Anda di halaman 1dari 28

TASAWWUR ISLAM (CTU 085)

Kaedah Memantapkan Akidah


Iman (akidah) seseorang muslim boleh bertambah dan boleh berkurang dari semasa ke semasa.
Apabila seseorang hamba tersebut mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT dengan
sentiasa mengingatiNya, berzikir, solat dan melakukan amalan-amalan soleh lain, maka
insyaalah iman seseorang tersebut akan bertambah.
Manakala sebaliknya jika jauh daripada Allah SWT dengan meninggalkan perintahNya , tidak
berzikir, solat melakukan maksiat dan perkara keji serta perbuatan keji, maka iman seseorang
tersebut akan berkurangan. Hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalamn al-Qur’an,
surah al-Anfal (8:2)
Maksudnya: [Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah
mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka, dan
apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNysa, menjadikan mereka bertambah iman, dan
kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah]

Untuk mempastikan akidah sentiasa mantap dan iman sentiasa bertambah, maka haruslah
sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara berikut:
a. Mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring
b. Mencari petunjuk (hidayah Allah). Firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran (3:191)
Maksudnya: [(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah SWT semasa mereka
berdiri dan duduk dan semasa berbaring mengiring sambal memikirkan kejadian langit dan
bumi (sambal berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia, maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka]

c. Membaca dan menghayati al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2:1-2)
Maksudnya: [Alif, Laam, Miim. (1) Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-
orang yang (hendak) bertaqwa]

d. Mencari ilmu dan berusaha untuk mengamalkan ilmu kerana semakin banyak ilmu maka
semakin takut kepada Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah al-Fatir (35:28)
Maksudnya: [Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah maha
kuasa, lagi maha pengampun]
e. Melakukan penyusdian diri (tazkiyah al-Nafs) dengan muhasabah diri menilai pernbuatan
buruk, keji dan maksiat yang pernah dilakukan hendaklah ditinggalkan. Sebaliknya hendaklah
banyak melakukan amal msaleh, kebaikan dan akhlak mahmudah (terpuji)
f. Sentiasa memohon pertolongan kepada Allah SWT, bertawakkal kepadaNya dan
mengerjakan solat di samping banyakkan bersabar. (Buku CTU085)

Menanam akidah Islam dalam jiwa hendaklah dimulai seawal zaman kanak-kanak (berumur
lebih kurang tiga atau empat tahun). Pendidkan agama di sekolah-sekolah hendaklah memberi
penekanan sewajarnya kepada akidah. Pelajar-pelajar hendaklah diberi penjelasan tentang
keesaan Allah SWT sehingga timbul rasa taqwa dan mencintai Allah SWT melebihi segala-
galanya. (hlm. 65, Umat Islam terhina! Kenapa?, Utusan Publications, 2009). Setelah akidah
diberi penekanan, yang lainnya tidak sukar diberi penerangan kerana telah timbul dengan
sendirinya sifat cintakan agama dalam diri mereka. Apabila telah mantap akidah, mereka akan
tunduk dan patuh dengan jiwa raganya kepada Allah SWT tanpa sebarang persoalan dan
dengan keikhlasan yang suci murni untuk mempertahankan kalimah ini. (hlm. 66, Umat Islam
terhina! Kenapa?, Utusan Publications, 2009)

Pemantapan akidah tidak ada noktahnya. Amalan ini hendaklah dibuat secara berterusan.
Pengajian di masjid-masjid atau di madrasah perlu memberi penekanan kepada akidah dalam
apa bidang yang diajar sama ada tafsir , feqah, tasawuf, ekonomi, akhlak dan sebagainya.
Sekiranya zaman sebelum ini wujud ramai ulama, penekanan akidah menjadi keutamaan
apatah lagi lagi dengan zaman mutakhir di mana akidah umat Islam diserang dan dicabar secara
terang-terangan sehingga ke dalam rumah orang Islam itu sendiri.Syed Jamaluddin al-Afghani
seorang ulama terbilang dan juga salah seorang guru kepada ulama tersohor, Muhammad
Abduh di Mesir adalah kelahiran pendidikan madrasah berasaskan pemantapan akidah telah
mengegarkan kerajaan British dengan suara lantang menyeru umat Islam bersatu pada untuk
membebaskan tanah air daripada penjajahan di semenanjung Asia Selatan. Dalam ucapannya
yang menggambarkan kejituan akidah, beliau berkata: “ Hai umat Islam di bumi India (pada
waktu itu Pakistan dan Bamgladesh belum berpisah dari India), sekiranya kamu bersatu padu
dan berenang seperti kura-kura dan mendarat di Britain, sudah cukup bilangan kamu ini untuk
menenggelamkan Britain.” Keyakinan yang ada pada jiwanya membuktikan dia tidak gentar
kepada mana-mana makhluk selagi apa yang dibuatnya diredai Allah SWT walaupun ketika
itu Britain merupakan kuasa besar atau super power dunia. (hlm. 66-67, Umat Islam terhina!
Kenapa?, Utusan Publications, 2009)

Begitu juga dengan Allahyarham Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Guru Abdul Rahman Paloh,
Tok kenali, Syeikh Daud al-Fatani dan banyak lagi ulama kurun kedua puluhan di rantau ini
yang diberi gelaran oleh penjajah serta koncu-koncunya dengan perbagai gelaran seperti
pemberontak, penderhaka, pengganas, pelampau dan sebagainya. (hlm. 67, Umat Islam
terhina! Kenapa?, Utusan Publications, 2009)

Penyakit utama yang melanda umat Islam hari ini ialah sibuk, tiada masa untuk memantapkan
akidah dengan mempelajari Islam sama ada secara tidak formal seperti menghadiri kuliah
agama atau mejlis ilmu di masjid atau di surau. Begitu juga kelas-kelas agama yang diadakan
pada waktu rehat di pejabat yang hanya dihadiri oleh beberapa orang sahaja kerana yang lain
kesibukan tugas. Jika ada program-program agama di kaca TV jarang pula ditonton. Mereka
lebih suka dengan rancangan hiburan apatah lagi untk membaca buku-buku tentang Islam
lagilah sukar.hlm. (hlm. 68, Umat Islam terhina! Kenapa?, Utusan Publications, 2009)
Gejala Kerosakan dan Keruntuhan Akidah
Iman atau akidah seseorang boleh rosak melalui tiga cara iaitu dengan cara kerosakan i’tiqad
(keyakinan), fi’li (perbuatan) dan qawli (perkataan). Iman seseorang boleh rosak melalui cara
i’tiqad iaitu apabila mempercayai atau meyakini ada tuhan lain selain Allah SWT, atau
mempercayai ada kuasa lain selain kuasa Allah yang boleh memberi kesan kepada manusia
sama ada kesan baik atau kesan buruk. Contohnya percaya kepada berhala, tangkal, azimat,
pendinding, bomoh, meminta pertolongan daripada syaitan atau jin dan sebagainya. Manakala
iman boleh rosak melalui cara fi’li (perbuatan) seperti perbuatan menyembah patung, berhala,
meniru perbuatan atau cara ibadat orang kafir dan lain-lain. Perbuatan menyembah, memuja
dan mengagungkan makhluk selain dari Allah SWT adalah perbuatan syirik. Contohnya
memuja kubur, buang ancak, semah, sihir dan sebagainya. Segala macam perbuatan syirik ini
telah dinyatakan dalam al-Quran sebagai perbuatan zalim yang paling besar sebagaimana
firman Allah SWT dalam surah al-Luqman (31:13)
Maksudnya: [Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi
nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
SWT (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar]
Iman atau akidah juga boleh rosak melalui perkataan atau ucapan iaitu melakukan melalui
perkataan dan ucapan yang menghina Allah SWT, para rasul, menghina al-Quran, Sunnah, para
sahabat, mempersendakan dan merendah-rendahkan Islam yang datang dari Allah SWT baik
dari segi syariatnya, hukum-hakamnya dan sumbernya.Ajaran sesat yang diajarkan oleh
seseorang yang kononya sebagai ajaran Islam adalah syirik kerana menyekutukan Allah SWT,
malah telah merosakan akidah orang yang mengajar ajaran sesat dan juga pengikut-
pengikutnya. Contoh ajaran sesat ialah kerajaan Langit Ayah Pin, Ustaz 100, Tuhan Harun,
Millah Abraham dan lain-lain lagi.
Ajaran ini sesat kerana kononnya pengasas atau guru ajaran tersebut telah menerima wahyu
baharu dari Tuhan, sedangkan Allah SWT telah menyatakan dengan jelas dalam al-Quran
bahawa Islam telah sempurna dan Allah reda hanya Islam sebagai al-Din, Rasulullah SAW
adalah sebagai Nabi dan Rasul terakhir, tiada ada nabi dan rasul lagi selepas baginda SAW.

Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kebanyakan ajaran sesat berlaku
dalam empat bentuk utama:1
a. Ajaran kesufian dan kerohanian
b. Perbomohan dan persilatan
c. Khurafat dan tahyul

1
https://www.alustaz.com.my/article/kenali-tarekat-sesat...Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.18
d. Penyelewangan pemikiran
Daripada empat perkara tersebut, ajaran kesufian dan kerohanian adalah bentuk yang paling
banyak disalahgunakan oleh pembawa ajaran sesat. Ia banyak berkembang menerusi amalan
tarekat tasawuf. Di Malaysia, ia bermula pada awal abad ke-20 dan mula ketara dalam
masyarakat Islam sekitar tahun 1960-an khasnya di negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan
Johor. Walau bagaimanapun, ketika itu hanya sebahagian kecil masyarakat Islam yang
mengikutinya. Namun sekitar tahun 1970-an, pihak Jabatan Agama Islam negeri dan JAKIM
mendapati muncul beberapa tarekat yang menyelewang, sebahagiannya ialah seperti berikut:
a. Tarekat Islam
b. Kumpulan Ikhwan/al-Mas di Kuala Lumpur (1974)
c. Tarekat Samaniah (1971)
d. Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya (1970)
e. Ajaran Ratib Kuat Hasan Anak Rimau (1971)
f. Tarekat Mufaridiah (1970)
g. Tarekat Kabullani (1983)
Kemunculan tarekat-tarekat sesat ini berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya, wujud
orang-orang jahil yang mengaku sebagai pemimpin tarekat sehingga mendakwa dirinya telah
mencapai martabat wali dan memiliki keramat. Ia bukan keramat sebaliknya ilmu sihir yang
diperoleh menerusi bantuan jin dan syaitan. Kesalahan paling asas dan utama adalah
penyelewangan dalam persoalan pokok atau usul. Sehinggakan al-Junaid al-Baghdadi
menyatakan keadaan orang yang mencuri dan berzina adalah lebih baik daripada mereka.
Pencuri dan penzina mengetahui kesalahan yang dilakukan dan berpeluang untuk bertaubat.
Tetapi bagi golongan ini, mereka mendakwa berada di makam tertinggi dan tidak perlu pulang
ke pangkal jalan. Antara jenis penyelewangan dari aspek usul yang dianuti sesetengah
kumpulan sufi sesat ialah:
1. Soal kemerdekaan dan perhambaan
Mereka beriktikad seseorang hamba itu dikategorikan sebagai hamba selagi masih berlaku
perhambaan antara dirinya dengan Allah. Namun apabila telah “sampai” kepada Tuhan, maka
ia telah merdeka. Ketika itu gugurlah perhambaan. Maka tiada lagi sebarang
pertanggungjawaban ke atasnya seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain.

2. Soal kenabian dan kewalian


Berdasarkan kisah Nabi Musa dan Khidir, mereka beriktikad kewalian lebih baik daripada
kenabian. Oleh itu, guru mereka dianggap wali akan lebih ditaati berbanding ajaran nabi
sendiri. Lalu timbul ketaksuban terhadap guru yang diikuti walaupun arahan dan perlakuannya
menyalahi akidah dan hukum syarak.

3. Soal hulul
Mereka beriktikad bahawa Tuhan menempatkan jasad dengan pengertian ketuhanan. Dengan
itu, unsur kemanusiaan pada jasad akan lebur (fana’) dan diganti dengan sifat ketuhanan.
Ketika ini dirinya telah mencapai tahap yang disebut insan kamil, iaitu suatu konsep yang
disalah ertikan sebagai “kembali menjadi Tuhan”. Maka doktrin ini membawa kepada fahaman
wahdatul wujud yang merosakan akidah.

FATWA AMALAN DAN KEPERCAYAAN YANG MERUNTUHKAN AKIDAH

1) Amalan Ilmu Hitam/Sihir


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), Amalan Ilmu Hitam/Sihir, no 9 (11 Okt 1993, Muzakarah kali ke-33),
hlm 3.
Keputusan :
a. Perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum
mempelajarinya adalah haram.

b. Pengamal sihir yang mendatangkan mudharat kepada manusia adalah berdosa besar dan
pelaku jenayah, maka wajib dihukum qisas/hudud.

c. Pihak berkaitan hendaklah menyediakan peruntukan undang-undang bagi menghukum


pengamal-pengamal yang sabit melakukan sihir.

Manakala dalam rujukan bertajuk “Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia” tahun 1432H/2010M,
hlm 29, menjelaskan bahawa:-

Sihir adalah istilah yang merujuk kepada amalan jahat manusia yang dibantu atau disokong
oleh jin-jin terdiri daripada iblis dan syaitan, yang dilakukan secara tersembunyi dan rahsia.
Ianya tidak mudah diketahui umum, yang boleh berlaku berulang kali. Sihir boleh dipelajari
dengan menuntut. Natijah daripadanya tidak boleh dibuktikan oleh akal, tentang bagaimana
hal demikian boleh berlaku, atau dibuktikan melalui peralatan moden, kecuali natijah yang
memberi bekas pada jasad. (Dr Amran Kasimin, Amalan Sihir
Masyarakat Melayu; Satu Analisis KL, 1997, h.11). Ayat al-Quran ada menyebutkan hal ini
dalam surah al-Baqarah Ayat 102. Dari segi hukum perbuatan sihir adalah haram dan berdosa
besar.

2) Penggunaan Jin Menurut Islam


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 12 Penggunaan Jin Menurut Islam (21 Sep 1995, Muzakarah kali
ke-39), hlm 6.
Keputusan :
a. Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang
ditegah oleh syarak adalah haram.
b. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah
haram.
c. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.
d. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.

Manakala dalam rujukan yang bertajuk “Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia” tahun 1432H/2010M,
hlm 29, menjelaskan bahawa:-

Mendampingi atau menggunakan jin dengan cara tertentu, sama ada melalui, menuntut saka
( sejenis jin dari keturunan atau yang dipelihara) atau dengan seru atau pemujaan. Perbuatan
ini dianggap salah jika dengan maksud melakukan perbuatan yang salah disegi syara’, kerana
boleh membawa kepada pemujaan jin. Ada orang menggunakan jin disebut dengan berbagai
nama seperti alam ghaib atau lain-lain, yang sebenarnya ia adalah dari jenis jin. Dalam keadaan
tertentu walaupun penggunaan makhluk jin ada menampakkan kebaikan yang kadang-kadang
agak menonjol, tapi ia boleh membawa kepada penyelewengan aqidah, kerana amalan seperti
itu bukan dari ajaran nabi

3) Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 13 Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam (9 Ogos 1996,
Muzakarah kali ke-40), hlm 7
Keputusan:

Muzakarah bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan
panduan kepada orang ramai:
a. Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat
istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran
Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau
dusta.

b. Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi
manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan objek-
objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang
melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.

c. Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang
tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadith, ijmak dan qias
adalah ditolak oleh Islam.

d. Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh
setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan. Orang-orang yang bersahabat
menggunakan jin, tukang sihir, tukang tenung adalah tergolong dalam golongan orangorang
yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.

e. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu
pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan
dengan sihir adalah sihir dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Manakala dalam rujukan bertajuk “Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia” tahun 1432H/2010M,
hlm 20-21, menjelaskan bahawa:-

Azimat dalam bahasa Arab disebut al-tama ’im, iaitu tangkal yang biasa dipakai di leher,
tangan atau di pinggang. Azimat ada pula berbagai bentuk. Ada dari kayu, rotan, paku, kertas,
keris dan lain-lain, seperti kertas yang berajah dan bertulisan tertentu, kemudian dibungkus
dengan kain putih, hitam atau kuning. Dalam perkara ini Nabi SAW pernah menegah seorang
lelaki menggunakan sesuatu berbentuk gelang di lengannya (HR Ahmad dan Hakim). Maksud
hadith Nabi SAW: "Barangsiapa menggantungkan ‘azimat maka sesungguhnya ia menjadi
musyrik" (H R Ahmad). Hukum memakai tangkal azimat pula, jika tangkal azimat itu dari ayat
al-Quran atau yang mengandungi nama-nama Allah SAW atau sifat-sifatNya, para ulama salaf
telah berselisih pendapat kepada dua:
Pertama: pendapat Saidatina Aisyah r.a, Abu Jaafar Muhammad bin Ali dan lain-lain
mengharuskan memakainya.
Kedua: pendapat Abdullah bin Mas’ud, Al-Aswad bin Hakim dan lain-lain, tidak
mengharuskannya.
Dalam memilih diantara dua pendapat tersebut Dr.Yusof Al-Qardhawi memilih pendapat yang
kedua, iaitu tidak mengharuskannya. Dalam kitab Mastika Hadith jilid pertama, hlm 37 terbitan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ada menyebut seperti berikut: “tawar jampi, tangkal azimat
dan ilmu pengasih adalah haram sekiranya mengandungi perkataan yang tidak difahami
maknanya atau yang berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang
mengandungi benda-benda najis atau kotor”. Nabi s.a.w. menegah seorang lelaki
menggunakan sesuatu berbentuk gelang di lengannya . Maksud hadith Nabi SAW:
"Barangsiapa menggantungkan azimat maka sesungguhnya ia menjadi musyrik" (HR Ahmad
dan Hakim).

