Anda di halaman 1dari 6

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

1. Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang pemimpin yang bijaksana, malah seorang pedagang
yang berjaya.
a) Huraikan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan [6 markah]
b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Siti Khadijah memilih Nabi Muhammad
s.a.w. untuk menjalankan perdagangannya? [6 markah]
c) Pada pandangan anda apakah kebaikan yang akan anda peroleh jika anda seorang pedagang
yang mengamalkan sifat terpuji seperti Nabi Muhammad s.a.w.? [8 markah]

2. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka
masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah s.w.t. kepada
Nabi Muhammad s.a.w..
a) Terangkan corak kehidupan masyarakat Arab Jahiliah daripada aspek sosial [4 markah]
b) Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah Berikan penjelasan anda. [4 markah]
c) i) sistem kabilah memberikan kesan negatif kepada masyarakat Arab Jahiliah. Berikan
penjelasan anda. [6 markah]
ii) Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menghindari amalan tidak bermoral seperti
masyarakat Arab Jahiliah? [6 markah]

SKEMA

BAB 4/ TINGKATAN 4 - Soalan Esei

1a. Huraikan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan.

F1 Pengalaman Nabi Muhammad s.a.w. dalam perdagangan. 1

F2 Baginda pernah menjalankan perniagaan 1

F3 Secara perseorangan dan berkongsi dengan teman 1


F4 Semasa berumur 12 tahun, baginda telah mengikuti rombongan perniagaan 1
bapa saudara baginda, Abu Talib ke Syam.

F5 Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah 1

F6 Baginda memperoleh keuntungan yang berlipat ganda. 1

F7 Cara baginda berniaga adalah dengan menunjukkan sifat jujur 1

F8 Tutur kata baginda yang baik semasa berdagang 1

F9 Memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan. 1

F10 Seorang pedagang yang dihormati dan menjadi contoh kepada masyarakat 1

Mana-mana 6 isi × 1 m (6 m)

1b. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Siti Khatijah memilih


Nabi Muhammad s.a.w. untuk menjalankan perdagangannya?

F1 Kemuliaan budi pekerti 1

F2 Sifat amanah 1

F3 Berkata benar 1

F4 Sifat bijaksana 1

F5 Kebolehan berniaga 1

F6 Digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy 1

F7 Baginda tidak pernah berbohong 1

F8 Mempunyai sifat kepimpinan 1

Mana-mana 6 isi × 1m (Mana-mana jawapan yang munasabah) (6 m)

1c. Pada pandangan anda apakah kebaikan yang akan anda peroleh jika anda
seorang pedagang yang mengamalkan sifat terpuji seperti Nabi Muhammad
s.a.w.?

F1 Dihormati 1
F2 Disayangi 1

F3 Disegani 1

F4 Dipercayai 1

F5 Tiada musuh 1
F6 Dapat bergaul dengan semua orang 1

F7 Menjadi tempat rujukan 1

F8 Berjaya menghadapi rintangan dan cabaran 1

F9 Berjaya dalam hidup 1

F10 Ramai kawan atau kenalan 1

F11 Mudah menjalankan tugas 1

F12 Murah rezeki 1

Mana-mana 8 isi × 1m (Mana-mana jawapan munasabah) (8 m)

2a. Terangkan corak kehidupan masyarakat Arab Jahiliah.

F1 Masyarakat Jahiliah mengamalkan perbuatan tidak bermoral 1


C1a Berjudi, berzina, dan meminum arak 1
H1a Kemampuan minum arak sehingga mabuk menjadi lambang lelaki 1
sempurna

F2 Kedudukan wanita sangat rendah 1


H1a Seorang lelaki boleh mengahwini beberapa orang wanita sekali gus kerana 1
tiada peraturan dalam perkahwinan
H2b Wanita juga tidak berhak mewarisi harta pusaka 1

F3 Bayi perempuan ditanam hidup-hidup 1


H3a Dianggap boleh menjatuhkan maruah keluarga 1

Mana-mana 4 isi × 1 m (4 m)

2b. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah. Berikan


penjelasan anda.
F1 Berpunca daripada struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan 1

F2 Setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing 1

H2a Mereka terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah 1

F3 Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang panas dan kering 1
kontang
H3a Untuk meneruskan kehidupan, mereka terpaksa mengatasi masalah yang 1
dihadapi secara bersama

F4 Peperangan antara kabilah berlaku walaupun atas sebab yang kecil 1


H4a Peperangan al-Basus memperlihatkan orang Arab Jahiliah suka berperang 1

Mana-mana 4 isi × 1m (4 m)

2c. (i) Sistem kabilah memberikan kesan negatif kepada kehidupan masyarakat
Arab Jahiliah. Beri penjelasan anda.

F1 Kemunculan semangat assabiah/semangat kesukuan yang melampau 1

F2 Menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal dalam kalangan ahli 1


kabilah

F3 Kehidupan kucar-kacir dan tidak aman 1

F4 Sanggup berbunuh dan membalas dendam 1

F5 Peperangan sering berlaku walaupun atas sebab yang kecil 1

C5a Peperangan al-Basus memperlihatkan orang Arab Jahiliah suka berperang 1


(Mana-mana jawapan munasabah)
Mana-mana 6 isi × 1m (6 m)

2c (ii) Baggaimanakah generasi muda hari ini dapat menghindari amalan tidak
bermoral seperti masyarakat Arab Jahiliah?

F1 Mengamalkan kehidupan beragama 1

F2 Mematuhi suruhan dan ajaran agama 1

F3 Mementingkan ilmu pengetahuan 1

F4 Tidak terlibat dalam gejala sosial 1


F5 Menguatkan iman 1

F6 Menguatkan jati diri 1


(Mana-mana jawapan munasabah)

Mana-mana 6 isi x 1m (6m)

SKEMA

Anda mungkin juga menyukai