Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : KAWAN BAIK SAYA

Kawan baik adalah orang yang rapat dengan kita. Tidak kiralah sama ada di sekolah atau
di luar. Kawan baik juga merupakan orang yang boleh dipercayai. Kita boleh saling berkongsi
masalah atau rahsia dengan kawan baik. Dengan itu, kita akan berasa lega dan tenang selepas
berkongsi masalah dengan mereka.

Fazilah adalah sahabat karib saya. Saya mengenali dia sejak kami belajar di dalam darjah
1 Proaktif. Sekarang dia berumur 10 tahun dan tinggal di Taman Saujana Puchong. Dia
merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik. Dia mempunyai seorang abang dan seorang
adik perempuan.

Fazilah mempunya hobi iaitu bermain badminton. Pada setiap waktu petang, dia
bermain badminton bersama-sama bapa dan adik-beradiknya di kawasan lapang berdekatan
rumahnya. Dia juga selalu menjemput saya untuk bermain bersama. Sekiranya ada masa
lapang, saya dan Fazilah juga sering mengulangkaji pelajaran bersama-sama.

Saya menyukai Fazilah kerana dia seorang yang baik dan rajin. Dia selalu membantu
saya sekiranya saya tidak memahami pelajaran yang telah cikgu ajar di sekolah. Sekiranya dia
pula tidak memahami pelajaran yang telah diajarkan, saya akan membantu dia. Saya dan
Fazilah adalah bagai aur dengan tebing.

Fazilah juga suka menolong ayah dan ibunya di rumah. Dia selalu membantu mereka
membersihkan rumah seperti membuang sampah dan menyapu lantai. Di samping itu juga, dia
selalu menasihati saya agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh.

Saya amat berbangga dan kagum akan sikap yang dimiliki Fazilah yang sentiasa berusaha
dan tidak mudah berputus asa. Saya berharap agar kami berdua akan menjadi kawan baik buat
selama-lamanya. Saya berdoa agar Fazilah akan dipanjangkan umur dan tidak berubah sikap
terhadap saya.

Anda mungkin juga menyukai