4) Merayakan Hari Kebangsaan Agama Orang Bukan Islam


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 17 Garis Panduan Orang Bukan Islam Turut Merayakan Hari
Kebangsaan Agama Orang Bukan Islam (12 April 2005, Muzakarah kali ke-68) hlm 10
Keputusan:

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa
kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut:
1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah
Islam. Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan,
perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya:
i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas
dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada
anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan
Islam.
2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Maksud
“bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang
jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah sepertisanta claus atau pakaian lain yang
melambangkan agama.
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya.
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau
memecah kelapa.
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan
sebagainya.
3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan
akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini. Maksud “bercanggah dengan pembinaan
akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan
yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam
Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan.
ii. Berpakaian yang menjolok mata
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan.
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.
4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti
masyarakat Islam”. Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara,
perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam
tentang kepercayaan dan amalan mereka. Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam.
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam.
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam.
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama
sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

5) Martabat Tujuh
Rujukan: Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tahun 1432H/2010M, hlm 14-15.

Martabat Tujuh adalah dari pemikiran yang berdasarkan falsafah wahdat al-wujud. Mesyuarat
Panel Kajian Aqidah (PKA) kali ke 12/1999 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
merumuskan ia bukan dari ajaran Islam. Pemikiran asas dalam ilmu martabat tujuh ini ialah
kesatuan segala yang ada, yang tiada awal dan akhir, seterusnya berpendapat ia bercanggah
dengan pegangan Ahli Sunnah. Ia merupakan satu ajaran falsafah. Ilmu ini termasuk dalam
bidang tasawuf falsafah wahdatul wujud, yang mengatakan bahawa Allah mengadakan semesta
ini bukan dari ‘tiada kepada ada’, seperti yang diiktikadkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah,
tetapi berpegang kepada daripada ‘ada kepada ada’.

Huraian:
Martabat tujuh (lapisan tujuh) itu ialah Ahadiyah, Wahdah, Wahidiyah, Alam Arwah, Alam
Mithal, Alam Ajsam dan Alam Insan. Ajaran ini dikesan mula dikembangkan di India
kemudian di Makkah. Selepas itu buku mengenainya telah ditulis dalam bahasa Arab dan
dipercayai mula masuk ke Nusantara pada kurun ke 17M, apabila sebuah buku yang bertajuk
“Tuhfat al-Mursalah” yang ditulis oleh Muhammad Fadlullah Al-Burhanpuri dari India
(meninggal tahun 1029H) telah dibawa ke Jawa dan diterjemahkan ke Bahasa Jawa. Seterusnya
buku berkenaan dipecayai telah diserapkan ke dalam beberapa buah kitab agama, antaranya
kitab Siyar Al-Salikin, Al-Durr Al-Nafis dan lain-lain. Ilmu ini pernah menjadi isu besar di
Alam Melayu pada awal abad-20, hingga pernah dijawab secara terperinci oleh ulama’ Melayu
yang tinggal di Makkah iaitu Syeikh Ahmad Khatib yang berasal dari Minangkabau. Hal ini
berlaku pada tahun 1909M. Beliau telah menulis buku sebagai jawapan kepada ajaran itu
dengan nama “al-Syumus al-Lami’ah” diterbitkan pada tahun 1331H, di Mesir. Buku tersebut
mendedahkan secara menyeluruh tentang kepalsuan ilmu dan ajaran martabat tujuh berkenaan.
Secara ringkas dapat diterangkan seperti berikut:
a. Penganut martabat tujuh terdiri dari orang jahil,
b. Segala-galanya menyalahi syariat Nabi Muhammad SAW,
c. Menjadikan bersatu Tuhan dengan hamba,
d. Tiada ia dari ajaran Imam al Ghazali,
e. Ghalibnya kufur dengan Allah Taala.
Syekh Ahmad Khatib membuat kesimpulan akhir dengan mengatakan bahawa semua itu bukan
dari perkataan orang alim’.

6) Hadith Palsu Atau Maudhu’


Rujukan: Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tahun 1432H/2010M, hlm 30-35

Kebanyakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau orang yang
mengamalkan ajaran sesat atau tidak berasaskan dari sumber yang sah dan benar dari kitab
hadith, hatta pendakwah-pendakwah juga menggunakan hadith palsu dalam bab targhib
(galakan) dan al-tarhib (ancaman) atau dalam hal al-Fadha’il dan al-Raza’il. Mereka hanya
mengambil sesuatu yang dikatakan hadith itu dari guru yang jahil tentang hadith apalagi
merujuk kepada kitab Arab. Banyak hadith palsu yang digunakan sekarang ialah dalam amalan
ilmu tasawuf dan kerohanian. Mereka lebih suka mengambil ilmu berkenaan dari buku tertentu,
bukan dari kitab hadith, sedangkan perkara yang dibincangkan adalah perkara agama. Hadith
palsu adalah suatu perkara yang boleh merosakkan struktur keilmuan Islam dan boleh
meruntuhkannya. Pembinaan ilmu Islam adalah dari asas yang kukuh dan dengan disiplin yang
telah diwarisi oleh para ulama’ dari zaman berzaman.

7) Memanggil Ruh (Tahdhir Arwah)


Rujukan: Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tahun 1432H/2010M, hlm 25-26.

Tahdhir Arwah bererti memanggil roh. Ia bukan dari ajaran Nabi Muhammad SAW, bukan
ajaran sahabat, tabi ’in atau para ulama’ Islam dahulu. Apa yang berlaku dalam peristiwa
memanggil roh ialah seseorang itu menyerukan sesuatu kemudian berlaku pula gementar pada
diri orang berkenaan dan suara pula berubah dengan suatu-suara yang lain yang bukan suaranya
lagi. Hal ini berlaku dalam beberapa ketika. Ada yang berlaku dan mendakwa yang datang itu
sebagai syeikh tertentu seperti Wali Songo, Nabi Khaidir atau sebagainya. Dalam hal ini para
ulama’ ada memberikan fatwa bahawa ia adalah suatu perbuatan yang tidak diharuskan, kerana
yang datang semasa panggilan itu dibuat sebenarnya bukan roh para Nabi atau wali tertentu
bahkan yang datang itu ialah suatu makhluk halus yang dikenali sebagai jin atau syaitan yang
menjelma dalam bentuk suara orang tertentu, yang sememangnya ia boleh melakukannya.
Hakikat roh orang yang meninggal sama ada baik atau tidak adalah dibawah kekuasaan Allah,
sedikit pun tidak ada kuasa lain yang boleh menguasai roh-roh itu. Mesyuarat Panel Kajian
Aqidah ke-25/2003 telah mengambil keputusan bahawa mengamalkan tahdhir arwah adalah
haram.

Huraian: Dikalangan orang barat ada pekerjaan yang menjalankan urusan mengenai
memanggil roh orang yang telah meninggal dunia. Begitu juga berlaku dikalangan pengamal
perbomohan Melayu, India dan Cina. Ia hampir sama dengan perbuatan atau amalan menurun.
Imam Ibn Qayyim menjelaskan bahawa selepas mati, roh akan kembali ke alam barzakh yang
mana Rasulullah telah melihat roh-roh tersebut dilangit dunia ketika isra’ dan mikraj. Cara
yang biasa dilakukan dalam amalan tahdhir al-arwah ialah dengan melalui pengantara dengan
menjampi kalimah tertentu atau dengan melepaskan asap kemenyan dan sebagainya sehingga
pengantara itu tidak sedarkan diri. Di antara ulama yang menolak amalan tahdir al-arwah ini
seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Muhammad al-Ghazali, Dr. Muhammad
Muhammad Hussain dan lain-lain. Syeikh Muhammad Mitawalli al-Sya’rawi dalam kitabnya
“Fatawa” menjelaskan bahawa amalan tahdir al-arwah adalah satu pembohongan semata-mata.
Beliau menjelaskan bahawa sebenarnya amalan tersebut adalah menghadirkan jin.
8) Menurun (Istinzal Arwah)
Rujukan: Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tahun 1432H/2010M, hlm 26-27.

