Anda di halaman 1dari 6

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

PENGURUSAN
SUMBER
MANUSIA

8.0 PENGENALAN

Sebelum kita memahami keperluan peningkatan kemahiran dan latihan dalam


pengurusan sumber manusia, kita perlulah terlebih dahulu mengetahui dan
memahami perkataan Latihan dan kemahiran itu sendiri.
Apa itu latihan ?

Latihan merupakan satu proses memberi dan menambahkan pengetahuan


untuk meningkatkan kualiti sumber manusia.

Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti keperluan latihan untuk pekerja


sesebuah organisasi diantaranya :
a. penilaian prestasi
b. analisis ke atas keperluan pekerja
c. analisis organisasi
d. pandangan pekerja

Apa yang anda tahu tentang kemahiran ?


Kemahiran ialah kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang. Kemahiran
boleh dikategorikan kepada dua bentuk iaitu:

a. Kemahiran teknik seperti kemahiran dalam bidang


kejuruteraan, pengeluaran, kewangan dan pemasaran yang

1
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

mana bidang ini memerlukan latihan sebelum dapat


menjalankan pekerjaan.

b. Kemahiran pengurusan adalah kebolehan mengurus yang


berkaitan dengan proses pengarahan, penyelarasan dan
pengawasan pekerjaan orang lain.

8.1 KEPERLUAN PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN

Kenapa kita perlukan peningkatan kemahiran dan latihan ?


Sebenarnya latihan dan kemahiran dapat mempengaruhi atau merubah gelagat
pekerja menjadi lebih produktif dan seterusnya dapat memberi sumbangan ke
arah pencapaian matlamat organisasi . Disamping itu , ia juga dapat
meningkatkan kemahiran atau kebolehan seseorang pekerja.

Sebelum sesuatu latihan diadakan, pihak pengurusan mestilah menentukan


bidang kemahiran yang perlu diterapkan kepada pekerja di dalam organisasi.

Contohnya :
Nikkey merupakan pekerja baru sebagai Pembantu Teknik di sebuah syarikat
pemasangan barang-barang elektrik , perlu diberi kursus atau latihan yang
berkaitan supaya beliau dapat memahami organisasi dan perjalanan syarikat
dan tugas-tugasnya sebagai Pembantu Teknik .

Keperluan latihan bukan hanya penting untuk pekerja-pekerja baru, malah


ianya perlu berterusan agar kecekapan dan keberkesanan kerja dapat
dipertingkatkan.

Contohnya :
Shida telah berkhidmat sebagai kerani akaun dengan syarikat O’connors
selama 5 tahun dan pada peringkat itu, beliau perlu memahirkan dirinya dalam

2
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

pengguanaan komputer untuk meningkatkan prestasi kerja selaras


perkembangan IT yang sedang meningkat.

Rumusan

Latihan proses memberi dan menambahkan pengetahuan

Kemahiran kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang

Kemahiran teknik
Bentuk
Kemahiran
Kemahiran pengurusan

3
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

8.1.1 CARA-CARA MENGENALPASTI KEPERLUAN LATIHAN

Setelah kita mengenalpasti keperluan-keperluan latihan dalam sumber


pengurusan manusia seperti yang dinyatakan di atas, kita akan
menghuraikannya cara-cara mengenalpasti keperluan latihan tersebut.

a. Penilaian Prestasi
Apa yang anda tahu tentang penilaian prestasi ? Ia merupakan
proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan
pekerja dalam melakukan kerjanya.
Daripada penilaian prestasi yang dijalankan, kita akan dapat
mengambil langkah-langkah yang boleh meningkatkan prestasi
kerja

b. Analisis ke atas Keperluan Pekerjaan


Kenapa kita perlu membuat analisis keperluan pekerjaan ?
Analisis ini perlu dilaksanakan untuk memastikan kemahiran dan
kebolehan yang ada pada setiap pekerja bersesuaian dengan tugas
yang diberikan kepadanya. Jika tidak, latihan perlu diberikan
kepada pekerja tersebut bagi meningkatkan kemahiran dan dapat
melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

c. Analisis Organisasi
Pihak atasan boleh menentukan keperluan latihan dengan
mengambilkira perancangan jangka panjang organisasi yang telah
dibuat.

Contohnya :-
Sebuah syarikat minuman kordial mempunyai strategi untuk
mengeluarkan produk baru iaitu makanan bijian berasaskan
kacang tanah dalam masa 3 tahun dari sekarang, pengurusan
syarikat tersebut sudah pasti akan mengkaji atau mengenalpasti
kemahiran yang diperlukan oleh pekerja yang terlibat dalam

4
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

pengeluaran produk tersebut. Oleh yang demikian latihan yang


berkaitan boleh dirangka dan diberikan kepada pekerja yang
berkenaan.

d. Pandangan Pekerja
Organisasi boleh mendapat maklumbalas daripada pekerja dengan
lebih jelas tentang jenis-jenis latihan yang diperlukan untuk
menghasilkan kerja dengan lebih berkesan.

Contohnya :-
Pegawai Eksekutif A boleh memaklumkan kepada pihak atasan
tentang keperluannya terhadap kemahiran menggunakan komputer
atau kemahiran komunikasi

8.1.2 JENIS-JENIS LATIHAN

Selepas mengenal pasti siapakah yang patut menerima latihan,


pengurus kemudiannya perlu menentukan bentuk-bentuk latihan yang
sesuai dengan keperluan individu dan pekerjaan.

Terdapat beberapa jenis latihan yang biasa dilaksanakan:-


i. Latihan sambil bekerja (On Job Training)
ii. Latihan yang dibuat di luar tempat kerja seperti di pusat pengajian,
bengkel/seminar anjuran organisasi atau organisasi lain.
iii. Latihan intensif yang dilaksanakan di satu tempat yang
berhampiran dengan tempat kerja.
iv. Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari
institusi khusus untuk program latihan.

5
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

Rumusan
Analisis Keperluan
Pekerjaan

Penilaian Cara mengenalpasti Analisis


Prestasi perlunya latihan Organisasi

Pandangan Pekerja

On Job Training

Latihan di luar Jenis Latihan


tempat kerja Latihan intensif

Latihan
penginstitusian

Anda mungkin juga menyukai