerlang 95%,akan
dianugerahkan sijil kecemerlangan kehadiran kelas

b Kelas yang dapat meningkatkan kehadiran selama 3 bulan berturut walaupun tidak
mencapai 90% akan dianugerahkan sijil harapan.

c Pengumuman dan penyerahan sijil di tapak perhimpunan

d Kelas terbaik kehadiran akan diberikan ganjaran di akhir tahun .

e Perlaksanaan setiap bulan

5 Program Guru Penyayang

Sasaran :
Murid yang bermasalah kehadiran kerana sikap murid / ibu bapa

Aktiviti yang dijalankan:


a Bantuan duit pengangkutan ke sekolah (sekiranya perlu)

b Bantuan makanan percuma di sekolah

6 Program Sahsiah Unggul Individu Terbilang

Sasaran :
Murid yang hadir penuh setiap bulan.

Aktiviti yang dijalankan:


a Murid terpilih akan diberi hadiah dan sijil penganugerahan kehadiran penuh pada
penghujung tahun semasa.

b Perlaksanaan di akhir penggal pertama dan penggal kedua persekolahan


Program Intervensi Disiplin

1. Program Pastoral Care

Pastoral Care adalah proses pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang
diberikan kepada murid-murid dari segi kebajikan peribadi, perkembangan sosial dan
moral, dan bimbingan akademik .ia menjurus kepada perkhidmatan jagaan kerohanian
dan kaunseling. Amalan guru dari segi menjaga kebajikan peribadi dan sosial murid-
muridnya dalam aspek;

a) Isu-isu kesihatan
b) Sosial dan pendidikan moral
c) Pengurusan tingkah laku
d) Sokongan emosi

Perlaksanaan aktiviti :
a) berpusatkan murid yang membentuk murid secara individu.

b) memotivasikan murid.

c) mendedahkan murid dengan ciri-ciri kepimpinan.

d) penerapan nilai-nilai murni, moral dan agama.

2. 3 jenis Pastoral Care yang akan dijalankan

2.1 Kaunseling: Membantu murid-murid secara individu/kelompok untuk menangani


masalah yang sedang mereka alami serta mengurus kehidupan dengan lebih
berkesan.

2.2 Bimbingan: Membantu murid-murid secara individu/kelompok membuat


keputusan berhubung hal-hal peribadi, akademik/kerjaya.

2.3 Pendidikan Peribadi dan Sosial: Isu-isu penting boleh diterapkan/


diintegrasikan dan disampaikan sebagai satu mata pelajaran yang berasingan
oleh guru-guru pembimbing, guru bimbingan dan kaunseling dll.
Data Disiplin

1 Murid ponteng berterusan


1 kes ( kes selesai-murid berpindah sekolah)

2. Ponteng Berkala
8 kes ( surat ponteng Amaran I )

Anda mungkin juga menyukai