Anda di halaman 1dari 2

Dasar Sosial Negara

 Pengenalan

Dasar Sosial Negara ataupun dikenali sebagai DSN adalah satu dasar yang
bertujuan untuk membangunkan sosial negara dari segi nilai-nilai murni dan
pembentukan keupayaan insan agar dapat membina perpaduan dan kestabilan
penduduk negara, sistem pertahanan serta keharmonian masyarakat Malaysia yang
majmuk. Ianya merupakan dasar payung yang meliputi Rukunegara, Perlembagaan
dan juga Wawasan 2020 serta penyertaan negara di peringkat antarabangsa.

 Matlamat

Matlamat utama Dasar Sosial Negara adalah untuk melahirkan masyarakat


Malaysia yang mantap serta kukuh dari segi pembangunan sosial, ekonomi dan
teknologi bagi mencapai Wawasan 2020. Selain daripada itu, anggota masyarakat
berpeluang untuk memajukan keupayaan diri secara menyeluruh didalam persekitaran
masyarakat yang sihat. Ianya merangkumi aspek bersatu-padu diantara satu sama lain,
mempunyai daya tahan, demokratik, moral yang tinggi, bantu-membantu, dan lain-
lain agar selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

 Objektif

Antara objektif tepat Dasar Sosial Negara adalah seperti berikut :

1) Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat


dipenuhi bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah
dipastikan supaya setiap individu, keluarga dan masyarakat berhak
menikmati keperluan-keperluan kehidupan yang secukupnya.
(pmr.penerangan.gov.my : 2008)

2) Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.


(pmr.penerangan.gov.my : 2008)

3) Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan


perkhidmatan sosial.
(pmr.penerangan.gov.my : 2008)

4) Menjana sinergi multisektor


(www.jkm.gov.my : 2009)
Secara keseluruhannya, objektif pembentukan Dasar Sosial Negara adalah
untuk memastikan setiap anggota masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, budaya,
agama, dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan
kepada negara termasuk dari segi pembangunan negara serta dapat memenuhi
kesejahteraan hidup secara konsisten. Banyak strategi yang dibincangkan oleh pihak
kerajaan agar Dasar Sosial Negara tercapai serta disahut penuh oleh masyarakat.

 Kesimpulan

Dasar Sosial Negara merupakan satu dasar yang meliputi pemahaman,


falsafah, dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju
serta matlamat kepada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial
tersebut. Pelaksanaan ini akan menjadi suatu maltlamat utama Kejaraan untuk
mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju serta membangun mengikut
acuannya sendiri. (pmr.penerangan.gov.my : 2008)

Anda mungkin juga menyukai