Anda di halaman 1dari 20

JAHITAN ASAS DAN SULAMAN

Jahitan Sementara
Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan
ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit.

Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.


Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan
tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka.
Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu
lembar benang kecuali jelujur tanda.
Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain
dari kanan ke kiri.
Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara
yang halus.

Kegunaan jelujur

Untuk memindahkan garisan-garisan Misalnya jelujur tanda


pada pola kain
Untuk menandakan kedudukan dan Jelujur tak sama
garisan-garisan pola Jelujur panjang pendek
Untuk menetapkan kedudukan kelepet, Jelujur tak sama
kelim, kocek buat sementara jelujur panjang pendek jelujur
kasar
Untuk menetapkan dua atau lebih Jelujur tegak
lapisan kain sebelun di mesin Jelujur serong
a) Jelu
jur kasar / sama
Ciri:
 Mata jelujur sama panjang di sebelah luar dan sebelah dalam (1.25 cm)
 Mudah ditanggalkan
Kegunaan:
 Menanda garisan pola dipakaian seperti tempat letak kocek, tempat lipatan,
menetap pelapik.
 Guna benang yang berlainan warna supaya senang dibuka setelah dimesin.
Langkah-langkah menjahit:
 Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
 Jahit dengan kasar dan sama jarak
 Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia

b) Jelujur halus

Ciri:
 Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm-
5mm
 Lebih kukuh daripada jelujur kasar
Kegunaan:
 Melekat lapisan fabrik sementara
 Menanda garisan tengah badan hadapan dan belakang, kedudukan lubang
butang, mengedutkan fabrik, mensekatakan kepala lengan, mengemas tepi
fabrik yang melengkung dan sebagai hiasan
Langkah-langkah menjahit:
 Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
 Jahit dengan kasar dan sama jarak lebih kurang 3 mm
 Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia

c) Jelujur panjang dan pendek

Ciri:
 Mata jahitan yang panjang 1.25cm; pendek
0.5 cm.
 Jarak antara panjang dan pendek ialah 0.5 cm
 Lebih kukuh dan susah ditanggalkan
Kegunaan:
 Menanda garis tengah hadapan dan belakang
 Menanda kedudukan sesuatu bahagian pakaian
 Lebih sesuai untuk fabrik yang tebal, lembut dan licin (mudah tergelincir)
Langkah-langkah menjahit:
 Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
 Jahit dengan kasar dalam ukuran 1.25 cm dan halus jarak lebih kurang 0.5 cm
mm
 Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia

d) Jelujur tegak dan serong

Ciri:
 Menyerong di SL dan tegak di SD
 Teguh dan susah ditanggalkan
Kegunaan:
 Untuk menetapkan kedudukan beberapa lapisan fabrik supaya menjadi betul-
betul rata ( lisu, kolar, lapik dalam, ikatan pinggang dan manset)
 Fabrik yang dijahit tidak perlu diangkat semasa menjahit

e) Jelujur tanda

Ciri- Ciri:
 Dijahit dengan dua lembar benang di
atas garisan pemadan lurus.
 Lebih bersih tetapi mengambil masa untuk menjahit dan menanggalkan benang.
Kegunaan:
 Untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabang atau garisan pola dari kertas
pada fabrik.
 Garisan pola pada bahagian pakaian yang berlapis dua atau lebih ditanda
dengan cepat.
Jahitan Kekal
Jelujur Penyambung

Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya
adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain.

Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenis-
jenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.

a) Jelujur Halus

Ciri-Ciri:
 Mata jahitan
yang sama panjang iaitu 3mm-5mm
 Lebih kukuh daripada jelujur kasar
Kegunaan:
 Mengantikan jahit mesin
 Sebagai hiasan

b) Jahitan Kia (back sticth)

Ciri-Ciri:
 Sebelah luar jahitan seperti
jahitan mesin sebelah dalam
seperti jahitan batang.
 Boleh menggantikan jahitan mesin.
Kegunaan:
 Memulakan dan mengakhiri jahitan tangan tetap.
 Untuk melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik dgn tetap & kukuh.
Langkah-langkah menjahit:
 Jahit dari kanan ke kiri. Cucuk jarum sekali lagi pada A ( titik permulaan)
dan keluar jarum pada B selepas jarak 2 mm
 Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluar jarum pada B
 Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan jarum pada C kira-kira 4
mm dari B.
 Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia bertindih dua
kali

c) Jahitan Lilit Ubi (Whip


( Stitches)

 Mengelakkan tepi dari


berbulu.
 Untuk menyambung dua
keping fabrik atau lebih.
 Contoh: tampal cantum @ renda-renda.
 Untuk mengemas tepi-tepi kocek tampal, kelim belah kangkung, kelim-
kelim pinggang dan lengan.
Langkah-langkah menjahit:
 Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan
 Cucuk jarum dari sebelah dalam kain ke sebelah luar kain dan tarik jarum
ke arah penjahit
 Jahit hingga habis
 Matikan jahitan dengan jahitan kia