Istinzal arwah atau menurun pada hakikatnya adalah satu keadaan menyebabkan seseorang itu
diresapi oleh makhluk halus yang dipanggil. Hal tersebut akan menyebabkan makhluk tadi
sebati dalam diri orang yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad
orang yang berkenaan. Terdapat upacara perubatan tradisional dilakukan ketika seseorang itu
dalam keadaan menurun. (Dr. Amran Kasimin, Liku-liku Iblis Menipu Manusia, 1992, KL.
h82). Melakukan kerja dan urusan seperti ini bukanlah dibenarkan oleh agama kerana ianya
boleh membawakan seseorang pengamal itu termasuk dalam keadaan yang dirinya tidak dapat
dikawal sendiri tetapi sudah tergolong dalam orang yang dikawal dan diKuasai oleh suatu
kuasa lain yang boleh disebut sebagai makhluk halus. Pengamal tersebut dalam keadaan
separuh sedar itu jika berlaku sesuatu diluar syariat, sudah tentu boleh membawa kepada dosa
besar, bahkan lebih besar lagi jika berlaku kematian maka ia tergolong dalam golongan su’ul
khatimah atau orang-orang yang sesat.

9) Yaqazah
Rujukan: Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tahun 1432H/2010M, hlm 18-19.

Mengenai Yaqazah bersama Rasulullah SAW secara jaga dan sedar selepas baginda wafat
adalah suatu perkara yang sukar dipercayai. Mesyuarat Panel Kajian Aqidah (PKA)
merumuskan ia adalah suatu pemikiran luar yang dibawa masuk ke dalam pengajian Islam.
Pengalaman beryaqazah oleh orang tasawuf dengan Rasulullah SAW hanya laporan dari
pengalaman individu yang tidak ma’sum, oleh itu ia tidak boleh diterima dalam hal-hal yang
membabitkan agama, apa lagi yang menjurus kepada bidang aqidah dan syari’at Islam. Huraian
maksud Yaqazah yang ditakrif oleh al-Jurjani iaitu sesuatu kefahaman yang dipercayai
bersumber daripada Allah melalui suatu kejutan rohani yang bertujuan melarang.( ‫الفهم عن هللا‬
‫)تعالى ما هو المقصود بزجره‬. Difahamkan dari takrif ini Yaqazah adalah suatu kejutan dalam rohani
yang berupa amaran supaya menjauhi sesuatu. Kejutan ini difahamkan bersumber dari Ilahi.
Ada lagi istilah Yaqazah dipakai dengan erti bertemu nabi dan menerima sabdanya dalam jaga.
Ini yang dipakai oleh Asha’ari Muhammad bekas ketua Jamaah Kumpulan al Arqam yang
diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994. Oleh itu kalau ada dakwaan tentang bertemu nabi
dalam masa jaga tentulah suatu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali mengikut syarak.
(Penjelasan mengenai konsep Yaqazah sila lihat dalam Jurnel Penyelidikan, JAKIM
bil.13/2000)

10) Kasyaf Dan Ilham:


Rujukan: Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tahun 1432H/2010M, hlm 17-18.

Kasyaf bukan menjadi sumber ajaran dan ilmu dalam Islam. Jauh sekali dari menjadi hujah
dalam syari’at dan aqidah Islam, kerana ia datang bukan dari mereka yang ma’sum seperti Nabi
atau Rasul. Kalau ada yang mendakwakan telah menerima kasyaf perlu diteliti dahulu apa yang
dibawakan itu bentuk dan perkara agama atau tidak ,sekira perkara agama dan ia bertentangan
dengan al-Quran atau hadis maka perlu ditolak , kalau tidak bertentangan maka ia boleh
diterima. Oleh itu asas penerimaan bukan kasyaf tetapi sumber syara’ iaitu al-Quran dan al-
Sunnah . Begitu juga ilham.

Huraian:
i. Kasyaf menurut al-Jurjani dalam kitab al-Ta’rifatnya bermaksud menyingkap maklumat di
sebalik hijab atau tabir yang berupa perkara ghaib dan perkara-perkara yang benar ada:
( ‫) االطالع على ماوراء الحجاب‬
ii. Ilham pula ialah sesuatu yang dicampak dalam hati dengan cara anugerah seperti keterangan
oleh al-Jurjani:( ‫) ما يلقى فبالروع بطريق الفيض‬
iii. Kasyaf dan Ilham tidak termasuk dalam Asbab al-Makrifah atau sumber ilmu yakin, kerana
sumber ilmu ini hanya tiga (3) perkara:
a. Pancaindera yang sejahtera.
b. Khabar yang benar iaitu Al-Quran dan Hadith.
c. Akal yang sihat.
Beberapa istilah lagi yang hampir sama iaitu Ilmu Laduni, Ilmu Zauq, Ilmu Batin dan Ilmu
Rahsia-Rahsia. (Penjelasan mengenai konsep Kasyaf dan Ilham sila lihat dalam kertas kerja
berkaitan dalam Mesyuarat Panel Kajian Aqidah (PKA) ke 15/2000.

11) Syirik
Rujukan: Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tahun 1432H/2010M, hlm 10-11.

Takrif Syirik.
Syirik ertinya berkongsi atau menyekutukan Allah SAW dengan benda-benda lain. Syirik
mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Menyekuutukan Allah SAW pada sifat Rububiyyah atau Asma’ dan sifat atau pada sifat
Uluhiyyah.
b. Mengambil sesuatu makhluk sama ada nabi-nabi, wali-wali, malaikat, kubur, jin, pokok
kayu, batu, binatang, matahari, bulan, bintang dan seumpamanya.
c. Menyekutukan atau menyamakan Allah dengan sesuatu makhluk seperti seorang
menyembah Allah SWT disamping menyembah makhluk, dia kasih kepada makhluk sama
seperti kasihkan Allah SWT, takut kepada makhluk sama seperti takut kepada Allah SWT,
mentaati makhluk sama seperti mentaati Allah SWT.

Jenis-Jenis Syirik
Para ulama telah membahagikan syirik kepada dua jenis:
Pertama : Syirik Besar atau Nyata.
Kedua : Syirik Kecil.

a) Syirik Besar
Iaitu mempercayai atau mengaku adanya sesuatu yang setara atau setanding dengan Allah yang
ditujukan kepadaNya, doa permohonan sama seperti yang ditujukan kepada Allah, atau
mengaku adanya sesuatu yang setara atau setanding dengan Allah yang diuntukkan kepadaNya
suatu cara ibadat yang hanya khusus untuk Allah sahaja, seperti seorang mengambil jin,
syaitan, pokok, binatang, bulan, bintang sebagai tempat tumpuan ia beribadat, berlindung, atau
tempat ia memberi ketaatan, berdoa memohon sesuatu atau seumpamanya.

Jenis Syirik Besar


Syirik besar terbahagi kepada dua bahagian:
i) Syirik yang nyata atau jelas: iaitu menyekutu dalam bentuk penyembahan, seperti
menyembah matahari, bulan, atau manusia, berhala atau lain-lain.
ii) Syirik yang tidak nyata, iaitu yang tersembunyi, antaranya:
(i)Meminta doa dan pertolongan dari kubur atau orang mati seperti minta tolong melepaskan
dari bala kesusahan dan lain-lain.
(Ii) Mengambil selain Allah SWT sebagai pembuat syariat seperti menghalal yang haram atau
mengharam sesuatu yang halal.

b. Syirik Kecil;
Syirik kecil ialah segala kepercayaan, perkataan atau perbuatan yang menyebabkan berlakunya
syirik terhadap kekuasaan atau peraturan Allah SWT seperti riak dalam melakukan ibadat.

Jenis-Jenis Syirik Kecil


Banyak syirik kecil yang berlaku dalam masyarakat, antaranya ialah:
i. Ria’ dalam melakukan ibadat dan amal solih, seperti melakukan sembahyang sunat untuk
menunjuk- nunjuk kepada orang tertentu, atau bersedekah dengan niat untuk mendapatkan
nama.
ii. Bersumpah dengan sesuatu selain Allah SWT, seperti berkata demi tanah air atau demi nama
disebut nama kekasih atau lain-lain aku akan laksanakan perkara tertentu.
iii. Memakai benang atau azimat untuk mengubati penyakit, dengan meletakkan di leher atau
di lengan atau di pinggang.
iv. Jampi dan mentera dengan memohon pertolongan dari jin dan syaitan.
v. Bernazar kepada sesuatu selain Allah SWT seperti nazar pada kubur, telaga atau pokok dan
lain-lain.

12) Sumber Ilmu Dalam Aqidah (Asbab Al-‘Ilmi)


Rujukan: Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tahun 1432H/2010M, hlm 12-13.

Sumber ilmu adalah saluran manusia boleh mengetahui sesuatu ilmu. Dalam bidang aqidah
Islam ada tiga perkara:-
a. Pancaindera yang sejahtera.
b. Akal yang waras.
c. Khabar yang benar iaitu Al-Quran, al-Sunnah dan maklumat yang diketahui ramai.
Huraian: Huraian sumber pertama (pancaindera yang sejehtera). Pancaindera yang lima ialah
pendengaran (telinga), penglihatan (mata), bau (hidung), perasa (lidah), dan sentuhan (tubuh).

