Magnesium ialah unsur kimia di dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Mg, nombor
atom 12 dan jisim atom 24.31. Magnesium merupakan unsur yang kelapan
paling berlimpah di bumi dan merangkumi 2% daripada kandungan kerak Bumi dari segi
berat, adalah unsur ketiga terbanyak yang terlarut dalam air laut. Logam alkali bumi ini
banyak digunakan dalam pengalohan logam, contohnya dalam pembuatan aloi aluminium-
magnesium, yang biasanya dinamakan "magnalium" atau "magnelium".
Sifat utama dari magnesium agak kuat, berwarna putih keperakan dan ringan (satu pertiga
lebih ringan daripada aluminium). Magnesium berubah kusam apabila teroksidasi
dengan udara, tetapi berlainan dengan logam-logam alkali, penyimpanan dalam
persekitaran yang bebas oksigen tidaklah diperlukan kerana ia akan membentuk satu
lapisan pelindung oksida yang sukar ditembus atau diasingkan.
Dalam bentuk serbuk, logam ini terbakar dengan nyala putih apabila terbakar dalamkeadaan
lembap. Magnesium sukar terbakar jika dalam bentuk gumpalan, dan adalah lebih mudah
untuk dibakar jika dipotong dalam bentuk kecil.
Kegunaan dari magnesium adalah untuk menghilangkan sulfur dalam besi dan besi baja,
plat fotoukiran dalam industri pencetakan, ditambah dengan logam lain untuk membentuk
aloi dalam pembuatan pesawat, dalam aloi aluminium-magnesium, logam ini memperbaiki
sifat mekanikal, agen penambah dalam bahan perejang konvensional dan digunakan untuk
menghasilkan grafit nodul dalam besi tempa, agen penurun dalam
penghasilan uranium tulen dan logam-logam lain daripada garamnya, dan kegunaan yang
lain dalam fotografi lampu kilau, nyala, dan piroteknik, termasuk bom api.
Kekurangan Magnesium:
o · Menyebabkan peningkatan kadar adrenalin,menimbulkan perasaan cemas.
o · Menyebabkan penyembulan katup mitral, meningkatkan tingkat perasaan cemas.
o · Kehilangan nafsu makan
o · Depresi
o · Menyebabkan darah tinggi dan osteoporosis
o · Kontraksi otot serta kram
o · Kejang koroner