Jahitan Pengemas

Jahitan pengemas adalah jahitan yang kekal. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet,
lipatan atau mengemaskan tepi kain.
a) Jahitan Sembat (Hemming)

Ciri-ciri:
 Kecil, halus, rapat, sekata
dan kukuh
Kegunaan:
 Untuk mengekalkan kelepet pakaian atau atikel.
 Untuk menetapkan lipatan tepi tampal, pita dan lipatan kelim papan
tangan.
 Untuk menetapkan pelapik di kolar,belah
 Untuk mengemaskan kun, tepi ikatan pinggang, lapik [ada lolar dan belah
pakaian.
 Boleh dilihat di sebelah luar fabrik.
Langkah-langkah menjahit:
 Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
 Cucuk jarum pada sebelah bawah lipatan dan keluarkan jarum di atas
lipatan pada kecondongan 25- 30 darjah.
 Jahit sehingga habis. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

b) Jahitan sembat susup (Slip hemming)

Ciri-Ciri:
 Dikenali sebagai sembat
sembunyi.
 Jahitannya hampir tidak
kelihatan di SL
 Kemas, halus, sekata,
berbentuk V.
 Digunakan pada lipatan-lipatan lengan baju, kelepet skrit dan blaus,
lubang lengan dan leher.
Langkah-langkah menjahit:
 Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
 Jahit sembat dua kali
 Selit jarum melalui lipatan sejauh 3 mm dan keluarkan jarum untuk
sembat dua kali lagi
 Jahit sehingga habis
 Matikan jahitan dengan jahitan kia.

c) Jahitan Insang Pari (Blanket Stitches)

 Kukuh dan boleh dilihat pada


kedua-dua belah fabrik.
 Mengemas tepi fabrik terutama fabrik tebal seperti flannel.
 Mengelakkan tepi kain dari berbulu.
 Sebagai jahitan hiasan.
Langkah-langkah menjahit:
 Mulakan jahitan dari kiri ke kanan dengan jahitan kia.
 Cucuk jarum menegak dan halakan jarum ke bawah
 Pastikan benang berada di belakang jarum menghala ke luar
 Jahit sehingga selesai. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

d) Jahitan Lubang Butang (Button Hole Stitches)

 Hampir serupa dengan


insang pari.
 Lebih kukuh dan lebih kemas.
 Lebih rapat dan sesuai untuk menjahit lubang butang, cangkuk dan
butang katup.
 Sebagai jahitan sulaman
Langkah-langkah menjahit:
 Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan
 Cucuk sebahagian jarum secara menegak dari arah dalam fabrik ke arah
luar fabrik.
 Tarik benang (2 lembar) dan susup di bawah jarum seperti bentuk ‘s’. Tarik
jarum ke atas
 Ulangi langkah di atas sehingga siap
 Matikan jahitan lubang butang dengan jahitan kia

e) Jahitan Silang Pangkah (Herringbone Stitches)

 Mata jahitan ini kukuh.


 Dijahit dari kiri ke kanan.
 Sebagai hiasan.
Langkah-langkah menjahit:
 Kelepetkan kain yang hendak dijahit sama seperti menjahit sembat
 Mulakan menjahit dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
 Cucuk jarum dari A ke B dengan jarak 1 mm.
 Kemudian cucuk jarum ke dalam lipatan C dan keluarkan pada bahagian
D dengan jarak 1 mm.
 Pastikan jarum tidak menembusi bahagian belakang lipatan.
 Ulang jahitan sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
 Tanggalkan jahitan jelujur kasar

Jahitan Hiasan

 Juga dikenali sebagai jahitan sulaman.


 Digunakan terutamanya untuk jahitan biasa ataupun untuk menghias pakaian,
barang-barang peribadi dan alat kelengkapan rumahtangga.
 Beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan bersama-sama untuk memberi
rupa dan kesan kepada motif.
 Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit.
 Pada asasnya semua jenis jahitan boleh dijadikan hiasan jika ianya dapat
dihasilkan dan digabungkan dengan jahitan-jahitan lain agar lebih menarik.
Jelujur Halus Jelujur Berlilit Kia Jahitan Batang

Jahitan Rantai Bunga Padi Jahitan Sulam Jahitan Lurus

Jel Panjang
Bulu Ayam Silang Pangkah Suji Bilang
Pendek

Jelujur Halus
Jelujur Berlilit

Jahitan Kia
Jahitan Batang

Jahitan Rantai

Jahitan Bunga Padi

Jahitan Sulam

Jahitan Lurus
Jelujur Panjang Pendek

Jelujur Bulu Ayam

Jelujur Silang Pangkah

Jahit
Suji

Bilang
KELIM
 Kelim ialah cantuman dua atu lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan
tangan atau mesin.
 Kelim boleh memberi bentuk kepada pakaian
 Kelim juga boleh juga digunakan sebagai hiasan
 Kelim biasanya terdapat dibahagian bahu, rusuk dan tepi seluar atau sarung

a) Kelim Terbuka
Ciri-ciri:
 Kelim rata
 Kelim tidak beralur di S.L atau di S.D pakaian
 Lebar yang siap kira-kira 2.5 cm
 Sama lebar pada keseluruhannya
 Kelim dikemaskan
Langkah-langkah menjahit:

1 Temukan sebelah luar fabrik,


jelujur atau semat jika perlu

2 Jahit dengan jahitan mesin di


garisan pemadan

3 Buka dan tekan kelim

4 Kemaskan kelim dengan


kaedah yang sesuai
Tekan dan seterika kelim agar
rata dan kemas

b) Kelim Lipat Tindih


Ciri-ciri:
 Bahagian yang berlipat menindih bahagian yang rata
 Lipatan fabrik terletakdi atas garisan pemadan
 Kelim rata
 Jahitan mesin terletak kira-kira 2mm dari lipatan fabrik
 Bahagian S.D dikemaskan
Langkah-langkah menjahit:

1 Lipatan basi jahitan ke S.D


pakaian untuk fabrik tindih atas

2 Temukan S.D fabrik tindih atas


dengan S.L fabrik tindih bawah
di bawah garisan pemadan

3 Semat dan jelujur jika perlu

4 Jahit dengan jahitan mesin di


tepi lipatan kelim supaya
jahitan selari dengan lipatan
fabrik

5 Tekan dan seterika kelim


supaya rata dan kemas

c) Kelim Papan Mesin


Ciri-ciri:
 Kelim rata
 Dua baris jahitan mesin kelihatan di S.L pakaian
 Kelim terletak di bahagian belakang pakaian
 Lebar yang siap kira-kira 0.7 cm
 Kelim tidak beralur di S.D
 Kelim sama lebar keseluruhannya
Langkah-langkah menjahit:

1 Temukan S.D kedua-dua helai


fabrik semat dan jelujur jika
perlu

2 Jahit dengan jahitan mesin di


garis pemadan
3 Buka dan tekan kelim supaya
rata

4 Gunting basi kelim bahagian


belakang kira-kira tinggal 0.7
cm

5 Lipatkan basi kelim bahagian


basi kelim bahagian hadapan
supaya membalut basi kelim
bahagian belakang
Semat dan jelujur jika perlu

6 Jahit dengan jahitan mesin di


tepi lipatan kelim supaya selari
dengan baris jahitan pertama
Tekan dan seterika kelim
supaya rata dan kemas

d) Kelim Betawi
Ciri-ciri:
 Kelim rata
 Kelim tidak beralur
 Kelim tidak berpintal
 Sama lebar pada keseluruhannya
 Basi jahitan tidak kelihatan di SL pakaian
Langkah-langkah menjahit:

1 Temukan SD kedua-dua fabrik,


semat atau jelujur jika perlu
Jahit dengan jahitan mesin
kira-kira 4 mm dari garisan
pemadan pada basi jahitan

2 Gunting basi jahitan hingga


tinggal 3mm dari jahitan mesin
3 Buka dan tekan kelim supaya
rata

4 Temukan SL fabrik, semat atau


jelujur jika perlu
Jahit dengan jahitan mesin di
garisan pemadan

5 Tekan dan seterika supaya


kelim terletak di bahagian
belakang pakaian

e) Kelim Papan Tangan


Ciri-ciri:
 Kelim rata
 Hanya sebaris mata jahitan sembat di SL
 Kelim terletak di bahagian belakang pakaian
 Kelim tidak beralur di SL pakaian
 Sama lebar keseluruhannya
Langkah-langkah menjahit:

1 Temukan SL fabrik, semat atau


jelujur jika perlu
Jahit dengan mesin di garisan
pemadan

2 Buka dan tekan kelim supaya


rata
Gunting basi kelim bahagian
belakang tinggal kira-kira 3 mm

3 Lipatkan basi kelim bahagian


hadapan supaya membalut
basi kelim bahagian belakang

4 Semat dan jelujur jika perlu

5 Jahit dengan jahitan sembat


halus di tepi lipatan supaya
kelim melekat pada pakaian
Tekan dan seterika kelim
supaya rata dan kemas
Mengemaskan kelim
Kelim boleh dikemaskan dengan cara:

Jahitan kemas tepi Jahitan mesin

Kun Jahitan insang pari

Jahitan lilit kemas

Penyudah Tepi
Kelepet
 Kelepet ialah lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi.
 Kelepet biasanya terdapat dihujung kaki seluar, hujung lengan baju dan
bahagian bawah pakaian.

Langkah-langkah menjahit kelepet lurus:

Langkah 1 a) Buat lipatan selebar 5 mm


ke sebelah dalam pakaian

Langkah 2 a) Buat lipatan kedua di


garisan pemadan,
biasanya berukuran 5mm-
4cm, mengikut lebar yang
dikehendaki.
b) Jelujur, tekan dan seterika
kelepet supaya rata
a) Jahitan mesin
Langkah 3 a) Tetapkan kelepet dengan
jahitan mesin, sembat
susup, sembat dan jahitan
silang pangkah

b) Jahitan Sembat Susup

c) Jahitan Sembat
d) Jahitan Silang Pangkah

Anda mungkin juga menyukai