Huraian sumber kedua. (khabar yang benar) Khabar yang benar ada dua;
a. Khabar yang mutawatir, khabar yang berlaku melalui percakapan ramai yang tak mungkin
berlaku dusta seperti wujud negara tertentu.
b. Khabar rasul yang dikuatkan dengan mukjizat iaitu khabar Rasulullah s.a.w.
yang mewajibkan dapat dan mendapat dalil serta ilmu yang thabit yakin.

Huraian sumber ketiga.( akal sejahtera) Akal sejahtera iaitu sebab bagi pengetahuan dan barang
yang thabit dengan akal yang nyata, yang dikatakan suatu yang pasti seperti satu adalah
setengah dari dua atau dihukum alam ini baru sebab kita lihat ia berubah-ubah, maka tiap yang
berubah itu baru. Sementara Ilham dan kasyaf tidak boleh dijadikan saluran ilmu dalam aqidah
kerana kedua-dua itu tidak dapat dipastikan kebenarannya (Penjelasan mengenai konsep
Sumber Ilmu sila lihat “Asbab al-‘Ilmi” dalam Jurnal Penyelidikan Islam, JAKIM, bil.
14/2001).

13) Wahdatul-Wujud
Rujukan: Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tahun 1432H/2010M, hlm 13-14.

Mengenai Wahdatul-Wujud ia termasuk dalam perkara falsafah yang sememangnya tidak


diajar oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana ia bukan berasal dari ajaran al-Quran dan al-Sunnah
maka Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia telah
memutuskan seperti berikut:
i. Fahaman Wahdatul wujud menyalahi aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan
dengan ajaran Islam.
ii. Bersetuju dengan fatwa rasmi Negeri Johor yang diputuskan pada tahun 1948 oleh S.S. Syed
Alwi Tahir al Hadad seperti berikut; “Mengikut pendapat Ijma’ Ulama’ fahaman wahdatul
wujud adalah kufur. Sesiapa yang mempercayai dan mengamalkannya adalah murtad. Jika
pengamal fahaman tersebut mempunyai isteri, isterinya tertolak dan anaknya adalah anak luar
nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”. (Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan kali ke 48/2000).

Huraian:
Pokok ajaran wahdatul wujud,
a. Wahdatul wujud ialah hanya ada satu kewujudan saja iaitu wujud Allah SWT. Adapun
banyak yang kita lihat dalam dunia ini adalah sangkaan saja, yang sebenarnya ia hanya
dianggap oleh akal yang cetek. Wujud hanyalah satu tidak berbilang-bilang.
b. Tidak menerima bahawa kejadian alam ini adalah dari tiada (Creation ex-nihilo) iaitu mereka
tidak beriman bahawa alam dijadikan dari tiada pada suatu masa sebagaimana yang dikenali
oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan kejadian alam.
c. Beriman dengan teori Emanation (al-Faidh) iaitu Allah menzahirkan sesuatu yang wujud
dalam ilmuNya kepada wujud atau kenyataan. Kewujudannya perkara yang wujud ini dengan
jelmaan Tuhan yang berterusan dan penzahiranTuhan pada setiap masa yang tidak terhingga
bilangannya dari berbagai gambaran (al-Futuhat al-Makiyyah, Kaherah, Jilid II, hal.40.)

14) Nur Muhammad


Rujukan: Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam,Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tahun 1432H/2010M, hlm 15-17.

Nur Muhammad lahir dari falsafah martabat tujuh dan wahdat al-wujud juga, ia bukan dari asal
pemikiran Islam. Nur Muhammad dari segi bahasa ialah cahaya yang dihubungkan dengan
Nabi Muhammad SWT. Dari segi istilahnya ialah ciptaan Allah yang pertama sebelum Ia
menciptakan makhluk yang lain. Cahaya ini diciptakan daripada Nur Allah. Pada konsep asal
bagi orang yang menerima kewujudannya, Nur ini sama dengan rupa kejadian Nabi
Muhammad SAW. Perkataan yang sama maksud dengan Nur Muhammad ialah seperti al-‘Aql
al-Awwal, Ta’yun Awwal, al-Insan al-Kamil, Qutub, Ghawth dan lain-lain. Menurut Dr. Ali
Sami al-Nashar beliau mengatakan bahawa pemikiran Nur Muhammad ini mula tersiar kepada
umum pada zaman Jaafar al-Sadiq (83-148H), beliau dianggap sebagai pemikir pertama yang
membawa ajaran ini bagi mempertahankan beberapa aqidah dalam Syiah, seperti konsep
‘ismah para imam dan sumber-sumber suci bagi memperolehi ilmu. Bagi Ahli Sunnah Wal
Jamaah kepercayaan seperti ini adalah khurafat dan tidak bersendikan kepada mana-mana
dalil yang layak menjadi sumber hukum. Kerana hadis yang dianggap sumber utamanya adalah
bertaraf hadis Mustaqim Oleh itu ia bukan dari ajaran aqidah Islam yang sebenar. Ekoran dari
pemikiran yang sama umat Islam boleh terpesong pemikiran mereka kepada pemikiran falsafah
dan terbawa kepada pemahaman yang jauh.

PKA ke 9/1997 berpendapat Nur Muhammad bukanlah berdasarkan nas yang kuat, oleh itu ia
tidak dianggap sebagai dasar syara’ bahkan sebagai suatu spekulasi sahaja.

Huraian:
Dalam kepercayaan kepada Nur Muhammad ia mengandungi beberapa perkara iaitu:
a. Nur Muhammad bersifat Qadim dan Azali.
b. Dijadikan Nur Muhammad terlebih dahulu sebelum dijadikan alam.
c. Semua alam dijadikan dari Nur Muhammad. Sandaran kepada pemikiran begini ada
dibawakan hadis-hadis maudhu atau palsu. Kepercayaan-kepercayaan diatas adalah
bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadith sahih. Hanya terdapat hadith yang bertaraf
Mustaqim sahaja, dan ia tidak boleh dijadikan asas, dalil dan hujah dalam bidang aqidah.

(Penjelasan mengenai konsep Nur Muhamad sila lihat dalam Jurnal Penyelidikan , bil. 12/1999
dan kertas 17 kerja bertajuk Nur Muhammad oleh Dr. Huda Muhsin dalam Mesyuarat Panel
Kajian Aqidah kali ke 9/1997). Nur Muhammad atau Hakikat Muhammadiah tidak lain dari
merupakan spekulasi falsafah yang mengatakan akal pertama yang lahir dari Allah, seperti
cahaya matahari terbit daripada matahari, atau ombak laut lahir dari laut. Hakikat yang sebenar
cahaya matahari tidak lain daripada matahari dan ombak laut tidak lain dari laut. Cahaya
matahari dan ombak sebenarnya tidak berwujud. Inilah iktikad kaum wahdatul wujud. Nur
Muhammad adalah salah satu daripada punca wahdatul wujud yang berasal daripada teori
emanasi, Neoplatonisma dan lain-lain, ia bukan dari ajaran Islam. Gara-gara Nur Muhammad
golongan berkenaan terbawa-bawa hingga mereka mengangkat Nabi Muhammad SAW ke
martabat ketuhanan Al-Nur dan mereka ketepikan firman Allah yang bermaksud; “Katakanlah
bahawa sesungguhnya aku ini adalah seorang manusia seperti kamu”

KUMPULAN YANG DIFATWAKAN SESAT DI MALAYSIA

1) Kesesatan Kelompak Ahbash

Ahbash disandarkan kepada pengasanya iaitu Abdullah al-Harari dimana Harari merupakan
nisbah kepada wilayah Harari di habsyah. Daripada Harari beliau telah datang ke Syam pada
tahun 1950. Apabila sampai di Syam, beliau telah menyebarkan akidah sesat di wilayah
tersebut dan ramai orang awam yang terpengaruh. Para alim ulama syiria telah bertindak dan
bersemuka sambil mendedahkan penyeleweangan ajaran yang disampaikan kepada orang
ramai. Selepas itu, beliau telah lari ke lubnan dan menetap disana serta menyebarkan
fahamannya kepada orang ramai. Disana beliau telah menyertai dan meminta bantuan daripada
musuh Islam untuk melancarkan serangan terhadap jemaah-jemaah Islam dan ulama.

Diantara tingkahlaku mereka yang meresahkan umat Islam ialah seperti:

1. Mengkafirkan Tokoh-Tokoh Ummah

Mereka dikenali sebagai Jemaah takfir kerana gemar mengkafirkan ulama-ulama yang
tidak sealiran dengan mereka. Antaranya ialah mereka mengkafirkan ulama’-ulama’ yang
muktabar seperti Imam Ibnu Khuzaimah iaitu dengan menuduh kitab tauhidnya semisal
dengan kitab syirik, mempertikaikan Imam Az-zahabi sebagai seorang yang hina,
mengkafirkan Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Imam Ibnu Kasir, dan Ibnu Abi al-Izz al-Hanafi.
Selain itu tidak terlepas dikafirkan adalah seperti Syeikh Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh
Muhammad Bin Abdul Wahab yang dianggap sebagai penjenayah dan pembunuh.
Bahkan para ulama kontemporari juga tidak terlepas dari tuduhan kafir seperti Syeikh al-
Abani, Dr Yusof al-Qaradawi, Bin Bazz, Ibnu Usaimin, Syed Sabiq (dikata sebagai majusi
kafir), Mutawwali Sya’rawi, Dr Said Ramadhan al-Bouti, dan Syed Qutub. Boleh lihat
dalam kitab beliau bertajuk al-Nahju al-Sawiy fi al-Radd ‘ala Syed Qutb Wa Tabi’ihi
Faisol Maulawi.

2. Permasalahan Dalam Akidah

Ijma’ umat Islam bahawasanya Allah SWT maha mengetahui segala sesuatu samaada
yang tersembunyi atau terangan, kecik atau besar dan tiada yang terlepas daripada
pengetahuan Allah SWT serta Allah SWT Maha berkuasa diatas segala sesuatu
sebagaimana firman Allah dalam al-Baqarah, ayat 20: “Sesungguhnya Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu”. Tetapi bagi kelompak Ahbash mereka beri’tikad sebaliknya iaitu
Allah SWT tidak berkuasa ke atas segala sesuatu pun, tetapi hanya berkuasa pada
kebanyakan perkara bukannya segala setiap sesuatu tersebut sebagaimana yang
disebutkan di dalam kitab tokoh mereka iaitu al-Aqidah As-saniyah, halaman 40.

Selain itu juga, umat Islam percaya dan yakin bahawasanya mayat-mayat yang telah
meninggal dunia hanya akan dibangkitkan setelah tibanya hari kiamat sebagaimana Allah
SWT jelaskan dalam surah al-Mukminum, ayat 16: “sesungguhnya kamu dibangkitkan
hidup semula pada hari kiamat.” Berbeza dengan pandangan tokoh ahbash yang
menyatakan bahawa mayat-mayat tersebut boleh keluar daripada kubur untuk memenuhi
permintaan sesiapa yang memerlukan pertolongan dan masuk semula ke dalam kubur
sebagaimana disebutkan dalam kitab mereka seperti kitab ‘Bughyah al-Tolib, edisi
pertama, halaman ke-7; kitab ‘Sorih al-Bayan, halaman 57 dan kitab al-Dalil al-Qowim
halaman 173 yang menggalakkan manusia agar berdoa di kubur dan meminta bantuan
kepada mayat.

3. Permasalahan Dalam Feqah

Jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah bahawasanya Allah SWT telah mengharamkan akan
sebarang bentuk perjudian, tetapi tokoh ahbash telah memberikan fatwa sebaliknya iaitu
boleh mengambil harta orang kafir melalui perjudian kerana pada hari ini telah tiada kafir
zimmi tetapi hanya ada kafir harbi. Hal ini dijelaskan dalam kitab beliau bertajuk Soreh
al-Bayan pada halaman 133.

Tokoh ahbash juga memberikan fatwa boleh bercampur gaul antara lelaki dan perempuan
dalam majlis tari menari sebagaimana dinukilkan dalam kitab beliau, iaitu Soreh al-Bayan
pada halaman 144.

Beliau juga memberikan fatwa bahawa seorang lelaki boleh melihat apa sahaja dari tubuh
seorang perempuan ajnabiyyah dengan syarat tidak menaikkan syahwat. Fatwa ini boleh
dilihat dalam kitab Bughyah al-Toleb pada halaman 288.

Dalam fatwa berkaitan zakat dalam penggunaan duit kertas, beliau menggugurkan
kewajipan tersebut kerana bukan duit yang sebenar. Dijelaskan dalam kitab bertajuk
Bughyah al-Toleb pada halaman 160-169, manakala bagi cetakan terbaru pada halaman
207.

Fatwa al-Qaradawi Tentang Kelompak Ahbash

Sejak beberapa tahun yang lalu aku (DYQ) mendengar tentang satu jamaah yang muncul di
Lubnan dan menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pendapat-pendapat yang
ganjil dan menyeleweng dalam persoalan akidah, fiqh dan akhlak. Sehinggakan mereka
menggugurkan kewajipan zakat bagi individu yang memiliki simpanan wang yang banyak dari
matawang yang digunakan pada hari ini dan mengharuskan wang tersebut untuk digunakan
dalam urusan riba dengan mendakwa matawang kertas bukanlah matawang yang sya’ie iaitu
bukan daripada emas dan perak. Kelompak ini juga mengharuskan orang yang memakan
bawang atau meletakkanya di dalam poket, tidak menunaikan jumaat dan mengharuskan
percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Yang lebih dahsyat ialah apabila
mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dari kalangan umat Islam hari ini atau
yang terdahulu Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn Qayyim dan
sesiapa yang mengikut kedua tokoh tersebut seperti Mujaddid Tauhid di Jazirah al-Syeikh
Muhammad Bin Abdul Wahhab sepertimana mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa
seperti al-Allamah al-Syeikh Abdul Aziz Bin Baz, pemikir Islam Syed Qutb dan selainnya.
Aku (DYQ) telah menyebut di dalam bukuku al-Sofwah al-Islamiyyah Baina al-Juhud Wa al-
Tatorruf) bahawa terjatuh ke dalam lubang menghukum kafir adalah tanda-tanda yang paling
serius terhadap pemikiran ekstrim dan melampau dalam beragama. Golongan Ahbash yang
melampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan
al-Asy’ariy di dalam akidah dan mazhab al-Imam al-Syafie dalam fiqh dan mengikut tariqat
al-Rifa’iyyah di dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj para
imam ini kesemunya samaada dalam pemikiran, adab dan akhlak. Jemaah ini yang pada
mulanya timbul di lubnan dinamakan sebagai al-Ahbash kerana pemilik dakwah dan pemegang
bendera adalah seorang lelaki dari Habsyah berasal dari Harara. Beliau mendakwa dakwanya
ini adalah dakwah yang baharu yang berhasarat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan
umat Islam, mengucar-kacirkan dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan
menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Fatawa al-Muasarah, cet
ke-3 (2003), Dar al-Qalam, Jil-3, hlm 685-686)

Fatwa yang hampir sama juga dikeluarkan oleh Syeikh Dr Wahhab Az-Zuhaili , Syeikh
Ramadhan al-Bouti dan Syeikh Dr Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, bahkan banyak lagi fatwa
yang dikeluarkan oleh beberapa tokoh dan kesatuan-kesatuan lain akan bahayanya kelompak
ahbash ini.

2) Menghidupkan Semula al-Arqam Melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn.Bhd


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 30 Usaha-usaha Menghidupkan Semula al-Arqam Melalui Syarikat
Rufaqa’ Corporation Sdn.Bhd Dan Lain-Lain Syarikat (12 Set 2006, Muzakarah kali ke 75)
hlm 19-25
Keputusan:
i. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
ajaran dan pegangan yang dibawa dan disebarkan oleh ahli jamaah Syarikat Rufaqa’
Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya mengandungi fahaman-
fahaman yang menyamai Kumpulan al-Arqam yang telah diharamkan. Ahli jamaah SRC juga
didapati mengamalkan ajaran dan pegangan baru yang telah menyeleweng daripada ajaran
Islam. Penyelewenganpenyelewengan tersebut adalah seperti berikut:
a. Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah berdasarkan
kepercayaan bahawa:
i. Haji Ashaari bin Muhammad adalah Sahibul Zaman (Mujaddid), manakala Sheikh
Muhammad al-Suhaimi pula sebagai Imam Mahdi.
ii. Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan meramal dan mengetahui
perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Setiap ramalan tersebut dianggap oleh
ahli jamaah SRC sebagai sebahagian daripada jadual Tuhan untuk memberi
kemenangan kepada mereka.
iii. Haji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Sheikh
Muhammad al-Suhaimi dan Rasulullah s.a.w. berkenaan perkara yang akan berlaku
pada masa hadapan.
iv. Mujaddid atau Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus
dari Allah (ilham, ilmu ladunni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, dunia, hal ehwal
semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain. Ilham dari Tuhan datang kepadanya
seperti air sungai yang mengalir.
v. Ahli jamaah yang banyakmenghayatiminda Abuya (Haji Ashaari binMuhammad)
dan dapat pula melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental
dengan Abuya.
vi. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) itu sebenarnya adalah wahyu dari
Tuhan. Bagaimanapun, wahyu yang diturunkan kepada Abuya adalah 1/46 daripada
kenabian.
vii. Allah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar
Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad), Imam Mahdi (Sheikh Muhammad al-
Suhaimi) dan Nabi Isa a.s. yang telah tersedia oleh Allah untuk melaksanakan jadual
Tuhan.
viii. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) difahami sebagai intisari Quran dan
hadith dan Abuya adalah orang Tuhan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut
kepada pengikutnya untuk diamalkan. Dengan itu, tidak perlu lagi merujuk kepada
Quran dan Hadith kerana minda sudah lengkap.
ix. Perjuangan ahli jamaah SRC dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang
terdiri daripada para malaikat, jin Islam dan roh-roh muqaddas (roh suci para ahli
jamaah yang telah meninggal dunia).
x. Bertawassul kepada Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) ketika menghadapi
sesuatu kesulitan atau kecemasan, Abuya akan menghantar bantuan samaada
menggunakan jin Islam atau dengan karamahnya.
xi. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah manusia yang hebat. Malahan, lebih
hebat daripada kita mempunyai 10 orang ibu dan ayah kerana menurut mereka
hubungan dengan ibu bapa hanya terbatas di dunia sedangkan hubungan dengan Abuya
kekal sehingga ke akhirat.
xii. Allah akan memberitahu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) tentang musibah
sakit yang dialami oleh ahli jamaah SRC. Sekiranya sakit tersebut tidak tertanggung
oleh ahli jamaah, Abuya boleh meminta agar Allah meringankan derita pada kadar yang
mampu ditanggung oleh ahli jamaah.
xiii. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) mempunyai kelebihan untuk menangguhkan
ajal sekiranya ahli jamaah yang sampai ajal itu masih banyak dosa.
xiv. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) boleh meminta Allah menggantikan ajal
kepada ahli jamaah lain yang telah sempurna iman dan taqwa.
xv. Sewaktu ahli jamaah sedang nazak, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan
hadir dan berada di sebelah kanan kepala dengan mengajarkan talkin. Dengan itu,
syaitan tidak akan menyesatkan ahli jamaah berkenaan.
xvi. Sewaktu ahli jemaah sedang disoal oleh malaikat di alam kubur, Abuya (Haji
Ashaari bin Muhammad) akan datang menemani dan menjawab soalan malaikat bagi
pihak ahli jamaah. Dengan itu, ahli jamaah berkenaan terlepas seksaan kubur.
xvii. Sewaktu di padang mahsyar, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) menunggu-
nunggu untuk memberikan syafaat kepada para pengikutnya.
b. Kesalahan yang bercanggah dengan Syariah Islamiyyah adalah berdasarkan kepada
kepercayaan bahawa:
i. Ibadat sembahyang Jumaat pada mereka adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada
sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi muncul dan membentuk
kerajaan barulah ibadat sembahyang Jumaat menjadi wajib.
ii. Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) tidak memerlukan kitab dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus dari Allah dalam bentuk
ilham.
iii. Orang yang berjuang dengan mempunyai minda Abuya (Haji
AshaaribinMuhammad) adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan
dengan mereka yang tidak mempunyai minda Abuya dalam perjuangan.
iv. Seorang ahli ibadah (‘Abid) hanya mampu menjadi hamba biasa kerana tidak
mempunyai minda setaraf dengan wahyu dan tidak boleh menjadi khalifah.
v. Quran yang ada sekarang hanya tinggal mashaf dan lafaz sahaja.
v. Quran yang ada sekarang hanya tinggalmashaf dan lafazsahaja. Roh Quran telah
ditarik balik oleh Tuhan dan hanya diberikan kepada mujaddid (Haji Ashaari bin
Muhammad).
vi. Sembahyang sehari semalaman hanya tiga waktu sahaja iaitu Subuh, sembahyang
jamak Zohor dan Asar serta jamak Maghrib dan Isyak.
vii. Segala amalan baik di dunia tidak dapat menandingi amalan pengikut Abuya (Haji
Ashaari bin Muhammad) walaupun seseorang itu bersembahyang, berpuasa dan
berpuluh kali menunaikan ibadat haji.
viii. Duduk semajlis dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhamad) pahalanya lebih tinggi
daripada mengerjakan sembahyang selama 40 tahun atau sembahyang tahjud sepanjang
hayat.
ix. Beramal dengan Aurad Muhammadiah sebagai satu cara untuk menjaga hubungan
hati atau rohani dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad). Dengan mengamalkan
Aurad Muhammadiah, ahli jamaah akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara
rohaniah oleh Abuya.
x. Amalan Aurad Muhammadiah akan terbatal sekiranya ahli jamaah melakukan dosa
besar, tidak mengamalkannya tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta
mengaibkan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad).
xi. Mengamalkan zikir agung ( ) yang terkandung di dalamnya unsur tawassul, menyeru
roh orang yang telah mati serta mendakwa bahawa al-Sheikh Muhammad bin Abdullah
al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi.
c). Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Akhlak Dan Etika Bermasyarakat adalah berdasarkan
kepada kepercayaan bahawa:
i. Ulama yang ada sekarang adalah ulama kitab atau ulama hafalan yang bergantung
kepada kitab dan hafalan untuk mengajar. Manakala Sahibul Zaman pula, ilmunya
datang terus dari Tuhan.
ii. Orang yang menuntut ilmu agama sehingga ke peringkat Ph.D adalah tidak
bermanfaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kitab lama dan ketinggalan
zaman
iii. Ilmu para ulama sekarang dengan mendakwa ilmu mereka tidak setanding dengan
ilmu orang Tuhan (Haji Ashaari bin Muhammad).
iv. Allah melarang ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan iv. Allah melarang
ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya mujaddid yang
berwatak Rasul.
ii. Berdasarkankepadapenyelewengantersebut,MuzakarahJawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah bersetuju memutuskan bahawa
ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh jamaah Syarikat Rufaqa’
Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng
daripada ajaran Islam.
iii. Oleh yang demikian,Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia mengambil keputusan bahawa:
a. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan,
persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa’
Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah
mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
b. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan,
persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa’
Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya dengan
berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian,
perubatan, pembinaan, pertanian, perladangan,telekomunikasi atau apa-apa aktiviti lain
yang berhubungkait dengan SRC dan apa-apa ajaran yang mempunyai unsur-unsur
persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan Al-Arqam adalah
mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
c. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan,
persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman
Kumpulan al-Arqam samada melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. (SRC),
rangkaian syarikat gabungannya atau mana-mana pertubuhan, persatuan atau syarikat
yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman
Kumpulan Al-Arqam adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang
menyeleweng daripada ajaran Islam.
d. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan,
persatuan atau syarikat yang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang disebut
di dalam subperenggan iii(a), (b), (c) adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan
fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
e. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau
fahaman kumpulan Al-Arqam dan ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC
atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai
persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Al-Arqam
dan ahli jamaah SRC adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan
menyeleweng daripada ajaran Islam
f. Apa-apa jua bahan publisiti yang menonjolkan ajaran Kumpulan Al-Arqam dan
ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau
fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran,
pegangan dan fahaman Kumpulan Al-Arqam dan ahli jamaah SRC dalam apa jua
bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan.

3) Tariqat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 15 Tariqat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani (3
April 2000, Muzakarah kali ke-48) hlm 9.
Keputusan:
a. Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan
fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal
ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

b. Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-
Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat
Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

4) Syiah Di Malaysia
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 14 Syiah Di Malaysia (5 Mei 1996, Muzakarah Khas), hlm 8.
Keputusan:
a. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24
dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang
menetapkan seperti berikut: “Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa
telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyah dan
Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.

b. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang
berasaskan pegangan Ahli Sunnah WalJamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

c. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan


Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan
Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah WalJamaah
dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

d. Memperakukan pindaan kepada semua Undang-Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi
menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam” seperti berikut: “Hukum
Syarak atau “Undang-Undang Islam” ertinya UndangUndang Islam yang berasaskan pegangan
Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.”

e. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah
adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian
penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah
dilarang.

f. Menetapkan bahawa semua umat Islam di Negara ini adalah tertakluk kepada Undang-
Undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-
Jamaah sahaja.

g. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem,
video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jamaah adalah diharamkan.

5) Kumpulan al-Arqam
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 10 Fatwa Terhadap Kumpulan al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari
Muhammad (5 ogos 1994, Muzakarah khas), hlm 4.
Keputusan :
a. Bahawa:
i) Buku yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab
Tuduhan” yang ditulis oleh Ustaz Hj. Ashaari Muhammad dan isi kandungannya; dan
ii) “Manaqib (riwayat hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi” yang ditulis oleh
Muhamad Taha As Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa
dan isi kandungannya, adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang
bertentangan dengan Aqidah dan Syariah Islamiah serta mengelirukan dan boleh menyesatkan
masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.
b. Bahawa:
Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang
terkandung di dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus
Menjawab Tuduhan dan Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah as-
Suhaimi adalah diharamkan.
c. Bahawa pengharaman ini meliputi:
i) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaranajaran tersebut di (a) di atas,
dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau apa-apa kumpulan atau sistem
amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-
tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan
kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau
penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli
Sunnah Waljamaah; 10 1 aqidah.indd 4 10/11/2009 5:14:05 PM bab 1 Aqidah
ii) apa-apa jua bahan publisiti kumpulan Darul Arqam @ al Arqam termasuk mana-mana
terbitan, ertinya apa-apa bahan,termasuklah suatu gambar, gambarfoto, poster, rajah,surat
edaran, glansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain, yang bertujuan untuk
memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-
pegangan di (a) di atas;
iii) apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan
bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain
dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang
gambar, sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat dari suatu
imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai
suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-
apa bahan termasuk piring-piring hitam, fonografi, pita-pita rakaman, dan cakera laser dan
cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca, dilihat atau
didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (a) di atas; Oleh itu,
orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Darul Arqam
@ al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas
pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program
persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk
menghidup dan mengembangkan kumpulan ini. Orang-orang Islam adalah juga dilarang
memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkannya filem, rakaman audio,
pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen;
menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan
Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua
pihak dilarang daripada memberi kemudahan dan membantunya.

6) Tarekat Mufarridiah
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 1 tentang Tarekat Mufarridiah (14 Mei 1980, Persidangan JKF Kali
ke-18), hlm 1.
Diasaskan oleh Syeikh Makmun Bin Yahya. Tarekat ini mempercayai bahawa segala doa dan
istighfar kepada Allah mestilah melalui malaikat bernama Karanaz. Orang yang bersahabat
dengan malaikat ini ialah orang yang telah mencapai martabat jisim kelima dalam tarekatnya.
Orang ini jisimnya adalah Allah dan rohnya adalah roh Allah. Dia juga boleh membela roh si
mati daripada seksaan kubur. Oleh itu, orang yang ingin mendapat pembelaan terhadap ahli
keluarganya yang telah mati boleh membayar kepada Syeikh Makmun. Majlis Raja-Raja dalam
mesyuarat ke-117 pada 21 Feb 1980 telah mempersetujui pendapat Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan dan memutuskan bahawa ajaran ini bertentangan dengan ajaran Islam. Orang-
orang yang terlibat dengan aajran ini hendaklah bertaubat.2
Keputusan: Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan orang-orang yang terlibat
dengan ajaran ini hendaklah bertaubat.

7) Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Kadirun Yahya


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 2 tentang Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Kadirun Yahya (15-16
Nov 19081, Persidangan kali ke-3), hlm 1.
Diasaskan oleh Prof Dr Hj Sidi Syeikh Kadirun Yahaya. Beliau mendakwa diwahyukan Allah
SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda menjadi Nabi. Melaluinya, Allah SWT
menurunkan Nur Muhammad kepada salasilah Prof. Kadirun Yahaya. Roh mereka yang tidak
memperoleh Nur Muhammad akan berada di awang-awangan dan tiada jaminan syurga bagi
mereka.3
Keputusan: Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah yang dibawa oleh Kadirun Yahya adalah
menyeleweng daripada ajaran Islam dan mengamalkan tarekat ini adalah sesat.

2
https://www.alustaz.com.my/article/kenali-tarekat-sesat...Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu
No.18
3
https://www.alustaz.com.my/article/kenali-tarekat-sesat...Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu
No.18
8) Ajaran Hassan Anak Rimau
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 3 tentang Ajaran Hassan Anak Rimau (10 okt 1983, Muzakarah kali
ke-6), hlm 1.

Diasaskan oleh Hassan Bin Yaakob. Tarekat ini mendakwa guru ialah pemegang anak kunci
syurga, manusia adalah Tuhan dan Tuhan adalah manusia. Tidak perlu percaya kepada Nabi
Muhammad SAW. Guru mendakwa dirinya Tuhan dan berkuasa melantik muridnya sebagai
wali Allah. Ia juga mendakwa dirinyas diresepi roh Nabi Muhammad SAW dan suatu masa
nanti akan bertukar menjadi Imam Mahdi. Berdasarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan
dan Terengganu, ajaran ini diharamkan pada tahun 1981 kerana menyalahi akidah Islam
sebenar.4

Keputusan: Jawatankuasa memutuskan bahawa oleh kerana ajaran Tok Ayah Hassan ini hanya
berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu sahaja maka terserahlah kepada kedua-dua negeri
itu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung ajaran Tok Ayah Hassan.
Sementara itu ianya hendaklah diawasi supaya tidak merebak ke negeri-negeri lain.

9) Penyelewangan Qadiani/Ahmadiah
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 4 Penyelewangan Qadiani/Ahmadiah (24-25 Sep 1984, Muzakarah
kali ke-8), hlm 2.

Keputusan: Puak Qadiani/Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak
boleh menerima hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengebumian dalam tanah
perkuburan Islam.

10) Ajaran Bahai


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama
2009, Bab 1 (Akidah), No 6 Ajaran Bahai (22-23 Okt 1985, Muzakarah kali ke-14), hlm 2.
Keputusan: Ajaran Bahai adalah bukan ajaran Islam. Umat Islam yang terlibat dengannya

4
https://www.alustaz.com.my/article/kenali-tarekat-sesat...Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu
No.18
adalah murtad. Oleh itu adalah dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang
telah terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.

Berdasarkan rekod JAKIM, terdapat beberapa tarekat dan aliran kerohanian yang telah
difatwakan haram di Malaysia. Antaranya ialah:5
Kesimpulannya, tasawuf pada asalnya merupakan suatu disiplin ilmu yang bertujuan untuk
mendekatkan diri kepada Allah. Maka ia merupakan salah satu ilmu yang amat dituntut untuk
dipelajari. Namun begitu, segala ilmu hendaklah sentiasa berpandukan kepada petunjuk al-
Quran dan al-Sunnah. Memetik kata-kata tokoh sufi terkenal Imam al-Qusyairi: “Sesiapa yang
tidak menghafaz al-Quran dan tidak menulis hadis, maka ia tidak boleh diikuti dalam urusan
(tasawuf) ini, kerana sesungguhnya ilmu kita ini terikat dengan al-Kitab dan al-Sunnah”

Antara Ciri-ciri ajaran sesat yang dijelaskan oleh pihak agama ialah seperti berikut:
a. Menanggap guru sebagai wali
b. Menanggap kata-kata guru kebenaran mutlak
c. Menggunakan hadis palsu
d. Mentafsirkan al-Quran mengikut kefahaman sendiri
e. Tidak mengiktiraf ulama yang di luar kemampunyannya
f. Mengasingkan diri daripada kelompok masyarakat arus perdana

Dalam menangani perpecahan fahaman ini, lahirlah mujtahid-mujtahid Islam seperti pengasas
empat mazhab ASWJ iaitu Imam Hanafi, Imam Syafie, Imam Hanbali dan Imam Maliki.
Mereka telah berjuang mempertahankan akidah umat Islam daripada terpengaruh dengan
fahaman-fahaman songsong ini. Usaha mereka membuahkan hasil yang tidak ternilai dalam
menyelamatkan Islam daripada dicemari sehingga tertubuhnya madrasah-masrasah untuk
mendidik umat Islam dan seterusnya melahirkan mujahid-mujahid Islam bagi meneruskan
perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Nama-nama seperti Imam Abu Yusuf (anak murid
Imam Hanafi), Ibn Taymiyyah, Imam Nawawi dan Imam Ghazali adalah antara puluhan ribu
ulama yang menyambung perjuangan ini. Peperangan ideologi berterusan sehingga ke hari ini
dengan cara tipu daya yang lebih licik sehingga tanpa disedari serangan tersebut telah berada
di dalam rumah umat Islam sendiri. Program televisyen seperti hiburan keterlaluan, cerita-
cerita khayalan, ganas, sukan yang menunjukkan ahli sukan berpakaian tidak sopan (terutama
ahli sukan wanita) dan seribu satu macam program seprti ini yang ditayangkan setiap hati telah
merosakkan pemikiran umat Islam. Terdapat juga beberapa rancangan kesukaan ramai
ditayangkan lewat petang seolah-olah menarik perhatian peminat supaya jangan pergi ke
masjid atau jangan sembahyang maghrib di awal waktu. Penerbitan buku dan majalah yang
meracun pemikiran umat Islam dijual tanpa sedkatan. Umat Islam sanggup membelanjakan
puluhan ringgit untuk membeli buku atau majalah yang mengkhaalkan dengan gambar artis

5
https://www.alustaz.com.my/article/kenali-tarekat-sesat...Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu
No.18
menggiurkan, tetapi liat untuk membeli senaskhah al-Quran untuk anak belajar. Mereka boleh
menghabiskan masa lama membaca surat khabar, tetapi tiada masa membaca al-Quran
walaupun sekadar satu muka surah atau lebih pendek daripada itu. (51-52)

Anda mungkin juga menyukai