Anda di halaman 1dari 3

PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG

CONTOH PENDAHULUAN.
Penggunaan komputer menjadikan manusia lebih maju. Bincangkan pernyataan
ini.

Keadaan semasa Marcapada ini, penggunaan komputer menjadi semakin meluas


apabila lahirnya syarikat gergasi seperti „Microsoft‟ yang diasaskan oleh Bill Gates yang
kemudiannya mencipta pelbagai jenis komputer yang canggih seperti komputer
riba,komputer telapak tangan dan sebagainya.

Nyatakan Tajuk Kemajuan dalam sektor teknologi maklumat dan penciptaan


pelbagai jenis komputer menjadikan manusia lebih maju melalui penggunaanya.

Definisi Tajuk Komputer merujuk kepada sejenis alatan elektronik yang dapat
menyimpan dan memberikan pelbagai maklumat untuk kemudahan manusia
apabila diperlukan.

Skop/PendirianHal ini menyebabkan kebanyakan daripada penduduk dunia


telah menjadikan komputer sebahagian daripada kehidupan mereka dan secara tidak
langsung melalui teknologi ini, kehidupan manusia kini menjadi semakin maju.

CONTOH PENGEMBANGAN ISI


ISI 1:
Kata kunciPemprosesan Fail yang terurus serta sistematik.

Huraian 1Proses memfailkan dokumen dan maklumat dapat dilakukan dengan lebih
mudah, ringkas serta dapat menjimatkan ruang melalui penggunaan komputer.

Huraian 2Sebarang dokumen mahupun maklumat dapat disimpan dan dicapai


semula pada bila-bila masa sahaja dengan selamat dan tersusun.

ContohSistem manual menggunakan fail dan kertas bersifat lapuk serta ditelan
zaman. Penggunaan komputer untuk pemprosesan fail dan dokumentasi maklumat-
maklumat penting menjurus kepada era modenisasi.

Pengukuhan isiKeadaan ini jelas membuktikan bahawa komputer adalah tiang


sandaran konkrit dalam kehidupan harian kita dalam menerajui kemajuan dan kejayaan.
PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG

ISI 2:
Kata kunciMemajukan dunia pendidikan manusia.

Huraian 1Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya
teknologi computer.

Huraian 2Penggunaan teknologi multi media melalui computer memjadikan proses


pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan fleksibel. Dalam hal lain, pelajar juga
dapat menjalani proses pembelajaran dengan berpandukan maklumat yang terdapat
dalam komputer tanpa bergantung kepada guru.

ContohPelbagai bahan bacaan, nota serta latihan bagi keseluruhan subjek yang
diambil oleh pelajar dapat dimuatkan dalam komputer. Hal ini, memudahkan para
pelajar dan guru untuk mengakses maklumat tersebut dengan mudah dan cepat.

Pengukuhan isiKita wajar akui bahawa, komputer merupakan satu saluran penting
dalam memantapkan dan memajukan sistem pendidikan manusia, skaligus memajukan
manusia di seluruh pelosok dunia.

ISI 3:
Kata kunciUrusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien.

Huraian 1Penggunaan rangkaian komputer membantu para peniaga berurusan


antara satu sama lain dengan mudah dan megemaskini maklumat berkaitan perniagaan
dari masa ke semasa melalui pengaplikasian internet seperti “e-niaga”.

Huraian 2Hampir semua perniagaan sekarang menjadikan komputer sebagai satu


keperluan asas dalam menjalankan urusan perniagaan. Hal ini sedemikian, kerana,
pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet. Selain itu,
maklumat berkaitan perniagaan juga mudah disebarkan dengan adanya kemudahan
komputer.

ContohContohnya, „e-niaga‟ atau „e-commerce‟ dan banyak lagi laman web yang
menggunakan alamat mel elektronik.

PengukuhanKomputer merupakan satu anugerah yang tiada tolok bandingnya


dalam memajukan masyarakt dan Negara.
PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG

ISI 4:
Kata kunciKomputer bersifat multi fungsi.

Huraian 1Keunikan komputer bersifat multi fungsi bukan sahaja membantu


memajukan masyarakat dalam aspek pengurusan fail, pendidikan dan perniagaan
malah, ianya turut membantu memajukan manusia dalam bidang hiburan.

Huraian 2Hal ini sedemikian, kerana, komputer berperanan sebagai satu media
penyampai pelbagai bentuk navigasi seperti wayang, animasi dan grafik.

ContohWindows media player, Macromedia Flash, Animator dan lain-lain lagi.

PengukuhanSecara disedari atau tidak, komputer sememangnya menjadi satu


peranti yang menjana kemajuan masyarakat sejagat.

KESIMPULAN
KonklusiKomputer merupakan satu alat yang penting kepada sesebuah kelompok
masyarakat dan Negara dalam era globalisasi ini.

HarapanAnugerah ini haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk memajukan


diri, agama dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai