Anda di halaman 1dari 3

NAMA GURU : PN.

ROMIATI BINTI RAMLI

NAMA SEKOLAH : SMK SENGGARANG, BATU PAHAT

Bahagian A

(Soalan struktur) – 15 markah

1. (a) Jelaskan tiga faktor kemanusiaan yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. [6]

(i) …………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

(ii) …………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
(iii) ………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………

(b) Nyatakan tiga kesan fenomena penipisan lapisan ozon terhadap alam sekitar fizikal. [3]

(i) …………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

(ii) …………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
(iii) ………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………

(c) Huraikan tiga langkah untuk mengurangkan fenomena penipisan lapisan ozon. [6]

(i) …………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

(ii) …………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
(iii) ………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………
(Soalan esei – 25 markah)

2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep penipisan lapisan ozon? [5]

(b) Jelaskan bagaimana proses penipisan lapisan ozon berlaku. [12]

(c) Huraikan kesan fenomena penipisan lapisan lapisan ozon terhadap alam sekitar
manusia. [8]

SKEMA

BAHAGIAN A.

1. a) i. Aktiviti industri pendingin udara- CFCs diguna dalam indusri pendinginan kenderaan dan
bangunan. Juga dalam penggunaan peti sejuk.
ii. aktiviti industri keluaran aerosol – Aerosol dikeluarkan dengan banyak dalam
penggunaan tin penyemburan pewangi, racun serangga dan cat
iii. Aktiviti domestic – pembakaran terbuka dipusat pelupusan yang juga membebaskan
gas CFCs terutama pembakaran plastik dan polistren

b) i. peningkatan suhu dunia


ii. pencairan litupan ais dan ais pergunungan
iii. peningkatan aras laut

c) i. langkah perundangan – menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974 khususnya


yang berkaitan dengan kawalan pelepasan asap dan gas pencemar
ii. mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka dengan mengamalkan kitar semula bahan
terbuang.
iii. kerjasama antarabangsa melalui Protokol Montreal bagi pengurangan gas CFCs yang
dikenalpasti menyebabkan penipisan lapisan ozon.

2. a) Proses pemusnahan lapisan ozon berlaku apabila ikatan kovalen tiga atom oksigen (O₃)
yang membentuk lapisn ozon diputuskan oleh gas Kloroflorokarbon (CFCs) . kesannya ozon
gagal berfungsi untuk menapis , menyerak, memantulkan dan menyerap bahangan bumi
daripada terus tiba ke permukaan bumi.

b) - Pembebasan gas CFCs dan gas halon hasil daripada aktiviti manusia yang terbebas di
ruang strato sfera.

- molekul CFC kemudiannya terurai setelah bertindakbalas dengan sinaran ultra lembayung
(uv), lalu menghasilkan atom klorin bebas (CI).

- CI seterudnya bertindakbalas dengan memutuskan O₃ menjadi klorin oksida (CIO) dan


oksigen (O₂) .
- Aapabila terkena sinaran UV , ikatan CIO terputus kembali dan menghasilkan atom klorin
bebas (CI) semula

- CI ini akan bertindakbalas dengan molekul ozon yang lain dan seterusnya menjadi CIO dan
O₂

- Proses yang berterusan ini menghasilkan rantaian tindakbalas yang menyebabkan lapisan
ozon menjadi semakin menipis.

c) – Gangguan kesihatan.
Radiasi UV yang berlebihanboleh menjejaskan kesihatan seperti penyakit barah kulit
(melanoma). Katarak dan buta serta melemahkan system imunisasi badan.

- Kesan ke atas sektor pertanian


Peningkatan radiasi UV yang berlebihan menjejaskan produktiviti tanaman kerana
mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan dan menjejaskan proses
fotosintesis. Masalah ini menyebabkan tumbuhan layu kering dan mati.

- Menjejaskan sektor pembalakan


Sinaran UV yang berlebihan menyebabkan tumbuhan semulajadi hutan menjadi layu
dan menggugurkan daun. Tumbuh-tumbuhan juga memerlukan masa yang lama untuk
membesar. Keadaan ini akan mengurangkan pengeluaran kayu balak dan menmjejaskan
industry berasaskan kayu.

- Menjejaskan sektor perikanan


Peningkatan suhu air laut boleh mematikan mikroorganisma seperti plankton dan zoo
plankton didalam air. Kesannya sumber makanan ikan berkurangan. Masalah ini turut
menjejaskan bekalan protein kepada manusia dan mengurangkan pendapatan nelayan.

Anda mungkin juga menyukai